Anda di halaman 1dari 13

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak

sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat. Memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah .

Merupakan satu program kesihatan untuk semua warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, guru dan seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan.

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal, mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah.

Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan. Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti merokok dan peyalahgunaan dadah.

Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat. Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di mana mereka berada. Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di sekolah. Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.

Promosi Kesihatan Pergigian Promosi Kesihatan Diri Program pertolongan cemas Program penyalahgunaan bahan terlarang Program sayangi keluarga Program kerohanian/moral Program pencinta alam sekitar

Pameran sampel makanan yang telah rosak.

Sumber :http://pkkkudat.moh.gov.my/modules/extgallery/public-album.php?id=6

Aktiviti Penilaian Sensori Makanan Rosak di kalangan pelajar terpilih

Pre Test
CONTOHNYA Sebanyak 12 orang pelajar SK Lok Yuk Tamalang, Kudat, yang dipilih secara rawak untuk menjawab soalan pre test.

Sesi tunjuk cara 7 langkah membasuh tangan

Contoh: Cik Hiew yun Yee, Pegawai Teknologi Makanan C41 sedang memberikan tunjuk cara 7 langkah membasuh tangan kepada pelajar SK. Pekan Kota Marudu

Sumber :http://pkkkudat.moh.gov.my/modules/extgallery/public-album.php?id=6

Anda mungkin juga menyukai