Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS LAMBAIAN KASIH SERIBU MEMORI

BIL PERISTIWA TEKS/SKRIP TINDAKAN

1. Kata-kata Bismillahirrahmanirrahim,
aluan Assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh
Salam sejahtera.
Salam ABC 2.0
Salam ambil peduli bina hubungan cipta kejayaan
Up Nogoghi
Salam PPD Tampin
Unggul memacu transformasi

BERBAJU SONGKET DI PAGI HARI


PERMINTAAN KHAS DARI YANG DIRAI
TERIMA KASIH DAUN KELADI
KERANA SUDI HADIRKAN DIRI.

Yang berusaha
Tuan Alias bin Abdul Samad
Pegawai Pendidikan Daerah Tampin

Yang berusaha
Tuan Haji Muhammad Badron bin Othman
Timbalan PPD Sektor Perancangan
PPD Tampin

Yang berusaha En. Azhar bin Arshad


Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah
PPD Tampin

Yang berusaha
Puan Alin binti Abdullah
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran
PPD Tampin

Yang berusaha
Encik Muhammad Azman bin Yeop Ali
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid
PPD Tampin

Yang berusaha
En. Mohd Redzuan bin Shamsuddin
Pengerusi KKRS PPD Tampin

Yang berusaha
Insan yang diraikan
Pn Azriah bt Mohd Azmir,
dan
En. Khairul Amri bin Abu Hassan,

Yang berusaha ahli jawatankuasa KKRS, ahli-ahli KKRS


serta hadirin hadirat yang dirahmati sekalian.

Selamat Datang ke : ”Majlis Lambaian Kasih Seribu


Memori” sempena pertukaran 2 orang sahabat kita

Pn Azriah dan Encik Khairul Amri

Pastinya meriah majlis hari ini bersama insan-insan yang


pernah menabur budi.
Sememangnya “jasamu dikenang budimu tak terbilang”.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan


kepada Yang Maha Esa kerana dengan limpah rahmat dan
2. UCAPAN kuasanya, dapat kita bersama-sama lagi pada hari yang
PENGERUSI penuh bermakna ini untuk meraikan majlis perpisahan
KKRS ‛Lambaian Kasih Seribu Memori.

Hadirin sekalian,
Sebagai pembuka tirai majlis, dengan segala hormatnya
majlis mempersilakan En. Mohd Redzuan bin Shamsuddin
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
( UCAPAN En. Redzuan)
3. UCAPAN Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En.
TUAN PPD Redzuan atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian,
Meneruskan bingkisan ucapan, majlis mempersilakan
Tuan Alias bin Abdul Samad, Pegawai PPD Tampin untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan

(UCAPAN TUAN PPD)

4. PERSEMBA Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan


HAN Alias atas ucapan yang cuku bermakna sbntr tadi.
MULTIMEDI
A
Hadirin sekalian, sebelum kita mendengar ucapan dari
insan-insan yang diraikan, marilah kita layangkan
pandangan ke layar putih di hadapan kita bagi sma-sama
menyaksikan tayangan multimedia Lambaian Kasih Seribu
Memori.

(TAYANGAN MULTIMEDIA)

5. UCAPAN PN. Begitulah tadi tayangan multimedia yang telah disediakan


AZRIYAH sepantas kilat oleh En. Khairi. Terima kasih diucapkan.

MERPATI PUTIH DARI LINGGA,


MENCARI PASANGAN SAMPAI KE MELAKA,
DIRIMU TUAN PUAN LAKSANA ZAMRUD DEWANGGA.
DISIMPAN BERTUAH DILEPAS BERDUKA
Begitulah yang boleh kita katakan bagi menunjukkan
betapa berharganya insan yang kita raikan berada di sini.

Dengan ini, marilah sama-sama kita dengarkan ucapan


azimat dari insan yang diraikan.

Dipersilakan Pn Azriah bt Mohd Azmir untuk


menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan..

(UCAPAN )
6. UCAPAN
EN. Terima kasih diucapkan atas ucapan yang disampaikan
KHAIRUL sebentar tadi
AMRI
Majlis seterusnya mempersilakan En. Khairul Amri bin
Abu Hassan untuk menyampaikan ucapan. Majlis
mempersilakan.

(UCAPAN)

Terima kasih diucapkan atas ucapan yang disampaikan


sebentar tadi.

Kain songket cantik kilauan


Ditenun oleh orang kemaman
7. CENDERAM Tak terbalas budimu tuan
ATA Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan

Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis seterusnya adalah penyampaian cenderamata
sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita
raikan.

Kita mulakan dengan penyampaian cenderamata kepada


Pn Azriah bt Mohd Azmir.

Sebelum itu, majlis mempersilakan Tuan Alias dan En.


Redzuan untuk mengiringi Pn. Azriyah bagi menerima
cenderamAta. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Azriyah.

Majlis seterusnya mempersilakan En. Khairul Amri bin


Abu Hassan untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Khairul Amri.

Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih kepada


semua penyampai cenderamata sebentar tadi.
Hadirin sekalian,

Tiba waktunya untuk menyusun jari


Membuang kelikir bersalut dihati
Maaf andai ada salah silap tanpa disedari
Agar saat perpisahan ini indah dirai
Berbunga mesra dalam sanubari

Pada rakan-rakan yang akan meninggalkan kitaselepas ini,


sedikit pesanan dari kami;

Jelinglah kami jika rindu masih bertamu


Sapalah kami andai mesra akrab berpadu
Selamat bertemu rakan-rakan baharu
Selamat bertugas dan berjuang ditempat baharu

Kalau ada jarum yang patah,


Banyaklah kain tidak berjahit,
Kalau ada silap sepatah,
Jangan jadikan kenangan pahit.

Hadirin sekalian, sebelum kita menjamu selera, marilah


sama-sama kita mengabaadikan kenangan terindah
dengan sesi fotografi di lobi PPD Tampin

Sekian sahaja ,salam hormat,


Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt…

Anda mungkin juga menyukai