Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BULAN ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH 2023

Bismillahirahmanirahim..

Mohon semua murid agar bersedia dan senyap kerana majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah;

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Yang Berusaha Pn Wan Khatijah Bt Wan Abdullah – Pengetua SMK TBR (1)

Pn Zaiton Bt Hj Zainuddin – Penolong Kanan Pentadbiran

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid - Pn Jaya Jothi A/P Jayaraman

Penolong Kanan Ko Kurikulum – Pn Subathirah A/P Ramaloo

Penolong Kanan Pendidikan Khas – Pn Habibah bt Hamzah

Penolong Kanan Petang – Pn Hartini Razak

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, , kaunselor, guru- guru serta rakan pelajar yang saya kasihi
sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah rahmatNya dapat
kita berkumpul pada pagi ini untuk program Perasmian Bulan Antidadah peringkat sekolah bagi sesi
2023/2024. Sebelum dimulakan majlis kita pada pagi ini, semua warga dewan dipersilakan berdiri
untuk nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

………………………………….

Beli raga di Tanjung Keramat,

Diisi bilis lalu diangkat;

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi. Untuk itu
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
__________________________________________________________________________________
untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal Alamin.

Majlis mengucapkan terima kasih ______________________________________________________


di atas bacaan doa tadi, semoga majlis kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis diteruskan dengan Bacaan Ikrar Antidadah. Bagi menyempurnakan acara, majlis
mempersilakan, Ketua Pengawas ____________________________________________________

untuk mengetuai ikrar. Dipersilakan.

Bacaan Ikrar Anti dadah

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas bacaan ikrar tadi.

Duduk sekawan gadis jelita,

Buat santapan untuk pahlawan;

Tampillah tuan kami meminta,

Madah ucapan kata aluan.

Majlis menjemput dan mempersilakan Cikgu Shuhadah, selaku Kaunselor sekolah untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

………………………..

………………………..

………………………..

Terima kasih Cikgu Shuhadah atas ucapan aluan sebentar tadi.

Jangan tertawan alpa duniawi,

Hanya indah serupa mimpi,


Duhai rupawan manis berseri,

Hulurkan madah kata perasmi.

Seterusnya,

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Pn Wan Khatijah Bt Wan Abdullah,
Pengetua SMK Taman Bunga Raya (1), untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
program Bulan Anti Dadah peringkat sekolah bagi sesi 2023/2024.

Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan.

Ucapan Perasmian

Terima Kasih diucapkan kepada Pn Wan Khatijah Bt Wan Abdullah di atas ucapan perasmian dan
pelancaran program sebentar tadi. Seterusnya dijemput kepada semua pentadbir untuk
menyempurnakan gimik pelancaran Program Bulan Antidadah bagi sesi 2023/2024.

Dengan berakhirnya gimik itu tadi, maka berakhirlah program kita pada pagi ini.

Bagi menutup tirai majlis, marilah kita dengan penuh semangat menyanyikan lagu “Dadah Durjana”
sebagai tanda bencinya kita kepada dadah.

Semua diminta berdiri.

Nyanyian

Sekian sahaja daripada saya Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamual aikum Warah matulla hi
Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai