Anda di halaman 1dari 14

KSL 6233 PSIKOLOGI BILAZIM

SEMESTER II SESI 2021/2022

TUGASAN INDIVIDU:
ULASAN JURNAL

NAMA PENSYARAH:
PUAN AZWA AMIRA BINTI HUSSAIN

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD FAKRUL HISYAM BIN MOHD KHIDRI

KUMPULAN:
G2

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
KUALA KANGSAR
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 JURNAL PERTAMA


2.1 ULASAN JURNAL PERTAMA
2.2 KOMEN DAN REFLEKSI SEBAGAI BAKAL KAUNSELOR
2.3 PENUTUP

3.0 JURNAL KEDUA


3.1 ULASAN JURNAL KEDUA
3.2 KOMEN DAN REFLEKSI SEBAGAI BAKAL KAUNSELOR
3.3 PENUTUP

4.0 KESIMPULAN

5.0 RUJUKAN

6.0 LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Tugasan ini adalah satu keperluan bagi kursus KSL6233 Psikologi Bilazim
yang merupakan kursus teras bagi menyempurnakan Pengajian Ijazah Sarjana Muda
Kauseling. Terdapat DUA (2) jurnal yang berbeza yang diulas dalam tugasan ini yang
berfokuskan kepada isu-isu kesihatan mental yang bertajuk; Persepsi Masyarakat dan
Pesakit Terhadap Kesihatan Mental dan kecelaruan identiti gender yang bertajuk
Latar Belakang Kehidupan dan Cara Berfikir Individu Kecelaruan Identiti Gender.
2.0 JURNAL PERTAMA

TAJUK JURNAL 1

PERSEPSI MASYARAKAT DAN PESAKIT


TERHADAP KESIHATAN MENTAL

PENULIS : NOR ‘AINA FARIHA & HILWA ABDULLAH


SUMBER JURNAL : e-ISSN 2600-9501 (2020)
JURNAL WACANA SARJANA VOLUME 4(1) JANUARI
2020: 1-13
BILANGAN MUKA :14 MUKA SURAT
SURAT
KUMPULAN : Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMT), Kuantan
SASARAN dan Masyarakat di Bandar Chini, Pahang

2.1 ULASAN JURNAL PERTAMA

Artikel ini telah ditulis oleh Nor Aina Fariha binti Haji Taib (2020) dan Hilwa
Abdullah @ Mohd. Nor (2020) bertajuk Persepsi Masyarakat dan Pesakit Terhadap
Kesihatan Mental. Jurnal ini diterbitkan pada tahun 2020 iaitu pada bulan Januari.
Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi dan penerimaan masyarakat terhadap
kesihatan mental berkaitrapat dengan tahap kefahaman dan pengetahuan mengenai isu
ini. Jurnal ini telah dijalankan untuk mengukur tahap kesihatan masyarakat secara
umumnya kemudian menganalisis stigma dan persepsi mereka terhadap isu kesihatan
mental. Persepi dari responden adalah sangat penting untuk membantu kajian ini dan
kajian-kajian mendatang berkaitan masalah mental.

Pendahuluan artikel ini membincangankan berkaitan maksud, definisi dan


makna untuk kesihatan mental. Pelbagai maksud diberikan daripada tokoh dan
definisi daripada sumber yang boleh dipercayai. Menurut Gupta pada tahun 1993,
menjelaskan bahawa kesihatan mental ialah keadaan normal seseorang yang tidak
mempunyai masalah penyakit, hidup aman sejahtera dan bermatlamat. Seperti kita
tahu, kesihatan mental adalah salah satu penyakit mental yang menyebabkan hidup
kita tidak selesa dan tidak tenteram. Orang yang mengalami masalah mental ini perlu
hidup secara tidak normal dan menyebabkan tidak ada kesejahteraan mental mereka.
Tujuan kita mengetahui semua definisi dan makna kesihatan mental adalah kerana
untuk lebih memahami strategi pengurusan pesakit oleh pihak hospital di wad
pediatrik. Dalam masa yang sama kajian ini juga berharap dapat menambahkan
pemahaman mengenai cabaran untuk mengendalikan pesakit pesakit dengan pelbagai
kerenah. Semua definisi untuk memahankan semua pembaca dan membantu pengkaji
dalam mengendalikan kes berkaitan kesihatan mental ini.

Bahagian sorotan literatur pula adalah untuk membantu pengkaji dan


membanca untuk memhami berkaitan kajiaan-kajian yang pernah dijalankan keatas
kajian berkaitan kesihatan mental. Terdapat beberapa kajian yang pernah dijalankan
ke atas masalah kesihatan mental ini. Hasil daripada sorotan kajian literatur ini, kita
dapat mengetahui pelbagai punca, faktor dan hasil dapatan yang ada perbezaan setiap
kajian yang dijalankan. Sebagai contoh, hasil dapatan sorotan kajian kesihatan mental
di Malaysia menurut Intan Nurhaila et al. (2011), akibat kekurangan tenaga mahir
dalam bidang kesihatan mental dan menurut Jacob et al. (2007), menyatakan bahawa
sebahagian besar negara berpendapatan rendah dan sederhana memberi peruntukan
sumber kewangan dan tenaga kerja yang sangat rendah serta infrastruktur yang
kurang untuk kesihatan mental manusia. Jelas disini semasa menjalankan kajian,
kajian lepas sangat penting untuk kita lebih jelas berkaitan dengan kajian dan
kefahaman kita akan lebih mendalam jika banyak kajian lepas yang kita ketahui.

Bahagian metodologi dalam artikel ini ialah kajian ini dijalankan dengan
menggunakan kaedah dan bentuk kuantitatf dimana kajian ini dijalankan dan diukur
melalui set soal selidik. Subjek kajian dalam kajian ini adalah seramai 100 responden
dipilih bertujuan untuk melihat sikap masyarakat daripada pelbagai latar belakang
terhadap isu kesihatab mental. Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Universiti Malaysia Pahang (UMP) serta masyarat
di Kawasan Felda Chini, Pekan Pahang. Alat ujian yang didalam kajian ini yang
pertama ialah soal selidik Kesihatan Umum (General Health Questionnairre GHQ 12).
GHQ ini merupakan alat ujian dengan 12 soalan untuk mengukur kecelaruan
psikiatrik minor dalam populasi umum dan dalam komuniti atau latar belakang
psikiatrik bukan klinikal. Alat ujian kedua ialah Community Attitudes towards the
Mentally Ill (CAMI Scale). Terdapat 40 item yang berkaitan dengan dimensi kajian
iaitu autoritarian (authoritarianism), bertimbang rasa (benovelence), halangan sosial
(restrictiveness) dan ideologi kesihatan mental (mental health ideology). Tujuan soal
selidik ini dibangunkan adalah untuk mengukur sikap masyarakat terhadap pesakit
mental.

Hasil dapatan kajian mendapati terdapat kesedaran baru bahawa pelajar dan
masyarakat seharusnya memberi perhatian dan penekanan kepada aspek kesihatan
mental. Bagi oal selidik Kesihatan Umum (General Health Questionnairre GHQ 12)
bahawa bahawa nilai min yang tertinggi ialah 4.20 dengan nilai sisihan piawaian 0.75
bagi pernyataan keenam iaitu “Merasa mampu membuat keputusan tentang sesuatu”.
Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden mempunyai autoriti iaitu mampu
membuat keputusan bagi sesuatu perkara sekaligus menunjukkan tahap kesihatan
yang baik. Secara keseluruhannya, tahap kesihatan masyarakat yang diukur
menggunakan General Health Questionnaire (GHQ-12) ialah baik. CAMI Scale juga
terdapat hasil yang mewakili persepsi masyarakat terhadap isu penyakit mental. Nilai
min yang paling tinggi ialah domain autoritarianism iaitu 33.57 (SP = 3.51)
menunjukkan masyarakat mempunyai sikap autoritarian yang paling tinggi.

Sebagai kesimpulan untuk artikel ini, masyarakat sewajarnya menjadi


kumpulan sokongan kepada individu yang berisiko. Kajian ini juga menunjukkan
bahawa sokongan masyarakat terhadap kesihatan mental amat penting untuk
membantu mereka. Hal ini penting kerana hasil analisis ujian analisis ujian
menunjukkan bahawa masyarakat masih mempunyai stigma negatif kepada individu
yang menghidap masalah kesihatan mental. Masyarakat mempunyai rasa takut untuk
hidup berjiran dan berdekatan dengan pesakit mental. Kajian ini mempunyai harapam
untuk semua orang dan masyarakat berperanan untuk mendalami pengetahuan dalam
kes kesihatan mental dan seumpama ini bagi kesejahteraan pada masa akan datang.

2.2 KOMEN DAN REFLEKSI SEBAGAI BAKAL KAUNSELOR

Pada komen pengulas untuk kajian kes kesihatan mental yang dijalankan oleh
Nor Aina Fariha binti Haji Taib (2020) dan Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor (2020)
bertajuk Persepsi Masyarakat dan Pesakit Terhadap Kesihatan Mental ialah kajian ini
sangat bagus serta boleh membuka mata semua masyarakat untuk membantu individu
yang mempunyai masalah kesihatan mental. Kajian seperti ini sangat penting kerana
orang masa kini memandang negatif serta seroang terhadap individu yang mempunyai
masalah kesihatan mental.

Refleksi sebagai seorang kaunselor adalah kita tidak boleh memandang serong
dan menjauhi diri daripada inidvidu yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Malah sebagai seorang kaunselor kita mempunyai beberapa tanggungjawab dalam
membantu mereka. Pertama sekali, sebagai seorang kaunselor, kita perlulah bersikap
kongruens iaitu tulen dalam membantu klien. Jika seorang kaunselor mempunyai
sikap begini maka kita sebagai kaunselor adalah orang yang akan menjadi contoh
kepada masyarakat luar. Sebagai kaunselor yang kongruens juga akan memberikan
impaks positif terhadap pesakit mental itu sendiri. Keselesaan mereka akan
memberikan kepercayaan mereka terhadap kaunselor untuk mereka membantu diri
mereka demi perubahan dan ianya memberikan kesan baik untuk kesihatan mereka.

Seterusnya ialah kita perlulah memberikan kesedaran mengenai kesihatan


mental ini. Kempen-kempen mengenai kesihatan mental perlu dilakukan oleh
kaunselor untuk membuka mata masyarakat bahawa orang yang mempunyai masalah
kesihatan mental bukan orang gila. Kempen seperti juga adalah demi kesedaran
mereka untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan mental mereka demi masa yang
akan datang.

2.3 PENUTUP

Berdasarkan kajian yang dijalankan, masyarakat dan umum perlu mengetahui


mengenai kesihatan dengan menyeluruh. Hal ini bagi mengelakkan yang pertama
ialah tidak ada stigma dan pandangan negatif bagi pesakit kesihatan mental dan kedua
bagi mengelakkan berlakunya masalah mental dalam kalangan keluarga dan orang
terdekat. Kajian ini juga memberikan celik akal kepada umum untuk sama-sama
memberikan sokongan terhadap inidividu yang mempunai masalah kesihatan mental.
Semua masyarakat perlu membuang stigma negatif untuk kita sama-sama meraikan
mereka yang pesakit mental setaraf dengan orang biasa. Malaysia adalah sebuah
negara yang aman dan makmur jadinya jangan disebabkan kita memandang negatif
terhadap pesakit mental kita tidak menghiraukan dan menjalakan tanggungjawab
sebagai seorang rakyat Malaysia.
3.0 JURNAL KEDUA

TAJUK JURNAL 2

LATAR BELAKANG KEHIDUPAN DAN CARA BERFIKIR INDIVIDU


KECELARUAN INDENTITI GENDER

PENULIS : PUTERI HAYATI, NURUL HUDANI & PETER VOO


SUMBER JURNAL : e-ISSN 2600-9501 (2020)
International Counseling Conference and Work, 13-15
Sep 2014, Medan.
BILANGAN MUKA :11 MUKA SURAT
SURAT
KUMPULAN : Golongan lelaki yang mempunyai masalah kecelaruan
SASARAN identiti gender di IPTA dan IPTs

3.1 ULASAN JURNAL KEDUA

Artikel yang ditulis oleh Puteri Hayati Megat Ahmad (2014), Nurul Hudani
Md. Nawi (2014) dan Peter Voo Su Kiong (2014) yang bertajuk Latar Belakang
Kehidupan dan Cara Berfikir Individu Kecelaruan Indentiti Gender. Kajian ini ditulis
kerana kini ramai lelaki atau gelaran biasanya maknyah telah berani secara nyata
menonjolkan penampilan mereka di khalayak awam. Hal ini tidak bagus kerana tidak
baik untuk anak-anak kita di masa akan datang dan di mata pelancong asing. Hal
menjadi serius jika tidak dibendung dari akarny, aianya akan menjadi perkara normal
dalam kalangan kita. Kajian ini juga dijalankan untuk cuba memahami kenapa
golongan lelaki yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi swasta dan awam
di Kota Kinabalu, Sabah ini menongkah norma, adat dan agama melalui penelitian.

Bahagian pengenalan membincangkan berkaitan secara umum mengenai


jantina iaitu melalui hal-hal normal hanya dua jantina sahaja dalam dunia. Tiada
penerimaan jantina ketiga mahupun keempat dalam dunia ini. Hal ini dikatakan
kerana pada zahirnhya lelaki bersifat maskulin dan berminat dengan wanita dan
wanita pula wanita pula tertarik kepada lelaki. Namun, pada zaman ini, ramai lelaki
mula tertarik dengan gender sendiri, sama juga wanita tertarik pada kaum sejenis
sendiri. Ha ini amat serius dan tidak boleh dipandang normal jika tidak mahu masa
depan terus goyah. Kecelaruan indentiti menurut Vock, Stahn, Loenser & Legenbauer
(2009) mendefinisikan kecelaruan identiti gender (Gender Identity Disorder, GID)
sebagai ketidakselesaan berterusan individu terhadap jantina mereka dan kemahuan
untuk menjadi jantina sebaliknya. Individu ini mengalami rasa ketidaksesuaian dalam
peranan biologi jantina mereka yang mana dimanifestasikan dengan simptom seperti
berusaha bersungguh untuk menghapuskan kriteria primer atau sekunder jantina
mereka. Hal ini menyebabkan pengambilan hormal lain untuk menjadi jantina baru
dalam diri mereka. Bagi mereka, mereka sanggup buat apa sahaja untuk menukar
jantina baru tidak kira melalui bedah dan sebagainya.

Metodologi kajian dalam kajian ini ialah kajian ini berbentuk kualitatif dimana
dijalankan memalui temuduga. Responden yang ditemuduga mendapat persetujuan
melalui dalam panggilan dahulu sebelum ditemu duga. Temu duga dijalankan untuk
mendapatkan maklumat yang dikehendaki oleh kajian. Seramai sembilan subjek
terdiri daaripada semua lelaki yang berdasarkan penampilan dan cara pengaulan
mereka. Kesemua mereka adalah pelajar sepenuh masa di IPTA mahupun IPT di
dalam golongan tersebut.

Hasil kajian mendapati jelas ibu bapa tidak menyedari masalah anak-anak
mereka memandangkan tingkah laku ini disembunyikan oleh anak-anak. Ramai ibu
bapa tidak tahu anak mereka bersikap dan bertingkah laku sebegini kerana di institut
pengajian sahaja mereka melakukan tingkah laku ini. Dapatan kajian menunjukkan
kesemua subjek menyedari bahawa tingkah laku tersebut tidak disukai oleh ibu bapa
dan kerana itu mereka menyembunyikan tingkah laku tersebut dari pengetahuan
ibubapa. Sebahagian besar subjek juga merasa sangat bahagia dan berpuas hati
dengan kehidupan mereka sekarang. Mereka bahagia dan berpuas hati kerana mereka
diterima dan dilayan dengan baik oleh warga kampus walaupun mereka
mempamerkan penampilan kecelaruan identiti gender ini. Ini mengukuhkan
kepercayaan mereka bahawa apa yang dilakukan tidak salah dan boleh diterima oleh
masyarakat. Di kampus golongan maknyah diberi pengiktirafan melalui pujian pentas
apabila mereka beraksi sebagai penari yang lemah gemalai. Tidak kurang juga
individu kecelaruan identiti gender ini mengepalai senamrobik di mana ratusan
pengikut senamrobik tanpa ada kekeliruan untuk menjayakannya dengan memberi
pengiktirafan mereka sebagai ketua. Mereka secara bebas dapat melakukan tingkah
laku mereka ini di khalayak ramai semasa berada di kampus.

Secara kesimpulannya, lelaki menjadi wanita adalah perkara biasa dan


menjadi trend masa kini. Fenomena ini perlu dibanteras agar tidak menjadi semakin
teruk dan mungkin kecelaruan indentiti akan kena pada orang yang kita sayang iaitu
ahli keluarga dan orang terdekat. Wujudnya ramai orang yang menjadikan perkara ini
biasa dan tidak salah dimata mereka. Perkara seperti ini akan menjadikan hal ini
semakin teruk dan sukar untuk ditangini. Bagi mereka golongan ini, mereka lebih
percayakan sistem kepercayaan mereka dan perasaan. Jika mereka rasakan hal ini di
mata mereka betul maka mereka akan turuti sahaja.

3.2 KOMEN DAN REFLEKSI SEBAGAI BAKAL KAUNSELOR

Kajian seperti ini bagus dijalankan kerana kajian seperti ini akan membuka
mata ramai orang tentang kecelaruan identiti ini. Banyak perkara perlu dititik beratkan
agar tidak berlaku hal seperti ini. Artikel ini sangat bagus agar ramai orang peka dan
prihatin terhadap kes kes kecelaruan seperti ini. Pada pandangan saya, jika kita tidak
biarkan mereka berkelakuan seperti itu, mereka pasti akan secara sorok-sorok dan
takut-takut untuk di khalayak ramai, tetapi dengan ketidakdendahan kita kini mereka
tidak takut untuk menunjukkan indentiti terbalik mereka.

Namun, sebagai kaunselor saya perlu untuk melakukan keadilan kepada


mereka. Sebagai kaunselor saya tidak boleh membetulkan mereka hanya diri mereka
dapat membantu mereka. Namun, saya berperanan untuk memahamkan mereka
mengenai status dan fitrah mereka. Sebagai seorang kaunselor kita tidak boleh bersifat
tidak kongruens dan kita perlu menerima klien yang datang kepada kita walaupu kita
tahu beliau mempunyai kecelaruan identiti gender. Kita perlu bersifat adil dan bantu
mereka namum dalam masa yang sama kita tunjuk kebaikan dan fakta-faktar dan
biarkan mereka tentukan segalanya.

Selain itu, kita juga perlu sediakan bahan yang cukup jika ada klien datang
kepada kita dengan penyesalan mereka dengan identiti serong mereka. Kita perlu
bantu untuk memperjelaskan mereka mengenai hal ini agar mereka dapat gambaran
jelas kenapa mereka perlu berubah. Sebagai kaunselor memang sudah menjadi
perkara biasa untuk membantu klien yang mempunyai masalah dalam segala aspek
terutama aspek gender ini.

3.3 PENUTUP

Sebagai penutup untuk kes ini, saya amat menegaskan bahawa kecelaruan
gender bukanlah satu perkara biasa. Kita sebagai orang normal perlu membantu
mereka untuk kembali kepada fitrah jantina sendiri. Perkara ini perlu diambil serius
serta keras untuk membanteras agar masa depan anak-anak dan sekeliling kita
bergerak sejajar dengan visi hidup. Kita juga tidak perlu sokong perbuatan mereka
mengubah jantina tetapi kita perli bantu untuk sedarkan mereka. Jadinya kajian seperti
ini dijalankan bukan hanya untuk membuka mata kita tetapi untuk semua golongan
untuk kita sama-sama membantu dalam hal ini demi membantu mereka kembali
kepada fitrah mereka. Sebab semua manusia perlukan sokongan dalam apa yang
mereka lakukan.
4.0 KESIMPULAN

Jurnal yang dipilih oleh pengulas adalah kajian yang berdasarkan beberapa
aspek iaitu gaya keibubapaan, personaliti agresif, dan faktor situasi keluarga dan
emosi remaja kesan daripada penceraian. Antara jurnal yang dipilih untuk diulaskan
ialah Persepsi Masyarakat dan Pesakit Terhadap Kesihatan Mental dan Latar
Belakang Kehidupan dan Cara Berfikir Individu Kecelaruan Identiti Gender.

Hasil kedua-dua jurnal ini diterbitkan adalah mahu membantu pesakit itu
sendiri dan juga untuk tatapan umum masyarakat mengenai kesihatan mental dan juga
kecelaruan identiti. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk membantu pesakit
mental dan yang mengalami kecelaruan identiti gender untuk kembali ke fitrah
mereka semula dan sihat seperti sedia kala kembali.
5.0 RUJUKAN

1. Artikel Latar Belakang Kehidupan dan Cara Berfikir Individu Kecelaruan Identiti
Gender http://digilib.unimed.ac.id/4787/

2. Artikel Persepsi Masyarakat dan Pesakit Terhadap Kesihatan Mental


https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/261

3. https://care.upm.edu.my/article/definisi_kesihatan_mental-56729

4..https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan
%20Mental/Kesihatan_Mental_Kesihatan_Fizikal.pdf

5.https://www.researchgate.net/publication/
326904996_KECELARUAN_GENDER_INTERVENSI_KEROHANIAN

6. https://www.ikim.gov.my/index.php/2014/12/31/kecelaruan-identiti-gender-dan-
kesihatan-mental/
6.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai