Anda di halaman 1dari 8

TEKS UCAPAN

PENGACARA
MAJLIS
SITI NOR AISHAH BINTI MOHD NOR
SMA RANTAU

Majlis Khatam Al-Quran & Ceramah


Nuzul Quran
2014

TEKS UCAPAN JURU ACARA


MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN CERAMAH NUZUL QURAN
SMA RANTAU
TARIKH: 23 JULAI 2014
TEMPAT: DEWAN SAIDITINA AISYAH

BIL

MASA

CUE

UCAPAN

7.30
PG

MURID BERHIMPUN DAN SOLAT DHUHA

7.50
PG

MAKLUMAN
UMUM

CATATAN

Dari Dewan Saidatina Aisyah SMA Rantau,


dibawakan
secara
langsung
Majlis
Khatam Al-Quran Peringkat sekolah bagi
tahun 1435 H bersamaan 2014M.
Bismillah ...... Alhamdulillah hi rabbil
alamin... wassalatu ala asyrafil ambia
iwal mursalin, waala alihi wasahbihi
ajmain.

Senarai
Protokol

1. Yang berusaha Pn Nuri Binti Ab Hak,


Pengetua SMA Rantau.
2. Yang dihormati En Mohd Nasaruddin B
Mohd Hasism, Penolong Kanan
Akademik & Pentadbiran, En Azzahar
Bin Abd Aziz, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, guru-guru kanan mata
pelajaran, barisan pendidik, serta
anak-anak murid yang dikasihi
sekalian.
Assalamualaikum wbt., salam sejahtera dan
selamat datang ke Majlis Khatam Al-Quran
sempena berlangsungnya program Ihya
Ramadhan tahun ini.
Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu
untuk menyatakan sepenuh hati, setulus
kesyukuran, di atas rahmatNya yang Maha
Kuasa, yang memberi keizinan untuk
berlangsungnya majlis yang berokah ini.
Hadirin hadirat yang dimuliakan.
Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu
agenda tahunan dalam program Ihya Ramadhan
bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid

BACAAN
DOA

dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya


melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang
duniawi dan ukhrawi.
Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan
bagi menjadikan amalan membaca Al-Quran
sebagai satu budaya dalam diri kita .
Kesungguhan Ustaz dan Ustazah serta guru-guru
pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang
di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan segala
yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan
akan membuahkan hasil dan diberkati Allah
jua. Insyaallah.
Zikir Munajat pembersih jiwa,
Mengharap keampunan segala dosa,
Doa dipohon menjana taqwa,
Agar memperoleh Maghfirah dari Yg Maha
Esa.
Bagi memberkati kelancaran acara kita
pada hari ini, majlis memperrsilakan Ustaz
Mohd Hisham Bin Mustafa untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
-----------------------------------------------------------------Amin..amin Ya Rabbal alamin. Majlis
mengucapkan terima kasih di atas pimpinan
doa sebentar tadi. Semoga majlis kita ini
memperoleh keberkatan, rahmat &
perlindungan dari Allah SWT.

PENYERAHA
N MAJLIS
UNTUK
KHATAM ALQURAN.

Buah laici dibeli di pekan,


Beli sekati dimakan berlima,
Ayat suci semarak dialunkan,
Untuk dihayati kita bersama.
Tanpa melengahkan masa lagi, kemudi
majlis ini diserahkan kepada Us Mohd
Hisham Bin Mustafa untuk meneruskan

majlis Khatam Al-Quran ini. Dipersilakan.


MAJLIS KHATAM AL-QURAN BERLANGSUNG
6

PENYAMPAIA
N
CENDERAHA
TI UNTUK
KUMPULAN
TADARUS

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam


Al-Quran Peringkat Sek Men Agama Rantau
bagi tahun 1435 H bersamaan 2014 M.
Tahniah dan syabas diucapkan.
Adat bertunang ada cincinnya,
Adat program ada hadiah dan
cenderahatinya.
Justeru, bagi menghargai kesungguhan
yang diberikan untuk mengkhatamkan
keseluruhan bacaan dalam al-Quran, majlis
diteruskan dengan acara penyampaian
cenderahati kepada murid-murid dan guruguru yang terlibat secara langsung dalam
Tadarus Al-Quran sepanjang Ramadhan ini.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Pn Nuri
Binti Ab Hak, Pengetua SMA Rantau
dengan diiringi oleh Pn Faridah Binti Hj
Hussin untuk menyampaikan cenderahati.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Majlis dimulakan dengan penyampaian
cenderahati kepada kumpulan tadarus
murid:
Untuk itu,
Dipersilakan,
___________________________________________
mewakili
____________________________________________
____ bagi menerima saguhati Bacaan
tadarus Al-Quran.
Seterusnya,

Dipersilakan,
___________________________________________
mewakili
____________________________________________
____..
-----------------------------------------------------------------Seterusnya,
Penyampaian cenderahati kepada kumpulan
tadarus guru.
Kumpulan pertama, dipersilakan Pn Nuri
Binti Ab Hak bagi mewakili Pn Norliza Bt Hj
Musa dan Pn Norizan binti Mohd untuk
menerima saguhati.
Kumpulan kedua, dipersilakan En Mohd
Nassaruddin B Mohd Hassim bagi
mewakili En Azzahar B Abd Aziz, En Amirul
Amzar B Rosli, En Mohd Aliff B Nordin dan
En Azhar Iswandy B Idris untuk menerima
saguhati.
Kumpulan ketiga, dipersilakan En Mohd
Hisham B Mustafa, bagi mewakili En
Mohd Faizal b Zainal, En Ahmad farid B
Mohd Ali, dan En Muhd Ridhuan B Abdullah
Sani.
Kumpulan keempat, dipersilakan Pn
Faridah Bt Hj Hussin, bagi mewakili Pn
Sabrina Bt Abdullah, Pn Hasni Bt Hashim,
dan Pn Wan Mahanum bt Wan Muhammad
untuk menerima saguhati.
Kumpulan kelima, dipersilakan Pn Intan

Safinaz Bt Safiyuddin bagi mewakili Pn


Nor Aziyan Bt Shaari, Pn Nurul Asyikin Bt
Mohd Nazri dan Pn Rozaina Bt Azemi.
Kumpulan keenam, dipersilakan, Pn Hjh
Najah Bt Abdul Kudos, bagi mewakili Pn
Fakhriah Bt Dawi, Pn Che Razilah Bt Che
Mustapha dan Cik Siti Nor Aishah Bt Mohd
Nor.
Dan,
Kumpulan ketujuh, dipersilakan Pn Aziyun
Bt Othman bagi mewakili Pn Nazlin Harna
Bt Bahar, Pn Farah Nasyyirah Bt Othman
dan Pn Noor Haslina bt Hamdan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Yang Berusaha Pn Nuri Binti Ab
Hak, Pengetua SMA Rantau atas
kesudian menyampaikan hadiah-hadiah
sebentar tadi.
7

CERAMAH
NUZUL
QURAN

Warga pendidik dan murid-murid yang


dirahmati serta dikasihi Allah sekalian.
Ahlan wasahlan, selamat datang ke Sek
Men Agama Rantau diucapkan kepada Yang
Berbahagia, Imam Muda Fatah, selaku
penceramah Nuzul Quran kita pada hari ini.
Merimbun tandan pinang di pekan,
Tidaklah boleh diambil watan,
Nuzul Quran kita raikan,
Moga beroleh segala keberkatan.
Indahnya bertamu bersulam tawa,

Bicara ramah ukkhuwah dieratkan,


Timbalah ilmu sepenuh jiwa,
Dari ceramah yang akan disampaikan.
Justeru, tanpa melengah-lengahkan lagi
masa, dengan segala hormatnya, majlis
menjemput Imam Muda Fatah bagi
menyampaikan ceramah beliau.
Dipersilakan.
8

PENYAMPAIA
N
CENDERAMA
TA

Buanga selasih di dalam puan,


Dibawa gadis ke tengah laman,
Takkan hilang jasamu tuan,
Jadi ingatan sepanjang zaman.
Hadirin dan hadirat yang di hormati,
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Yang Berbahagia
Imam Muda Fatah di atas kesudian
menyampaikan ceramah sempena Nuzul
Quran sebentar tadi.
Semoga, bait-bait kalimat yang disampaikan
ustaz sebentar tadi memberi impak yang
besar kepada jiwa dan nurani kita untuk
terus menghayati dan mengamalkan
kandungan Kitab Suci Mukjizat Nabi
Muhammad SAW yang terindah buat kita,
umat baginda.
Sebagai tanda penghargaan daripada pihak
sekolah, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan yang berusaha Puan Nuri
binti Ab Hak, Pengetua SMA Rantau,
dengan diiringi oleh Us Mohd Faizal B
Zainal, Penyelaras Program Ihya
Ramadhan 1435 H / 2014 M bagi

meyampaikan cenderamata kepada yang


berbahagia Imam Muda Fatah,
penceramah kita pada hari ini.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih
yang tidak terhingga kepada yang
berbahagia puan di atas kesudian
menyampaikan cenderamata itu tadi.
9

PENUTUP

Dengan penyampaian cenderamata


tersebut, majlis kita sudah tiba ke
penghujungnya. Saya bagi pihak AJK
pelaksana, mengucapkan setinggi tahniah
dan syabas kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan Majlis Khatam Al-Quran
dan Ceramah Sempena Nuzul Quran pada
tahun ini.
Terima kasih, sekalung budi.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putera puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
Sekian, wabillah hi taufik wal hidayah
wassalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai