Anda di halaman 1dari 4

5.

CIRI-CIRI DALAM PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

5.1 Sikap Egosentrik


Menurut kamus Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, sikap egosentrik
bermaksud sesuatu sikap yang mementingkan keperluan diri sendiri sahaja
tanpa menhendahkan keperluan orang lain. Menurut Piaget, pada peringkat
praoperasi ini, kanak-kanak mempunyai sikap egosentrik iaitu mereka tidak
dapat menerima pandangan atau perspektif yang berbeza daripada diri
mereka sendiri. Bukan itu sahaja, mereka juga lebih cenderung untuk fokus
terhadap sesuatu idea sahaja.

Manakala menurut Flavell, 1985 sikap seperti ini menyebabkan


pemahaman mereka lebih statik daripada dinamik. Sebagai contoh, mengikut
pendapat Piaget juga, kanak-kanak dalam peringkat praoperasi adalah
seperti masalah tiga gunung. Hal ini kerana kanak-kanak kurang daripada
tujuh tahun memilih gambar yang sama dengan pandangan depan mereka,
walaupun dari sudut pandangan berbeza. Selain itu, kanak-kanak juga suka
bercakap sendiri lebih-lebih lagi topik mengenai dirinya sendiri. Pemikiran
kanak-kanak juga lebih bergantung kepada persepsi logik. Sebagai contoh,
kanak-kanak akan menganggap bulan sentiasa mengekori mereka ketika
mereka berjalan.

Tambahan pula, dengan sikap egosentrik yang ada pada kanak-kanak


pada peringkat umur praoperasi ini membuatkan mereka tidak dapat
membayangkan atau menerima perspektif orang lain. Malahan mereka
mempercayai bahawa persepsi atau fikiran orang lain adalah sama dengan
diri sendiri. Sebagai contoh, pemahaman tentang ruang bertambah baik pada
umur tiga tahun. Kanak-kanak di peringkat prasekolah dapat memahami
bahawa gambar foto, model dan peta yang mudah berkait rapat dengan
dunia yang sebenar.

20

Bukan itu sahaja, mengikut Piaget juga kanak-kanak pada peringkat


praoperasi ini tidak berupaya untuk mengoperasi konsep. Sebagai contoh,
kanak-kanak tidak dapat memahami operasi bilangan seperti (1+1) adalah
sama dengan (2-1) walaupun mereka boleh mengira satu hingga sepuluh.
Sudah jelaslah disini bahawa antara ciri-ciri dalam perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah sikap egosentrik dalam diri mereka.

5.2 Keupayaan Menggambarkan Proses Transformasi

Proses transformasi ialah sesuatu yang berubah sama ada ke arah yang
lebih

baik

ataupun

sebaliknya.

Menurut

Piaget,

keupayaan

dalam

menggambarkan proses transformasi menrupakan salah satu kekurangan


kanak-kanak dalam peringkat praoperasi ini. Ini kerana Piaget mengatakan
kanak-kanak tidak berupaya menggambarkan proses transformasi tersebut.

Menurut Piaget, kanak-kanak tidak boleh melihat perubahan yang


berlaku dalam sesuatu proses transformasi. Malah, kanak-kanak hanya boleh
memerhati satu keadaan pada satu-satu ketika sahaja. Terdapat pelbagai uji
kaji yang boleh kita lakukan terhadap kanak-kanak untuk melihat keupayaan
mereka menggambarkan proses transformasi ini. Antara aktiviti yang boleh
dijadikan contoh ialah, apabila batang kayu jatuh dair keadaan tegak, kanakkanak hanya dapat tumpukan perhatiannya kepada kedudukan tegak kayu
atau kedudukan baringnya.

Ini sudah jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak hanya dapat


menumpukan perhatiannya kepada satu situasi dalam satu masa tertentu
sahaja.

21

5.3 Keupayaan Mengamati Operasi Songsang


Menurut Piaget dalam buku Perkembangan Kanak-kanak karya Mok Soon
Sang, kanak-kanak pada peringkat praoperasi ini tidak mempunyai kebolehan
untuk membuat perbandingan di antara proses yang telah diubah dengan
yang asal. Dalam usaha untuk menguji keupayaan kanak-kanak dalam
mengamati

operasi songsang

ini,

Piaget

ada

melakukan

beberapa

eksperimen kepada kanak-kanak yang berumur antara empat tahun dan lima
tahun. Dalam eksperimen ini, kanak-kanak diberikan tujuh cawan berbaris
dengan sekumpulan telur.

Eksperimen ini memerlukan kanak-kanak tersebut untuk untuk


menyusun telur sehingga sama panjang dengan cawan. Selepas itu, kanakkanak diminta memasukkan telur ke dalam cawan untuk mengetahui bahawa
bilangan telur adalah lebih banyak daripada bilangan cawan. Telur yang
berlebihan disimpan balik dan kanak-kanak mengeluarkan telur dari cawan
serta menyusunnya rapat-rapat sebagai satu garisan di depan cawan.

Hasil daripada ekpserimen yang dijalankan ini, kanak-kanak


menyatakan bilangan cawan lebih banyak daripada bilangan telur. Ini jelas
menujukkan bahawa kanak-kanak pada peringkat ini tidak mampu mengerti
padanan satu dengan satu. Selain itu, eksperimen ini juga dilakukan untuk
kanak-kanak yang berumur antara lima tahun dan enam tahun. Melalui
ekpserimen seperti ini, kanak-kanak dapat membina konsep padanan satusatu dengan memasukkan sebiji telur ke dalam sebiji cawan.

Tetapi apabila telur dikeluarkan dan disebarkan sebaris secara


longgar, kanak-kanak akan menyatakan bahawa bilangan telur lebih banyak
daripada bilangan cawan. Ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat
membentuk konsep paduan 1-1 antara kedua-dua set tetapi tidak dapat
mengekalkannya sebaik sahaja bentuk atau rupa berubah. Atau dengan erti

22

kaat lain situasi ini dipanggil sebagai operasi songsang yang tidak diamati
oleh kanak-kanak.

5.4 Penggunaan Konsep Pengabadian


Penggunaan konsep pengabadian juga merupakan salah satu ciri-ciri yang
terlibat dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Kita juga perlu mengenal
pasti sama ada kanak-kanak dapat menguasai konsep pengabadian ataupun
tidak. Untuk membuat kajian bagi mendapatkan jawapan yang tepat, terdapat
beberapa ekpserimen telah dijalankan. Antaranya ialah eksperimen cawan
dengan telur yang juga digunakan untuk menguji keupayaan kanak-kanak
dalam mengamati operasi songsang. Eksperimen itu juga menunjukkan
bahawa kanak-kanak belum dapat menguasai konsep pengabadian bilangan.
Hal ini kerana kanak-kanak menganggap bilangan dan panjang adalah sama.

Selain itu, dalam eksperimen-eksperimen yang berkaitan dengan


luas, isipadu cecair dan berat, adalah didapati kanak-kanak juga tidak dapat
menguasai konsep pengabadian kuantiti-kuantiti tersebut. Ini kerana, kanakkanak sangat mudah dipengaruhi oleh bentuk, saiz dan tinggi yang
diperhatikannya.

Sebagai

contoh,

eksperimen

dijalankan

dengan

menunjukkan dua buah bekas yang sama saiz dan diisikan dengan air yang
sama banyak.

Apabila air daripada salah satu bekas dituangkan ke dalam bekas lain
yang lebih tinggi dan sempit, kanak-kanak akan menyebutkan bahawa bekas
yang tinggi dan sempit ini mengandungi lebih banyak air. Jelaslah disini
bahawa kanak-kanak pada peringkat umur praoperasi ini belum dapat
menguasai konspe pengabadian kuantiti.

23

Anda mungkin juga menyukai