Anda di halaman 1dari 6

Teks Juruacara Majlis Pelantikan Pengawas Surau, PRS dan PSS

Kata Alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim,


juruacara
majlis Dari Johor hendak ke Pekan,
Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.

Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera,

Yang Berusaha, Puan Suhailah Binti Salim, Penolong Kanan


Hem,

Yang Dihormati, Puan Azlieza Hanim Bt Abd Aziz, Penolong


Kanan Kokurikulum,

Pn. Hasmah Bt Abu Bakar, Penolong Kanan PPKI,

Barisan Ketua Bidang, Guru-guru,

Serta murid-murid yang dikasihi sakalian.

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana pada pagi ini dapat bersama-


sama berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi menyaksikan
Majlis Pelancaran Jom Ke Sekolah, Program Amalan Guru
Penyayang, Program SUMUR, Program Budaya 5’S, dan
penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Surau,
Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber
Sekolah tahun 2023.

Bacaan Doa Hadirin hadirat sakalian,

Tidak sempurna majlis kalau tidak dengan doanya, tidak


sempurna iman kalau tidak dengan rasa kehambaannya. Untuk
itu, bagi memohon restu dan keberkatan illahi, marilah kita
bersama-sama menadah tangan mengaminkan doa yang akan
dipimpin oleh Saudara Mohd Azfar Bin Azman.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Amin ya rabbal alamin.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Mohd Azfar


Bin Azman atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Kak Adat berbahasa menyampaikan pesan,


Awin Adat upacara menyampaikan ucapan.

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan


menjemput dan mempersilakan Pn Norazwita Shahida Bt Nordin,
Kaunselor SMK Panchor untuk memberikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Norazwita


Shahida bt Nordin atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan PK Sidang hadirin sakalian,


HEM
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Pn. Suhailah Bt
Salim, Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan ucapan
sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran Jom Ke Sekolah,
Program Amalan Guru Penyayang, Program SUMUR,
Program Budaya 5’S, dan penyerahan Watikah Pelantikan
Pengawas Surau, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas
Pusat Sumber Sekolah tahun 2023.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.


*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Suhailah Bt


Salim atas ucapan sebentar tadi.
Pn Suhailah diminta kekal berada di atas pentas untuk
menyempurnakan acara perasmian program.

Majlis menjemput Pn Azlieza Hanim Bt Abd Aziz, Penolong


Kanan Kokurikulum untuk naik ke pentas bagi mengiringi Pn
Suhailah bagi merasmikan majlis pada hari ini.

*Perasmian dan montaj

Montaj perasmian ini telah disediakan oleh Pn Mimi Norashikin bt


Mat Jaini, Pn Norazlina Bt Abd Talip dan En. Muhammad Ikram
Bin Abd Latif.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Suhailah Bt


Salim atas kesudian merasmikan Majlis Pelancaran Jom Ke
Sekolah, Program Amalan Guru Penyayang, Program
SUMUR, Program Budaya 5’S, dan penyerahan Watikah
Pelantikan Pengawas Surau, Pembimbing Rakan Sebaya dan
Pengawas Pusat Sumber Sekolah tahun 2023 dan majlis
mengucapkan terima kasih kepada Pn Azlieza Hanim Bt Abd Aziz
atas kesudian mengiringi Pn Suhailah Bt Salim sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan aturcara Penyampaian Watikah


Pelantikan Pengawas Surau, Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS) dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) Tahun
2023.

Penyampaian Bagi menyempurnakan majlis watikah pelantikan ini, majlis


watikah menjemput Pn Rosenani Bt Abd Sani naik ke pentas untuk
pelantikan mengiringi Pn. Suhailah Bt Salim bagi menyampaikan watikah
pengawas pelantikan kepada 56 orang pengawas surau.
surau
Dipersilakan.

*Baca nama pengawas surau

Terima kasih diucapkan kepada Pn Rosenani.

Penyampaian Dijemput pula Pn Norazwita Shahida Bt Nordin untuk mengiringi


watikah Pn Suhailah bagi menyampaikan watikah pelantikan kepada 46
pelantikan orang Pembimbing Rakan Sebaya.
PRS
Majlis mempersilakan.

Majlis menjemput.............................................

*nama pengawas PRS

Terima kasih diucapkan kepada Pn Norazwita Shahida bt Nordin.

Penyampaian Majlis menjemput Pn Zuraini bt Zainal untuk mengiringi Pn


watikah Suhailah Bt Salim bagi menyampaikan watikah pelantikan kepada
pelantikan 32 Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
pengawas
PSS Majlis mempersilakan.

Majlis dengan ini menjemput...............

*nama pengawas PSS

Bacaan ikrar Terima kasih diucapkan kepada Pn Suhailah Bt Salim atas


kesudian menyampaikan watikah sebentar tadi. Majlis diteruskan
dengan lafaz ikrar dari pengawas surau, pembimbing rakan
sebaya dan pengawas PSS SMK Panchor. Dipersilakan
pengerusi-pengerusi pengawas surau, PRS dan PSS untuk naik
ke pentas.

Bacaan ikrar ini akan dipimpin oleh saudara Muhammad Firdaus


Bin Rohaizat dari 5 Geografi.

Dipersilakan.

Demikian tadi bacaan lafaz ikrar oleh pengawas surau, PRS dan
PSS. Mudah-mudahan dengan lafaz ikrar itu tadi akan
menjadikan pengawas surau, PRS dan PSS ini lebih komited
dalam menjalankan tugas mereka.

Penutup Dengan berakhirnya penyampaian watikah itu tadi maka


berakhirlah Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Surau,
Pembimbing rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber
Sekolah bagi Tahun 2023.

Semoga dengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan


pemimpin-pemimpin sekolah ini dalam menjalankan tugas yang
diamanahkan.

Sebelum melabuhkan tirai, saya mewakili pihak majlis ingin


memohon maaf andai ada kekurangan sepanjang majlis
berlangsung.
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Di lain acara bersua lagi

Sekian, terima kasih.


Sesi Fotografi Untuk merakamkan kenangan majlis penuh makna pada pagi ini,
dipersilakan barisan pengurusan ke atas pentas untuk sesi
bergambar.

Anda mungkin juga menyukai