Anda di halaman 1dari 4

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 CERITA SAYA/CERITA KAMI

3.0 CERITA MASA DEPAN SAYA/ MASA DEPAN KAMI

4.0 KESIMPULAN

RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Terapi Humanistik merupakan satu kaedah yang dilakukan bagi membantu seseorang
individu yang menghadapi masalah kesihatan mental serta tekanan dalam kehidupan.
Menurut Abraham Maslow, individu sebagai sesuatu yang berintegrasi dan pandangan yang
optimistik, teori ini berkait dengan personaliti individu dan menitikberatkan beberapa andaian
yang berkaitan dengan motivasi. Didalam silibus pengantar psikologi (PT10103), kami
memilih tajuk terapi humanistik kerana ianya merupakan tajuk yang paling dekat dengan diri
saya, walhal saya juga yakin separuh daripada masyarakat di negara ini menghadapi masalah
ini iaitu masalah mental sama ada melalui diri sendiri mahupun pengalaman keluarga. Dalam
tajuk ini juga kami akan membincangkan tentang kelebihan yang berpunca daripada terapi
humanistik dan langkah atau kaedah bagaimana mengatasi tekanan mental atau stress yang
dialami oleh seseorang individu tersebut. Sesungguhnya pemilihan tajuk ini adalah
berdasarkan sebab-sebab tertentu disamping ingin mengenali lebih lanjut mengenai terapi
humanistik ini.

Antara sebab yang menyebabkan kami memilih tajuk terapi humanistik ini ialah
kerana terapi ini mempunyai kelebihan dalam mengatasi pesakit atau individu yang
menghadapi masalah mental. Seiring dengan dunia yang sedang berhadapan dengan masalah
Covid-19 ini, sudah pasti ramai dalam kalangan masyarakat yang kehilangan pekerjaan, hal
ini dapat mengundang kepada masalah tekanan mental seterusnya mengundang kepada kes
bunuh diri, cerai dan sebagainya. Walaupun masalah mental ini merupakan satu masalah
yang sering didengari namun masih ramai lagi individu yang memandang secara sebelah
mata. Justeru dengan itu terdapat beberapa kelebihan yang dapat di utarakan ialah dapat
membentuk keperibadian individu yang meghadapi masalah mental, selain itu juga, kaunselor
juga lebih memahami pemikiran kliennya.

Selain itu, sebab lain yang menyebabkan kami memilih tajuk ini adalah ingin
meneroka lebih lanjut lagi mengenai terapi humanistik ini terhadap keberkesannya dalam
menyembuhkan sesuatu penyakit. Seperti sedia maklum, terapi humanistik ini berupaya
dalam memulihkan kepercayaan diri seseorang yang telah hilang akibat sesuatu tragedi yang
pernah berlaku dalam hidup mereka, terapi humanistik ini dapat mengatasi keraguan diri kita
dengan cara mempercayai diri sendiri dengan bantuan keluarga serta melalui kaedah
kaunseling.Tambahan pula, terapi melalui kaunseling juga mampu merawat sedikit sebanyak
mengenai masalah mental ini. Dala hal ini, pakar kaunseling akan membantu kita dalam
mengenalpasti punca yang membuat seseorang individu itu kerap marah, bahkan masalah
anxiety juga dapat diatasi jika ditangani dengan lebih awal. Jelaslah bahawa, penting nya
terapi humanistik ini diterapkan didalam diri setiap individu.

Walaubagaimanapun, masalah ini masih dapat di bendung sebelum ianya menjadi


lebih serius melalui beberapa kaedah kaedah yang khusus, contohnya teknik temu bual
motivasional. Teknik ini merujuk kepada pendekatan kaunseling berpusatkan klien, ianya
bagi meningkatkan motivasi dalaman bagi mengubah tingkahlaku seseorang individu. Selain
itu terapi keluarga juga turut digunakan bagi mengatasi masalah ini. Terapi keluarga ini juga
merupakan satu terapi humanistik yang dapat mengekalkan keseimbangan dan kesepaduan.
Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang dinamik hubungan antara generasi, ini
kerana keluarga merupakan orang terdekat dalam memberikan motivasi atau sokongan
kepada individu tersebut.

2.0 CERITA SAYA

3.0 KAJIAN MASA HADAPAN SAYA(6m)

Masalah mental merupakan penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak
yang boleh menyebabkan perubahan pada proses pemikiran, perasaa dan tingkahlaku
seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.
Kajian juga ada menyatakan bahawa pada tahun 1996 negara Malaysia mendapati hampir
11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit mental. Oleh itu
sekiranya saya diberikan peluang pada masa hadapan, saya akan menjalankan kajian
berdasarkan pesakit yang pernah mengalami masalah mental. Hal ini bagi memudahkan saya
untuk mendapatkan maklumat yang ingin di kaji. Bagi bilangan responden pula saya akan
menemubual seramai 20 orang bekas pesakit mental. Ini bagi mengukuhkan lagi maklumat
yang ingin saya cari, sekaligus dapat menambah sedikit sebanyak pengetahuan kepada
kepada saya mengenai penyakit mental ini.

Manakala kaedah yang akan saya gunakan dalam menjalankan kajian ini ialah kaedah
kualitatif. Seperti yang kita tahu, kaedah kualitatif merupakan satu kajian penyelidikan
dimana pengkaji bergantung kepada pandangan pesakit, menanyakan soalan yang umum dan
luas serta mengumpul data dalam bentuk perkataan atau teks daripada audiens. Saya memilih
kaedah ini kerana ianya mempunyai kelebihan dalam menjalankan sebarang kajian. Satu
daripada kelebihan kaedah ini ialah kita oleh mengumpulkan maklumat asas semasa peristiwa
berkenaan berlaku, pengkaji juga tidak perlu bergantung tehadap laporan orang lain, selain itu
juga kebaikan kaedah ini ialah mempunyai tahap penerimaan yang tinggi dalam kalangan
subjek kerana ia kurang menekan responden. Namun begitu, terdapat juga kekurangan
didalam kaedah kualitatif ini iaitu mengambil masa yang lama untuk memperolehi sesuatu
maklumat yang ingin dikaji, bahkan ia juga bergantung dalam kemahiran penyelidik untuk
mendapatkan sesuatu data daripada responden, sekiranya pengkaji tidak mempunyai
kemahiran dalam berkomunikasi, kemungkinan besar maklumat yang di perolehi adalah
sedikit meragukan. Kemungkinan juga sebilangan daripada responden tersebut tidak
menjawab dengan baik, maka dengan itu ia mempengaruhi keputusan kajian. Namun
meskipun begitu, kami tetap berpuasa hati dengan data yang dikumpulkan dengan metod soal
selidik ini. Oleh itu jelaslah bahawa terdapat kelebihan dan kekurangan yang terdapat
didalam kaedah kualitatif ini.

4.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai