Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan Kesihatan (PK) adalah salah satu mata pelajaran yang penting
dalam sekolah, terutamanya sekolah rendah kerana Pendidikan Jasmani adalah
disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara
berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan
mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan
diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi
individu ke tahap kesihatan optimum dan murid-murid dapat mempelajari tentang
pengetahuan kesihatan secara umum.

Kanak-kanak merupakan aset negara yang amat penting. Untuk membesar


dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi.
Tetapi malangnya, pada saban hari, setiap helaian akhbar pasti ada melaporkan kes-
kes kanak-kanak seperti gangguan seksual, penyakit obesiti di kalangan kanak-kanak,
kemalangan jalan raya dan masalah konflik dengan keluarga. Masalah ini perlu
dipandang serius agar keharmonian masyarakat dapat dipelihara dan institusi
kekeluargaan dapat diperkukuhkan.

Setiap individu dapat mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan


persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap
positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti
melalui pendidikan kesihatan. Setiap individu perlu dilengkapi dengan kemahiran
membuat keputusan konstruktif, bijak dan bertanggungjawab dalam menangani
situasi berisiko.

Kesimpilannya, Pendidikan Kesihatan amat penting dalam pelajaran sekolah


terutamanya sekolah rendah kerana pengetahuan kesihatan perlu dikatuhi dan dikuasai
oleh murid-murid rendah supaya mereka dapat membentuk fizikal dan mental yang
sihat.
2.0 KEPENTINGAN PK DI SEKOLAH RENDAH

Menurut Datuk Dr. Abdul Shukor Bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia dalam kata penghantarnya dalam buku Sukatan Pelajaran Pendidikan
Kesihatan, Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999 menjelaskan bahawa Pendidikan
Kesihatan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap
positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup


sihat bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga
modul utama iaitu kesihatan fizikal, kesihatan mental, emosi dan sosial, srta
kesihatan persekitaran.

Pemahaman dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman


Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid amat perlu agar dapat mengamalkan
gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya
sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan
sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang
kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan potensi individu ke tahap optimum.

Terdapat beberapa kepentingan Pendidikan Kesihatan yang perlu


dititikberatkan dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak di
sekolah. Pendidikan Kesihatan penting dalam membentuk perubahan dan juga
merupakan keperluan individu bagi proses perkembangan fizikal, mental, sosial,
emosi dan rohani. Sebagai contoh, PK dapat memupuk sikap bertanggungjawab
kanak-kanak terhadap kesihatan diri dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Murid
diharapkan mempunyai perubahan tingkah laku dan sikap yang positif demi
meningkatkan kualiti kesihatan.

Selain itu, Pendidikan Kesihatan penting bagi melahirkan insan yang


berpelajaran dan berpengalaman tentang kesihatan. Di samping itu, Pendidikan
Kesihatan dapat membentuk hubungan dan perlakuan mesra serta melahirkan rasa
empati terhadap masalah kesihatan yang di alami. Dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Kesihatan KSSR, murid dapat mempelajari komunikasi yang berkesan
dalam kehidupan seharian dan mengetahui perhubungan dengan ibu bapa atau
penjaga, ahli keluarga, rakan sebaya dan individu lain. Dalam topik Perhubungan,
guru boleh menggunakan strategi berpusatkan murid untuk menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Strategi berpusatkan murid merupakan strategi
pengajaran dan pembelajaran di mana murid memainkan peranan penting dan
penglibatan aktif dalam proses pembelajaran. Strategi berpusatkan murid dapat
menggalakkan murid bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka
belajar bagaimana untuk belajar.

Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan


penting manakala guru bertindak sebagai pemimpin atau fasilitator yang
membimbing murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dalam situasi ini,
komunikasi dua hala akan terhasil di antara guru dan murid. Guru boleh
menggunakan kaedah simulasi seperti murid memainkan peranan pelbagai watak.
Contohnya, murid-murid menjalankan simulasi sebuah keluarga yang harmoni.
Melalui aktiviti ini, murid dapat memahami tanggungjawab dan perasaan setiap ahli
keluarga di samping belajar cara menjalin hubungan berkekalan dengan ibu bapa,
ahli keluarga, rakan sebaya serta orang lain.

Pendidikan Kesihatan juga penting untuk memberi peluang kepada kanak-


kanak supaya mereka lebih mengenali diri sendiri dan mengamalkan penjagaan
kebersihan diri dalam kehidupan seharian. Dalam sukatan pelajaran Pendidikan
Kesihatan KSSR iaitu Modul 1 iaituKesihatan Fizikal adalah menekankan aspek
perkembangan fizikal serta penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
Dalam topik Kesihatan Diri dan Reproduktif khususnya mengetahui penjagaan
kebersihan diri, guru boleh menggunakan strategi pembelajaran kontekstual untuk
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran kerana strategi ini
menghubungkaitkan ilmu pengetahuan dengan pengalaman kehidupan seharian.
Melalui strategi ini, murid dapat menggabungkan isi kandungan pelajaran yang diajar
oleh guru dengan pengalaman harian mereka samada melalui pengetahuan melalui
ibu bapa, rakan-rakan atau media massa. Dalam perancangan pengajaran topik ini,
guru boleh mengaitkan pengalaman murid tentang kepentingan menjaga kebersihan
diri terutamanya gigi. Murid-murid mungkin telah diasuh untuk menggosok gigi di
rumah dan juga mengetahui atau berpengalaman mengalami sakit gigi. Melalui cara
ini, pemahaman murid lebih dapat dipertingkatkan dan pembelajaran akan menjadi
lebih bermakna.

Selain itu, guru boleh menggunakan kaedah demonstrasi untuk


menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Kaedah demonstrasi merupakan cara
pengajaran di mana sesuatu pertunjukan secara amali dijalankan di hadapan murid.
Kaedah demonstrasi bertujuan untuk menerangkan isi pelajaran kepada murid agar
pemahaman mereka dapat dipertingkatkan lagi. Sebagai contoh, murid belajar cara
memberus gigi dengan melihat demonstrasi daripada guru. Murid-murid mungkin
telah mengetahui kepentingan memberus gigi tetapi mereka belum mengetahui cara
memberus gigi dengan betul, maka, murid akan mengetahui cara dan urutan yang
betul apabila memberus gigi selepas sesi pembelajaran dijalankan. Kaedah
demonstrasi amat penting bagi seorang guru menggunakan kaedah ini agar murid
dapat melihat dan memahaminya terlebih dahulu.

Di samping itu, Pendidikan Kesihatan juga memberi pendedahan dan


pengetahuan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka mengamalkan gaya
hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Kesihatan berharap murid-murid dapat
mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit melalui sesi
pengajaran dan pembelajaran. Semasa proses pembelajaran dalam kelas, guru
haruslah menggunakan strategi berpusatkan murid untuk merancang aktiviti yang
dijalankan. Strategi berpusatkan murid mementingkan perkembangan murid secara
menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial. Murid akan
terlibat secara aktif dan sepenuhnya dalam aktiviti berfikir, mencari maklumat,
membentang, menilai, berkolaborasi, bekerjasama dan membuat refleksi
pembelajaran.

Dalam Modul 1 iaitu Kesihatan Fizikal, guru boleh menggunakan strategi


berpusatkan bahan untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan
pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan
pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan manakala murid pula
boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan. Contohnya dalam topik
Penyalahgunaan Bahan, guru boleh menyediakan kad gambar ubat atau video yang
berkaitan dengan kesan penyalahgunaan bahan terhadap diri dan keluarga. Strategi
ini dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas di
samping memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran.
Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang
melibatkan penggunaan bahan pembelajaran. Strategi berpusatkan bahan juga
mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui
pengalaman yang sebenar dengan adanya ilmu pengetahuan yang abstrak dapat
dikaitkan dengan situasi yang konkrit.

Strategi, kaedah dan teknik saling berkaitan di antara satu sama lain di
samping perlunya kemahiran dan kreativiti seseorang guru itu untuk memilih,
merancang, menyusun dan menguruskan kaedah serta teknik mengajar dalam
objektif pelajaran pada peringkat optimum. Guru juga boleh menggunakan kaedah
inkuiri penemuan untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah
inkuiri penemuan merupakan kaedah saintifik yang merujuk kepada proses
penyoalan, mencari pengetahuan dan maklumat, atau mengkaji sesuatu situasi itu
berlaku. Kaedah ini memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah. Contohnya,
dalam topik Pemakanan (Tahun 4), guru boleh memberi maklumat yang berkaitan
dengan pemakanan yang sihat serta selamat supaya murid dapat memahami
kepentingan memilih pelbagai jenis makanan yang sihat berdasarkan Piramid
Makanan Malaysia dalam kehidupan harian.

Semasa menggunakan kaedah ini, guru boleh menjalankan pengajaran dan


pembelajaran dalam kelas secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil. Pelbagai
bahan pengajaran boleh disediakan untuk murid bagi mengarahkan proses
pemikiran mereka. Contohnya, dalam topik Penyalahgunaan Bahan, guru boleh
mengagihkan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil untuk mencari maklumat
tentang kesan terhadap fizikal dan mental akibat pengambilan alkohol. Dengan ini,
murid lebih berkemahiran untuk menangani situasi berisiko terhadap diri,keluarga
dan masyarakat. Dalam hal ini, murid bukan sahaja dapat mengembangkan intelek
mereka tetapi juga dapat memperkembangkan sahsiah peribadi dalam
menggalakkan kemahiran sosial kumpulan.

Pada masa kini, isu keselamatan membabitkan kanak-kanak kelihatan seperti


tidak ada penghujungnya. Di Malaysia, Pendidikan Kesihatan haruslah dititikberatkan
kerana ini adalah peluang untuk kanak-kanak mendapatkan kefahaman tentang
keselamatan diri dan orang lain, alatan dan tempat aktiviti melalui pembelajaran di
sekolah. Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk menyampaikan isi
pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan kaedah sumbangsaran
untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah sumbangsaran
adalah untuk menggalakkan murid menggunakan imaginasi mereka secara kreatif.
Murid digalakkan memberi sumbangan idea terhadap sesuatu kemahiran yang diajar
oleh guru dalam bentuk jawapan, kesimpulan, fakta serta penerangan.

Contohnya, dalam KSSR PK Modul 3: Kesihatan Persekitaran, topik


Keselamatan, guru sebenarnya boleh membantu murid tahun satu melahirkan
pendapat mereka melalui kaedah ini dengan teknik penyoalan. Guru boleh bertanya
kepada murid cara untuk memohon bantuan daripada orang yang boleh membantu
ketika mengalami kecederaan (termasuk penderaan) dan kecemasan. Keselamatan
diri bukanlah sesuatu perkara yang asing kepada kanak-kanak. Guru boleh
mencungkil pemikiran kreatif murid melalui kaedah sumbangsaran. Pemikiran yang
kreatif biasanya diarahkan kepada penyelesaian masalah tertentu, mencari cara baru
untuk bertindak dalam sesuatu situasi atau menghasilkan pelbagai interpretasi bagi
sesuatu kejadian. Secara tidak langsung guru juga dapat melihat murid-murid yang
berpotensi dan berani menyuarakan pendapat. Ini penting kerana di peringkat ini,
murid-murid tahun satu cukup bersemangat dan berminat menjawab soalan–soalan
yang diberi oleh guru.

Teknik bercerita amat sesuai dipilih sebagai teknik pengajaran untuk murid-
murid sekolah rendah kerana berunsur pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan
itu, guru boleh menggunkan teknik bercerita semasa pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula
perkara atau peristiwa, sama ada imaginasi, tradisi atau kisah benar. Teknik ini boleh
meningkatkan minat dan menarik perhatian murid. Apabila bercerita, murid dapat
mengenali masyarakat sekitar mereka dan kehidupan berdasarkan cerita-cerita yang
didengar. Guru haruslah menyampaikan cerita yang mempunyai hubungkait dengan
lingkungan kehidupan murid-murid.

Semasa pengajaran topik Keselamatan, guru boleh menceritakan “Little Red


Riding Hood” kepada murid-murid dan mengaitkan cerita tersebut dengan
keselamatan diri. Jika guru berjaya membina suasana penceritaan yang
menyenangkan dan mengasyikkan, murid juga akan lebih menumpukan perhatian
sepenuhnya dan akan memudahkan mereka memahami cerita yang disampaikan.
Mereka akan menjadikan nilai yang diperoleh menerusi sesebuah cerita sebagai
panduan untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik. Dengan ini, murid
dapat memupuk rasa peka serta prihatin terhadap masyarakat sekeliling seperti
langkah-langkah keselamatan untuk mengelak situasi tidak selamat di rumah,
sekolah, taman permainan dan tempat awam pada setiap masa.

Pendidikan Kesihatan bukan setakat menyampaikan maklumat kesihatan


malah merupakan satu proses berterusan yang membantu dan memudahkan murid-
murid mengembangkan ilmu, mempelajari amalan positif memupuk sikap yang
bertanggungjawab terhadap isu-isu kesihatan yang mempengaruhi kehidupan
seharian. Guru boleh menggunakan teknik penyoalan untuk membiarkan murid
berfikir dan memberi tindak balas terhadap soalan. Guru harus mengingati bahawa
murid adalah sentiasa diberi galakan untuk memberi pandangan atau pendapat agar
dapat memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis mereka. Melalui
kaedah penyoalan, murid bukan sahaja dapat mengembangkan kemahiran berfikir
mereka tetapi juga dapat menguasai teknik menjawab soalan.

Isu-isu kesihatan yang mempengaruhi kehidupan seharian merangkumi


pelbagai aspek. Contohnya, kanak-kanak menghidap pelbagai penyakit ekoran
mengamalkan budaya pemakanan tidak sihat. Dalam hal ini, kanak-kanak haruslah
belajar cara untuk menangani isu-isu seperti ini melalui Pendidikan Kesihatan di
sekolah. Guru boleh menggunakan kaedah perbincangan untuk menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam topik pemakanan. Guru
membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan memberi isu kesihatan
seperti obesiti. Murid dibenarkan untuk menggunakan pelbagai cara untuk
menghasilkan tugasan kumpulan. Setiap murid digalakkan untuk memberi idea atau
pendapat dan seterusnya dibincang bersama dalam kelas untuk meningkatkan mutu
tugasan. Dengan ini, murid menyertai proses pembelajaran secara terus dan aktif.
Bagi murid yang lemah, cara ini dapat mengembangkan potensi dirnya dari segi
intelek dan sosial. Hal ini demikian, murid yang lemah dapat menguasai kemahiran
bersosial dengan rakannya dalam kumpulan serta mendapatkan ilmu pengetahuan
apabila mereka saling memberi pendapat.
BIBLIOGRAFI

Christine. https://pdfcoffee.com/-kepentingan-pendidikan-kesihatan-pdf-
free.html

Dewi Sugiarto. https://slideplayer.info/slide/14414806/

https://pdfslide.net/documents/kepentingan-pendidikan-kesihatan-di-
sekolah.html

NUFFNANG. 10 October2012.http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/1-
jelaskan-kepentingan-mata-pelajaran.html

syamddin syamddin.
https://www.academia.edu/6011134/INTERPRETASI_PENDIDIKAN_KESIHATA
N_DAN_PROGRAM_YANG_BOLEH_DILAKSANAKAN_DI_SEKOLAH

Azali Rahmat.
https://books.google.com.my/books/about/HBHE1203_Pedagogi_pendidikan_kesihat
an.html?id=dgpDnwEACAAJ&redir_esc=y

Anda mungkin juga menyukai