Anda di halaman 1dari 10

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI Setiap kanak-kanak melalui proses sosialisasi di mana ianya berlaku dalam persekitaran sosialnya.

Persekitaran sosial yang dimaksudkan adalah keluarganya sendiri, saudara mara, jiran, pengasuh dan juga segala yang terdapat di sekelilingnya. Melalui pengalaman yang diperoleh dari proses sosiolisasi ini, seseorang kanak-kanak akan mencapai perkembangan emosi. Tahap perkembangan emosi ini bergantung kepada pengalaman dan persekitaran sosial yang dialaminya. Menurut Kamus Pelajar Edisi Pertama, sosial bermaksud semua hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk iaitu gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja dan girang. Manakala emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain. Oleh itu, sosioemosi di kalangan kanak-kanak dapat ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasikan diri dalam masyarakat. Perkembangan sosio-emosi khususnya adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan. Ianya dapat dilihat melalui kelakuan kanak-kanak. Ianya dikategorikan sebagai tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku yang positif merujuk kepada berkongsi, berdikari, mengikut peraturan dan lain-lain. Manakala tingkah laku negatif merujuk kepada bergaduh, mengasingkan diri, dan menggigit. Belajar melalui bermain dapat menyumbangkan kepada pelbagai aspek perkembangan seseorang kanak-kanak. Contoh permainan yang menyumbangkan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak ialah yang berkonsepkan main peranan. Antaranya ialah berurus niaga (ambil pesanan makanan), bermain bola dalam bulatan, ekspresi wajah dan lain-lain. Melalui permainan ini, kanak-kanak akan belajar bagaimana untuk menjalinkan perhubungan sosial. Selain itu, mereka akan belajar cara untuk bekerjasama dan bertolak ansur. Ini dapat dilihat melalui cara mereka bermain. Di sampinng itu, mereka juga akan belajar untuk saling menegur dan menasihati. Perkembangan sosioemosi membolehkan seseorang kanak-kanak dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian. http://bmurusan.blogspot.com/2010/08/perkembangan-sosioemosi.html

2. DEFINISI SOSIO-EMOSI merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan

orang lain. Daniel Goleman: sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.

3. Albert Bandura (1986): - Keupayaan kendiri merupakan keyakinan individu dalam melakukan sesuatu aktiviti. keupayaan kendiri merupakan perkara yang sangat penting dalam perkembangan sosio-emosi.

4. Secara keseluruhan, kebanyakan tokoh2 berpendapat bahawa kanak-kanak perlu didedahkan mengenai : Kesedaran dan pengurusan kendiri. Pencapaian emosi yang positif. Kesedaran tentang keperluan, perasaan dan pandangan orang lain. Pembinaan kemahiran sosial. Pembinaan keyakinan menghadapi cabaran kehidupan harian.

5. TEORI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI Diperkenalkan Erik Erikson. Beliau menyatakan: setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya. terdapat beberapa konflik serta ciriciri nya dari peringkat bayi sehingga tua.

6. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN EMOSI Peringkat konflik Bayi (0-1) membina rasa kepercayaan secara peringkat. membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi. ketidakpercayaan akan membentuk tingkah laku negatif. Awal kanakkanak (1-3) melakukan sesuatu dengan usaha sendiri.

malu jika tidak diberi kuasa. malu berhadapan dengan orang. Ingin memiliki kuasa.

7. Awal kanak-kanak tadika (3-6) peka kepada yang betul dan salah. membentuk sikap negatif . berasa serba salah jika ketawa. pemahaman pembelajaran yang cepat. mampu bergerak lebih cepat. Kanakkanak (6-11) ingin menguasai sesuatu. ingin berjaya. berasa amat rendah diri jika dikritik. penguasaan kemahiran asas fizikal dan sosial.

8. Remaja (12-20) krisis identiti. cuba memahami diri sendiri. menjaga perubahan bentuk badan dan imej. pembentukan konsep kendiri positif dan negatif. Awal dewasa ( 21-25) berusaha terus mencari identiti. berusaha membentuk ikatan kemesraan. sesetengah individu yang gagal kerana pengalaman kecewaan, terus keterasingan.

9. PENDEKATAN PEMBELAJARANBermain: memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. John Dewey (1852 1859): menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain iaitu aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak.

10. Kategori main: Perlakuan tidak menentu. kanak-kanak bergerak di dalam kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain.

Main sendirian kanak-kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak- kanak lain yang duduk berhampiran dengannya. Main pemerhatian kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan

11. Main selari kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam aktiviti main.Main koperatif kanak-kanak ini bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti.

12. KEPENTINGAN PERMAINAN DALAM PERKEMBANGANSOSIO-EMOSI KANAK-KANAK Kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial. Kanak-kanak belajar bagaimana menyelesaikan masalah apabila berlaku. Kanak-kanak belajar menjadi pemimpin dan pengikut. Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur. Kanak-kanak belajar untuk berjimat cermat dan nasihat menasihati. http://www.slideshare.net/faezahnoordin/perkembangan-sosio-emosi-11979629

Peringkat-peringkat Perkembangan Kanak-kanak.


Peringkat-peringkat Perkembangan Kanak-kanak. Peringkat perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada pengaruh prosesproses biologi, kognitif dan sosio-emosi (Santrock, 2008). Secara ringkas, pertumbuhan dan peringkat-peringkat seperti berikut:

perkembangan

kanak-kanak

melalui

Peringkat bayi (0-2 tahun)

Pada peringkat ini kadar pertumbuhan bayi agak cepat. Sifat-sifat asas manusia seperti bahasa,kebolehan fizikal, kebolehan menjalin perhubungan emosi mula kelihatan.

Peringkat awal kanak-kanak (3-8 tahun) Kanak-kanak dapat bermain menggunakan imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan kebolehan bersosial.

Peringkat kanak-kanak (9-11 tahun) Kanak-kanak mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Mula menjalin hubungan dengan rakan sebaya dan memahami peraturan.

Peringkat awal remaja (12-15 tahun) Sensetif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik.

Peringkat remaja Perhubungan yang rapat dengan rakan sebaya dan keinginan berdikari.

http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/peringkat-peringkat-perkembangan-kanak.html 4. Perkembangan Sosio-Emosi Keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Kanak-kanak semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan kanak-kanak menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Terangkan kepada kanak-kanak tidak perlu menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalahnya dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya. 1. PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK (PRA 3107) 2. PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK 3. PERKEMBANGAN SOSIAL Satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang diterima oleh masyarakat dan budayanya Melibatkan proses sosialisasi atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial

4. PERKEMBANGAN SOSIAL Terdiri daripada kemahiran berinteraksi, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Melibatkan proses peniruan, identifikasi kemahiran bermain, perkembangan kognisi sosial persahabatan dan perhubungan rakan sebaya 5. KANAK-KANAK AKAN MEMPELAJARI Tradisi kepercayaan nilai dan adat kumpulan sosial Peraturan-peraturan sosial yang menjadi amalan kumpulan sosial Budaya-budaya sosial yang bersesuaian Tingkah laku sosial yang universal merentasi pelbagai kumpulan etnik & budaya 6. PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL TEORI PERKEMBANGAN PSIKOLSOSIAL ERIKSON 7. Menurut Erikson Perkembangan sosial kanak-kanak mementingkan hubungan baik/ sosial dengan individu di persekitarannya. Personaliti seorang kanak-kanak akan dibentuk pada peringkat ini. Kejayaan/kegagalan mencapai matlamat akan membawa akibat kepada imej kendiri individu tersebut. 8. 0-1 TAHUN ( KEPERCAYAAN vs KETIDAK PERCAYAAN) Membina rasa kepercayaan secara berperingkat Hubungan yang erat dan rapat dengan ibu bapa Jika gagal ketidakpercayaan akan timbul Ketidakpercayaan boleh membentuk tingkah laku negatif 9. Implikasinya. Kepercayaan akan dipupuk sekiranya keperluan seseorang bayi dapat dipenuhi. Kepercayaan akan terus dipupuk jika kanak-kanak itu sentiasa berasa selamat, disayangi serta diberi perhatian oleh ibu bapanya. 10. 1- 3 TAHUN ( AUTONOMI vs KERAGUAN) Banyak tertumpu pada perkembangan fizikal Memerlukan sokongan insan terdekat Jika berjaya dapat sokongan, timbul rasa percaya pada keupayaan diri. Jika gagal mereka akan ragu-ragu pada keupayaan diri mereka 11. Implikasinya Jika seseorang kanak-kanak merasakan dirinya kurang cekap, dia akan berasa malu dan mula meragui kebolehan dirinya. Tingkah laku kanak-kanak yang sentiasa diterima dan dipuji akan menyebabkan dia berasa lebih yakin lagi. Tingkah laku yang tidak diingini hendaklah dikawal dan yang diingini dipuji 12. 4 - 5 TAHUN ( INISIATIF vs RASA BERSALAH) Cuba berdikari Ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri Jika berjaya timbul rasa yakin pada keupayaan diri. Jika gagal membawa kepada rasa bersalah Perlukan ibu bapa sebagai sokongan 13. Implikasinya Melalui galakan yang diberi kepada kanak-kanak untuk meneroka dan mencuba, mereka akan menyedari keupayaan serta potensi mereka. Mereka juga akan mula mengetahui yang mereka itu boleh mengarahkan diri sendiri untuk mencapai sesuatu yang berfaedah. 14. 6 - 11 TAHUN ( RAJIN vs RASA RENDAH DIRI) Membentuk nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya Membentuk kemahiran-kemahiran tertentu Kegagalan membentuk kemahiran akan membawa kepada rasa rendah diri atau tiada keupayaan Masih perlukan ibu bapa sebagai sokongan

15. Implikasinya.. Sekiranya keinginan untuk menjalankan suatu aktiviti dihalang, maka perasaan rendah diri dan kurang yakin akan terbentuk. 16. PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL TEORI PERKEMBANGAN OLEH ROBERT HAVIGHURST 17. 0-6 TAHUN MEMBEZAKAN JANTINA MULA MEMBENTUK KEMAHIRAN SOSIAL UNTUK BERKAWAN MULA BELAJAR NILAI BERTOLAK ANSUR, BERTIMBANG RASA, SEDIA TERIMA PENDAPAT ORANG LAIN 18. 6 12 TAHUN MEMBENTUK KONSEP DIRI SEMAKIN MEMBENTUK KEMAHIRAN SOSIAL UNTUK BERKAWAN DENGAN RAKAN SEBAYA BELAJAR BERDIKARI BELAJAR BEZAKAN PERANAN LELAKI DAN PEREMPUAN 19. CARA PERKEMBANGAN SOSIAL PENIRUAN MODEL/PEMERHATIAN 20. KONSEP TEORI PERSAHABATAN ( 3 TAHAP- Robert Selman) TAHAP 1- berlaku semasa kanakkanak prasekolah. Sahabat dianggap kawan sepermainan sahaja. TAHAP 2- pembentukan karekteristik pada permulaan persekolahan. Kawan adalah sahabat setia yang boleh dipercayai & diharapkan untuk membantu. TAHAP 3- Persahabatan lebih kepada hubungan intim, hubungan yang matang dan nilai persahabatan mula difahami 21. BAGAIMANA SOSIAL BERKEMBANG MELALUI PENIRUAN DAN PEMERHATIAN ATAU MODEL? RAKAN SEBAYA Sahabat sebagai agen peneguhan Memberi sokongan dan persetujuan positif kepada sahabat dalam bentuk senyuman, menawarkan bantuan, memuji dan sebagainya. Menerima segala kelemahan dan kebaikan seseorang sahabat Berkongsi, menerima idea-idea kanak-kanak yang lain, membenarkan kanak-kanak lain bermain bersama-sama, bekerjasama dan lain-lain. Sahabat sebagai model sosial Memperoleh pengetahuan serta mempelajari gerak balas tertentu dengan memerhati tingkah laku sahabatnya. Kanak-kanak gemar meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa yang lebih rapat dengannya. 22. BAGAIMANA INTERAKSI RAKAN SEBAYA, PERSAHABATAN, DAN JANTINA BOLEH MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KECEKAPAN SOSIAL RAKAN SEBAYA DAN PERSAHABATAN Interaksi positif dengan rakan membolehkan kanak-kanak memperoleh semangat bersaing serta kemahiran penyesuaian dengan orang lain. (kajian Harlow 1962). Interaksi antara kanak-kanak boleh mempercepatkan perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak. Contohnya : seorang kanak-kanak pendiam akan mengalami perubahan hampir 80% apabila belajar bercakap daripada rakan yang gemar bercakap. JANTINA Kanak-kanak lebih memberi peneguhan kepada rakan sejantina kerana mereka lebih gemar berinteraksi dengan sahabat yang sejantina. Kanakkanak akan bijak mengawal dan mengenalpasti had-had batasan pergaulan sosial dengan rakan berlainan jantina. 23. TINGKAH LAKU PROSOSIAL Perkembangan perasaan empati kanak-kanak menunjukkan perasaan prihatin terhadap mereka yang lemah. Cenderung untuk menunjukkan sikap

membantu dan bekerjasama Tingkah laku untuk bekerjasama dan keinginan untuk berkongsi boleh dipertingkatkan melalui teladan dan peneguhan 24. TINGKAH LAKU ANTISOSIAL Tingkah laku agresif, intrusif, disruptif, asertif dan suka mengawal orang lain, melakukan keganasan atau mencederakan orang lain Tingkah laku antisosial kanak-kanak berbohong, bergaduh, mencuri dan lari dari rumah Punca modelling , kegagalan mencapai matlamat (kecewa) 25. TINGKAH LAKU SOSIAL SEMASA BERMAIN PENIRUAN SUKA BERTANDING BERKAWAN SETIA BEKERJASAMA SIMPATI PENGIKTIRAFAN SOSIAL 26. IMPLIKASI TERHADAP P&P Beri peluang dan sokongan untuk mencuba pelbagai aktiviti mengikut kebolehan Jangan menghukum jika tersalah langkah Peraturan bersifat ringkas & mudah difahami Berikan pujian/ motivasi apabila kanak-kanak tunjukkan inisiatif Laksanakan kurikulum yang meransang perkembangan- Galakkan persaingan secara sihat Gunakan kaedah bermain/ elemen permainan Galakkan kanak-kanak kemuka/ bertanyakan soalan- guru perlu berikan maklum balas. PERKEMBANGAN EMOSI SOSIAL

Perhubungan mereka dengan ibu bapa, keluarga, kawan-kawan sebaya dan hubungan percintaan amatlah rumit kerana pada masa ini, para remaja mengalami satu proses kesedaran kendiri.

Mereka sering memikirkan tentang pandangan dan pendapat orang lain tentang dirinya sendiri dan mereka sering bertukar pendirian, pendapat, ideologi dan kawan-kawan.

Erikson menyatakan bahawa remaja mengalami konflik sosial diantara pengertian identiti diri dengan kekeliruan peranan yang ada padanya. Remaja akan bertanyakan siapakah saya, apakah tujuan hidup ini dan kemanakah arah sendiri.

Dalam mencari identiti, remaja mempunyai keinginan untuk bebas daripada kongkongan ibu bapa, untuk berdikari dan untuk membuat apa-apa yang disukainya tetapi dalam masa yang sama memerlukan bimbingan terutamanya dari segi kewangan dan tempat tinggal.

Apa yang ketara sekali para remaja cenderung untuk berpisah dengan ibu bapa mereka kerana mengaggap kawan-kawan sebayanya adalah lebih penting. Kawan-kawanlah tempat mereka

berkongsi pandangan serta bertukar-tukar fikiran serta pendapat. Disamping itu hubungan percintaan juga amat penting bagi remaja.

Segala apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka adalah betul dan apa yang penting di sini ialah proses identifikasi kepada norma-norma kumpulan kerana identity kumpulan adalah identiti mereka. http://psikologiperkembangan-remaja.blogspot.com/2007/03/perkembangan-kognitif-dansosial-emosi.html Jenis Emosi atau Perasaan dan implikasi pada kanak-kanak:

Gembira - Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai. Marah - Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian. Takut - Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman. Sedih - Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih. Geli - Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak terkena apa yang yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu. Cemas - Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik. Malu - Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri. Rasa bersalah - Wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap keluar dari standard tingkah laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah

dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain. Rasa bangga - Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati/dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira. Perkembangan emosi kanak-kanak usia pertengahan Sudah pandai menyembunyikan emosi yang negatif dengan berpura-pura menunjukkan keseronokan. Sudah mula memahami dan menghurai emosi yang kompleks : perasaan malu, rasa bersalah, rasa bangga dan cemburu. Perasaan takut mula berkembang kepada yang lebih realistik - takut sekolah, takut berkomunikasi, takut kejadian jenayah. Mahu disayangi tetapi bukan ditonjolkan depan ramai. Amat memerlukan bantuan mengenalpasti emosi marah agar tidak out of control; belajar mengawal perasan. Perlu perhatian dan dorongan mengatasi rasa takut. Mula memahami keperluan kumpulan. http://perkembangan.blogspot.com/2007/02/perkembangan-kanak-kanak-dari-aspek.html

Anda mungkin juga menyukai