Anda di halaman 1dari 6

TEKS MAJLIS PERSARAAN

BIL SKRIP CATATAN


1. SALUTASI
Mengumumkan ketibaan yang dirai pn Rosiah bt Safuan
……………………………………………………………………….
Yang dirai
Pn Pn Rosiah bt Safuan

Yang berusaha
Pn Nor Azihan bt Md Nawawi
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang dihormati
Encik Hazri Hizan b Haron Yang Dipertua PIBG sekolah,

Yang turut berusaha


Pn Nur Shafizah bt Bakar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En Mat Najib bin Abdul Kadir, Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dikasihi
Rakan-rakan guru, ustazah KAFA dan anak-anak didik sekalian.

2.
Pengenalan Majlis.

Sawah menghijau di tengah bendang,


Tumbuh di pinggir pohon bidara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

ASSALAMUALAIKUM WBT
Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya,
dengan iradat dan inayahNya, kita semua dipertemukan lagi pada
hari yang berbahagia ini, bagi meraikan MAJLIS PERSARAAN
PN ROSIAH BT SAFUAN.

3 BACAAN DOA

Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis kita ini, marilah kita mengaminkan bacaan
doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Nazri bin
Ahmad. Dipersilakan
………………………………………
Aminn….amin…yarobbal alamin.
Terima kasih diucapkan kepada Al fadhil Ustaz Mohd Nazri bin
Ahmad atas bacaan doa sebentar tadi.

4 Hadiran sekalian

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik Zulkifli bin


Ahmad Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Staf untuk
menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
…………………………………………………
Terima kasih diucapkan kepada Encik Zulkifli Bin Ahmad atas
ucapan sebentar tadi.

5 Hadiran sekalian

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan wakil murid iaitu adik


Siti Nurwafa’ Adrina bt Juhari untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
…………………………………………………
Terima kasih diucapkan kepada adik Siti Nurwafa’ Adriana atas
ucapan sebentar tadi.

6. Hadiran Sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Dipertua PIBG,Encik Hazri
Hizan bin Haron untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
…………………………………………….
Terima kasih diucapkan kepada Encik Hazri hizan bin Haron atas
ucapan sebentar tadi.

7. Hadiran Sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Puan Nor Azihan Bt
Md Nawawi Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
…………………………………………….
Terima kasih diucapkan kepada Puan Nor Azihan Bt Md Nawawi
atas ucapan sebentar tadi.

9. Ucapan Yang dirai

Buah mengkudu buah bidara,


Mari disimpan di dalam dulang,
Hari ini puan genap bersara,
Jasa baik puan tetap dikenang,

Hadirin sekalian,
Sebelum majlis menjemput , Yang diraikan, elok kiranya kita
melihat catatan kehidupan yang kita raikan pada hari yang
berbahagia ini.

MONTAJ
Biodata guru

……………….

Menjunjung adat, “Yang datang disambut,yang pergi diiring”.


Majlis ini diteruskan lagi, dengan penuh rasa hormat dan kasih,
menjemput Puan Rosiah bt Safuan untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala takzimnya mempersilakan.

……………………………
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Rosiah bt
Safuan atas ucapan sebentar tadi. Semoga amanat yang
disampaikan sentiasa tersemat di jiwa, berlegar di minda.

10 Cenderamata

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.

Hadirin sekalian.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian cenderamata
sebagai tanda kenang-kenangan.
Bagi menyempurnakan sesi ini majlis mempersilakan Pn Rosiah bt
Safuan diiringi oleh Pn Nor Azihan Bt md Nawawi untuk naik ke
pentas.

Bagi memulakan sesi penyampaian ini, majlis menjemput


1.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada yang dirai Pn


Rosiah bt Safuan atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Penutup
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi puan jadi kenangan.

Inilah yang dikatakan,


Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi

Hadirin sekalian
Kita sudah berada di penghujung majlis.
Majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn
Rosiah bt Safuan yang banyak berjasa di sekolah ini. Semoga Pn
Rosiah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Semoga Puan Rosiah sihat sejahtera


Menyusuri hari-hari yang ceria

Di samping beribadat pada yang Esa

Moga dilindungi Allah sentiasa.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya, saya selaku pengacara


ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan majlis ini.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai