Anda di halaman 1dari 11

1

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN ENCIK RAZALI BIN UDIN

Pengumuman Mengumumkan ketibaan Yang diraikan Encik Razali bin Udin diiringi dif-dif Jika perlu
Ketibaan jemputan masuk ke dewan
Kata-kata aluan Hijau merimbun pohon cemara
Hinggap tempua mencari makan
Sebelum kata menghurai bicara
Salam dihulur takzim dipersembahkan.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan al Fadhil Ustaz Cmfirmkan
Muhammd Zikry bin Jamaludin untuk memimpin bacaan doa manakala yg kehadiran Ustaz
bukan beragama Islam dipersilakan utk bertafakkur seketika. Majlis dengan Zikry
penuh takzim mempersilakan.
(Doa)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al Fadhil Ustaz Zikry atas
bacaan doa sebentar tadi
2

Alu-aluan Jejaran mengkudu berbias kesuma


Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan aluan pembuka bicara
Di Sri Menanti Resort kita bersua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Salam sejahtera ,
Salam abc
Anak yang baik lagi cerdik
Salam abc 2.0
Salam ambil peduli, bina hubungan, cipta kejayaan
Up nogoghi
Salam PPD Tampin
Unggul Memacu Transformasi
3

Bukan lobah sebarang lobah Terpulang nak baca


atau tak..hehe
Lobah bersarang ateh aka
Bukan sombah sobarang sombah
Sombah dihujung sampai ko pangka
Kocik tak disobot namo
Godang tak disobot golar
Kok ditengok padang nan jauh
Tertukik tanah disini
Tertumpu pandangan sey
Kok jauh dah dijompot
Kok dokek dah dikampung an
Kok nan dilopeh dah sampai
Nan ditunggu dah tibo
4

Yang berusaha
Tuan Alias bin Abdul Samad
Pegawai Pendidikan Daerah Tampin

Yang berusaha
Tuan Hj Muhammad Badron bin Othman
Timbalan PPD Sektor Perancangan

Yang berusaha
Tuan Azhar bin Arshad
Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah

Yang berusaha
Pn Alin binti Abdullah
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran

Yang berusaha
Tuan Muhammad Azman bin Yeop Ali
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid

Yang berusaha Encik Mohd Redzuan bin Shamsudin


Pengerusi Kelab Kebajikan, Rekreasi Dan Sukan, PPD Tampin
5

Yang berusaha
Insan yang diraikan
Comfirmkan
Encik Razali bin Udin
jawatan
(Jawatan)

Yang berusaha
Para pegawai dan anggota Kumpulan Pelaksana Pejabat Pendidikan Daerah
Tampin
Seterusnya hadirin hadirat yang dikasihi sekalian

Selamat datang ke Sesi Profesionalisme Pejabat Pendidikan Daerah Tampin ,


Tahun 2023 sempena majlis Persaraan Encik Razali bin Udin

Alhamdulillah.
Setinggi tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi, kerana dengan izin serta
limpah rahmat-Nya, kita diberikan kesempatan untuk berhimpun di dewan
bertuah ini bagi menjayakan majlis yang membawa seribu makna kepada kita
semua.
6

Alu-aluan Hadirin warga dewan sekalian, Comfirmkan tarikh


bersara
Dalam melewati hari hari mendatang,dalam kesibukan menjalankan amanah
yang disandang ,disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah
hari. Bahtera arena pendidikan kita terpaksa melambaikan salam perpisahan
buat seorang lagi anak kapal yang telah pun sampai ke destinasi penamat
tugasan hakiki iaitu Encik Razali bin Udin. Insan hebat ini akan bersara sebagai
penjawat awam secara rasminya bermula tanggal ______________ setelah
sekian lama menabur budi dan jasa kepada negara tercinta.
Terlalu pantas masa berlalu,rasa baru semalam kita bersua ,masih banyak yang
ingin dikongsi,masih banyak yang hendak dipelajari namun sesungguhnya masa
mencemburui dan memaksa kami melepaskan kalian pergi walaupun berat
rasanya hati.

Ucapan Hadirin sekalian Guru Besar


Pengerusi Kelab Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Tirai ucapan kita mulakan dan untuk itu


Majlis dengan ini mempersilakan Yang berusaha En. Mohd Redzuan bin
Shamsudin Pengerusi Kelab KKRS untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
7

(Ucapan Pengerusi KKRS)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Mohd Redzuan atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi

Ucapan Tuan Bukan gong tanpa palunya,


PPD Bukan sireh tanpa tepaknya,
Bukan majlis tanpa ucapan tuan yang terutama.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berusaha Tuan Alias bin
Abdul Samad, Pegawai Pendidikan Daerah Tampin untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

(Ucapan Tuan PPD)

Terbang melayang sianak kedidi,


Terima kasih tuan atas ucapan sebentar  tadi.

Tayangan Hadirin serta warga dewan sekalian,


Montaj yang Layangkan pandangan anda ke layar putih, kerana kita bakal menyaksikan
diraikan sorotan kisah 1001 kenangan insan yang diraikan melalui persembahan
multimedia.
Sama-sama kita saksikan.
(Tayangan multimedia)
8

Demikianlah tadi telah kita saksikan tayangan multimedia yang telah disediakan
oleh jawatankuasa untuk tatapan semua dan diharapkan ia akan menjadi
memori indah buat semua.

Ucapan yang Segala bicara sama dinanti, Comfirmkan


diraikan Rintihan hati sama diselami, jawatan
Bisikan nurani sama difahami,
Luahan azimat sama didengari.

Kelangsungan majlis pada petang yang berbahagia ini diteruskan.Kini marilah


sama sama kita dengarkan alunan kata simpulan rasa dari insan yang diraikan,
Encik Razali bin Udin, ____________________(jawatan). Dipersilakan.

(Ucapan yang dirai)


Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Razali atas ucapan beliau sebentar
tadi.
9

Kami doakan agar Encik Razali sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang
Allah ,Tuhan semesta alam,diberikan kesihatan yang terbaik juga diberikan
ketenangan dalam melalui hari hari yang mendatang sebagai seorang YB. Kami
juga mendoakan semoga segala jasa dan bakti yang ditaburi sepanjang bergelar
penjawat awam diberikan imbuhan yang terbaik oleh Allah swt bukan sahaja di
dunia malahan di akhirat kelak ,in sha Allah.

Jamuan Hadirin sekalian,


Majlis kita mohon berehat seketika
Bersama kita menjamu selera

Majlis akan berehat seketika dan bersambung semula pada jam ____________
bagi meneruskan aturcara penyampaian cenderamata.

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan hadirin sekalian untuk


menikmati jamuan yang telah disediakan. Selamat menjamu selera.
Penyampaian Warga dewan yang dikasihi sekalian
cenderamata
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Dengan itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Encik Razali bin Udin diiringi Yang berusaha Tuan Alias dan
10

Encik Redzuan untuk berada diatas pentas.


Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata yang pertama.  

Dipersilakan Tuan Alias untuk menyampaikan tanda mata pertama sebagai


kenangan.

Seterusnya,
(Rujuk senarai)

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Razali atas kesudian menerima
cenderamata kenang kenangan itu tadi.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Alias dan Encik Redzuan
atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian cenderamata sebentar
tadi.

Fotografi Hadirin sekalian,


Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.Dengan itu,
berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


11

Yang Diraikan Encik Razali bin Udin kerana sudi untuk


bersama sama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar Yang Diraikan bertambah ceria dan
bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan Majlis pada petang ini.

Dikesempatan ini juga, kami selaku pengendali acara mewakili jawatankuasa


pelaksana ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap terkasar
bahasa tutur bicara sepanjang majlis ini dilaksanakan

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sebelum majlis bersurai, marilah sama-sama kita abadikan kenangan terindah


kita di majlis yang penuh bermakna ini dengan sesi fotografi. Dipersilakan
tetamu jemputan untuk berada di hadapan pentas bagi sama-sama menjayakan
upacara ini. Hadirin dipersilakan berdiri.
Terimakasih kepada semua.

Anda mungkin juga menyukai