Anda di halaman 1dari 2

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM, SMK SERI JENGKA TEKS UCAPAN: PERASMIAN PENUTUPAN

Terima kasih Puan Pengacara Majlis...


1. Yang Dihormati, (Nama Pengetua & Nama Guru Penolong Kanan Tingkatan 6), selaku guru
(Jawatan) SMK Seri Jengka..
2. Seterusnya barisan guru-guru dan fasilitator serta anak-anak yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaarakahtuh,


Pertamanya, syukur Alhamdullilah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, maka
kita telah diberi kesempatan untuk berkumpul padahari ini untuk menjayakan Majlis Perasmian
Penutupan Program Perkhemahan Unit Beruniform SMK Seri Jengka pada tahun 2013.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada barisan guru penyelaras, guru-guru tingkatan 6
SMK Seri Jengka, rakan Ahli Jawatankuasa program dan rakan2 peserta (Nama program). Saya
berasa amat gembira kerana telah dimaklumkan bahawa program Perkhemahan ini telah berjalan
lancar tanpa banyak masalah serta terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Saya
percaya, kejayaan ini disumbangkan berkat kerjasama semua pihak sehingga dapat memastikan
perjalanan program berjalan dengan baik dan sempurna. Insya-Allah, segala sumbangan bakti yang
telah dicurahkan untuk sama-sama melahirkan generasi cemerlang ini akan mendapat ganjaran yang
besar daripada Allah S.W.T.

Perkhemahan yang telah berlangsung selama dua hari ini, dengan pelbagai aktiviti perkhemahan dan
pertandingan, mampu membina jati diri pelajar yang terlibat. Diharapkan program ini juga dapat
membentuk diri kita menjadi masyarakat yang lebih bersopan dan bertanggungjawab. Saya yakin,
para peserta yang terlibat juga telah berjaya menyedari kepentingan untuk saling menghormati,
sanggup membantu dan bertoleransi dalam kumpulan masing-masing. Secara tidak langsung, ini
merupakan salah satu pengisian kearah mencapai matlamat konsep ‘Keluarga Malaysia’ berdasarkan
penglibatan semua pelajar tingkatan 6 SMK Seri Jengka.

Walau apapun rintangan, halangan dan cabaran yang dihadapai oleh kamu semua, diharapkan tidak
sedikitpun mematahkan semangat dan hasrat untuk berjaya. Justeru, program Perkhemahan ini juga
merupakan salah satu landasan secara langsung dalam menyediakan kita semua dari segi
pertahanan fizikal, mental dan kerohanian bagi menghadapi pelbagai cabaran pada masa hadapan.
Dalam kesempatan ini, sukalah saya sebagai pengurusi program ini ingin berpesan kepada semua
sahabat bahawa peluang dan pengalaman menyertai program perkhemahan ini adalah peluang yang
amat berharga dalam hidup kita. Oleh itu, gunalah peluang ini untuk memperkayakan dengan
pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran kamu.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya selaku pengurusi program ini mengucapkan syabas dan tahniah
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam
menjayakan program perkhemahan ini..
Saya berdoa kepada Allah S.W.T. agar segala yang kita sumbangkan dalam menjayakan program
perkhemahan ini sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah ................................................ Terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai