Anda di halaman 1dari 1

1.

PENGENALAN Kanak-kanak ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh. Peringkat perkembangan manusia adalah sebagaimana berikut iaitu peringkat tua, dewasa, remaja, kanak-kanak, dan bayi. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Sebaliknya, pediatrik merupakan cabang perubatan yang berkenaan dengan penjagaan kanak-kanak dari waktu pranatal sehingga remaja dan dewasa muda (umur antara 0 sehingga 21 tahun). Istilah-istilah untuk peringkat perkembangan fizikal berkait umur adalah

disenaraikan di bawah. Julat-julat umur hampiran ditunjukkan tetapi tanggapan mengenai sempadan antara peringkat-peringkat hidup adalah berbeza-beza antara budaya dan zaman. Julat umur dan istilah yang disenaraikan membayangkan tanggapan abad ke-21 di negara-negara yang maju. Perkembangan ialah proses yang berterusan dari lahir hingga

kematangan dan akhir hayat atau proses individu mencapai kematangan secara berterusan. Perkembangan juga berlaku secara cepat dan sukar diramal, contohnya warna rambut berubah daripada hitam kepada putih (uban). Faktor baka dan persekitaran dianggap sebagai faktor utama yang mempengaruhi perkembangan individu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Perkembangan kanak-kanak merujuk kepada perubahan kualitatif

biologi dan psikologi yang berlaku kepada manusia antara kelahiran dan akhir masa remaja. Perubahan ini tidak boleh diukur tetapi jelas berlaku jika

dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Contohnya, cara pertuturan dan kematangan. Menurut pandangan Paul Eggan & Don Kauchak tentang perkembangan kanak-kanak, (1997) beliau menyatakan, "...the concept of development, the orderly, durable changes in a learner resulting from a combination of learning, experience and maturation".

Anda mungkin juga menyukai