Anda di halaman 1dari 7

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GGGB6133 TEORI-TEORI KESIHATAN MENTAL

TUGASAN INDIVIDU 2: PENULISAN REFLEKSI

NAMA PENSYARAH: DR SHAHLAN SURAT

NO MATRIK : P105552

NAMA PELAJAR : LOK SHIN YEI

SET : 2

PROGRAM ATAU BIDANG : PSIKOLOGI PENDIDIKAN


PENGAJIAN

SARJANA PENDIDIKAN (PSIKOLOGI PENDIDIKAN)

PELAJAR ESEKUTIF PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN

SOALAN TUGASAN
Penulisan Refleksi (20 Markah )

Berdasarkan kandungan kuliah Teori-Teori Kesihatan Mental, tuliskan refleksi


anda yang berfokus kepada aspek pengetahuan yang diperoleh, bagaimana
pengetahuan tersebut membantu dalam melaksanakan tugas anda seharian.

Penulisan Refleksi Kursus Teori-Teori Kesihatan Mental


Salam sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja kursus Teori-
Teori Kesihatan Mental ini. Saya Lok Shin Yei (P105552) sangat berbesar hati kerana telah
berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Dr Shahlan Surat selaku pensyarah bagi mata pelajaran Kursus Teori-Teori
Kesihatan Mental (GGGB6133) selama perjalanan semester 1 2020/2021 untuk pelajar PKP
Psikologi Pendidikan Set 2. Beliau merupakan seorang pensyarah yang dedikasi dan teliti dalam
memberikan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Beliau berlapang dada
dalam memberi penerangan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami agar kami dapat
menyiapkan kerja kursus ini dengan lancar.

Sementara itu, tidak dapat dinafikan bahawa selama kursus ini dijalankan, banyak ilmu
pengetahuan tentang pelbagai teori kesihatan mental yang meliputi teori psikoanalisis,
‘existential’, kognitif, behaviorisme, humanistik, dan teori kewujudan diri dari perspektif Islam
telah diperoleh serta dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Kesemua tajuk ini sememangnya
telah banyak memberi input ilmiah kepada saya, khususnya sebagai seorang guru dalam dunia
Pendidikan. Hal ini demikian kerana kesihatan mental seseorang guru bukan sahaja dapat
memanfaatkan kehidupan sendiri, malah mampu menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang
optima dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.

Seterusnya, saya turut memperoleh beberapa input yang baharu tentang aspek-aspek
kesihatan mental yang boleh dijadikan sebagai garis panduan pemantauan kesejahteraan mental
dalam kehidupan seharian. Hal ini disebabkan oleh beberapa ilmu pengetahuan yang berkaitan
dengan penyakit-penyakit mental telah dijelaskan dengan begitu lengkap oleh Dr Shahlan dan
rakan-rakan sekelas.

Menurut Esser dan Lacey (1989), penyakit mental (mental illness) merupakan
ketidakfungsian otak yang boleh menyebabkan kekeliruan kepada perasaan, kepercayaan dan
motivasi seseorang. Pelbagai contoh dan huraian yang diberikan oleh semua pihak telah
memberikan saya satu pendedahan yang menakjubkan. Pada saat ini barulah saya fahami bahawa
penyakit mental bukan merujuk kepada sakit jiwa, malah pesakit tersebut sememangnya
mempunyai peluang yang besar dalam pemulihan. Penyakit mental tidak seharusnya dilihat
sebagai topik-topik ataupun perkara yang malu diberitahu kepada orang ramai, sebaliknya
pesakit tersebut haruslah menyakinkan diri dan merujuk kepada pakar-pakar yang
berkemampuan dan berpengetahuan luas dalam bidang ini. Tindakan ini bakal menyelamatkan
pesakit tersebut daripada tersangkut ataupun terperangkap dalam kebimbangan/kesedihan yang
tidak ada pengakhirannya.

Aspek Kendiri

Dalam penulisan refleksi ini, saya bakal meninjau manfaat kandungan kuliah dari tiga aspek
yang utama, khususnya aspek kendiri, aspek persekitaran pekerjaan dan aspek masyarakat-
komuniti.

Menurut Hassan(2018) individu yang mempunyai tekanan semasa berada di tempat kerja
akan mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menghadapi masalah kemurungan
berbanding dengan individu yang tidak mempunyai masalah tekanan. Justeru, saya mendapati
bahawa teori-teori kesihatan mental merupakan satu suntikan, seolah-olah suntikan vaksin untuk
kesejahteraan mental. Hal ini demikian kerana penerangan tentang kesihatan mental dapat
memupuk perasaan, fikiran, dan tingkah laku yang positif dalam diri sendiri.

Lebih-lebih lagi, saya berupaya untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling secara lebih
efektif, kerana saya dapat mengenali kekuatan dan kelemahan diri semasa dalam sesuatu
perbualan. Ini dapat memperbaiki kelemahan diri sendiri dan membantu saya menerima pendapat
orang lain dengan hati yang terbuka, bukanlah bersifat sensitive terhadap setiap idea orang lain.

Bertitik tolak daripada situ, saya mendapati bahawa konsep-konsep dalam teori kesihatan
mental dapat membantu seseorang individu untuk menerima kegagalan dalam apa-apa jua.
Dengan ini, saya tidak lagi berputus asa dengan mudah dalam mana-mana situasi yang
mencabarkan, sebaliknya sentiasa menghargai diri-sendiri, memberi galakan dan menyakinkan
diri untuk mencuba sekali lagi sekiranya berhadapan dengan sebarang rintangan. Pelbagai
konflik dan tekanan dapat ditangani secara lebih efektif. Oleh itu, saya mendapati bahawa kursus
teori-teori kesihatan mental bukan sekadar membantu seseorang individu untuk membuat
perubahan ke arah yang baik dan sihat, malah memberi peluang kepada seseorang individu untuk
menitikberatkan kesihatan mentalnya.
Aspek Persekitaran Pekerjaan

Sebagai seorang guru di sekolah rendah, tentunya saya mempunyai peluang yang luas dalam
melayan karenah daripada pihak ibu bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan dan dalam masa
yang sama mempunyai masalah peribadi.

Pada pendapat saya, tekanan yang diterima dari sekitar ini berpotensi mencetuskan
kemurungan ataupun membawa kepada akibat yang teruk sehinggalah menjejaskan hubungan
sosial sekiranya tidak ditangani dengan baik. Pendapat ini disetujui oleh Zafir (2010) di mana
beliau menyatakan sekiranya masalah tekanan yang tidak diurus dengan baik juga akan memberi
kesan kepada hal rumah tangga serta mengganggu hubungan sosial individu dalam kehidupan
seharian(Zafir, 2010). Oleh itu, kesedaran terhadap tekanan dan penyakit mental ini penting
untuk saya dalam menjalankan hubungan sosial yang sihat, selain dapat menghindari daripada
terjebak dengan masalah kesihatan mental, ia juga dapat memastikan kesejahteraan hidup saya
sebagai guru terjamin seperti sedia kala.

Dalam konteks ini, saya turut akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang saya
peroleh daripada kursus ini dengan rakan sejawat yang lain, untuk menghapuskan stigma negatif
kepada individu yang menghidap masalah kesihatan mental. Saya turut akan berkongsi langkah
pencegahan dan pendapat yang boleh dilaksanakan antaranya membuat strategi bagi menghadapi
masalah, mengamalkan cara hidup yang sihat dan mengukuhkan sokongan sosial dengan orang
lain. Di samping itu, saya akan memberi cadangan supaya mengadakan beberapa kempen
ataupun program yang berkaitan dengan kesihatan mental di alam pekerjaan supaya info
berkenaan kesihatan mental, dan mendalami masalah berkaitan emosi yang membawa kepada
gangguan mental dapat dimanfaatkan oleh rakan sejawat.

Dengan berbuat demikian, saya berasa amat bangga kerana dapat berkongi pendapatan
kursus dengan orang di sekeliling kerana kita semua akan sentiasa hidup secara berkumpulan
sehingga ke akhirat.
Aspek Masyarakat-Komuniti

Dalam aspek masyarakat, khususnya dalam komuniti kehidupan seharian, saya


bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat mengenai isu
penyakit mental. Selepas mengikuti kursus ini, saya berpendapat bahawa masyarakat sewajarnya
diberikan pendedahan dan ditingkatkan kesedaran tentang isu penyakit mental. Semua warga
komuniti seharusnya mengetahui faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada penyakit mental.
Stigma terhadap isu penyakit mental haruslah dihapuskan, di mana masyarakat tidak patut
mendiskriminasikan pesakit dan ahli keluarga pesakit yang berkenaan, sebaliknya menghulurkan
bantuan dan bersikap terbuka, mengambil berat tentang aspek rawatan pemulihan yang mereka
jalani.

Pada pendapat saya, sokongan komuniti dan kesedaran sesuatu komuniti merupakan agen
perubahan yang paling ketara dalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu kesihatan
mental. Hal ini demikian kerana dalam teori sosiologi, masyarakat diibaratkan sebagai satu tubuh
badan yang berfungsi tertentu,justeru, sesuatu komuniti merupakan satu bahagian yang dapat
memberi kerjasama dan manfaat dalam usaha memberi penekanan kepada aspek kesihatan
mental.

Saya sebagai warga komuniti akan sentiasa berwaspada dan sedar tentang mana-mana
jiran atau rakan yang menghadapi isu penyakit mental. Saya akan berusaha untuk menjadi
kumpulan sokongan kepada individu yang berisiko, kelihatan bermasalah dan berpotensi
mengalami masalah kecelaruan mental. Sokongan padu harus diberikan kepada mereja yang
bergejala untuk membimbing mereka menerima ujian hidup dengan tenang dan berpositif di atas
apa yang berlaku dalam hidup mereka.

Dengan usaha sebegini, saya yakin bahawa setiap lapisan masyarakat bukan sahaja
menjaga kesihatan fizikal, malah menjadikan penjagaan kesihatan mental sebagai agenda penting
dalam kehidupan seharian.

Kesimpulan

Secara kesimpulan, saya amat gembira dan bangga setelah mengikuti perjalanan kursus Teori-
teori Kesihatan Mental dalam semester ini, kerana pendedahan yang awal dapat mencegah
penyakit mental daripada berlaku, bak kata pepatah, “ mencegah adalah lebih baik daripada
merawat”.

Rujukan

Hassan, N. N. N. (2018). Kesan modul terapi realiti (MTR) terhadap penghargaan kendiri dan
kemurungan mangsa buli. PhD Tesis. Universiti Sains Malaysia: Penang. 246 pp.

Zafir Mohd Makhbul. (2010). Benarkah stres mengancam kualiti kehidupan?. Dalam Prosiding
Bengkel Pemantauan dan Pembentangan Output Penyelidikan.

Anda mungkin juga menyukai