Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014

PERINGKAT SK KAMPUNG BARU, SANDAKAN, SABAH.


1.

PENDAHULUAN

Bersempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw, Panitia
Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Kampung Baru berusaha untuk mengadakan aktiviti
serta program bagi mengenang dan memuliakan junjungan besar. Sambutan maulidur Rasul
di peringkat sekolah ini merupakan kesan daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah
saw. Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga menjadi umat
baginda. Sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda didalam AlQuran: Sesungguhnya engkau ( Wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang mulia. ( alQalam:4 )
Majlis Sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan
yang diadakan di peringkat sekolah. Pada tahun ini, beberapa aktiviti sederhana telah
dirancang, yang akan melibatkan semua guru dan pelajar sekolah bertepatan dengan tema
pada kali ini iaitu Wasatiyyah tonnggak kesatuan ummah. Pelaksanaan majlis ini
bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad saw disamping menghayati
sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya
mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah saw. Di samping itu
perasaan cinta dan kasih akan timbul terhadap Allah swt dan Rasulullah saw.

2.

MATLAMAT

Maulidur Rasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan
setiap tahun demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad saw dengan mengikuti
agama dan cara hidupnya, mengamalkan sunnahnya , mematuhi perkataan dan perbuatan
baginda dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.

3.

OBJEKTIF

3.1 Mengingati dan mengagumi kebesaran Allah swt di samping memperingati perjuangan
suci junjungan besar Nabi Muhammad saw dalam menyebarkan agama Islam.
3.2 Mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad saw dan mengamalkan sunnah yang di
bawa Baginda.
3.3 Murid dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad saw.
3.4 Menimbulkan semangat , jati diri yang cekal, gigih dan berkeyakinan tinggi di kalangan
murid-murid.
3.5 Mewujudkan kerjasama dan semangat saling bantu membantu di antara sesama murid
dalam pasukan.

4.

SASARAN
Semua murid SK Kampung Baru, Sandakan

5.

JANGKA MASA /TEMPAT


Tarikh
: 24 Januari 2014
Hari
: Jumaat.
Masa
: 7.30 pagi -11.20 pagi
Tempat
: Dewan SK Kampung Baru.

6.

KAEDAH / METODOLOGI
6.1 Ceramah
6.2 Selawat beramai-ramai
6.3 Nasyid
6.4 Mewarna dan Kuiz

7.

JAWATAN KUASA INDUK DAN AJK PELAKSANA


Pengerusi
: En. Manohar Bin Madharun
Setiausaha
: En. Ayub Bin Mat Zain
Penyelaras
: En. Suhaili Bin Pani.
Persiapan Dewan
: Pn. Maraini Binti Sariman.
: Pn. Masnah Binti Hajad.
Taknikal/Bacdrop : En. Asmadi Bin Ali
Pengacara Majlis
: En. Duraim @ Mohd Syukri Bin Zaman
Kawalan Murid
: En. Muhammad Farhan Abdullah
Kebersihan
: Pn. Muhaini Binti Asmat
Makanan/minuman : En. Ahmad Rashid Bin Rais
Buku program
: En. Mohamad Ali Bin Mohd Hanafia

8. TENTETIF PROGRAM
7.30 pagi : Murid berkumpul di Dewan SK Kampung Baru.
8.00 pagi : Majlis dimulakan.
8.05 pagi : Bacaan Doa.
8.10 pagi : Ceramah Maulidur Rasul.
9.10 pagi : Selawat beramai-ramai.
10.00 pagi
: Rehat
10.20 pagi : Pertandingan Mewarna Tahap 1 & Kuiz Tahap 2
10.40 pagi : Nasyid Tahun 6
10.50 pagi
: Penyampaian Hadiah
11.20 pagi : Majlis Penutupan / Bersurai

9. SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan diperolehi daripada derma ikhlas guru-guru dan kakitangan
sekolah.
10. ANGGARAN PERBELANJAAN.
Bil.
Perkara

1.

Hadiah

Butiran

RM5.00 x 6 hadiah
Jumlah Keseluruhan

Jumlah

RM 30.00
RM 30.00

11.PENUTUP
Semoga dengan terlaksananya majlis seperti ini akan dapat memotivasikan muridmurid untuk lebih mengenali Rasulullah sebagai seorang utusan Allah .Ia juga dapat
mendidik dan membangunkan diri mereka serta membentuk ketahanan jiwa dalam
menghadapi pengaruh persekitaran. Selain itu, mereka dapat menjadikan Rasulullah sebagai
contoh dan tauladan dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh :

(AYUB BIN MAT ZAIN)


Setiausaha Panitia Pendidikan Islam
SK Kampung Baru

Disahkan oleh :

(MANOHAR BIN MADHARUN)


Guru Besar
SK Kampung Baru

Anda mungkin juga menyukai