Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PRESIDEN

PROGRAM SAMBUTAN KESIHATAN MENTAL SEDUNIA PERINGKAT NEGERI


KELANTAN
27 NOVEMBER 2023 @ Isnin (DEWAN PROFESIONAL, UiTM CAWANGAN
KELANTAN, KAMPUS MACHANG)

Assalamualaikum Warahmatulahiwabarakatuh.. Salam Sejahtera


Salam Negaraku Malaysia
Salam Keluarga UiTM
Dan Salam Dari Kampus Tanah Serendah Sekebun Bunga
"CHAMPIONING DATAPRENUERSHIP, EMPOWERING COMMUNITY"

(SALUTASI)

Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi rasa syukur


ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia- Nya, kita dapat berkumpul di
majlis sambutan kesihatan menta sedunia peringkat negeri Kelantan anjuran
bersama Kelab Mahasiswa iaitu Kelab Pembimbing Efektif Rakan Sebaya (PEERS),
Unit Kerjaya Dan Kaunseling (UKK),Pejabat Kesihatan Daerah Machang.
Kolaborasi sinergi yang sangat baik ini telah menghasilkan satu program yang
berimpak tinggi kepada Mahasiswa dan semua hadirin yang turut serta bersama
menjayakan program ini bermula dari awal pagi sehingga ke waktu ini dengan
pengisian, pameran dan penerangan berkenaan tentang Kesihatan Mental yang
perlu difahami, diketahui dan diselami oleh semua agar kesedaran tentang bahana
penyakit mental mampu dikawal, dicegah dari awal lagi. Begitu juga impaknya pada
kami Kelab PEERS sebagai peneraju utama yang memastikan agar gerak kerja,
perancangan dan keputusan yang diambil adalah tepat bagi memastikan hasil
program ini adalah ditahap yang membanggakan dan berjalan dengan lancar
sebagaimana objektif yang telah digariskan oleh UiTM Cawangan Kelantan, Unit
Kerjaya & Kaunseling dan Pejabat Daerah Kesihatan Machang Kelantan.

Para hadirin sekalian,

Di kesempatan ini juga, saya Muhammad Hidayat Md Noor selaku Presiden PEERS
bagi sesi 2022/2023 ingin merakamkan ucapan Syabas dan tahniah kepada Yang
Dikasihi Siti Nur Amalia Mohd Asri yang merupakan Exco Mutimedia dan Publisiti
Kelab PEERS yang juga merangkap Pengarah Program Sambutan Kesihatan
Mental Sedunia Peringkat Negeri Kelantan ini, yang begitu komited dan berdedikasi
dalam memastikan setiap gerak kerja dilaksanakan dengan baik dan setiap masalah
yang timbul dapat ditangani dengan cekap dan pantas. Pihak kami juga ingin
mengzahirkan ucapan terima kasih kepada Hal Ehwal Pelajar terutamanya Encik
Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar yang memberi
sokongan padu serta memberi peluang untuk meluluskan program pada kali ini.

Ucapan Dedikasi dititipkan buat penasihat kelab yang kami sayangi, Puan Zainab
‘Izzah Mahmud atau lebih mesra disapa UMMI kerana tidak pernah mengenal erti
penat lelah dalam memberi tunjuk ajar, panduan, mengajar dan membimbing kami
dalam menjayakan program ini. Segala nasihat, tunjuk ajar yang tiada balasnya dan
sentiasa menjadi seorang ‘Ibu’ kepada kami semua, Siblings kelab PEERS. Jutaan
terima kasih kelab PEERS ingin zahirkan kepada Encik Ahmad Ziyad Mohd Omaran
dan Rombongan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Machang yang telah banyak
membantu kami sepanjang program ini dengan memberi tajaan dan sokongan moral
kepada kami PEERS sepanjang program ini berlangsung.

Buat rakan seperjuangan Jawatankuasa Kelab PEERS yang sama-sama berjuang


memastikan program julung kali ini dijalankan secara bersemuka akhirnya berjaya
dijalaksanakan dengan jayanya. Sememangnya pada awalnya kami sangat
gementar untuk memastikan persiapan program ini berjalan dengan lancar dan
memastikan setiap perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan baik,
namun kami dapat mengatasinya dan segalanya berjalan dengan lancar. Terima
kasih sahabat- sahabat kelab PEERS. Semoga semua ini memberi 1001
pengalaman berharga buat kita semua

Kepada semua para jemputan barisan ketua unit Bahagian Hal Ehwal pelajar dan
Ketua- ketua Pusat Pengajian terima kasih atas sokongan hadir ke majlis ini. Buat
mahasiswa dan hadirin yang menjayakan program ini, saya bagi pihak penganjur
mengucapkan terima kasih atas sokongan padu yang diberikan. Saya berharap
segala perkongsian ilmu yang telah dikongsikan oleh Dr Mohd Azimullah Abdullah @
Zakaria Pegawai Kesihatan Daerah Pejabat Kesihatan Daerah Machang ini dapat
membuka minda tentang pentingnya dalam penjagaan kesihatan emosi, mental dan
diri supaya diri kita bukanlah salah seorang yang tergolong dalam situasi yang
membawa kepada penyakit mental. Akhirulkalam, terima kasih sekali kepada semua
atas sokongan dan Kerjasama yang diberikan.
Sekian, Wabillahi Taufiq WalHidayah…Wassalamualaikum Warahmatullahi
WabarakatuhSekian, Wabillahi Taufiq WalHidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai