Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

[Salutasi]
Yang Berusaha Timbalan Dekan (yang hadir)
Yang berusaha Dr Nur Hasyareeda Hassan, Penolong Dekan (Pelajar) dan Ketua
Prakarsa 5 Prihatin FST, Yang dihormati, Pn Anita Abu Bakar, pengasas dan
Presiden Mental Illness Awareness & Support Association, para pensyarah dan para
hadirin sekalian.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah di atas
kesudian para hadirin dan hadirat sekalian untuki hadir Ke Webinar Kesihatan
Mental Dalam Kalangan Ahli Akademik Pasca Covid-19: Dealing with Anxiety and
Depression. Program ini telah dianjurkan oleh Sekretariat Prihatin Fakulti Sains dan
Teknologu dengan kerjasama Mental Ilness Awareness and Support Association
(MAISA).
Hadirin dan hadirat sekalian,
Dalam kehidupan norma baharu ini, masyarakat menghadapi pelbagai kesukaran
dan cabaran dalam meneruskan kehidupan. Contohnya, situasi keadaan semasa
yang mendesak kita untuk melakukan amalan 3S dan 3C yang telah disarankan oleh
KKM iaitu mengelakkan (Crowd) ; kawasan yang sesak ; (Confine) Kawasan yang
sempit ; (Close); bersembang dan bertutur dengan rakan-rakan dengan jarak yang
dekat. Hal ini adalah kerana hanya untuk mengelakkan penularan COVID-19
daripada terus menular.
Alhamdulillah, usaha ini nampaknya ada sinar baharu untuk negara kita. Walaupun,
pada tanggal 8 Mac 2022, Perdana Menteri kita telah pun mengumumkan fasa
peralihan endemik. Ini bukan merupakan satu tiket untuk kita terleka menyekat
penularan COVID-19.
Namun, selain daripada perkara tersebut ada beberapa perkara yang kita terlepas
pandang.
Kita hanya memandang secara terus kepada kualiti kesihatan secara fizikal
sehingga melupakan kesejahteraan kesihatan mental dalaman manusia. Ini adalah
merupakan salah satu kesan cabaran baharu yang kita harus hadapi yang berpunca
daripada keadaan norma baharu, yang menyebabkan cabaran yang kita hadapi
lebih sukar.
Saya yakin dan pasti masih lagi ada ahli akademik dan kakitangan di institusi
pengajian tinggi, kurang pendedahan tentang masalah tekanan mental dan emosi
seperti stres, keresahan dan kemurungan. Perkara-perkara ini akhirnya
menyebabkan kualiti dan persekitaran pekerjaan terjejas. Perkara ini bukanlah
perkara yang hanya khabar angin semata mata.
Kita lihat apa yang telah diterbitkan oleh The International Journal Of
Environmental Research And Public Health yang bertajuk Perceived Symptoms
of Depression, Anxiety and Stress amongst Staff in a Malaysian Public
University: A Workers Survey. Kajian ini telah dijalankan ke atas 459 kalangan
1
kakitangan Universiti kebangsaan Malaysia pada April dan Jun 2019. Kajian ini telah
menggambarkan bagaimana keadaan kesihatan mental dalam kalangan ahli
akademik dan kakitangan institusi pengajian tinggi iaitu:
1. Kelaziman gejala Depression yang dirasakan adalah oleh ahli akedemik dan
kakitangan IPT UKM adalah 28.7 %.

2. Kelaziman gejala Anxiety adalah 14.8%.

3. Manakala, bagi gejala Stress adalah 50.1%

4. Dan, 1 per 4 iaitu (26.5%) mendapati ahli akademik dan kakitangan IPT
mempunyai dua atau lebih gangguan mental.

Keadaan ini jelas menunjukkan satu prakasa harus dilakukan oleh pihak fakulti untuk
memastikan kadar gangguan mental yang dihadapi oleh ahli akademik dan
kakitangan IPT dapat dikurangkan. Oleh itu, disebabkan keprihatinan pihak fakulti
dalam hal ini, kita melaksanakan webinar ini dan melakukan perbincangan secara
terbuka bagi memperbanyakkan serta mempelbagaikan sistem sokongan mental
untuk ahli akademik dan kakitangan IPT UKM.

Semoga webinar kali ini berjaya membantu sedikit sebanyak hadirin dan hadiran
sekalian untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental dan
kesedaran awal tentang tanda-tanda burnout disebabkan tekanan yang berterusan
dalam kalangan ahli akademik dan bagaimana kita hendak mengelakkan daripada
perkara ini terus terjadi. Hal ini adalah kerana untuk memastikan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan lebih terjamin dan dapat meningkatkan produktiviti.
Saya yakin dan pasti dengan bantuan pihak Mental Ilness Awareness And Support
Association (MAISA), banyak perkara yang kita akan peroleh.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan WEBINAR KESIHATAN


MENTAL DI KALANGAN AHLI AKADEMIK PASCA COVID-19: DIAGNOSIS &
PENYELESAIAN

Sekian,
Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi W.B.T

Anda mungkin juga menyukai