Anda di halaman 1dari 4

Teks PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN

SEKOLAH

PRA ALUAN

Hadirin sekalian.

Hadirin diminta berdiri dan bersedia.

SALUTASI

Bismillahirahmanirahim….

1. Yang Berusaha
PUAN NOOR HAFIZA BINTI MOHD JOHARI
PUAN EDA ROHANI BINTI CHE DERIS
ENCIK MOHD NASRIL BIN ISMAIL
ENCIK HIZAM BIN ISMAIL
2. para guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

UCAPAN ALU-ALUAN SELAMAT DATANG

Dalam suasana pagi yang indah dan harmoni, majlis mengalu-alukan guru-guru dan
murid-murid dalam Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah Kebangsaan SG
PINANG bagi Tahun 2023/24.

Untuk pengetahuan hadirin, murid-murid yang terpilih sebagai pengawas sekolah, ,


pembimbing rakan sebaya dan pengawas pusat sumber sekolah dan ketua/penolong
dipilih berdasarkan kriteria akademik, sahsiah dan ketrampilan. Pelantikan murid-
murid ini diharap mampu untuk membantu sekolah dalam memartabatkan ilmu dan
disiplin sebagai penggerak utama.

BACAAN DOA SELAMAT


Hadirin sekalian, sebelum majlis beranjak jauh, majlis akan dimulakandengan bacaan
doa.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, , untuk menerajui


doa selamat sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis kita diberkati
hendakNya.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

(Bacaan Doa)

Amin,Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa kita tadi, diberkati Allah s.w.t
hendaknya. Terima kasih diucapkan.

UCAPAN GURU BERTUGAS

Hadirin yang dimuliakan ,

Majlis akan diteruskan dengan ucapan daripada Guru Bertugas Minggu Lepas.

Dengan ini, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan, __________________________________________, Guru Bertugas Minggu
Lepas untuk menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan

________________________________________________________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

UCAPAN GURU BESAR/PKHEM,

Hadirin yang dimuliakan ,

Majlis akan diteruskan dengan ucapan daripada puan Guru Besar/PKHEM.

Dengan ini, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha, --------------------, Guru Besar/PKHEM Sekolah Kebangsaan sg pinang
untuk menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

WATIKAH PELANTIKAN

Hadirin sekalian, majlis seterusnya beralih kepada acara kemuncak yang dinantikan.

Untuk itu, majlis mempersilakan PUAN NOOR HAFIZA BINTI MOHD JOHARI, Guru Besar
SekolahKebangsaan SG PINANG diiringi oleh_________________________________________
untuk menyempurnakan upacara watikah pelantikan pemimpin sekolah sesi 23/24.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dipersilakan,

Majlis mengucapkan terima kasih kepada, Guru Besar Sekolah Kebangsaan SG


PINANG kerana menyempurnakan watikah pelantikan sebentar tadi.

BACAAN IKRAR

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar dari barisan pemimpin Sekolah Kebangsaan
SG PINANG tahun 23/24.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan KETUA/KETUA untuk mengetuai


bacaan ikrar. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih. Semoga lafaz ikrar sebentar tadi menjadi
pegangan yang tersemat dalam diri pemimpin-pemimpin sekolah.

UCAPAN KETUA MURID

Dijemput ketua pengawas untuk menutup majlis

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


PENUTUP
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai katatersilap bicara
Maaf jua kami pohonkan

Dengan kata-kata ini maka.....

Selesailah sudah Majlis penyampaian watikah perlantikan barisan kepimpinan murid 23/24.

Pihak majlis juga mengucapkan ribuan terima kasih ke atas guru-guru, murid-murid serta pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Akhir kata, saya bagi pihak majlis memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang
mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya
sendiri.
Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh. Dengan ini majlis
bersurai.

Anda mungkin juga menyukai