Anda di halaman 1dari 4

TEKS MC PROGRAM “ANAK MUDA BEBAS DADAH”

Untuk makluman semua hadirin, majlis kita akan dimulakan sebentar lagi. Diminta semua peserta
tolong matikan mikrofon masing-masing.

Sebelum majlis bermula, diminta peserta yang hadir untuk mengisi kehadiran dengan menggunakan
link Google Form yang telah diletakkan diruangan komen.

Terima kasih atas kerjasama semua.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum & selamat pagi. Salam sejahtera dan salam keilmuan.

Yang berusaha, En. Khairul Nizal Bin Abu Bakar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Medan,

Yang dihormati Pn Nik Suzana Binti Nik Mat selaku Pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas,

Yang dihormati En. Arthagusliandi Syamsul dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan daerah Pekan,

Yang dihormati Cik Aqeella Binti Jaafar selaku pengarah program,

Yang dikasihi guru-guru Penolong Kanan, rakan-rakan guru serta murid-murid yang disayangi
sekalian.

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa anak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami, siswa guru PDPP IPG Kampus Ilmu Khas ingin mengucapkan syukur
Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita dapat bersama-sama pada pagi Jumaat
yang penuh barakah ini untuk menjayakan program ini.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin yang sudi hadir ke
majlis kami pada pagi yang bahagia ini.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ust. Mohammad Redzuan Saifullah Bin
Razali. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

* (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ust. Mohammad Redzuan
Saifullah atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati

Sekapur sirih tiada berharta,

Buat santapan untuk pahlawan;

Tampillah tuan kami meminta,

Madah ucapan kata aluan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Cik Aqeella Binti Jaafar selaku Pengarah
Program “Anak Muda Bebas Dadah” untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

*(Ucapan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Aqeella Binti Jaafar atas ucapan tersebut.

Tak molek jika ada alu,

Tiada lesungnya.

Tak berguna jika ada dayung,

Tiada sampannya.

Tak lengkap majlis,

Tanpa bicaranya.

Orang tua-tua ada mengatakan tak kenal maka tak cinta.

Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput yang
dihormati En. Arthagusliandi Syamsul dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan daerah Pekan untuk
memperkenalkan diri beliau dan seterusnya menyampaikan ceramah beliau pada hari ini. Majlis
mempersilakan.
*(Ceramah)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Arthagusliandi Syamsul atas ceramah beliau
sebentar tadi.

Sebelum majlis melabuhkan tirai, dijemput pengarah program untuk menyampaikan ucapan
penutupan beliau.

PART QYLA

Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Kepada peserta program boleh mengemukakan
pertanyaan kepada tuan penceramah kita. Silakan.

*(soal jawab)

Selesai sudah Program “Anak Muda Bebas Dadah”. Ucapan tahniah buat semua peserta yang
memberi Kerjasama dan sanggup tunggu sehingga selesai. Majlis merakamkan sekalung jutaan
terima kasih kepada hadirin yang sudi menyertai Google Meet pada hari ini.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi di dalam program ini dan
berkongsi dengan rakan-rakan, keluarga, dan jiran-jiran supaya kes penularan dadah dapat
dibendung Bersama.

Pohon berangan tempat bertemu,

Girangnya rasa si anak dara;

Baliklah tuan membawa ilmu,

Binalah bangsa bangunkan Negara.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita;

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.


Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara
sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada
Allah yang kurang itu adalah kelemahan saya sendiri.

Sebelum bersurai, dijemput semua peserta untuk menjawab kuiz untuk anda mendapatkan E-Sijil.
Soalan kuiz ada pada link di ruangan komen.

Peringatan untuk semua, sila isi emel, nama & no kad pengenalan yang betul untuk memudahkan
pemprosesan sijil.

Sekian, tarima kasih.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai