Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.

W
Pembuka Bicara . Assalamualaikum...WBT Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah tahun 1435 H, 2014 masihi. Pergi ke pasar membeli ikan, Ikan dimasak diatas bara, Selamat datang kami ucapkan, Ucapan bismillah pembuka acara Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi, Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi.. Protokol 1. Yang berbahagia Tuan Guru Besar, Encik Ali bin Hussin, 2. Yang dimuliakan penceramah jemputan kita ____________________________________ 3. Yang di hormati En _______________________________ Yang dipertua PIBG Sekolah, guru-guru Penolong Kanan, rakan-rakan guru dan para pelajar yang di rahmati sekelian Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai ini, Dewan Gemilang SK Lalang Pepuyu bagi satu lagi majlis ilmu, meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun 2014 bersamaan dengan 1435 hijrah. Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, Sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kita kepada Junjungan Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1435 Hijrah; WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH Bacaan doa Hadirin yang dirahmati Allah sekelian, Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Ahmad Bin Bidin untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan *****************Bacaan Doa*******************

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Bin Bidin di atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Kata alu-aluan Hadirin warga dewan yang di rahmati Allah sekelian, Sambutan maulidur rasul saban tahun diadakan bagi memperingati tarikh kelahiran junjungan kita junjungan besar Rasullullah s.a.w. Seperti yang kita sedia maklum bahawa Rasullullah s.a.w merupakan pemimpin yang agung yang menjadi contoh umat baginda sehingga akhir zaman. Di samping itu juga, majlis seumpama ini dapat menzahirkan rasa cinta dan kasih kita yang mendalam terhadap junjungan besar Rasulullah s.a.w Dari Anas r.a katanya Nabi s.a.w pernah bersabda.. Tidak (sempurna) iman seseorang kamu, sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibubapanya, anaknya dan manusia umumnya. Ya Allah, restui dan berkatilah junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w sebagai hamba, Nabi dan Rasul Mu yang ummi. Berkatilah keluarga dan sahabat baginda. Sejahterakanlah baginda selama-lamanya. Kami pohonkan sebanyak bilangan apa sahaja yang diketahui oleh Mu atau sebanyak perkara yang ditulis oleh kalam Mu dan sebanyak yang dirangkum oleh kitab suci Mu..Amin Ya Rabbal alamin. -Ceramah maulidur rasulSiddiq, amanah ,tabliq, fatonah, Sifat terpuji junjungan rasulullah, Menjaga pekerti mengamalkan sunnah, wassatiah tonggak kesatuan ummah Warga dewan yang dirahmati sekelian, Majlis maulidur rasul 1435 H di bawah tema wassatiah tonggak kesatuan ummah diteruskan lagi dengan mendengan ceramah daripada penceramah jemputan kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama. Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Ustaz _____________________________________untuk menyampaikan ceramahnya . dipersilakan .................................ceramah.................................. Nun di sana indahnya kota Kota bersih sentiasa dijaga Indah sungguh bicara kata Jadi iktibar pada semua Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang telah di sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Al-fadzil Ustaz __________________________ Pemberian cenderamata Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,

Di kesempatan ini, Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi menjayakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah tahun 1435 H ini. Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan, Yang berusaha Encik Wan Hassan bin Wan Ibrahim untuk menjemput dan mengiringi Yang berbahagia Tuan Guru Besar Encik Ali bin Hussin untuk menyempunakan penyampaian cenderamata. Majlis mempersilakan, Majlis dengan segala hormatnya menjemput al fadhil ustaz _________________untuk menerima cenderamata penghargaan dipersilakan Dewa sakti melayang ke Daik Hendak mencari Dewa Jaruga Kalau ada budi yang baik Sampai ke mati orang tak lupa Tinggi bukit gilang-gemilang, Air di laut tenang-tenangan; Budi sedikit tak akan hilang, Tetap menjadi kenang-kenangan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan pengarah yang telah sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

PENUTUP Limau purut berbuah sarat Dipetik datuk di simpan di para Makanan terhidang tanda isyarat Isyarat untuk menjamu selera Hadirin warga dewan yang dirahmati sekelian Acara majlis sambutan maulidur rasul berhenti seketika. Majlis akan diteruskan lagi jam daripada sekarang. Untuk itu majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berbahagia pengetua cemerlang puan norasikin binti md shazilli dan seterusnya menjemput dan mengiringi Yang dimuliakan tuan penceramah kita dan semua para tetamu untuk meninggalkan majlis. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Anda mungkin juga menyukai