Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN JAMUAN RAKYAT SEMPENA 100TAHUN SKDWMS

ATUR ACARA

SKRIP

CATATAN

SIDANG 1 : MAJLIS KHATAM AL-QURAN 7.45 PG Pelajar berkumpul di dewan tertutup. 8.15 Pelajar dan ibubapa mengambil tempat Perhatian kepada semua pelajar yang terlibat dengan majlis khatam AlQuran, sila berkumpul di Dewan Tertutup Majlis dengan besar hati mempersilakan para tetamu dan waris yang hadir mengambil tempat di dalam dewan tertutup. Mengumumkan ketibaan Yang berusaha En. Mazida bin Arshad Guru besar SKDWMS. 8.45 Majlis khatam Al Quran bermula Yang berusaha , EN. MAZIDA BIN ARSHAD, Guru Besar Skdwms Yang Berusaha En. Mohd Nazri bin Shafei, YDP PIBG SkDWMS Yang Dihormati Barisan tetamu, guru-guru dan para hadirin sekalian Bagi memulakan majlis khatam Al Quran pada hari ini marilah kita bersama-sama membaca ummul kitab AL FATIHAH. Semoga dengan bacaan ummul kitab sebentar tadi Allah akan memberkati majlis ini. Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustaz Mohd Khairudden bin Jarani bagi memimpin majlis khatam Al-Quran pada pagi ini.

Dipersilakan

9.15 Jamuan Murid

Majlis mengucapkan jutaan penghargaan kepadan Ustaz Mohd Khairudden bin Jarani. Majlis berhenti rehat seketika dan akan bermula semula pada pukul 9.45pg.

-bergantung kepada masa khatam tamat.

SIDANG 2 : MAJIS KONVOKESYEN 9.45 Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Ustaz/En. PERSEMBAHAN BURDAH Mohd Dzhir bin Salleh. Penolong PPD Pendidikan Islam. Yang Berbahagia Ustaz/En. Mohd Dzhir bin Salleh. Penolong PPD Pendidikan Islam Yang Berusaha En. Mazida bin Arshad, Guru Besar SKDWMS. Yang Berusaha En Mohd Nazri bin Shafei, YDP PIBG SKDWMS Yang Dihormati Para Tetamu, guru-guru, dan hadirin sekalian.. Bagi memulakan majlis kita marilah kita menghayati persembahan burdah yang akan disampaikan oleh pelajar-pelajar Darul Hadis. Majlis mempersilakan 10.45 Ucapan aluan Guru Besar Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas persembahan burdah sebentar tadi. Semoga Allah memberkati Majlis kita dan meningkatkan kecintaan kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Beusaha En. Mazida bin Arshad Guru Besar SKDWMS bagi menyampaikan ucapan aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan aluan sebentar tadi. 10.55 Ucapan Perasmian Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami. Majlis menjemput yang Berbahagia En Mohd Dzhir bin Saleh bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan 11.10 Majlis Penyampaian Sijil Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang berbahagia En. Mohd Dzhir bin Salleh atas kesudian merasmikan majlis ini. Seterusnya majlis mejemput yang Berbahagia En. Mohd Dzhir bin Saleh diiringi oleh yang berusaha En. Mazida Bin Arshad bagi menyampaikan sijil kepada para penerima. Segala hormatnya dipersilakan Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia en. Mohd Dzhari bin Salleh atas penyampaian sijil sebentar tadi.

11.30 Marhaban``

Majlis diteruskan dengan persembahan marhaban.. Dipersikan Majlis merakamkan penghargaan atas persembahan marhaban sebentar tadi.

12.30 Jamuan Makan

Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan. Majlis menjemput yang berusaha En, Mazida bin Arshad Guru Besar SKDWMS bagi mengiringi Yang Berbahagia En. Mohd Dzhir bin Salleh ke majlis jamuan. Dipersilakan Para hadirin dijemput menikmati makanan yang telah disediakan di_________________________________ Sekian Wabillahi taufiq wal hidayah Wassalamualaikum waramatullahi wabarakatu.

-pastikan tempt jamuan rakyat.

Anda mungkin juga menyukai