Anda di halaman 1dari 3

RAJA YANG ANGKUH

Hai kawan-kawan!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ______________________ _______dari
sekolah kebangsaan kg soeharto akan menyampaikan sebuah cerita bertajuk
Raja yang Angkuh
Tersebut kisah seorang raja,
Tersangat angkuh bongkak sifatnya,
Menganggap diri kuat berkuasa,
Sudah terkenal serata dunia.
hahahahaha, betalah raja yang paling berkuasa di negeri ini. beta yakin rakyat
di negeri ini semuanya tunduk dengan kekuasaan beta! kata raja itu dengan
angkuh.
Namun, ada seorag bidadari yang tidak suka akan sikap raja yang angkuh itu.
Biadari itu telah menyamarkan dirinya menjadi seorag tua yang sangat hodoh.
Bidadari itu, telah berjumpa dengan raja yang angkuh itu. Dia menyatakan
pakaianlah yang menentukan pangkat dan darjat seseorang. bukannya paras
rupa.
wahai orang tua gila, berani kau menyatakan ini kepada beta?!! kata raja itu,
dengan perasaan marah.
benar tuanku. beri patik masa seminggu sahaja tuanku. Seminggu! Akan patik
buktikan bahawa, pakaianlah yang menetukan kedudukan seseorang, tuanku.
Patik yakin, tidak ada seorangpun yang akan menghormati tuanku sebagai raja
jika tuanku tidak memakai pakaian diraja tuanku. Kata orang tua hodoh out
dengan bersungguh-sungguh.
Bidadari itu sanggup mempertaruhkan nyawanya demi mengubah sikap angkuh
rajanya itu. Dia rela dipancung kepalanya jika gagal membuktikan kata-katanya.
Akan tetapi, jika bidadari itu Berjaya, raja perlu mengakui semua kesalahannya
dan memohon maaf. Akhirnya, raja yang angkuh itu telah bersetuju.
Dua hari kemuadian, raja teringin mandi di tasik tidak jauh dari kota. Setibanya
di sana, baginda telah membuka pakaiannya dan meletakkannya di tepi tasik.
Dengan hanya bersarungkan sehelai tuala, baginda pun mandi di tasik itu
dengan gembiranya.
Dalam beberapa minit kemudian, raja itu pun naik ke tebing tasik lalu
menyarungkan pakaian dirajanya. Baginda berserta rombongan pengawal pulang
ke istana. Sepanjang perjalanan, baginda mendapat sambutan yang hangat
daripada rakyat jelata.
eh, di mana semua pengawal? Pengawal!!!!!! Pakaian beta!! Di mana pakaian
beta?!! Pengawal!!!!

Raja yang angkuh itu berasa sangat hairan kerana semua pengawalnya telah
tiada. Begitu juga degan pakaian dirajanya!
Puas raja itu berteriak memanggil para pengawalnya. Namun, tiada guna.
Matahari hampir terbenam. baginda perlu cepat sampai ke kota sebelum pintu
gerbang ditutup.
Dengan bersusah payah, baginda berlari-lari menuju ke kota. Sehinggakan kaki
lembutnya berdarah dan terluka akibat tercucuk batu tajam.
Di sepanjang perjalanan, semua orang mentertawakan baginda kerana hanya
berkain tuala. Ramai yang melempar batu-batu dan telur busuk ke arah baginda
kerana menganggap baginda orang gila.
Sesampainya raja itu di istana, baginda dilayan dengan teruk. Dipukul dengan
pengawal istana kerana mengakui dirinya sebagai raja.
Rajaku? Rajaku? rajaku sudah lama sampai di istana. Baginda sedang
beristirahat di kamarnya. Kata sorang pengawal istana.
Tidak, beta lah raja negeri ini! Akan beta buktikan! kata raja itu dengan
bersungguh-sungguh.
Namun, tidak ada seorang pun yang mempedulikan kata-kata raja tersebut.
Akhirnya, seorang pelayan istana berasa kasihan melihat keadaan raja yang
kesejukan itu. Dia pun mengambil kain guni lalu memberikan kain guni tersebut
kepada rajanya. Baginda berasa terharu akan kebaikan pelayan tersebut.
Tiba-tiba, muncullah orang tua hodah itu. Dia telah bertukar menjadi bidadari
yang sangat cantik. Bginda terkejut akan kemunculan bidadari itu. Barulah
baginda teringat akan perjanjiannya dengan orang tua itu tepoh hari.
ampun tuanku. Nah, inilah pakaian tuanku. Patiklah yang telah menjelma
menjadi raja dengan memakai pakaian diraja ini dan ternyata rakyat
menghormatiku sebagai raja mereka.
Raja yang angkuh itu berasa sangat malu mendengar kata-kata bidadari itu.
Baginda berasa sangat menyesal. Dengan perlahan, raja yang angkuh itu
menyarungkan pakaian dirajanya satu persatu.
wahai rakyat jelata, beta berjanji beta akan membuang sifat angkuh, sombong
dan sifat suka memaki-maki. Beta memohon maaf kepada semua rakyat jelata
yang ada di hadapan beta. kata raja itu dengan rendah diri.
Rakyat jelata dan segala isi istana berasa sangat gembira dengan kata-kata yang
disampaikan oleh raja mereka.
Begitulah kesudahan cerita ini kawan2. Janganlah kita sombong dan berasa lebih
hebat dari orang lain Kerana sifat membangga-bangga diri adalah amalan yang
tidak baik.

Berakhir sudah cerita saya,


Raja yang angkuh berubah laku,
Memerintah negeri dengan saksama,
Negara makmur aman sejahtera.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai