Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA LADAP

KATA ALUAN Sayang kumbang mencari makan


Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiringi restu Illahi

Assalamualaikum W.B.T.,
Salam Sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam Melakaku Maju jaya Rakyat Bahagia Menggamit
Dunia
Salam Pendidikan berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera #JPNBitara
BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT
Salam Klass #Kebersamaan Memacu Kecemerlangan

Yang Berbahagia,
Tuan Hj Mohamad Nor bin Jaafar
SIP+ PPD Melaka Tengah

Yang Berbahagia,
Puan Hjh Rohaizan binti Othman
SISC+ PPD Melaka Tengah

Yang Berusaha,
En Zamri bin Ahmad
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Klebang Besar

Yang Berusaha,
Puan Rossnita binti Sardi
Guru Penolong Kanan HEM SMKKB

Puan Azizah binti Ahmad


Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMKKB

Puan Rahidah binti Rahim


Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SMKKB

Guru- guru Kanan Matapelajaran dan guru sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah kurniaNya maka kita diberikan kelapangan waktu,
digerakkan minda dan deria serta dikurniakan kecerdasan
fizikal dan mental untuk sama- sama berkumpul bagi
menjayakan program Pemantapan PAK21 dan TS25 bagi
tahun 2023.

BACAAN DOA Rakan-rakan guru sekalian.

Yang mengerakkan kita hadir ke sini adalah DIA Yang


Maha Kuasa.
Tahniah dan bersyukurlah kerana Dia memilih kita
menambah ilmu yang sedia ada
Usah di tanya minggu keberapa
Usah difikir apa yang menghantui minda.
lapangkan seketika ,ikhlaskan diri kita untuk kita sama-
sama menambah ilmu demi anak murid tercinta.

Untuk memberkati majlis pada hari ini, dengan segala


hormatnya dijemput Ustaz Jasmi untuk membacakan doa.
Dipersilakan.

***
Amin amin ya rabbal Alamin.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz


Jasmi atas bacaan doa sebentar tadi.

OBJEKTIF Hadirin sekalian,


MAJLIS
Dibacakan disini objektif Ladap diadakan. Selain kita
dapat menjana gaya berfikir untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan, Latihan Dalam Perkhidmatan atau
singkatannya Ladap ini juga dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan dalam
menjalankan tugas. Selain itu, program ladap ini juga
dapat membantu guru membina keyakinan diri dalam
bidang tugas masing-masing serta mempertingkatkan
budaya kerja yang mantap. Mudah-mudahan dengan ilmu
yang diperolehi dalam Ladap hari ini dapat diselitkan
dalam minda kita demi kebaikan bersama.
ALUAN Hadiran sekalian,
PENGETUA /
GPK 1 Sebelum kita melangkah lebih jauh, molek kiranya kita
mendengar terlebih dahulu aluan Guru Penolong Kanan
Pentadbiran. Dijemput En Zamri bin Ahmad untuk
berbicara. Dipersilakan.

***
Terima Kasih diucapkan kepada cikgu Zamri bin Ahmad
atas ucapan aluan itu tadi.

SLOT 1 Ingin rasa memakan kari


Kari cendawan batang keladi
Girang rasa tidak terperi
Bertemu tuan yang baik budi.

Kini tibalah masa kita menjemput, Penceramah kita Tn Hj


Mohamad Nor bin Jaafar, SIP+ PPD Melaka Tengah.
Sebelum itu, izinkan saya mebacakan serba sedikit biodata
beliau.

***BIODATA DIBACA

Tanpa membuang masa majlis dengan sukacitanya


menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, En
Muhammad bin Harun untuk menyampaikan pengkongsian
beliau.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***
Berkejar-kejaran ombak di laut
Menyentuh pantai berpasir bersih
Budi tuan disebut-sebut
kerja selesai dan terima kasih.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj


Mohamad Nor bin Jaafar atas pengkongsian yang sungguh
jelas berkaitan dengan PAK21.

SLOT 2 Bukan rumput sebarang rumpun,


Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon satu pengkongsian.

Sesungguhnya warga pendidik SMKKB pada hari ini


sungguh bertuah kerana akan mendengar pengkongsian
berkaitan TS25 yang akan disampaikan oleh Puan Hjh
Rohaizan binti Othman. Beliau…

***BIODATA DIBACA

Tanpa membuang masa majlis dengan sukacitanya


menjemput dan mempersilakan Puan Hjh Rohaizan binti
Othman untuk menyampaikan pengkongsian beliau.

***

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hjh Rohaizan binti


Othman atas penerangan yang amat jelas berkaitan
dengan TS25.

PENYAMPAIAN Atur cara seterusnya adalah penyampaian cenderahati


HADIAH sebagai tanda kenangan. Sekalung budi seutai kasih,majlis
mempersilakan Yang Berusaha En Zamri bin Ahmad,
Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan hadiah
kepada kepada penceramah kita pada hari ini.

Dipersilakan Tuan Hj Mohamad Nor bin Jaafar

Dipersilakan Puan Hjh Rohaizan binti Othman

Terima kasih diucapkan kepada Pn Noraizah dan terima


kasih juga kepada penceramah kita pada hari ini.

PENUTUP Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang


diberikan sepanjang slot Ladap kali ini. Mudah-mudahan
ada sesuatu yang telahpun kita perolehi pada hari ini.

Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.

Cyberlab KLASS tempat bertemu


Girangnya rasa hati tak terkira
Baliklah tuan membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara.

Maaf atas segala kekurangan. Sehingga berjumpa lagi


pada sesi akan datang. Sekian. Wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai