Anda di halaman 1dari 16

SKRIP

MAJLIS KHATAM HAFAZAN DIPLOMA 2021

Que Skrip

Mohon Perhatian
Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin diingatkan agar memastikan
telefon bimbit dimatikan atau berada dalam mod senyap.

Razlan Apabila diumumkan ketibaan Pengarah Darul Quran beserta pegawai-pegawai kanan
 masuk ke dewan ini, para hadirin dipohon untuk berdiri.

Para hadirin juga diingatkan agar sentiasa memakai pelitup mulut dan hidung serta
mematuhi s.o.p yang ditetapkan dan tidak keluar dari dewan ini sehingga majlis
selesai
Kerjasama daripada para hadirin amatlah dihargai.

Razlan Mengumumkan perarakan masuk barisan pensyarah yang diraikan, diiringi


para siswa yang akan membacakan Khatam Hafazan Al-Quran

1
Que Skrip
(Ibtihal dialunkan)

Mengumumkan serta mengalu-alukan


Ketibaan Yang Berbahagia Tuan Pengarah Darul Quran diiringi
Timbalan Timbalan Pengarah serta pegawai-pegawai kanan Darul Quran
Ilham Hadirin hadirat sekalian dipohon berdiri.
(Ibtihal)

Tunggu Ibtihal Tamat.

Hadirin Hadirat sekalian dipersilakan duduk.

Razlan
Assalamualaikum Wbr Wkt
Basmalah & Hamdalah: Salawat salam atas Nabi.

Yang Berbahagia Tuan Mohamad Kori bin Jusoh


Pengarah Darul Quran

2
Que Skrip
Yang Berusaha Tuan Haji Salahuddin bin Haji Ghozali
Timbalan Pengarah Akademik
Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Halem Hapiz bin Salihin
Timbalan Pengarah Kualiti
Pegawai pegawai Kanan, Ketua-Ketua Penolong Pengarah, ketua ketua Jabatan,
Para Pensyarah serta kakitangan Darul Quran

Yang diraikan barisan siswa siswi semester 6


Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat
Turut diraikan para ibu bapa, hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM


UCAPAN SELAMAT DATANG KE :
MAJLIS KHATAM HAFAZAN
SISWA SISWI SEMESTER ENAM PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN
PADA HARI INI, JUMAAT 12 MAC 2021
BERSAMAAN 28 REJAB 1442 HIJRI
BERTEMPAT DI DEWAN MUKTAMAR DARUL QURAN JAKIM

3
Que Skrip
Terlebih dahulu pihak majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Tuan Mohamad Kori bin Jusoh,
yang sudi meluangkan masa memeriahkan majlis kita
pada pagi yang dilimpahi keberkatan ini.

Yang Berbahagia Dato’/Tuan-tuan /Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,


Agenda sulung kita pada pagi yang serba indah ini,
Ilham dimulakan dengan Majlis Khatam Hafazan Al-Quran yang akan disempurnakan oleh
Barisan Siswa Semester 6 Darul Quran.
Di bawah pimpinan
Yang Berusaha Al-Fadhil Us Mohd Fazli bin ibrahim

Marilah sama-sama kita mentadabbur ayat-ayat suci yang akan dialunkan ini.....
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ilham Demikian sebentar tadi,


Majlis Khatam Hafazan Al-Quran yang telah disempurnakan oleh
siswa semester 6 Program Diploma Tahfiz Al-Quran
di bawah pimpinan Al-Fadhil Us Mohd Fazli bin Ibrahim

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

4
Que Skrip
...............................................................
Ibtihal
Majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Mohamad Kori bin
Razlan Jusoh dan Yang Berusaha Tuan Haji Salahuddin bin Haji Ghozali
Untuk naik ke pentas. Dipersilakan

Yang Berbahagia Dato’/Tuan-tuan /Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,


Razlan Majlis serba mewangi yang dikelilingi jutaan malaikat pada hari ini
diteruskan lagi dengan ucapan yang akan disampaikan oleh
Saudara Ayatur Rahman bin Muzammil
mewakili siswa siswi Diploma semester 6 Darul Quran JAKIM
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Razlan Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan


Saudara Ayatur Rahman bin Muzammil
mewakili siswa siswi Diploma semester 6 Darul Quran sebentar tadi.

5
Que Skrip
Ilham Yang Berbahagia Dato/Tuan-tuan /Puan-puan Hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan yang akan disampaikan oleh
Yang Berbahagia Tuan Mohamad Kori bin Jusoh,
Pengarah Darul Quran.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ilham Demikian tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh


Yang Berbahagia Tuan Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah Darul Quran.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

Tuan-tuan / Puan-puan yang dikasihi sekalian,


Seterusnya, marilah kita sama-sama mendengar ucapan dan amanat
Ilham yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Abdul Aziz bin Jusoh,
Ketua Pengarah JAKIM seterusnya merasmikan
Majlis Khatam Hafazan Al-Quran
Program Diploma Tahun 2021.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

6
Que Skrip
Razlan Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Datuk Abdul Aziz bin Jusoh,
Ketua Pengarah JAKIM
yang telah menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.
Razlan
Yang Berbahagia Dato’/ Tuan-tuan / Puan-puan yang dikasihi sekalian,

Seterusnya, majlis kita diserikan lagi dengan acara penyampaian sijil dan
cenderahati.
Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan
Yang Berbahagia Tuan Pengarah Darul Quran bagi menyempurnakan acara
penyampaian tersebut.

Hadirin hadirat sekalian,


Acara Penyampaian Sijil Penghargaan dimulakan dengan menjemput para Pensyarah
Tasmi’ lelaki dan wanita yang telah mencurahkan sepenuh bakti dan jasa dalam
melahirkan para huffaz di Darul Quran ini.
Majlis mempersilakan...
( Rujuk Senarai Pensyarah Tasmi’ Lelaki dan Pensyarah tasmi’ Wanita )
_______________________________________________________________
7
Que Skrip

Seterusnya Penyampaian Sijil Khatam Hafazan Al-Quran kepada barisan siswa


semester 6

Dipersilakan siswa di bawah kendalian Ustaz...


( Rujuk Senarai Ketua Kelas Banin )

Majlis berhenti rehat seketika.


Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berbahagia pengarah Darul Quran serta dif
kehormat untuk duduk.
Sebagai selingan acara, majlis mempersilakan kumpulan nasyid yang dianggotai oleh
siswa semester 6 untuk menghiburkan hadirin sekalian, dipersilakan.



Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan nasyid semester 6 di atas
Ilham
persembahan sebentar tadi.

8
Que Skrip
Hadirin hadirat sekalian,
Acara penyampaian sijil dan cenderahati diteruskan lagi. Pihak majlis dengan penuh
takzimnya sekali lagi menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Pengarah Darul
Quran untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Seterusnya Penyampaian Sijil Khatam Hafazan Al-Quran kepada barisan siswi


semester 6

Dipersilakan siswi di bawah kendalian Ustazah...


( Rujuk Senarai Ketua Kelas Banat )




Hadirin Hadirat sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan acara
Penyampaian Anugerah Pensyarah Tasmi’ Cemerlang
9
Que Skrip

Anugerah Pensyarah Tasmi’ Lelaki Cemerlang bagi sesi 2019-2021


adalah menjadi milik...
USTAZ MOHD FAZLI BIN MOHD AZALI
Syabas dan tahniah diucapkan.

Manakala Anugerah Pensyarah Tasmi’ Wanita Cemerlang bagi sesi 2019-2021


Dipersilakan...
USTAZAH SUHAIDA BINTI CHE SAMSUDIN
untuk menerima anugerah tersebut.
Tahniah dan syabas diucapkan.

Seterusnya Anugerah Khas Pensyarah Tasmi’.


Pihak penganjur sebulat suara memperkenankan anugerah ini menjadi milik...
USTAZ AHMAD QUSAIRY BIN MAT ZIZI
Dipersilakan

Majlis diteruskan lagi dengan


Penyampaian Anugerah Penulisan al-Quran Terbaik

10
Que Skrip

Penulisan al-Quran terbaik kategori siswa


Jatuh kepada...
SAUDARA AHMAD MUAZ BIN BAHARUDIN

Seterusnya penulisan al-Quran terbaik kategori siswi


Adalah menjadi milik...
SAUDARI UMAMAH BINTI AHMAD NAJIB

Syabas dan Tahniah diucapkan...

Hadirin Hadirat Sekalian...

Aturcara majlis diteruskan lagi dengan


Penyampaian Anugerah Khas Khatam lebih dari sekali
Dipersilakan...(RUJUK SENARAI NAMA)

Aturcara majlis diteruskan lagi dengan


Penyampaian Anugerah Khas Kategori OKUMP

11
Que Skrip
Majlis dengan ini mempersilakan

1. SAUDARI NUR SYUHADA BINTI ALIAS


2. SAUDARI NOR FARAH ALIA BINTI AMRAN
3. SAUDARI NUR BASYIRAH BINTI MOHAMAD AZHAR

Tahniah dan syabas diucapkan

Seterusnya, Penyampaian Anugerah Siswa dan Siswi Cemerlang


yang akan dinobatkan sebentar lagi.

_______________________________________________________________
______________________

BACA BIODATA SISWA CEMERLANG

Anak sulung daripada 3 orang adik beradik ini diputerakan pada 29 Disember 1999 di
Kota Bharu Kelantan .

12
Que Skrip
Anakanda kebanggaan pasangan harmoni Encik Mohd Khairi bin Omar dan
Zaiton bt Azahari merupakan
bekas pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Ar Raudhah ini sentiasa mengekalkan resepi
kejayaan PNGK 4.00 serta berjaya menamatkan hafazan berkat bimbingan pensyarah
tasmi’ beliau iaitu Ustaz Mohd Fazli bin Mohd Azali.
Beliau berjaya menamatkan hafazan al-Quran di darul Quran dalam tempoh 18 bulan.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan
terutamanya kepada ayah bonda tercinta,
para pensyarah dan kakitangan Darul Quran yang disayangi,
rakan taulan yang tidak putus-putus
mendoakan kejayaan yang beliau kecapi selama ini.

Anugerah Siswa Cemerlang sewajar dan selayaknya menjadi milik


SAUDARA MUHAMMAD HARIS DANIEL BIN MOHD KHAIRI

Syabas dan tahniah dan diucapkan


BACA BIODATA SISWI CEMERLANG
Puteri ketiga daripada 5 orang adik beradik ini dilahirkan pada
1 Mac 2000 di Pasir Mas Kelantan..

13
Que Skrip
Anak kesayangan pasangan Encik Mohd Saufi bin Abu Bakar dan
Mariatul Kibtiah bt Mohd Saufi sentiasa mendapat redha dan restu
menjalani kehidupan bermujahadah sebagai hafizah di bumi tercinta Darul Quran.

Bekas pelajar Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah Kelantan ini sentiasa mengekalkan
kecemerlangan PNGK 4.00 berkat bimbingan pensyarah tasmik beliau iaitu
Ustazah Yusmaniarti binti Iskandar
Berkat bimbingan pensyarah tasmi’ serta doa
ibu bapa dan rakan seperjuangan beliau berjaya mengkhatamkan hafazan dalam
tempoh 8 bulan dan telah menghafaz sebanyak 3 kali di hadapan guru sepanjang 3
tahun berada di Darul Quran.
Anugerah Siswi Cemerlang sewajar dan selayaknya menjadi milik

SAUDARI ZULAIKHA BINTI MOHD SAUFI

Tahniah dan syabas diucapkan

Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang bergelar hafiz serta hafizah.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada

14
Que Skrip
Yang Berbahagia Pengarah Darul Quran
yang telah sudi menyempurnakan acara penyampaian sijil dan cenderahati sebentar
tadi.

Sebagai halwa telinga kita pada hari yang berbahagia ini,


Majlis dengan penuh sukacitanya sekali lagi menjemput kumpulan nasyid siswa
semester 6 bagi membuat persembahan.
Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan nasyid siswa semester 6
yang telah menghiburkan kita semua sebentar tadi.

Yang Berbahagia Dato’ / Tuan-tuan / Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,


Seterusnya majlis akan menadah tangan memohon kepada Rabbul Jalil agar majlis
terus diberkati.
Alfatihah...

15
Que Skrip

Amiiiiin...ya rabbal alamin....


Yang Berbahagia Dato’ / Tuan-tuan / Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,
Pihak majlis sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Dif2 Terhormat
di atas kesudian meraikan serta menyerikan majlis kita pada hari ini

Dengan itu selesailah sudah majlis kita pada hari ini.


Pihak majlis ingin memohon kemaafan jika terdapat keterlanjuran bicara
dan kesilapan cara sepanjang mengendalikan acara.

Seterusnya majlis mempersilakan


Yang Berbahagia Tuan Pengarah serta
Pegawai-pegawai Darul Quran untuk berarak keluar meninggalkan majlis.

Dijemput kepada siswa siswi untuk berdiri bagi meraikan Yang Berbahagia Tuan
Pengarah Darul Quran dan Dif-Dif terhormat.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz suci Assalamualaikum Wrt Wbt

16

Anda mungkin juga menyukai