Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT

SEKOLAH 2022

Bismillahirahmanirahim..

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Diminta semua murid agar bersedia dan senyap sebelum upacara majlis bermula

Alu-aluan Pengacara Majlis.

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.


Yang Berusaha, Cikgu Mohan a/l SDemodaran, pengetua SMK Taman Desa tebrau,
Cikgu Jalinawati binti Abdul Jalil, guru penolong kanan petang SMK Taman Desa
Tebrau,
rakan-rakan guru, serta murid-murid yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan


yang Maha Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta
kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan,
dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan akal, didorong dan digerakkan
minda dan deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan terbuka ini bagi
menjayakan program Majlis perasmian Minggu antidadah SMK Taman Desa Tebrau
bagi tahun 2022. Untuk pengetahuan semua antara objektif Program antidadah
antaranya:

 Memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada


masyarakat.
 Memberi pertolongan dan sokongan kepada mereka yang menghadapi
masalah dadah.
 Menjadi agen penyalur maklumat dan mempromosi perkhidmatan
AADK.

Ucapan Penyelaras

Hadirin dan hadiran sekalian,

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Cikgu Arsyad bin Amir selaku penyelaras program untuk menyampaikan
ucapannya. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu arsyad bin Amir atas ucapan
sebentar  itu tadi

Ucapan Perasmian oleh Guru Penolong Kanan Petang/Pengetua

Para hadirin sekalian,

Seterusnya, pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Cikgu


Jalinawati binti Abdul jalil., Guru Penolong Kanan Petang SMK Taman Desa untuk
menyampaikan ucapan dan membaca perutusan sekaligus merasmikan program
Minggu Antidadah peringkat sekolah bagi tahun 2022.

Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan.

Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih atas ucapan serta perasmian program oleh Penolong Kanan Petang.

Gimik Pelancaran

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Sekarang marilah sama-sama kita saksikan gimik pelancaran program antidadah


SMK Taman Desa Tebrau bagi tahun 2022.

Bacaan Ikrar antidadah

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis diteruskan dengan Bacaan Ikrar antidadah. Oleh itu, bagi menyempurnakan
acara, majlis mempersilakan Lee Zhen Cheng, dari kelas 3 Seroja untuk mengetuai
ikrar. Dipersilakan.

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas bacaan ikrar itu tadi.

Majlis kita sampai dipenghujungnya, Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik
bertemu nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu
dipenghujung ini untuk menyata dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis pada hari ini dapat
dilangsungkan dengan jayanya.
Sebelum itu dengarkan 1 rangkap pantun.

Burung kenek-kenek,
Jatuh atas tanah,
Pesan datuk nenek,
Jangan hisap dadah.

Nyanyian

Bagi menutup tirai majlis, marilah kita dengan penuh semangat menyanyikan lagu
antidadah sebagai tanda bencinya kita kepada dadah.

Semua diminta berdiri.

Sekian sahaja daripada saya Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamual aikum
Warah matulla hi Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai