Anda di halaman 1dari 4

PENGUMUMAN KETIBAAN HADIRIN - ASMIDA

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Hjh Rosni bt Sohar, adun Hulu Bernam
merangkap setiausaha wanita UMNO Malaysia dengan diiringi En. Abd Razak b. Badiozaman,
Yang Dipertua PIBG, En. Samsudin b. Ahmad, Guru Besar, guru-guru penolong kanan serta AJK
PIBG Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto.
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
ASMIDA
Kompang Bergema Pusaka Bangsa,
Dipalu oleh Si Anak Muda,
Hadir Tuan Puan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.,
HAWA
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara
Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berhormat Dato Hjh Rosni bt Sohar,
adun Hulu Bernam merangkap setiausaha wanita UMNO Malaysia
Yang berusaha En. Samsudin b. Ahmad
Guru Besar, Sekoah Kebangsaan Kg Soeharto
Yang dihormati, En. Abd Razak b. Badiozaman,
Yang Dipertua PIBG Sekolah Keb Kg Sooeharto
Yang berbahagia, Tuan pengurus felda
En. Azhari b. Mohd Said.
Yang berusaha wakil PPD
Tuan Hj Mohd Rashiidi b. Saarani
Ketua peneroka,
Tuan Hj Halim b. Sajim.
Ketua GPW _____________________________
Barisan Guru Penolong Kanan
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan para pendidik,
Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat petang.

ASMIDA
Alhamdulillah, bersyukur kita pada petang ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita
berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 tahun 2016 ini.
Pihak majlis serta seluruh warga Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto, turut sama
merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat
khususnya kepada Yang Berhormat Dato Hjh Rosni bt Sohar, kerana sudi meluangkan masa bagi
bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.
BACAAN DOA
Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan dengan penuh ketakwaan
untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Faisal b. Dziauddin.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Faisal b. Dziauddin atas pimpinan bacaan
doa itu tadi.
HAWA
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
Sidang Hadirin yang dihormati,
Sekarang,marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyayikan lagu Negaraku
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
UCAPAN YDP PIBG SKKS
Hadirin yang dihormati sekalian.
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah
keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada
kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan
yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam
usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik,
kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang cemerlang.
Seterusnya, majlis menjemput En. Abd Razak b. Badiozaman, Yang Dipertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Kg Soeharto untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
ASMIDA
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Abd Razak b. Badiozaman atas ucapan
beliau tu tadi.
UCAPAN GURU BESAR
Seterusnya, majlis menjemput Guru Besar sekolah kebangsaan Kg Soeharto, En. Samsudin b.
Ahmad untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Samsudin b. Ahmad atas ucaponnya itu tadi.

HAWA
UCAPAN PERASMIAN MESY.
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan
Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang
Berhormat Dato Hjh Rosni bt Sohar, adun Hulu Bernam merangkap setiausaha wanita UMNO
Malaysia seterusnya merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Kg
Soeharto kali yang ke-41 bagi tahun 2016.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakaan

ASMIDA
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato Hjh Rosni bt Sohar atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan
Yang Berhormat itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.
PENYAMPAIAN CENDERAHATI & SIJIL
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati dan sijil kepada AJK PIBG sesi 2015.
Untuk itu, majlis menjemput Yang Berhormat Dato Hjh Rosni bt Sohar, dengan diiringi En. Abd
Razak b. Badiozaman untuk menyampaikan cenderahati tersebut.
Dipersilakan.
(RUJUK NAMA AJK m/s 5)

HAWA
Seterusnya, pihak sekolah ingain merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
beliau yang telah menyumbangkan perkhidmatan beliau selama 16 tahun sebagai setiausaha
PIBG bermula dari tahun 1999 sehingga 2015. Walaupun beliau telah ditukarkan ke sekolah
Kebangsaan Sg Tengi pada awal bulan 2015, namun beliau tetap meneruskan perkhidmatannya
sebagai setiausaha PIBG Sekolah Kebangsaan Kg Soeharto sehingga hari ini. Terima kasih sekali
lagi diucapkan kepada beliau.
Dengan itu, dipersilakan En. Samuri b. Salikun selaku setiausaha PIBG Sekolah Kebangsaan Kg.
Soeharto naik ke pentas untuk menerima cenderahati dari pihak sekolah.

ASMIDA
CABUTAN NOMBOR BERTUAH
Seterusnya, majlis diteruskan dengan LIMA cabutan nombor bertuah. Di jemput YB untuk
mencabut lima nombor.
Nombor bertuah yg pertama..

HAWA
Tahniah diucapkan kepada hadirin yang bertuah pada hari ini.
PENYAMPAIAN CENDERAHATI PERASMI
Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan En. Abd Razak b. Badiozaman
untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada Yang Berhormat Dato Hjh Rosni bt Sohar.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Hjh Rosni bt Sohar atas
penyampaian cenderahati dan cabutan nombor bertuah itu tadi.
Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian
Mesyuarat Agung Sekolah Kebangsaan Kg Soeharto Kali yang ke-41 bagi tahun 2016
Kami mewakili AJK PIBG dan SK Batang Kali, merakamkan penghargaan terima kasih Yang
Berhormat Dato Hjh Rosni bt Sohar atas kesudian beliau meluangkan masa pada petang ini untuk
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru
dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.
Madah di ungkap santun bicara,
Pantun di lantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon di ampun seikhlas hati
ASMIDA
Kain yang carik cuma dihujung
Dibuat alas mengelap kendi
Budi yang baik tetap dijunjung
Tahun hadapan berjumpa lagi
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Seterusnya, kami serahkan kepada En. Abd Razak b. Badiozaman untuk meneruskan agenda
Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Kg Soeharto kali yang ke-41 bagi tahun 2016.
Dipersilakan..

Anda mungkin juga menyukai