Anda di halaman 1dari 5

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU


(BBM3411)

SEMESTER KETIGA
SESI AKADEMIK 2021/2022

NAMA: NURUL AMIRA NATASYA BINTI MOHD NAZRI


NO MATRIK: 212122

NAMA PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. CHE IBRAHIM BIN SALLEH
UCAPAN
M A H A S IS W A F B M K U P M
P A D A M A J L IS P E R A S M IA N P R O G R A M B U L A N K E S IH A T A N M E N T A L
“S A Y A N G I D IR I”
P E R IN G K A T U N IV E R S IT I P U T R A M A L A Y S IA

‫ا و ب ر كات ه‬ ‫ ل س ا ل م ع ل ي ك م و ر ح م ة‬dan Salam Sejahtera.

Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim

Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

Yang Berbahagia Prof Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz

Timbalan Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (Akademik dan Pelajar),

UPM.

Yang Berbahagia Dr. Mazila bin Bhazali (K.B.P.A)

Ketua Bahagian Kaunseling UPM.

Para pensyarah, pelajar-pelajar, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

1. Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ke

hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia-Nya, kita semua dapat berhimpun

bersama-sama dalam Malis Perasmian Bulan Kesihatan Mental Sedunia

peringkat Universiti Putra Malaysia, pada pagi yang berbahagia ini. Pada

kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada

Jawatankuasa Majlis Bulan Kesihatan Mental Sedunia peringkat Universiti

Putra Malaysia, atas penganjuran majlis seperti ini.


2. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan sedalam-dalamnya kepada semua

warga UPM yang sudi menghadiri Majlis Perasmian Bulan Kesihatan Mental

Sedunia Peringkat UPM tahun ini. Tidak dilupakan juga kepada warga FBMK,

tahniah dan syabas saya ucapkan kerana telah bertungkus-lumus untuk

merancang dan menerajui Program Bulan Kesihatan Mental Sedunia

peringkat UPM ini sebagai satu inisiatif untuk melahirkan para pelajar yang

sihat mentalnya. Diharapkan agar program seperti ini dapat disambut baik

oleh semua warga UPM.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

3. Sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh negara, masalah kesihatan

mental menunjukkan trend peningkatan terutamanya di Malaysia. Setiap

individu terdedah kepada masalah kesihatan mental tanpa mengira usia dan

jantina. Kesihatan mental perlu diberikan perhatian yang selari sama seperti

dengan keperluan penjagaan fizikal. Pelajar UPM juga secara tidak langsung

terdedah dengan masalah kesihatan mental. Dengan adanya Program

Kesihatan Mental “Sayangi Diri”, universiti berharap agar program ini dapat

memberi kesan positif bagi membantu pelajar-pelajar UPM untuk menjaga

kesihatan mental. Pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh universiti untuk

menjalankan program ini agar melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai

kesihatan mental yang sihat.

4. Dengan adanya Program Kesihatan Mental “Sayangi Diri” ini, ia dapat

menjadi saluran utama untuk membantu para pelajar mengatasi masalah


kesihatan mental mereka. Untuk mencapai kesejahteraan dalam kehidupan,

kesihatan mental perlu dititikberatkan kerana ianya saling berkait antara satu

sama lain. Kesihatan mental yang baik dapat melahirkan para pelajar yang

lebih produktif dan berdaya saing. Di peringkat Universiti Putra Malaysia

melalui Fakulti Bahasa Moden dan Komuniti, semua pihak perlu berganding

bahu untuk melaksanakan program untuk mencapai objektif:

 Untuk memberi pendidikan kepada pelajar tentang aspek penting

dalam penjagaan kesihatan mental.

 Untuk meningkatkan pengetahuan tentang langkah pencegahan awal

untuk penyakit mental.

 Untuk mempertingkatkan kesedaran tentang bertapa pentingnya

kesihatan mental untuk melahirkan pelajar yang sihat fizikal mahupun

mental.

5. Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar juga akan didedahkan

dengan isu-isu semasa yang terjadi dalam kampus. Contohnya isu yang

dialami oleh sesetengah pelajar serta membantu mereka yang buntu untuk

menyelesaikan masalah kesihatan mental mereka. Oleh itu, pelbagai langkah

yang efektif perlu diambil bagi mengatasi masalah kesihatan mental dalam

kalangan pelajar. Pihak UPM sangat mengalakkan program seperti

seumpama ini diadakan kerana ianya banyak impaknya positif kepada para

pelajar.

6. Diharapkan agar dengan terlaksananya Program Kesihatan Mental “Sayangi

Diri” ia dapat memberi respon yang baik daripada semua pihak. Kesihatan
fizikal dan mental sangat penting dan saling bergantung antara satu sama lain

kerana badan yang cergas akan menghasilkan minda yang cerdas.

7. Sebelum mengakhiri upcapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas

dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program

Kesihatan Mental “Sayangi Diri”.

Terbang di awan burung jentayu,

Di atas papan batang jerami,

Tampilah tuan kami merayu,

Bersama ucapan kata perasmi.

Dengan lafaz saya merasmikan Program

Kesihatan Mental “Sayangi Diri” peringkat Universiti Putra Malaysia.

‫وبا ل لستوفيق ولسهدلية ولسالم عليكم ورحمة ا وبركات‬

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai