Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

CUE ANN CATATAN


SALUTASI Bismillahirahmanirahim
‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬.

Assalamualaikum WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis


sambutan maulidur rasul peringkat Sekolah
Kebangsaan Kampong Bharu, tahun 1445 H, 2023
masihi.

Yang Berusaha,
Pn Noor Azizah Binti Abd Ghani
Guru Besar SK Kampong Bharu, Kuala Lumpur

Yang Berbahagia,
Ustaz Shamsul Azahar Bin Alidin
____________________________________________

Yang Berbahagia,
____________________________________________
Guru Besar SK Pendidikan Khas Kg Bharu, Kuala
Lumpur

Yang dihormati,
Puan Norlizaz Binti Yusuf
Guru penolong kanan Pentadbiran

Puan Hjh Isrosnaizah Binti Ishak


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Nurul Aidah @ Khasitaton Binti Deraman


Guru penolong Kanan Kokurikulum

___________________________________________
Wakil daripada IPD Dang wangi Kuala Lumpur

___________________________________________
Syarikat

Warga Pendidik Sk Kampong Bharu dan Sk


Pendidikan Khas Kampong Bharu

Murid-Murid SKKB dan SKPk Yang baik lagi cerdik

Seterusnya warga dewan yang dirahmati Allah.


Hadirin yang dirahmati,
Kayu dibelah di tepi paya,
Sampai di baruh gelap gelita,
Lahirnya Rasulullah membawa cahaya,
Menerangi seluruh alam semesta.

Sampai di baruh gelap gelita,


Suram cahayanya di rumah bonda,
Menerangi seluruh alam semesta,
Dengan berkatnya kelahiran baginda.

Sesungguhnya, kelahiran Junjungan Besar Nabi


Muhammad s.a.w. yang merupakan Khatimul Anbia’
dinanti-nantikan oleh sekalian makhluk. Kelahiran
Baginda membawa sinar cahaya yang menerangi
kegelapan jahiliah. Baginda memandu hati dan jiwa
dengan menjunjung Islam sebagai penunjuk arahnya.

Dari Anas r.a katanya Nabi s.a.w pernah bersabda..


Tidak (sempurna) iman seseorang kamu, sebelum ia
lebih mencintai aku daripada mencintai ibubapanya,
anaknya dan manusia umumnya.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul 1445 Hijrah ini


merupakan satu pembuktian cinta kita terhadap
Baginda Rasulullah s.a.w. yang tidak berbelah bahagi
selain mengamalkan sunnah Baginda dan menjadikan
Rasulullah sebagai idola sepanjang zaman.

Bacaan Doa Para guru dan murid yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis


menjemput dan mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz
Ahmad Shauki Bin Sepian untuk memimpin bacaan
doa. Majlis mempersilakan.

– Amin, amin ya Rabbal ‘alamin. Semoga bacaan


doa sebentar tadi memberikan kelancaran majlis kita
pada hari ini.

Ceramah Warga dewan yang dirahmati sekelian,


Maulidur Rasul
Majlis maulidur rasul 1445 H di bawah tema
“Perpaduan Teras Malaysia Madani” diteruskan lagi
dengan mendengan ceramah daripada penceramah
jemputan kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama
meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar
ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan
manfaat bersama. Sehubungan dengan itu, majlis
dengan penuh takzim mempersilakan Ustaz Shamsul
Azahar Bin Alidin
untuk menyampaikan ceramahnya ...dipersilakan

NUN DI SANA INDAHNYA KOTA


KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA
INDAH SUNGGUH BICARA KATA
JADI IKTIBAR PADA SEMUA

Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus,


penuh dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa
yang telah di sampaikan sebentar tadi dapat
menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam
kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih kepada Al-fadzil
Ustaz Shamsul Azahar Bin Alidin.
Persembahan Para hadirin yang dikasihi,
Nasyid
Alangkah molek majlis kita andai diserikan dengan
persembahan. Untuk itu, sebagai santapan halwa
telinga pihak majlis menjemput dan mempersilakan,
Kumpulan Nasyid Sk Kampong Bharu untuk
menyampaikan persembahan sebuah lagu iaitu,
Bacalah. Majlis mempersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Kumpulan Nasyid di bawah pimpinan Ustazah
Kamilah atas persembahan yang menarik sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Hadiah dan
cenderahati.

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian cenderahati


dan hadiah.

Untuk menyempurnakannya, pihak majlis berbesar hati


menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Pn
Noor Azizah Binti Abd Ghani Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kampong Bharu diiringi Puan Norlizaz
Binti Yusuf, Penolong Kanan Pentadbiran untuk tampil
ke pentas utama. Dipersilakan.

Sesi penyampaian hadiah dimulakan dengan


penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan
Sepanduk Maulidur Rasul Peringkat sekolah.

Diumumkan pemenang
Tempat Ketiga
Tempat kedua
Johan

Seterusnya penyampaian cenderahati.


Dikesempatan ini pihak sekolah berbesar hati untuk
memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan
kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis
Maulidur Rasul pada tahun ini.
Untuk itu dipersilakan

Wakil dari IPD Dang wangi, Kuala Lumpur

Guru Besar SKPK Kg Baru,KL

Ustaz Shamsul Azahar Bin Alidin


Penceramah kita pada hari ini

Dan
___________________________________
Wakil daripada Syarikat ___________ atas sumbangan
buku yang diberikan kepada pusat sumber sekolah.

Sekali lagi majlis merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan atas sumbangan menjayakan majlis pada
hari ini.
TOKOH Mohon untuk puan guru Besar untuk terus berada di
Maulidur rasul atas pentas bagi menyampaikan hadiah yang terakhir
iaitu Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat
sekolah bagi tahun 2023m.

Sebelum saya umumkan nama penerima anugerah ini,


suka saya membacakan sedikit biodata mengenai tokoh
ini.

Tokoh Maulidurasul pada tahun ini ialah seorang gadis


yang kecil molek orangnya. Sentiasa tersenyum dan
berbicara dengan lembut tetapi sampai ke lubuk hati
yang paling dalam. Dilahirkan pada
_____________________ dan merupakan anak yang
ke ___________ dari _______________ merupakan
seorang yang berjiwa besar.
Tidak pernah berkata Tidak pada setiap cabaran dan
tugasan yang diberikan kepada beliau, beliau sentiasa
komited dan focus pada setiap perkara yang dilakukan.
Walaupun hanya seorang gadis yang berbadan kecil
tapi kepimpinan beliau memberikan impak yang besar
kepada setiap Kumpulan yang diterajuinya. Seorang
yang sangat rajin dan dedikasi terhadap tugasnya,
beliau telah dijadikan contoh kepada ikon anak yang
baik lagi cerdik SKKampong bharu. Dan
sememangnya beliau layak dinobatkan sebagai
TOKOH Maulidur Rasul SKKB 2023.
Hadirin sekalian,
Penerima Anugerah Tokoh Mauldiurasul Peringkat
Sekolah Kebangsaan Kampong Bharu Tahun 2023
diberikan kepada

Anis Syuhada’ Binti Ahmad Syukri.

Demikian tadi penyampaian anugerah tokoh


mengakhiri sesi penyampaian hadiah dan cenderahati.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang
berusaha puan Guru besar atas kesudian
menyampaikan hadiah dan cenderahati.
Ucapan Guru Hadirin sekalian,
Besar
Majlis kita sudah sampai ke kemuncaknya.
Walaubagaimanapun,
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya, Tak berguna
jika ada dayung tiada perahunya, Tak lengkaplah
majlis jika pn guru besar tidak berbicara.
Untuk itu Sebelum menutup tirai, dengan sukacitanya
menjemput Yang berusaha Puan Noor Azizah Bt Abdul
Ghani untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dipersilakan puan.

Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan yang


diberikan sebentar tadi.
Penutup Dengan ucapan itu tadi maka berakhirlah sudah majlis
sambutan Maulidur Rasul peringkat SKKB 1445 H
2023 Masihi. Bagi Pihak majlis, sekali lagi kami
merakamkan setinggi tinggi perhargaan kepada semua
yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menjayakan majlis ini. Mohon seribu
kemaafan anadai ada kekurangan sepanjang saya
mengendalikan majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu
dating daripada Allah SWT dan yang buruk itu
daripada diri saya sendiri.

Sekian.

Wabilahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai