Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN KAK ROS

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan salam


sejahtera

Yang Berusaha, En. Fadzilah bin Mohamed Tahir, Pengetua SMK Padang Garuda
Yang dihormati, Tn Hj Zulfikri bin Nordin, Pn Norbi bt Mat Tahar, Pn Roslina bt Shahri
Barisan Ketua Bidang,
Yang diraikan, Puan Roslina A Razak, Barisan guru dan rakan staff sokongan yang
dirahmati ALLAH sekalian,
                                                                                      
Selamat Datang ke Majlis Perpisahan sempena Pertukaran Puan Roslina A Razak atau
lebih mesra dipanggil Kak Ros yg akan bertukar ke SMK Paya Besar. Majlis kita ini juga
diadakan utk meraikan sambutan awal persekolahan serta Ihya Ramadhan.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Azwan

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

******BACAAN DOA*******

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Azwan atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian

Hidangan di meja sudah tersedia, Dijemput tuan menjamu selera..Nampak gayanya


semua dah tak focus dan tak sabar lagi..utk itu Dijemput semua utk menikmati
hidang..dipersilakan..

Hadirin sekalian

Tibalah kita ke agenda seterusnya sambil2 menikmati makanan, majlis menjemput Tn Hj


Zulfikri selaku wakil pentadbir untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

*****UCAPAN PK1***

Terima kasih diucapkan kepada tn HJ atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan
Pn Roslina A. Razak. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan.

********Ucapan Yg Dirai********

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan
Pn Roslina atas ucapan itu tadi. Secara peribadi sy turut berasa sedih atas perpisahan ini
kerana pd pandangan peribadi sy Kak Ros seorang yang sgt membantu dan mudah
berkira org ckp.
Hadirin yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-


kenangan buat insan yang kita raikan iaitu Pn Roslina

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Pn
Norbi untuk mengiringi Yang Diraikan  Pn Roslina untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan Tn Hj Zulfikri untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak pentadbir


sekolah
……………Terima Kasih.

Dipersilakan Cikgu Shahril untuk menyampaikan cenderamata daripada Kelab Warga


Pagass.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan _________________ untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak


pejabat.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan ___________________ untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak


Pembantu Makmal
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan ……………………………... untuk menyampaikan sumbangan peribadi


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan ………………………………. untuk menyampaikan sumbangan peribadi


…………….Terima Kasih.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang


Diraikan Pn Roslina A Razak.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata
sebentar tadi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada
Yang diraikan Kak Ros kerana sudi bersama kita pada pagi ini dan kami semua
mendoakan agar Kak Ros akan sentiasa happy dan cemerlang di tempat baru dan
mungkin bertemu …...

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua yang hadir meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan Majlis kita pagi ini.

Jari disusun maaf dipinta


Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Selamat menyambut Ramadhan semua.

Anda mungkin juga menyukai