Anda di halaman 1dari 11

Mohon Perhatian

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin diingatkan agar mematikan atau memastikan
telefon bimbit berada dalam pengaturcaraan senyap.

Apabila diumumkan ketibaan para tetamu jemputan

masuk ke perkarangan majlis, para hadirin diminta untuk berdiri.

Kerjasama daripada para hadirin amatlah dihargai.

- Ketibaan VIP -

Majlis mengumumkan ketibaan

Yang Berbahagia , Dr. Ghazali Din , Penasihat Kelab Penulisan Kreatif dan Deskriptif,

diiringi dif-dif kehormat masuk ke perkarangan majlis.

- Nyanyian lagu Negaraku

Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi naynyian lagu Negaraku dan Ibu Kandung Suluh
Budiman.

*nyanyi

Hadirin dipersilakan duduk.

- Salutasi

Mekar mewangi bunga Cempaka,

Sayang harumnya memukau sudah,


Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahirrahmanirrahim

Selaut kasih seuntai rasa,

Yang Berbahagia ,

Dr. Ghazali Din, Penasihat Kelab Penulisan Kreatif dan Deskirptif Universiti Pendidikan Sultan Idris,

Yang Dihormati,

Encik Khairul Abdullah selaku jemputan khas untuk bicara buku pada hari ini,

Yang Disayangi,

Saudari Anis Amira Samsuri, Pengarah Program Bicara Buku bersama penulis Khairul Abdullah 2017,

Yang Dikasihi,

Saudara Mohammad Amirul Hasyraf Mohd Yusoff, Yang Dipertua Kelab Penulisan Kreatif dan
Deskriptif sesi 2017/2018,

Yang Dihormati,

Yang Di Pertua Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI,

barisan kepimpinan Kelab Penulisan Kreatif sesi 2017/2018 dan sidang hadirin sekalian.

- Bacaan doa

Petik Kenanga indah disemat,

Gubahan di olah bawa berangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.


Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan. Oleh itu, majlis dengan ini
mempersilakan Saudara Mohammad Thaqif Fuzi untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*Bacaan doa

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara Mohammad
Thaqif Fuzi atas bacaan doa itu tadi.

Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat.

- Ucapan Pengarah Program

Sidang hadirin sekalian,

Adat berbahasa menyampaikan pesan,

Adat upacara menyampaikan ucapan,

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Saudari Anis
Amira Samsuri, Pengarah Program Bicara Buku pada hari ini,untuk memberikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudari Anis Amira Samsuri, atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

- Ucapan Perasmi
Sidang hadirin sekalian,

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Dr. Ghazali Din, Penasihat Kelab
Penulisan Kreatif dan Deskriptif untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus, merasmikan Program
Bicara Buku kita pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Dr. Ghazali Din, Penasihat Kelab
Penulisan Kreatif dan Deskriptif atas ucapan dan kesudian merasmikan program Bicara Buku
sebentar tadi.

- Penyerahan pengendalian acara kepada moderator sesi Bicara Buku

Seterusnya,

Tanpa melengahkan masa lagi, saya menyerahkan majlis ini kepada Saudara Mohammad Faizrah
Jairan untuk mengendalikan sesi Bicara Buku “Mentaliti Jamban” bersama penulis , Encik Khairul
Abdullah.

Dengan ini, mempersilakan.

- Selesai Bicara Buku

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mohammad Faizrah dan juga jutaan terima kasih diucapkan
kepada Encik Khairul Abdullah kerana telah membicarakan karya beliau yang cukup hebat bersama
kita pada hari ini. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

Seterusnya,
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Dr. Ghazali Din, Penasihat Kelab
Penulisan Kreatif dan Deskriptif UPSI, diiringi oleh dip-dip kehormat yang lain untuk menyampaikan
cenderamata kepada Encik Khairul Abdullah. Dengan segala hormatnya , dipersilakan.

#selesai sesi penyampaian cenderamata 1

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Dr. Ghazali Din, Penasihat Kelab Penulisan
Kreatif dan Deskriptif atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Saudari Anis Amira, Pengarah Program Bicara Buku “Mentaliti”
Jamban bersama Khairul Abdullah untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia, Dr.
Ghazali Din, Penasihat Kelab Penulisan Kreatif dan Deskriptif.

#selesai sesi penyampaian cenderamata 2

Majlis seterusnya menjemput Saudari


___________________________________________________________

Selaku Yang Dipertua Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan daripada kami kerana menjalinkan kerjasama yang baik dalam
proses menjayakan program Bicara Buku ini.

- Sesi Fotografi

Seterusnya,

Dip-dip jemputan dijemput naik ke atas pentas bagi sesi fotografi.

#tamat sesi fotografi

Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah sudah program Bicara Buku kita pada
hari ini. Segala kekurangan yang berlaku sepanjang majlis ini berlangsung, kami memohon beribu
kemaafan.
Sekian, berjumpa lagi kita pada masa akan datang.

wassalammualaikum waarahmatullahi wabarakatuh


PERKARA TEKS UCAPAN CATATAN
Awal Majlis Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Dijemput semua hadirin sekalian  mengambil tempat


duduk masing-masing untuk menunggu ketibaan Ketua
Pegawai Eksekutif YMSB dan dif-dif terhormat.

Mengumunkan ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif Yusri


Maju Group, En Muhammad Yusri bersama keluarga
dan dif-dif terhormat, para hadirin dijemput berdiri untuk
mengalu-alukan kedatangan beliau, top management
company dan dif-dif jemputan.
UCAPAN PEMBUKAAN Selamat malam dan salam sejahtera. Izinkan saya
berpantun bagi memulakan majlis makan malam pada
malam ini.

Bunga melati tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,


Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana


dengan limpah  Kasih Nya dapat kita bersama-sama
dalam Majlis GATHERING DAY of Yusri Maju 2016 di
Raja Dagang Resort, Cherang Ruku Tok Bali pada
malam ini.
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan
tuan-tuan dan puan-puan serta dif dif terhormat.

Terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yusri


Maju Group, En. Muhammad Yusri, ahli keluarga beliau
dan dif-dif jemputan kerana sudi meluangkan masa
pada malam ini di dalam majlis yang tidak seberapa ini.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Majlis Gathering


Day of Yusri Maju Group ini merupakan salah satu
program yang dirancang dan dijalankan oleh pihak
pengurusan syarikat dan kakitangan untuk menjalinkan
hubungan mesra dan mengeratkan silalturahim antara
top management dan kakitangan syarikat.

Garam ada, kicap pun ada,


Sayang lada terlupa bagi,
Pantun ada, ucapan pun ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Semoga majlis mendapat berkat.

Dengan segala hormatnya, majlis menjemput bakal


juara Imam Muda Musim Ke-10, Encik Hisamuddin
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Imam Muda


Hisamuddin di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
UCAPAN ALU-ALUAN OLEH Hadirin yang dihormati,
CEO YMSB
Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama


mendengar ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai
Eksekutif Yusri Maju Group, En Muhammad Yusri bin
Muhammad Nor naik ke pentas untuk memberi sepatah
dua kata sebagai kata-kata semangat kepada semua
kakitangan syarikat sebelum perasmian majlis makan
malam pada malam ini.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.


ACARA PERASMIAN MAJLIS Seterusnya, Majlis menjemput En Saupi, merangkap
sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat
untuk mengiringi En Muhammad Yusri naik ke atas
pentas untuk menyempurnakan acara perasmian majlis
makan malam.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.


Muhammad Yusri di atas kesudian merasmikan majlis
makan malam.

PENYAMPAIAN  Majlis diteruskan dengan acara


ANUGERAH pengumuman anugerah-anugerah khas bagi tahun
2016, bertujuan untuk memberi semangat dan
penghargaan kepada kakitangan yang memberi
sumbangan kepada syarikat. Terdapat 8 anugerah yang
disediakan pada kali ini dan anugerah-anugerah
tersebut ialah:

1.    Anugerah Perkhidmatan Paling Lama


2.    Anugerah Khas CEO 2016
3.    Anugerah Perhargaan Bussines Assioate dan Director
4.    Anugerah Pekerja Cemerlang 2016
5.    Anugerah Operator Terbaik
6.    Anugerah Operator Muda Berbakat
7.    Anugerah Pekerja Serba Boleh
8.    Tokoh Yusri Maju 2016

Tanpa dilengahkan masa lagi, acara diteruskan dengan


acara pengumuman bagi kategori anugerah – anugerah
yang dinyatakan sebentar tadi.
Kata orang tuah ayam nampak di kaki,
tuah orang siapa yang tahu…

Dipersilakan Ketua Pegawai Eksekutif Yusri Maju


Group, En. Muhammad Yusri  diiringi En. Mohd Saupi
naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah bagi
anugerah-anugerah tersebut. Dipersilakan.....

Nama acara:_____________________________
Nama pemenang:_________________________

Terima kasih kepada En. Muhammad Yusri dan En.


Saupi diatas kesudian menyampaikan hadiah.

Pada minggu yang lalu, kita ada mengadakan acara


sukan di Kompleks Belia dan Sukan Panji Kota Bharu.
Pada hari tersebut, terdapat beberapa kategori suka
dipertandingkan telah diadakan.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah


Hari Sukan kepada para pemenang. Dipersilakan En.
Sukri bin Muhammad diiringi En. Wan Khairul naik ke
atas pentas untuk menyampaikan hadiah Hari Sukan.

Nama acara:_____________________________
Nama pemenang:_________________________

Terima kasih kepada En. Sukri dan En. Wan Khairul


diatas kesudian menyampaikan hadiah.

BERSURAI Dengan berakhirnya acara penyampaian anugerah dan


hadiah hari sukan itu tadi, maka berakhirlah tugas saya
sebagai MC pada kali ini, tahun depan pastikan orang
lain pula bertugas nanti.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak dalam


menjayakan majlis penyampaian anugerah dan hadiah
itu tadi.   Sebelum kita menjamu selera, dengarkanlah
dua rangkap pantun daripada saya,
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia berjumpa kembali.

Kiri jalan kanan pun jalan


Tengah-tengah pohon mengkudu
Selamat jalan belum kami nak ucapkan.
Silalah menjamu selera hidangan sedang
menunggu.

Dijemput para hadirin menjamu selera dengan hidangan


yang telah disediakan di luar dewan. Di samping itu,
majlis diteruskan dengan aktiviti persembahan dan
pertandingan karaoke serta cabutan bertuah. Saya
serahkan acara majlis seterusnya kepada En Arman
dan Cik Wahida. Dipersilakan.....

Anda mungkin juga menyukai