Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARA MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI

BIL ACARA TEKS


1. Umumkan Mengumumkan, ketibaan
ketibaan Yang Diraikan PUAN SANTHI A/P MARIMUTHU,
yang Selamat Datang ke Majlis Lambaian Kasih
diraikan Sanjungan Budi SK Petaling Jaya. Diiringi, Yang
berusaha Pn. Azatulakmal bt abd Razak Guru
Besar Sek Keb Petaling Jaya, bersama barisan
penolong kanan mengambil tempat dipentas.

*********TETAMU MENGAMBIL TEMPAT*******


(NIRMAL)
2. Ucapan Bismillahirrahmanirrahim.
alu-aluan Assalamualaikum w.b.t dan
Salam sejahtera
KUNING EMAS MASAKNYA PADI,
MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURI,
TERIMA KASIH DAUN KELADI,
KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI.

DUDUK BERSIMPUH DENGAR LUAHAN,


DUDUK BERTEDUH DI BAWAH TITI,
BOLLYWOOD STYLE MENJADI PILIHAN,
MOGA TEGUH JALINAN DI HATI.

IKAN MERAH IKAN KERISI,


MASAK BERSAMA DAUN SELASIH,
DEWAN SK PETALING JAYA MENJADI SAKSI,
MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI
PUAN SANTHI YANG DIKASIH.

(NAJMIE)
BUAH PULASAN DI DALAM PUAN,
SISIP KUINI DIBAWA KE PEKAN,
ATAS ALASAN PERSARAAN PUAN,
MAJLIS INI KAMI ADAKAN.
PASTINYA MERIAH MAJLIS HARI INI
BERSAMA INSAN YANG PERNAH MENABUR BUDI
SEMEMANGNYA”JASAMU DIKENANG BUDIMU
TAK TERBILANG, SEMANGATMU DIJULANG!”….

1. Yang diraikan PUAN SANTHI A/P


MARIMUTHU guru SK Petaling Jaya.
2. Yang Berusaha Puan Azatulakmal binti Abdul
Razak, Guru Besar SK Petaling Jaya.
3. Yang berusaha En. Shaharuddin bin Abd Majid,
Yang Dipertua PIBG.
3. Barisan guru penolong kanan.
4. Rakan-rakan guru serta murid-murid yang
dirahmati Allah s.w.t

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap


pertemuan pasti mengundang perpisahan.

Hadirin sekalian,
Kita berkumpul pada hari ini di Majlis Lambaian
Kasih Sanjungan Budi adalah untuk meraikan
PUAN SANTHI A/P MARIMUTHU , yang akan
bersara daripada dunia Pendidikan.
(NAJMIE)
3. Bacaan Hadirin yang dihormati,
doa Marilah terlebih dahulu sama-sama kita
memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan  limpah kurnia, taufik dan keizinannya,
dapat sama-sama kita menjayakan  Majlis
Lambaian Kasih Sanjungan Budi PUAN
SANTHI A/P MARIMUTHU pada pagi yang
mulia  ini.

Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang…

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala


bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh Yang
Diraikan PUAN SANTHI A/P MARIMUTHU
sepanjang berkhidmat sebagai guru Bahasa
Inggeris Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,


USTAZ MUHAMMAD AZRI BIN ROSLI untuk
memimpin bacaan doa.

(bacaan doa)

Amin, amin yang rabbal a,lamin. Majlis


merakamkan terima kasih.
(NAJMIE)
4. Ucapan Para tetamu yang dihormati,
wakil
murid. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil
murid iaitu
_________________________________________
_________________________________________
____________________________.Dipersilakan.

(NIRMAL)
5. Ucapan Hadirin yang dimuliakan.
Pengerusi
BKS Dinihari mengail ikan,
Dapat seekor ikan haruan,
Pengerusi Kelab Guru  kita persilakan,
Menyampai bicara kata ucapan.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada


Pengerusi Badan Kebajikan Staf 2022 iaitu
En. Mohd Syahrimie bin Sauli. Dipersilakan….

(ucapan………)

Majlis merakamkan terima kasih kepada En. Mohd


Syahrimie bin Sauli…….
(NIRMAL)

6. Ucapan Hadirin yang dihormati,


YDP
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang
berusaha En. Shaharuddin bin Abd Majid, YDP
PIBG SK Petaling Jaya untuk menyampaikan
ucapan. Majlis mempersilakan…..

(ucapan)
Majlis merakamkan terima kasih kepada
En. Shaharuddin bin Abd Majid

(NAJMIE)
7. Ucapan Hadirin yang dihormati.
GB
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Bollywood style tema hari ini,
Hulurkan ucapan buat yang dirai.

Seterusnya, marilah kita sama-sama mendengar


ucapan yang akan disampaikan oleh Yang
Berusaha Puan Azatulakmal binti Abd Razak.
Majlis mempersilakan…….

(ucapan)

(NIRMAL)

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang


Berusaha Puan Azatulakmal binti Abd Razak.
(NIRMAL)
8. Biodata Pn Sebelum itu,saya bacakan sedikit biodata Yang
Santhi a/p Dirai pada hari ini.
Marimuthu Beliau merupakan anak pertama daripada 4 orang
adik- beradik,

Beliau dilahirkan pada 05.Januari.1963, di Teluk


Intan, Perak,
Mendapat Pendidikan Sekolah rendah di
Sek Keb Convent, Teluk Intan, dan Sek Men
Convent, Teluk Intan

Beliau menyambung pelajaran di Maktab


Perguruan Teruntum, Kuantan.Mendirikan rumah
tangga dengan suami tercinta pada 08.Disember
2002

Beliau pernah menjadi Guru Sandaran pada


Mac 1985 - Jun 1995

Beliau telah berkhidmat di dua(2) buah sekolah


iaitu :
i. Sek Keb Khir Johar -
01 Januari 1998 hingga 31 Disember 2002

Dan

ii. Sek Keb Petaling Jaya -


01 Januari 2003 hingga 04 Januari 2023

(NAJMIE)
9. Ucapan Hadirin yang dikasihi,
PUAN
SANTHI Pergi ke kota beli selasih,
A/P
Sayang si dara buat halwa
MARIMUT
HU Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa

Rindu bayangan hati gelisah


Jiwa merindu hati tak tenang
Hari esok  kita berpisah
Jasa puan tetap dikenang

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.


Majlis dengan sukacitanya menjemput
Yang diraikan PUAN SANTHI A/P MARIMUTHU
untuk menyampaikan ucapan… Dipersilakan.

(ucapan yang dirai…….)

Kapal berlabuh ditepi jeti,


Bunga cina di dalam taman,
Amanat didengar disemat dihati,
Sepanjang hayat jadi pedoman.

Disini kasih kita bersemi


Tiba masanya melangkah pergi
Seuntai kasih sekalung budi
Atas sumbangan jasa dan bakti.
(NIRMAL)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


kesudian PUAN SANTHI A/P MARIMUTHU atas
ucapan sebentar tadi.

DIMINTA PUAN SANTHI KEKAL BERDIRI DI


PENTAS UNTUK ACARA SETERUSNYA…

(NIRMAL)
10. Memotong Bagi menyempurnakan acara simbolik majlis
kek perpisahan ini, Majlis seterusnya menjemput dan
mempersilakan Puan Azatulakmal untuk mengiringi
yang diraikan PUAN SANTHI A/P MARIMUTHU
menyempurnakan acara memotong kek.
Dipersilakan,…….

******ACARA POTONG KEK****

Majlis merakamkan terima kasih kepada Puan


Azatulakmal binti Abdul Razak dan Yang diraikan
PUAN SANTHI A/P MARIMUTHU.
(NAJMIE)
11. Montaj Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.
(NIRMAL)
Hadirin, marilah kita saksikan persembahan montaj
yang telah disediakan…..

(PERSEMBAHAN montaj)

Terima kasih kepada En. Mohd Aliff bin Norrizam


atas tayangan montaj itu tadi…..
(NIRMAL)
12. Persemba Hadirin sekalian,
han Murid Bagi memeriahkan majlis ini,marilah kita sama-
Tahap 2 sama menghayati persembahan istimewa daripada
murid-murid Tahun 6.Majlis mempersilakan…

************PERSEMBAHAN MURID***************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
persembahan yang cukup menarik itu tadi.
Persembahan istimewa ini di bawah pimpinan
Cikgu Yusof dan Cikgu Hazwani.
(NAJMIE)

13. Sesi Diminta Yang Diraikan PUAN SANTHI A/P


Fotografi MARIMUTHU,bersama barisan pentadbir, tetamu
jemputan dan guru-guru untuk tampil ke hadapan
bagi sesi fotografi sebagai kenang-kenangan.
**************SESI FOTOGRAFI*****************
(NAJMIE)
14. Penyampai Hadirin yang dihormati ,
an hadiah
Burung tempua di atas dahan,

Dahan jatuh dihimpap rotan,

Setiap pertemuan ada perpisahan,

Hadiah diberi tanda ingatan.

Majlis dengan sukacitanya, menjemput  Puan


Azatulakmal binti Abdul Razak, Guru besar, Sek
keb Petaling Jaya untuk menjemput dan mengiringi
Yang Diraikan PUAN SANTHI A/P MARIMUTHU
untuk menerima hadiah dan cenderahati sebagai
tanda ingatan. Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan………

********IKUT SENARAI PEMBERI HADIAH********


Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi puan jadi kenangan.

Majlis merakamkan penghargaan terima kasih


kepada semua.

(NIRMAL)
15. Penutup Hadirin yang dikasihi,

Manggamit rindu datang ke mari,


Waktu Bersama duka gembira,
Kenangan lalu memahat memori,
Taburan budi kilauan kejora.

Waktu terasa cepat berlalu.


Tiada kata seindah Bahasa untuk menggambarkan
beratnya hati untuk melepaskan pergi.
Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Semoga
PUAN SANTHI A/P MARIMUTHU gembira dan
ceria-ceria selalu serta mempunyai hobi baharu
selepas bersara daripada dunia Pendidikan ini.

Tahniah sekali lagi daripada kami. Semoga segala


kenangan akan terpahat menjadi memori
sepanjang zaman.

Tuan Puteri pergi ke Rasah,


Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin tuhan bertemu lagi.

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta.
(NAJMIE)
Hadirin sekalin, berakhir sudah majlis kita pada hari
ini. Pihak majlis merakamkan terima kasih kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pada
hari ini.

Assalamualaikum wbt dan terima kasih…..!

DIPERSILAKAN YANG DIRAIKAN,BARISAN


PENTADBIR,TETAMUJEMPUTAN DAN GURU-
GURU UNTUK MENJAMU SELERA DI RUANG
MAKAN GURU. DIPERSILAKAN….

(NAJMIE)

Anda mungkin juga menyukai