Anda di halaman 1dari 14

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI KEPADA KANAK-KANAK

PERKEMBANGAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

Perkembangan mental
Mengembangkan pengetahuan dan keterampilan yang berkaitan dengan aktiviti jasmani dan perkembangan estetika.
Mengembangkan kepercayaan diri dan kemampuan untuk menguasai keterampilan gerak dasar yang akan mendorong melibatkan diri dalam aktiviti jasmani. Mengembangkan nilai-nilai peribadi melalui melibatkan diri dalam aktiviti jasmani baik secara kelompok mahupun perseorangan. Menikmati kesenangan dan keriangan jasmani, termasuk permainan olahraga. melalui aktiviti

Aspek Domain Mental (Kognitif)


Perkembangan kognitif bagi pelajar awal remaja menunjukkan perubahan dan peningkatan semakin ketara dan mereka mula berfikir secara abstrak yang dikenali sebagai pemikiran operasi formal. Menurut Piaget (1969),golongan ini berupaya melakukan perkara-perkara seperti berikut iaitu: (i)menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak; (ii) mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri; (iii) mengaplikasi prinsip-prinsip penyelesaian masalah; (iv) membentuk hipotesis menyelesaikan masalah; (v) skemata atau struktur mental akan bertambah.

McPherson, Curtis dan Loy (1989) melaporkan bahawa senaman mempunyai kesan yang penting ke atas perkembangan kognitif. Mereka telah mengkaji pengaruh aktiviti-aktiviti fizikal ke atas penguasaan struktur-struktur kognitif dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan yang berumur 11 tahun.
Mereka yang aktif dalam kegiatan jasmani mencatatkan perkembangan sebanyak enam kali ganda berbanding dengan kanak-kanak yang tidak aktif. Kanak-kanak yang aktif dalam sukan juga menunjukkan daya kefahaman(depth of understanding) yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak aktif.

Perkembangan emosi
Ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya.
Kehebatan dan kesensitifan perasaan selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.

Kepentingan PJ kepada perkembangan emosi


1.

MENGHILANGKAN TEKANAN Aktiviti dalam pendidikan jasmani dapat menghilangkan tekanan akibat daripada aktiviti seharian kita. Aktiviti seperti berlari dapat melupakan sebentar tugasan dan masalah yang dihadapi ketika di dalam kelas. Mengikut Model ekologi Bronfenbrenner, manusia dapat dipengaruhi emosinya berdasarkan beberapa peringkat persekitaran. Mikrosistem adalah lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung.

2.

MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI Aktiviti yang menjurus kepada tahapkemahiran yang tinggi dapat meningkatkankeyakinan diri seseorang. Keyakinan diri merujuk kepada tahap sejauhmana kita percaya akan kemampuan diri kita. Seseorang yang tampil dengan kesihatan yangbaik & bentuk fizikal yang mantap akan lebihberkeyakinan apabila berada di depankhalayak ramai.

3.

PENGARUH MENTAL & FIZIKAL Apabila mental dan fizikal seseorang berada dalam keadaan yang baik, maka emosi juga akan menjadi terkawal. Tubuh yang sihat mempengaruhi mental yang sihat seterusnya menerbitkan emosi yang baik.

4.

PENGARUH SOSIAL Bentuk perhubungan yang baik ketika melakukan aktiviti akan mempengaruhi kawalan emosi kita. Sekiranya persekitaran sosial yang tegang, sudah pasti emosi seseorang tidak akan berada dalam keadaan yang baik.

5. MEMENUHI KEHENDAK LAHIRIAH Fitrah manusia terutama kanak-kanak sukaakan bermain terutama yang berbentukhiburan & sosial.

Oleh itu, melalui pendidikan jasmani dapatmemenuhi tuntutan lahiriah manusia iniseterusnya menggalakkan perkembanganemosi yang positif

Perkembangan sosial
1. DEFINISI SOSIAL Sosiologi berasal dari bahasa Latin iaitu Socius yang bererti kawan, teman sedangkan Logos bererti ilmu pengetahuan. Umumnya sosiologi dikenal sebagai ilmu pengetahuan tentang masyarakat.

Mynard(2008) menyatakan pelajar lelaki dan perempuan adalah berbeza dari aspek sosial. Perkembangan sosial pelajar perempuan dilihat lebih mudah mesra berbanding dengan pelajar lelaki yang lebih bersifat bermusuhan(antagonistik)

Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula menjalankan hubungan sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain (Garvey,1990;Howes,1992) Tingkah laku sosial mereka terdiri daripada: i.Meniru ii.Bertanding iii.Berkawan iv.Bekerjasama v.Bersimpati.

JENIS Peniruan Pertandingan Berkawan kesetiaan Bekerjasama

CIRI-CIRI Meniru sikap dan tingkah laku individu yang disukainya. Cuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya dapat menang. Senyum, mendekati, bercakap, bermain bersama, menunjukkan kemesraan pada kawan. Melibatkan diri secara bantu-membantu ke arah pencapaian matlamat bersama dalam aktiviti berkumpulan, dan bermain bersama tanpa mengganggu atau merebut permainan orang lain.

Simpati

Menunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang lain dalam keadaan yang menyedihkan.
Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan sebaya.

Pengiktirafan sosial

Pendidikan Jasmani adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan social seperti menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan masyarakat. Dengan kata lain Pendidikan Jasmani berupaya membantu pembangunan sosial individu serta menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Sifat kepimpinan yang baik melalui Pendidikan Jasmani merupakan medium utama untuk mencapai matlamat sosial. Penglibatan dengan aktiviti Pendidikan Jasmani mampu menjadi tapak yang kukuh untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti melakukan kerja berkumpulan, yang boleh diperoleh melalui permainan berpasukan. Situasi ini jika difahami dan diperjelaskan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai