Anda di halaman 1dari 2

Bissmillahirrahmanirahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Yang berbahagia guru besar sekolah kebangsaan kampong soeharto, _________________________
Yang berusaha guru2 penolong kanan.
Yang dikasihi guru yang dirai, guru-guru serta murid2 yang disayangi sekalian.
Bagi pihak jawatankuasa pelaksana mengucapkan selamat datang ke majlis perpisahan dan
perpindahan Puan Noriza binti Md Isa yang akan berpindah ke Sekolah kebangsaan kalumpang.
..alhamdulillah dapat kita bertemu lagi pada majlis yang cukup bermakna.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dahannya berduri
Terima kasih daun keladi
Kerana sudi menghadirkan diri.
Hadirin yang dihormati,
Menandah tangan tanda kerendahan
Lafaz bismillah memperkukuhkan tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan
Bagi menambah keberkatan majlis kita,marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan
doa yang akan dilafazkan oleh En. Mohd Faisal b. Dziauddin.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Amin amin ya rabbal alamin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada encik Mohd Faisal atas bacaan doa itu tadi.
Sebagai pembuka persada ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan yang berbahagia Tuan
guru besar ___________________________ untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berbahagia tuan guru besar.
Seterusnya majlis menjemput guru penolong kanan 1 untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Terima kasih diucapkan kepada encik razi atas ucapannya itu tadi,
Seterusnya, majlis menjemput pengerusi BKGK untuk menyampaikan ucapan. Mejlis mempersilakan
Ucapan cik ima, (yang diraikan)
Sudah biasa kita dengari
Patah tumbuh hilang berganti
Namun tak sama dengan yang ini
Tak mungkin ada galang ganti.

Seterusnya majlis mempersilakan Puan Noriza untuk memberikan sepatah dua kata .
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Noriza atas ucapan itu
tadi.
Banyak duri perkara duri
Tidak sama duri mengkuang
Banyak budi perkara budi
Tidak sama budimu seorang
Malam hari berlagu unggas
Memecah kesunyian di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budimu tuan dalam ingatan
Pastinya kami warga SKKS tidak akan lupa dengan Puan Noriza. Beliau meninggalkan kita dengan
daya usaha dan semangat kerja serta komitmen yang cemerlang sepanjang berada di sini..
Tiba waktunya untuk menyusun jemari
Membuang segala kerikil bersalut di hati
Maaf andai ada salah silap tanpa disedari agar saat perpisahan ini indah berbunga mesra dalam
jambangan ingatan.
Pada Puan Noriza yang akan pergi meninggalkan kita di SKKS
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu
Selamat bertugas di tempat yang baru
Semoga allah sentiasa memberkati
Majlis mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan
masa bersama-sama memeriahkan majlis pada hari ini
Dari mana asalnya usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan disimpam di dalam hati
Ubi manis ubi keladi
Kalau ada ditambah lagi
Sekiranya umur panjang direstui
Kita pasti berjumpa lagi
Sekian sahaja ,salam hormat,
Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai