Anda di halaman 1dari 24

KURIKULUM & PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

Kepentingan Pendidikan Jasmani

DISEDIAKAN OLEH :

Muhammad Akmal Bin Sabran Mohd Syafiq Bin Che Mansor

Kepentingan Pendidikan Jasmani


melalui PJ, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. PJ membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu. melalui aktiviti p&p PJ dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan asas.

membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid.

mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat. Kepentingan dari segi pertumbuhan dan perkembangan fizikal. Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakin halus dan lebih halus, berbanding peringkat awal kanak-kanak. Contohnya hanya seorang daripada 100 orang kanak-kanak berusia 5 tahun dapat memukul bola tangkis melepasi jaring manakala bagi kebanyakan kanak-kanak berusia 10 tahun hingga 11 tahun dapat memukul bola tangkis dengan lebih baik.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI


PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL

PERKEMABANGAN SOSIAL

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

PERKEMBANGAN MENTAL

PERKEMBANGAN EMOSI

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN FIZIKAL


Membantu meningkatkan kuasa fizikal di dalam individu dengan cara melatih sistem organ mereka.
Sistem organik seperti pencernaan, pernafasan, pengangkutan, perkumuhan dan pengawalaturan Membantu menguatkan otot-otot besar.

Menghasilkan sistem badan yang berfungsi dengan baik dan berkesan dan sekaligus membolehkan individu menjalankan tugas harian dengan baik dan dalam keadaan yang sihat. Meningkatkan kemahiran neuromuskular dan membekalkan individu dengan kebolehan melakukan sesuatu dengan kadar kecekapan yang tinggi.

Meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan. Dapat menajamkan kemahiran individu dalam sesuatu bidang yang diminatinya. Melahirkan individu yang sihat dari segi luaran dan dalaman. Menggalakkan perkembangan otak kerana senaman mampu mengurangkan stress seseorang.

Fitrah manusia terutama kanak-kanak suka akan bermain terutama yang berbentuk hiburan & sosial. Seseorang yang tampil dengan kesihatan yang baik & bentuk fizikal yang mantap akan lebih berkeyakinan apabila berada di depan khalayak ramai.

PERKEMBANGAN MENTAL

PERKEMBANGAN MENTAL
Kepentingan dari segi perkembangan mental murid yang mempelajari pendidikan jasmani pada peringkat sekolah rendah akan menempuh operasi konkrit dari umur 7-11 tahun manakala pada umur 12 tahun kanak-kanak sudah dapat menempuhi operasi formal Pendidikan jasmani dapat diaplikasikan dengan menggunakan kebolehan para murid untuk berfikir secara logik atau tentang sesuatu objek atau situasi.

Dengan memberikan pengajaran yang membolehkan para murid berfikir ianya secara tidak langsung dapat menggalakan lagi perkembangan mental mereka.
Memberikan cabaran serta teka teki untuk menyelesaikan masalah yang ada. Ketika umur 6 tahun, para murid telah dapat memahami mengenai konsep nombor, dan ianya boleh diaplikasikan dengan mengira berapa kali sesuatu pergerakan telah dilakukan.

PERKEMBANGAN EMOSI

PERKEMBANGAN EMOSI
Ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya.
Kehebatan dan kesensitifan perasaan selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan.

1. Menghilangkan tekanan
Aktiviti dalam pendidikan jasmani dapat menghilangkan tekanan akibat daripada aktiviti seharian kita.
Aktiviti seperti berlari dapat melupakan sebentar tugasan dan masalah yang dihadapi ketika di dalam kelas.

Mengikut Model ekologi Bronfenbrenner, manusia dapat dipengaruhi emosinya berdasarkan beberapa peringkat persekitaran. Mikrosistem adalah lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung

2. Keyakinan diri
Aktiviti yang menjurus kepada tahap kemahiran yang tinggi dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang. Keyakinan diri merujuk kepada tahap sejauh mana kita percaya akan kemampuan diri kita. Seseorang yang tampil dengan kesihatan yang baik & bentuk fizikal yang mantap akan lebih berkeyakinan apabila berada di depan khalayak ramai.

PERKEMBANGAN SOSIAL

PERKEMBANGAN SOSIAL
Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial.

contohnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.
Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya. Tingkah laku social yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya yang lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku social yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.

Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula menjalankan hubungan sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain (Garvey,1990;Howes,1992) Tingkah laku sosial mereka terdiri daripada: Meniru - Meniru sikap dan tingkah laku individu yang disukainya. Bertanding - Cuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya dapat menang. Berkawan Senyum, mendekati, bercakap, bermain bersama, menunjukkan kemesraan pada kawan.

Bekerjasama - Melibatkan diri secara bantu membantu ke arah pencapaian matlamat bersama dalam aktiviti berkumpulan, dan bermain bersam a tanpa menggangu atau merebut permainan orang lain. Bersimpati - Menunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang lain dalam keadaan yang menyedihkan. Pengiktirafan sosial - Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan sebaya.

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai