Anda di halaman 1dari 2

Cara menukar POWERPOINT.ppt kepada FLASH.

swf
Assalamualaikum dan salam kedamaian.

Semenjak terlibat aktif dan juga dilantik sebagai guru muda bagi sistem
pengajaran dan pembelajaran yang sangat interaktif iaitu FrogVle, banyak
juga ilmu yang bermanfaat telah diperolehi dan seterusnya mendorong
saya untuk menyebar luaskan ilmu yang telah saya peroleh hasil daripada
kursus GM1M FrogVle itu.

Berbalik kepada tajuk kali ini, bagaimana cara untuk kita menukarkan slide
POWERPOINT kepada bentuk flash agar mudah dimasukkan ke dalam
SITE FrogVle.

Langkah 1
Sediakan terlebih dahulu slide powerpoint beserta dengan kesan efek yang
menarik.

Langkah 2
Sila muat turun perisian yang bernama : iSpring Free

Langkah 3
Install/pasang perisian tersebut. Buka persembahan PowerPoint kita tadi.

Langkah 4
Perhatikan kepada "Tab" yang bernama iSpring Free pada menu
PowerPoint itu. Klik padanya dan tekan pada butang "Publish"
Langkah 5
Selesai. Carilah fail flash anda dalam My Document.

Langkah 6
Ucapkanlah Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah.

Anda mungkin juga menyukai