Anda di halaman 1dari 6

BIODATA

NAMA : ERIK HOMBURGER ERIKSON

TARIKH LAHIR : 15 JUN 1902

TEMPAT LAHIR : FRANKFURT, JERMAN

TARIKH KEMATIAN : 12 MEI 1994 (91 TAHUN)


WARGANEGARA : AMERIKA SYARIKAT
BIDANG : PERKEMBANGAN PSIKOLOGI
TEORI IDENTITI ERIK ERIKSON

Seorang ahli psikoanalisis berasal dari Frankfurt, Jerman. Sumbangan beliau


dalam bidang psikologi amat banyak dan bernilai. Beliau terkenal kerana
mengembangkan kefahaman konsep krisis identiti yang berdasarkan pengalaman yang
dilalui oleh beliau sendiri sejak kecil.
Teori Erik Erikson lebih menarik perhatian para ahli psikologi kerana ia
membawa aspek-aspek kehidupan sosial dan fungsi budaya yang mempengaruhi identiti
manusia yang di anggap lebih realistik berbanding dengan teori Freud yang lebih
menekankan aspek-aspek ketidaksedaran manusia.
Erik Erikson berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap
psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri
berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak-kanak, zaman
bermain, sekolah, remaja, awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi
untuk perkembangan seterusnya. Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah
individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti
tersendiri. Ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan
ketidakpercayaan.
Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi bergantung kepada nilai jagaan dan
pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Jika kehendak-kehendak bayi
dipenuhi seperti mendapat makanan, minum, perhatian dan kasih sayang, dia akan
memperoleh harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika tidak, bayi berkenaan akan tidak
dapat mempercayai orang di sekitarnya dan akan menjadi pasif serta akan cuba
melindungi dari persekitaran yang tidak memberangsangkan nya. Ini bercanggah dengan
pendapat Jean Piaget di mana beliau berpendapat kanak-kanak pada setiap tahap
mempunyai perkembangan tertentu.
Teori psiko-sosial Erikson mengambil kira impak faktor-faktor luaran seperti ibu
bapa dan masyarakat terhadap perkembangan personaliti dari tahap kanak-kanak hingga
dewasa. Erikson mengemukakan lapan tahap secara berperingkat mengenai
perkembangan ego dalam psiko-sosial manusia.
Teori Erik Erikson dan Tahap Psikososial:-

EKORAN
TAHAP KEADAAN SOSIAL
PSIKOSOSIAL
Sokongan, pemberian keperluan asas, ada kesinambungan
Lahir hingga Mempercayai
hidup.
1 tahun Kekurangan sokongan, penafian, tidak konsisten Tidak mempercayai

2 hingga Mengendalikan sendiri dan sokongan. Kebebasan


Perlindungan yang berlebihan, kekurangan sokongan dan
3 tahun Keraguan
keyakinan
4 hingga Galakan, peluang sendiri, bertanya Inisiatif
5 tahun Tiada peluang, perasaan negative Perasaan bersalah
6 hingga Kemahiran diri, pendidikan yang cukup dan produktif,
Kerajinan
menjadi model yang baik
11 tahun
Kurang latihan, arah dan sokongan Rendah diri
12 hingga Kestabilan dalaman yang berterusan, kefahaman mendalam
Identiti
mengenai model seks, mendapatkan maklum balas positif.
19 tahun Kekeliruan tujuan, maklum balas yang kurang jelas, kurang
Kekeliruan peranan
memahami ekspektasi
Awal 20 Meluaskan kemesraan, persefahaman, mempercayai. Kemesraan
hingga
Kesunyian Pengasingan
35 tahun
36 hingga Kebolehan
Tujuan hidup, produktiviti
menghasilkan
55 tahun sesuatu

Kekurangan perkembangan diri Terhenti


55 tahun Kesempurnaan
Perasaan mesra, perpaduan, berarah
hidup
Ke atas
Kurang kesempurnaan, ketidakpuashatian. Putus harapan
SUMBANGAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Dalam pendidikan dan psikologi, Erikson paling dikenali untuk model peringkat
lapannya kitaran kehidupan manusia, dibangunkan dengan bantuan isterinya, Joan. Model
ini mengenal pasti matlamat-matlamat tertentu, cabaran-cabaran , dan mengenai pada
setiap tahap hidup. Peringkat-peringkat ini saling bergantung dalam konflik-konflik yang
belum selesai pada satu peringkat perkembangan pengaruh pada tahap-tahap yang akhir,
sebagai pembangunan dalam salah satu satu hubungan yang boleh di percayai, di sayang
oleh seorang penjaga dalam masa bayi. Erikson memperkenalkan tempoh identiti dan
krisis identiti untuk menjelaskan kerumitan psikologikal dan sosial dihadapi oleh orang
muda dalam mencari tempat mereka dalam satu bandar khusus, negara , dan masa.
Perkembangan remaja, dengan kata lain, ialah soalan kepada jawapan yang kompleks,
"siapakah saya?" dan memerlukan dorongan organisasi masing-masing, keupayaan,
kepercayaan, dan sejarah ke dalam satu pandangan diri sendiri. Tumpuan ini
mencerminkan Erikson sendiri sebagai pengembaraan orang muda sebelum pencarian
tempatnya sebagai seorang guru, penganalisis , dan penulis.

RUMUSAN
Teori perkembangan ini telah sedikit sebanyak memberi panduan kepada guru dan
juga ibu bapa tentang perkembangan yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak dan setiap
kanak-kanak adalah berbeza dari segi perkembangan kognitifnya yang kemungkinan
dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti baka, persekitaran, makanan, kecerdasan dan
sebagainya. Teori perkembangan ini telah sedikit sebanyak memberi panduan kepada
guru dan juga ibu bapa tentang perkembangan yang lalui oleh seseorang kanak-kanak dan
setiap kanak-kanak adalah berbeza dari sep perkembangan kognitifnya yang
kemungkinan dipengaruhi oleh faktorfaktor lain seperti baka, persekitaran, makanan dan
sebagainya.

BAGAIMANA TEORI-TEORI INI DAPAT DIGUNAKAN DALAM


MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH
DENGAN BERKESAN.

Dalam menjadikan suatu pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dalam sesebuah
kelas, seorang pendidik haruslah memahami tingkah laku murid-muridnya. Untuk sesi
kelas yang melibatkan murid yang berumur dari enam hingga dua belas tahun, ianya lebih
mencabar bagi seorang pendidik, kerana di sinilah bermulanya perkembangan seorang
kanak-kanak dalam menempuhi alam kehidupan. Seorang pendidik boleh menggunakan
teori Erikson sebagai alat utama dalam memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran
lebih berkesan. Di dalam teori identiti Erikson, beliau menitikberatkan perkembangan
manusia bermula sejak ia lahir sehinggalah ia mati. Pada toeri lapan peringkat, pada
tahap yang ke empat, iaitu dari umur enam tahun hingga sebelas tahun, murid sudah ada
pendidikan asas yang cukup dan dari keadaan psiko-sosial nya mereka lebih rajin. Pada
tahap ini seorang pendidik haruslah memberi banyak sokongan dan dorongan dalam apa
yang dilakukan oleh murid-murid. Jika keadaan sebaliknya yang berlaku murid akan
terasa asing dan rendah diri. Di dalam kelas atau bilik darjah, seorang pendidik mestilah
memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap murid supaya mereka tidak rasa tersisih,
jika tidak ini akan mempengaruhi hidup mereka bila mereka mencecah alam remaja.
Kesimpulan dari teori ini yang boleh dipraktikkan dalam bilik darjah ialah setiap
pendidik mesti dalam erti kata lain wajib dalam memastikan setiap anak murid nya
mendapat perhatian secukupnya.