Anda di halaman 1dari 14

Program Penambahbaikan Sekolah Program Doktor Muda 2013

KERTAS KERJA KELAB DOKTOR MUDA


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MIDAH (2) 2014

Program Penambahbaikan Sekolah Program Doktor Muda 2013

PROGRAM PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH

Program Doktor Muda

Sasaran Murid tahun 4, 5, dan 6

Bilangan Ahli 32 orang

Pengenalan Program Doktor Muda (PDM) adalah satu program mempromosikan kesihatan pelajar sekolah rendah melalui Konsep empowerment. Program yang berpusat di sekolah (school-based programmed) ini bermatlamat melahirkan sekumpulan pelajar yang mementingkan dan mengutamakan kesihatan serta berperanan sebagai agen mempromosikan kesihatan kepada rakan-rakan sebaya, masyarakat sekolah serta ahli keluarga. Doktor Muda adalah sekumpulan pelajar yang dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Pelajar ini kemudian dilatih dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa aspek kesihatan yang relevan berdasarkan kepada Modul Latihan Program Doktor Muda. Seterusnya, pelajar ini akan bertindak sebagai pembimbing rakan sebaya atau agen perubahan, sikap dan amalan kesihatan.

Rasional Program ini yang berlandaskan kepada konsep dan strategi promosi kesihatan adalah sejajar dengan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) yang telah dilaksanakan. Sehubungan itu, program ini sangat sesuai bertepatan sekali sebagai salah satu pakej di bawah PBSS. Program ini juga merupakan perkongsian bijak antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menekankan kepada konsep persepakatan dalam perkhidmatan kesihatan.

Matlamat Program Doktor Muda yang berkonsepkan Dari pelajar, Untuk Pelajar, Kepada Pelajar merupakan satu pendekatan proaktif yang perlu dilaksanakan di sekolah rendah yang mempunyai masalah kesihatan tertentu bagi mencapai hasrat untuk melahirkan pelajar yang sihat, cerdas dan cergas kerana pelajar adalah aset yang penting serta pewaris masa depan negara. Pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang baik penting untuk membantu individu dan masyarakat mencapai status kesihatan yang optimum. Aspek ini perlu dipupuk di peringkat kanak-kanak lagi umpama pepatah Jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Program Penambahbaikan Sekolah Program Doktor Muda 2013

Objektif Objektif program ini adalah untuk memperkasakan pelajar-pelajar sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya mereka dapat meningkatkan taraf kesihatan diri dan rakan-rakan mereka serta untuk: i. ii. iii. iv. v. vi. membolehkan pelajar membantu diri sendiri, rakan dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup yang sihat. membolehkan pelajar menjadi pembimbing dan contoh ke arah amalan hidup sihat. membolehkan pelajar membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah. memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar. menggalakkan ibu bapa / penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan pelajar. mempertingkatkan usaha sama antara Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik dalam kalangan pelajar.

Rasional Pemilihan Program Doktor Muda telah mula dilaksanakan di sekolah-sekolah terpilih pada tahun 2006. Inisiatif bijak ini adalah cetusan idea daripada Kementerian Kesihatan dan disepadukan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia. Hanya sekolah-sekolah terpilih sahaja yang berpeluang menyertai program yang amat memberi manfaat ini. Oleh yang demikian, walaupun tidak tersenarai sebagai sekolah rintis, Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 mengambil langkah proaktif untuk menjadikan program ini sebagai program contoh dan program sokongan yang akan membantu membangunkan potensi akademik murid-murid selain peningkatan sahsiah dan disiplin. Pihak pengurusan percaya program seumpama ini akan dapat melahirkan warga sekolah khasnya murid-murid yang kekal sihat seterusnya melahirkan individu yang memiliki pemikiran aras tinggi untuk menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Kesihatan merupakan aset penting dalam melahirkan pelajar yang memiliki pemikiran yang tinggi melalui minda yang cerdas. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang memiliki kesihatan yang baik dalam mencetuskan pemikiran yang logik, rasional dan pemikiran aras tinggi. Bertitik tolak daripada kesihatan yang baik mampu melahirkan minda yang cerdas, Kelab Doktor Muda (KDM) dilihat sebagai landasan terbaik untuk membangunkan kemenjadian murid yang meliputi perkembangan jasmani, emosi, sosial, rohani dan sosial mereka. Seperti yang dinyatakan, pemilihan pelajar yang terpilih untuk dijadikan model ini adalah murid yang mempunyai kriteriakriteria tertentu seperti cemerlang akademik, sosial dan berketerampilan terpuji.

Program Penambahbaikan Sekolah Program Doktor Muda 2013

Kerangka Konsep Program Doktor Muda

PENGISIAN AKTIVITI Unit Kurikulum

Panitia Sains 1. Perancangan aktiviti mengikut Modul Doktor Muda.

PELAKSANAAN 1. Kokurikulum(Rabu) 2. Hari Persekolahan Terpilih

HASIL AKHIR

PROGRAM DOKTOR MUDA

1. PENINGKATAN SAHSIAH DAN DISIPLIN 2. PENINGKATAN PENCAPAIAN AKADEMIK

PENGISIAN AKTIVITI Unit Hal Ehwal Murid


JK Kesihatan/JK Kesihatan 1. Perancangan aktiviti mengikut perancangan tahunan. 2. Menjalankan aktiviti pengukuhan Program Doktor Muda. PELAKSANAAN 1. Hari Persekolahan Terpilih

Program Penambahbaikan Sekolah Program Doktor Muda 2013

10

Implikasi kepada murid, sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat. Program Doktor Muda ini memberikan implikasi menyeluruh terutamanya kepada murid-murid, guru, ibu bapa dan komuniti setempat. Antara implikasi berkenaan termasuklah: i. murid dapat mendekatkan diri dengan kerjaya profesional sebagai seorang doktor dan menjadikan kerjaya ini sebagai kerjaya pilihan kelak mendedahkan murid dengan kerja buat sebagai seorang doktor. memastikan murid menjadikan amalan kesihatan sebagai tunjang utama dalam pembentukan kehidupan yang sihat. menggalakkan penemuan kendiri dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang. membiasakan murid-murid dengan dunia sains dan teknologi selaras dengan ledakan teknologi masa kini dan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan warga Malaysia terbilang dalam dunia sains. membantu rakan sebaya dan murid-murid yang lain untuk meminati bidang sains perubatan. mewujudkan perkongsian pintar dengan organisasi luar seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dalam keterlibatan mereka melalui aktiviti yang bakal dijalankan. menggalakkan kerjasama dan usaha sama ibu bapa melalui PIBG memandangkan situasi persekitaran sekolah berdekatan dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Selain itu, penglibatan PIBG dan komuniti setempat akan dapat membantu hasrat kerajaan melalui anjakan ke-9 daripada 11 anjakan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta. melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik melalui penggabungan aktiviti dengan panitia dan jawatankuasa yang lain terutamanya Panitia Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Jawatankuasa Kesihatan, dan Jawatankuasa Kebersihan.

ii. iii. iv.

v. vi. vii.

viii.

11

Strategi Bagi mencapai objektif yang telah ditentukan beberapa program telah digariskan iaitu: i. Mengamalkan konsep perkongsian bijak antara Jabatan Kesihatan, Jabatan Pelajaran Negeri dengan sokongan pihak sekolah, ibu bapa / penjaga, agensi kerajaan lain, sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaan. Membentuk jawatankuasa di peringkat sekolah untuk tujuan penyelarasan aktiviti. Memilih pelajar berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Meningkatkan pengetahuan dan membina kemahiran kesihatan pelajar yang telah dipilih melalui latihan yang fleksibel menggunakan modul yang disediakan. Melaksanakan program secara berpusat di sekolah secara berperingkat berdasarkan sumber yang ada. Menggunakan pendekatan Pembimbing Rakan Sebaya dalam aktiviti pendidikan yang dilaksanakan oleh pelajar terpilih.

ii. iii. iv. v. vi.

Program Penambahbaikan Sekolah Program Doktor Muda 2013

12

Latihan Latihan dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan pengetahuan dan membina kemahiran Doktor Muda untuk membolehkan mereka melaksanakan aktiviti. Latihan dijalankan di sekolah dan dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada guru-guru dan anggota kesihatan yang telah diberi latihan terlebih dahulu.

13

Aktiviti Aktiviti yang dijalankan oleh Doktor Muda sejajar dengan peranan penting yang dimainkan dalam membantu mempromosikan kesihatan di sekolah antaranya ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. Membimbing ke arah cara hidup yang sihat. Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat. Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti perkhidmatan kesihatan yang dijalankan di sekolah. Pemberitahuan masalah kesihatan. Merawat kecederaan ringan. Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan. Menyertai / membantu kempen-kempen serta sambutan hari-hari khas Kesihatan di sekolah. Menyertai dan melibatkan diri dalam Konvensyen Doktor Muda. Menyertai lawatan ke kemudahan-kemudahan kesihatan. Menganjurkan aktiviti-aktiviti berbentuk pertandingan seperti kuiz, melukis . Mengarang dan berpidato yang boleh meningkatkan kesedaran. Pengetahuan tentang kesihatan dalam kalangan murid. Menganjurkan kempen-kempen kesihatan.

14

Pemilihan Doktor Muda Bagi sesi 2013, pemilihan murid-murid untuk Program Doktor Muda terdiri dalam kalangan ahli kelab Persatuan sains dan Matematik. Rasional utama pemilihan ini adalah atas persetujuan pihak pengurusan memandangkan pengisian aktiviti dalam program ini lebih menjurus kepada bidang sains. Selain itu, persatuan sedia ada yang sedang bergerak di sekolah ialah Persatuan Sains dan Matematik. Untuk tahun akan datang, pihak pengurusan telah mengambil ketetapan untuk mewujudkan kelab khas bagi Kelab Doktor Muda ini. Ahli Persatuan Sains dan Matematik tahun 4, 5, dan 6 telah disaring peringkat awal dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. Melalui data keputusan peperiksaan dan perkembangan sahsiah dari Unit Hal Ehwal Murid serta guru penasihat, seramai 22 orang murid telah terpilih untuk menghadiri temu duga yang dijalankan. Antara kriteria yang diuji semasa temu duga ini termasuklah pengetahuan am, kepimpinan, disiplin, sahsiah, komunikasi, akademik dan ko-akademik. Hasil akhir daripada penilaian temu duga ini, hanya 17 orang yang layak untuk diangkat sebagai Doktor Muda.

Program Penambahbaikan Sekolah Program Doktor Muda 2013

15

Pelaksanaan Program Program Doktor Muda berjalan semasa aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu jam 2.00 3.00 petang. Melalui pelaksanaan pada hari kokurikulum ini, pengisian aktiviti akan menjurus kepada Modul Latihan Doktor Muda yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk menyokong aktiviti Doktor Muda, jawatankuasa Kesihatan dan Jawatankuasa Kebersihan akan bergabung dan menjalankan aktiviti lanjutan untuk dihebahkan kepada warga sekolah. Buat permulaan, antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti membasuh tangan, menggosok gigi, mengetip kuku, gotong-royong dan senaman mata. Kesemua program ini telah pun dipelajari semasa Doktor Muda mengikuti aktiviti pada setiap Rabu. Masa yang akan digunakan adalah hari persekolahan terpilih. Jawatankuasa Kesihatan dan Kebersihan akan memantau setiap aktiviti yang dijalankan oleh Doktor Muda ini. Sebelum itu, sesi pengukuhan diberikan terlebih dahulu kepada Doktor Muda agar mereka berasa lebih yakin dan boleh memberi tunjuk ajar kepada murid lain bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

Di samping itu, pihak Jawatankuasa Induk juga membuat perancangan untuk melibatkan agensi luar dalam memberikan sebanyak mungkin ilmu dan keyakinan kepada kumpulan Doktor Muda. Antara perancangan yang dicadangkan ialah perkongsian pintar dengan pihak yang terlibat secara langsung dengan kesihatan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Melalui perkongsian ini, pengukuhan strategi penerapan ilmu kesihatan dilihat semakin ampuh untuk disemai dalam jiwa Doktor Muda. Perancangan ini juga dilihat sebagai landasan untuk Doktor Muda mendekatkan diri dengan bidang perubatan. Dari semasa ke semasa, Jawatankuasa Induk akan sentiasa merancang program-program yang diyakini berguna dan bermanfaat untuk Doktor Muda. Di samping itu juga, pihak sekolah turut merancang melihat amalan-amalan terbaik Program Doktor Muda yang dijalankan di sekolah-sekolah rintis untuk diaplikasikan.

16

Anggaran Perbelanjaan Bil 1 2 3 4 Aspek Perbelanjaan Operasi Bilik Kelab Doktor Muda Lencana Doktor Muda Uniform Doktor Aktiviti Sokongan Mencuci Tangan Menggosok gigi Mengetip Kuku Lawatan Penandaarasan Sekolah rintis/HUKM/KKM Gotong-royong Kain Rentang Dokumentasi JUMLAH Anggaran perbelanjaan RM 300.00 RM 5.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 200.00 RM 100.00 RM 150.00 RM 200.00 Kuantiti Jumlah RM 300.00 RM 160.00 RM 850.00

32 unit 17 helai

5 6 7 8

2 sesi lawatan 4 sesi 2 helai

RM 150.00 RM 400.00 RM 400.00 RM 300.00 RM 200.00 RM 2750.00

Program Penambahbaikan Sekolah Program Doktor Muda 2013

17

Jawatankuasa Induk

JAWATANKUASA INDUK KELAB DOKTOR MUDA SK TAMAN MIDAH 2 2013

PENASIHAT PN ZAWYAH BTE AHMAD (GURU BESAR)

PENGERUSI PN AW LEE ENG (GPK KOKURIKULUM)

NAIB PENGERUSI EN ABDUL RAHIM BIN ABU (GPK T/K) EN SHANMUGAM A/L KAMAKSHI (GPK HEM) PN ROS FARWIAH BTE SAKIRIN (GPK PPKI) SETIAUSAHA 1. EN. MUHAMMAD SALEHUDDIN BIN AHMAD (SAINS) 2. EN SOLAN A/L SIVANESAN (M3) PEN SETIAUSAHA PN HEZLIN HEZLIA PN MURNIYANTI BTE ABDUL KUDUS (M3)

AHLI JAWATAN KUASA PN HANISAH BTE LATEH (KESIHATAN) PN HAFIDA BTE HAMZAH (KEBERSIHAN) SEMUA AHLI JK KESIHATAN SMUA AHLI JK KEBERSIHAN

WAKIL IBU BAPA ENCIK MAZLI BIN MOHD ZIN PN SALINA BTE MOHD ISA

Program Penambahbaikan Sekolah Program Doktor Muda 2013

18

Jawatankuasa Kelab Doktor Muda (Murid)

CARTA ORGANISASI KELAB DOKTOR MUDA SK TAMAN MIDAH 2 2013

PENGERUSI MUHAMMAD ZARIF ADLI BIN OMAR

NAIB PENGERUSI SYARIFAH NOR ZAHIRAH SYUKRINA

SETIAUSAHA FARA ZULAIKHA BTE RADINAS

PENOLONG SETIAUSAHA VIVIAN CHAN JIA WENG

BENDAHARI KRSHYA A/P SELVAKUMAR

AHLI JAWATANKUASA TAHUN 6 : TAHUN 5: TAHUN 4: PUTERI AISYAH BT HAIRUL ANUAR MUHAMMAD QAYYUM BIN ROSLAN NADHIRA YASMIN BT MAZLI

Program Penambahbaikan Sekolah Program Doktor Muda 2013

19

Senarai Doktor Muda BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 NAMA MUHAMMAD NAIM HAYQAL. B HAIRI NUR ARISSA BT SHEIKH NORSHAZWAN HARSHAA A/P SELVAKUMAR ADAM BIN ABDUL JAMAL NURIN AININ SOFIEYA BT KHAIRUDIN MUHAMMAD ADAM DANIAL B SUHAIMI MUHD DINIE ZAKWAN B ABDUL NAJIB MUHD FARIS DANIAL BIN ZULKIFLI MUHAMMAD ZULFIKAR SITI ZULAIKHA MUHAMMAD QAYYUM BIN ROSLAN MUHAMMAD FARISH AIQAL B ZULKARNAIN ADLINA BT AZMAN NUR SYAFIQA NAZIRA BT SHAHRULAZWAN WAQQAS B ZULFIQUER NURHASLIZAH BT IDRIS NUR AIN BASYIRAH BT MOHD HALIM NURSYAFILZA ALYSSA BT MOHD ROSLAINI KAMELIA NATASHA BT KAMARUDIN MUHAMMAD DANISH AFNAN B MOHD FAIZAL NUR AMANI BT MOHD RASLAN NUR AZUREEN NAJWA BT ABDULLAH FISOL MUHAMMAD DANISH BIN MOHD KHAIRUDIN FARA ZULAIKHA BT RADINAS KRSHYA A/P SELVAKUMAR MUHAMMAD ZARIF ADLI BIN OMAR PUTERI AISYAH BT HAIRUL ANUAR
SYARIFAH NOR ZAHIRAH SYUKRINA BT SYED ROSLAN

TAHUN 3A 3A 3A 3A 3A 3B 3B 4B 4B 4B 5A 5A 5A 5A 5A 5A 5A 5A 5A 5B 5B 5B 6A 6 BEST 6 BEST 6 BEST 6 BEST 6 BEST 6 BEST 6 BEST 4A 4A

JANTINA L P P L P L L L L P L L P P L P P P P L P P L P P L P P L P P P

MUHAMMAD FIQRI NURHAZIM VIVIAN CHAN JIA WENG NURHIDAYAH ATHIRAH BT AHMAD SHAFUDIN NADHIRA YASMIN BT MAZLI

10

Program Penambahbaikan Sekolah Program Doktor Muda 2013

19.1

STATISTIK CALON DIPERAKUKAN UNTUK DILANTIK DOKTOR MUDA TAHUN 3A 3B 4A 4B 5A 5B 6A 6BEST JUMLAH LELAKI 2 2 0 2 3 1 1 2 13 PEREMPUAN 3 0 2 1 6 2 0 5 19 JUMLAH 5 2 2 3 9 3 1 7 32

19.2

STATISTIK DOKTOR MUDA MENGIKUT ALIRAN TAHUN 3 4 5 6 JUMLAH LELAKI 4 2 4 3 13 PEREMPUAN 3 3 8 5 19 JUMLAH 7 5 12 5 32

11

Program Penambahbaikan Sekolah Program Doktor Muda 2013

22

Ikrar Doktor Muda

IKRAR DOKTOR MUDA Kami Doktor Muda Berikrar Bahawasanya Kami Akan Sentiasa Melaksanakan Peranan Dengan Efektif Berdisiplin Dan Berakhlak Mulia Berusaha Menimba Ilmu Menjaga Kesihatan Membina Hubungan Secara Positif Menjauhkan Diri Dari Sikap Negatif Menghormati Insan Lain Mengamalkan Prinsip Rukun Negara

23

Lagu Doktor Muda

LAGU DOKTOR MUDA Kamilah Doktor Muda Memberi Khidmat Menabur Jasa Bantu Rakan Semua Jaga kesihatan Hidup Bermakna Marilah Rakan Semua Berkongsi Ilmu Menjana Minda Otak Cergas Kesihatan Terjaga Sejahtera Hidup Selamanya CHORUS: Usah Buang Masa Lagi Bersamalah Kita Berpadu Usaha Kesihatan Diri Fokus Utama Hubungan Mesra Hidup Ceria Harga Diri Terpelihara Maju Bangsa Maju Negara Janganlah Leka Berubah Segera Cergas Ke Arah Jaya (ulang chorus) Baris akhir : Diri Cemerlang Hidup Sempurna

12

Program Penambahbaikan Sekolah Program Doktor Muda 2013

24

Logo Doktor Muda

25

Penutupan Program Doktor Muda merupakan program sokongan yang sangat membantu dalam membangunkan potensi murid secara total. Adalah diharapkan program seumpama ini akan dapat digerakkan dengan kerjasama jitu daripada semua pihak termasuk ibu bapa dan komuniti setempat. Semoga usaha murni ini akan dapat melahirkan murid-murid yang sentiasa sihat, riang dan gembira seterusnya membantu peningkatan akademik mereka secara berperingkat-peringkat.

Disediakan oleh; .. (M. SALEHUDDIN BIN AHMAD) Setiausaha, Kelab Doktor Muda, SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur.

Disemak oleh, .. (PN AW LEE ENG) Pengerusi, Kelab Doktor Muda, SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur.

Disokong dan diluluskan oleh,

. (PN HAJJAH ZAWYAH BTE AHMAD) Guru Besar, SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur.

13

Program Penambahbaikan Sekolah Program Doktor Muda 2013

14

Anda mungkin juga menyukai