Anda di halaman 1dari 3

CUE ANNOUNCE

Mengumumkan ketibaan Pn Hjh Saadiah Bt Jaafar, Pengetua SMK (P)


Temenggong Ibrahim masuk ke dewan.
KETIBAAN
TETAMU DAN Selamat datang ke Majlis Jamuan Hari Raya, Majlis Jamuan Hari Guru dan Majlis
YANG Jasamu Dikenang. Pada malam 13 Mei ini bersamaan 12 Syawal 1443 H, warga
DIRAIKAN SMK (P) Temenggong Ibrahim ampak berseri-seri berbusana lengkap dengan
tema hari raya. Mudah-mudahan malam ini mencipta kenangan yang tersemat
di hati.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM KELUARGA MALAYSIA

1. YG BERUSAHA PN HJH SAADIAH BT JAAFAR ,PENGETUA SMK (P)


TEMENGGONG IBRAHIM.
2. YANG DIHORMATI PN HJH HAMIMAH BT HASHIM, PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN.
3. PN PUSPALAILI BT AHMAD, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
4. PN SALIZA BT AHMAD, PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM.
5. PN. ROSEZANA BT ABD MOLOK, PENOLONG KANAN TINGKATAN 6,
6. BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN, RAKAN-RAKAN GURU DAN
KAKITANGAN SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM.

SESUAI DENGAN MAJLIS MULIA INI, KITA JUGA MERAIKAN:


1. PN HJH JAMIYAH BT DARMAWAN (MANTAN PENGETUA SMK (P)
TEMENGGONG IBRAHIM 2017 - 2021
2. PN NUR ASHEEKIN BT ABDUL JALIL
3. PN NURUL FATIN SYAHIDA BT RAMLI
4. PN NOR KHADIJAH BT REHAN
5. PN NORHAYATI BT MOHI
6. Pn Hjh Zalina Bt Mohamad (beliau tidak dapat hadir pada malam ini,
atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Majlis kita pada malam yang cukup istimewa ini merupakan gabungan 3 majlis
KATA ALU- iaitu Majlis Jamuan Hari Raya, Majlis Jamuan Hari Guru dan Majlis Jasamu
ALUAN Dikenang Budimu Disanjung. Kita bersyukur kerana landainya endemik covid-19,
PENGACARA membolehkan kita bersua muka untuk sama-sama meraikan Hari raya, Hari
Guru yang amat bermakna dan mengambil kesempatan untuk meraikan bekas
pengetua SMK (P) Temenggong Ibrahim telah bersara dan rakan-rakan guru
yang telah bertukar ke sekolah lain.

Betapa indahnya kelipan bintang dilangit, begitulah berserinya suasana malam.


Malangnya indah kelipan bintang itu telah menghilang. begitulah juga hilangnya
kerinduan, pabila yang diraikan ada didepan mata. Sekalung penghargaan
diucapkan buat rakan-rakan yang diraikan atas kesudian menghadirkan diri.
Maaf seandainya majlis ini tidak standing dengan hebat dan megah
berwibawanya dengan orang yang diraikan.

MARHABAN PARA JEMPUTAN YANG DIHORMATI,

Rendang daging buat juadah,


Kuah kacang pelengkap rasa;
Sepuluh jari kami menadah;
Mohon berkat Yang Maha Esa

Zikir Munajat Pembersih jiwa… Doa dipohon menjana taqwa…

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
majlis menjemput USTAZ Mohd Fariz Bin Mohd Pathan untuk memimpin
bacaan Marhaban dan selawat serta seterusnya membacakan doa. Dipersilakan.

Pesanan: Para hadirin boleh merujuk edaran marhaban dan selawat yang
disediakan dalam bag goodies.

- Selesai doa –
Amin-amin ya rabbal ‘alamin. Semoga majlis kita dirahmati Allah.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fariz Bin Mohd
Pathan atas pimpinan bacaan Marhaban dan selawat serta bacaan doa itu tadi.

UCAPAN Hadirin yang dihormati,


PENGERUSI
KEBIRUS Ketupat dihidang enak rasanya,
Rendang menjadi pilihan kita,
Bingkisan kata bingkisan raya,
Puan pengerusi bermadah kata.

Dengan itu, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Pn


Norazah Bt Aziz , Pengerusi KEBIRUS 2022 untuk menyampaikan sepatah dua
kata.

Majlis mempersilakan.

- Selesai ucapan –

Majlis merakamkan terima kasih kepada Pn Norazah Bt Aziz atas ucapan itu tadi.

JAMUAN Hadirin dan hadirat sekalian,

Tanpa membuang masa, Majlis menjemput dengan segala hormatnya, En Mohd


Zabha Bin Abdul Rahaman untuk memimpin bacaan doa.
-selesai baca doa-

Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Zabha Bin Abdul Rahaman kerana sudi
memimpin bacaan doa.

Ketupat lemang biskut kuih raya,


Rendang daging jangan dilupa,
Ayam merah juga sudah tersedia,
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera.

Dipersilakan hadirin dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah
sedia dihidangkan.

PERSEMBAHA (TUNGGU DUDUK BARU CAKAP)


N PELAJAR –
LAGU RAYA 1 Hadirin yang dihormati sekalian, sambil menikmati hidangan, majlis diserikan
lagi dengan persembahan daripada _____________ yang sudah lama tersedia di
atas pentas.

Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan __________________ untuk


membuat persembahan.

Anda mungkin juga menyukai