Anda di halaman 1dari 17

Tajuk: Kemurungan Dari Perspektif Islam

Kursus: Asas Penyelidikan

Kod Kursus: KSL4053

Nama Pensyarah: Cik Sanurizwanie binti Mat Sahad

Bil Nama No Matriks

1 Muhammad Rusyaidi bin Mohd, Rusydan D17309720

2 Muhammad Ikhwan Bin Mohd Shukri D17309794


1.1 PENGENALAN

Kemurungan dalam kalangan masyarakat meningkat pada masa kini, namun masih
dipandang remeh atau dipandang mudah oleh masyarakat, hakikatnya kemurungan
boleh menyebabkan banyak kesan buruk kepada seseorang individu, terdapat banyak
perbadanan yang mula bergerak khas untuk tangani masalah kemurungan dalam
masyarakat, antaranya badan-badan kaunseling yang menyediakan program-program
tertentu untuk berkongsi untuk mendapatkan nasihat serta cadangan daripada
profesional. Itu antara pernanan badan-badan kaunseling Malaysia.

Selain itu, dari sudut islam juga menekankan tentang isu kemurungan di dalam Al-
quran dan hadis, menurut perspektif islam berpendapat bahawa manusia secara
fitrahnya dipengaruhi oleh unsur dalaman yang terdiri daripada nafsu, jiwa dan
perasaan. Sekiranya unsur-unsur tersebut mengalami gangguan, maka akan
mempengaruhi tingkah laku dan perbuatannya. Faktor lain yang dikenal pasti sebagai
punca ialah gangguan daripada makhluk halus iaitu jin dan syaitan yang membawa
kepada ketidakstabilan emosi dan hilang kewarasan akal. Hasutan jin dan syaitan
adalah bermotifkan untuk menyesatkan manusia supaya melakukan perkara-perkara
yang membinasakan diri seperti membunuh. Justeru, kaedah yang paling berkesan
perlu dilakukan untuk merawat penyakit kemurungan dalam kalangan remaja ialah
melalui kaedah rawatan batiniyah yang berkonsepkan ketuhanan.

Jika menurut perpektif kaunseling pula adalah kemurungan adalah sejenis


penyakit mental yang banyak berlaku tetapi kurang didiagnosis sehinggalah masalah
telah menjadi teruk dan memerlukan rawatan rapi. Hampir kesemua pesakit yang
murung mengalami episod mood yang rendah, dan hilang minat sepenuhnya terhadap
sesuatu aktiviti yang sebelum ini digemarinya. Sering kesedihan, rasa cemas atau
mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak
berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian, mengingati maklumat atau
membuat keputusan menjadi antara tanda-tanda kemurungan. Pesakit juga mungkin
menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga atau rakan, dan mungkin wujud
perasaan mahu atau cubaan membunuh diri.

Mereka yang murung juga mengalami simptom fizikal seperti berat badan atau
selera makan meningkat (atau menurun), bangun terlalu awal, kurang bertenaga, sakit
kepala, masalah penghadaman dan rasa sakit yang kronik. Orang di sekitar individu
yang murung mungkin perasan penampilan yang semakin runsing.

Kemurungan adalah perkataan seharian yang merujuk kepada perasaan sedih


yang dialami oleh seseorang individu. Namun sebenarnya perkataan ini sukar
ditafsirkan.Ini adalah disebabkan kemurungan boleh membawa kepada banyak
maksud dan ia boleh digunakan dalam pelbagai keadaan . Mengikut (Dacey & Kenny
, 1977) kemurungan boleh dianggap sebagai satu perkataan, suatu sindrom atau suatu
penyakit klinikal. Setiap individu akan mengalami perasaan sedih atau muram pada
masa yang tertentu sepanjang hayatnya. Bagi kebanyakan orang, gangguan emosi ini
hanya berjangka masa pendek sahaja. Namun dalam kes-kes tertentu perasaan
murung ini berlanjutan sehingga membawa kepada akibat yang tidak di ingini seperti
membunuh diri atau penyakit mental yang lebih serius. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa kemurungan boleh menjejaskan pelbagai espek hidup seseorang individu
sama ada dari segi kognitif , emosi, sosial mahupun fizikal.

Apa yang dapat dilihat di antara kedua-dua perspektif iaitu kemurungan menurut
pandangan islam dan kaunseling adalah punca terjadinya kemurungan di antara
individu tersebut, apa yang dilihat dalam islam kemurungan datang daripada masalah
jiwa, perasaan dan nafsu. Selain itu, islam juga mengaitkan sedikit unsur mistik iaitu
islam berpendapat terdapat gangguan daripada jin dan syaitan yang berpunca
kemurungan ini berlaku. Menurut kaunseling pula mereka melihat dari segi isu yang
dihadapi oleh individu tersebut dari segi persekitaran, dan antara punca terjadinya
kemurungan mereka telah mengalami stress, depression atau anxiety. Dan perpektif
kaunseling tidak menekankan tentang mistik yang melibatkan jin dan syaitan.
1.2 PENYATAAN MASALAH

Masalah kemurungan merupakan satu masalah yang semakin menjadi-jadi pada masa
kini. Dalam kajian ini permasalahan kajian amat penting untuk dikenalpasti sebelum
membuat kajian. Kajian ini untuk menjelaskan pandangan Islam dan Barat tentang
kemurungan kerana pada masa kini banyak kita dengar di luar negara mahupun di
negara kita sendiri bahawasanya kemurungan boleh mengakibatkan kematian dan
sebagainya, jadi di manakah penyelesaiaannya dan adakah perkara ini ditegah oleh
agama Islam. Kajian ini juga akan menekankan punca terjadinya perkara ini dari dua-
dua belah pandangan. Sebagai umat Islam, kita juga perlu mengetahui adakah ada
perbahasan tentang kemurungan di dalam ajaran Islam. Dengan adanya pandangan
dari kedua-dua belah pihak dapat kita mencari penyelesaian ke atas isu ini.
Seterusnya, kajian ini juga merungkai punca terjadinya kemurungan ini adakah perkara
ini berkaitan dangan iman dan islam. Hal ini kerana selalu dikaitkan kemurungan
dengan lemah iman. Adakah perkara ini benar atau sekadar andaian palsu, jadi kajian
ini akan merungkai segala persoalan dan permasalahan agar terjawab dari kedua-dua
sudat pandangan.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji menampilkan beberapa persoalan kajian yang ingin
dilaksanakan berdasarkan kepada topik yang dipilih . Antara persoalan kajian yang
akan dikupaskan ialah:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kemurungan menurut perspektif islam dan


kaunseling.
2. Apakah punca yang menyebabkan kemurungan berlaku ?
3. Apakah tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu kemurungan
4. Bagaimana rawatan bagi mengatasi kemurungan dari perspektif islam dan
kaunseling

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tajuk ini, objektif kajian ialah:

1. Untuk mengenal pasti apa yang dimaksudkan dengan kemurungan menurut


perspektif islam dan kaunseling.
2. Untuk mengenal pasti punca yang menyebabkan berlakunya kemurungan
menurut perspektif islam dan kaunseling.
3. Bagaimanakah dapat mengenal pasti tanda bahawa seseorang itu berada
dalam keadaan kemurungan perspektif islam dan kaunseling.
4. Untuk mengetahui apakah rawatan yang boleh dilakukan kepada individu yang
berada dalam situasi kemurungan perspektif islam dan kaunseling.
1.5 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, penulis telah menggunakan metod utama iaitu:

1. Metod Pengumpulan Data


2. Metod Penganalisis Data

1.5.1 Metod Pengumpulan Data

Metod yang digunakan untuk mengumpul data-data dan menghuraikan data-data


tersebut. Dalam usaha mengumpul maklumat daripada sumber-sumber tersebut,
penulis telah menggunakan dua kaedah penyelidikan iaitu:

a) Kajian Perpustakaan

Kajian perpustakaan ialah satu teknik bagi seorang penulis untuk mendapatkan
maklumat dan bukti melalui kajian ke atas buku rujukan, kertas kerja, kajian-kajian
lepas, risalah dan laman web. Kami juga menggunakan membuat beberapa kajian di
perpustakaan untuk merujuk kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk yang
dibincangkan.

1.5.2 Metod Penganalisis Data

Penullis akan menggunakan metod analisis data ini setelah kesemua data sudah
berjaya di kumpulkan .Seterusnya, penulis akan membuat kesimpulan dan penulis
akan memberi saranan sebagai hasil kajian . penulis juga akan menggunakan
beberapa metod dalam menganalisis segala maklumat antaranya:

a) Metod Komparatif

Metod ini adalah satu cara penulisan untuk mebuat perbandingan daripada dua sudut
iaitu perspektif islam dan barat seterusnya membuat kesimpulan terhadap kajian
tersebut
b) Metod Induktif

Metod ini adalah satu cara penulis mencari kes-kes dan fakta yang umum dari
beberapa bahan rujukan seperti akhbar,majalah,dan sebagainya serta membuat kajian
yang khusus berkaitan

1.6 SKOP KAJIAN

Kajian ini membincangkan tentang kemurungan dan menumpukan kepada


perbandingan dan persamaan antara kedua perspektif di antara perspektif islam dan
perspektif kaunseling, hal ini kerana, kedua-dua perspektif terdapat percanggahan dan
terdapat banyak juga persamaan tentang kemurungan. Kajian ini juga melibatkan
semua lapisan masyarakat tidak kira dari lingkungan umur kanak-kanak sehingga
orang tua,hal ini kerana kanak-kanak jika tidak dapat hak dan keperluan mereka ketika
peringkat perkembangan kanak-kanak mereka akan cenderung untuk murung. Selain
itu, di peringkat tua juga berisiko untuk menghidapi kemurungan, hal ini kerana apabila
peringkat umur seseorang mencapai usia emas mereka akan lebih sensitif dari segi
emosi mereka. Tapi kebanyakkan yang berlaku isu kemurungan ini tertumpu kepada
usia remaja, hal ini kerana, banyak faktor persekitaran yang akan mempengaruhi
remaja tersebut untuk cenderung menghidapi kemurungan antaranya, masalah
kewangan, perhubungan dan banyak lagi. Seterusnya mengenal pasti kaedah yang
disediakan menurut perspektif islam dan kaunseling.

1.7 KAJIAN LITERATUR

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Khairunnezam (2018) dalam kajiannya yang
bertajuk kemurungan dan panduan Islam dalam menghadapinya menjeleaskan
bahawa kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan
seseorang itu merasa sedih dan sebagainya. Punca kemurungan juga dijeelaskan oleh
penkaji antaranya, mewarisi generasi keluarganya terdahulu atau persekitaran dan
peristiwa hidup atau bencana yang melanda mangsa.

Selain itu, tanda-tanda bila seseorang itu sedang dirundung kemurungan,


misalnya seseorang itu kelihatan bersedih atau berada dalam status kekosongan
perasaan. Kemudian, hilang minat atau keseronokan,cepat letih atau tidak bertenaga.
Ada juga tanda-tanda kamurungan yang disebut oleh pengkaji antaranya gangguan
semasa tidur, hilang selera makan dan paling teruk apabila mangsa lebih berfikir untuk
membunuh diri bagi menyelesaikan masalah.

Seterusnya, pengkaji menjelaskan cara perubatan dari aspek psikologi dan Islam.
Bidang psikologi dan perubatan mencadangkan banyak langkah pencegahan dan
pembetulan yang perlu diambil secara proaktif antaranya perlu ketahui penyakit
dengan cara berjumpa dengan doktor atau pakar psikatari untuk mendapatkan
konsultan daripada mereka. Cara yang kedua patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan
susulan andai dinasihatkan sebegitu oleh pakar perubatan. Kemudian, perlu
mengamalkan cara berfikir yang positif dan menguruskan konflik-konflik yang boleh
meemkar tekabab dan kemurungan. Manakala dari aspek Islam menjelaskan bahawa
manusia secara fitrahnya dipengaruhi oleh unsur dalaman seperti jiwa, nafsu dan
perasaan. Bijak pandai agama menjelaskan bahawa proses penyembuhan
kemurungan dan masalah mental dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, berzikir,
mendirikan solat, doa-doa lazim dan khusus, bermunajat dan melakukan amal maa’ruf
nahi munkar sebagaimana digariskan oleh syariat. Selain itu, panduan yang boleh
digunakan dalam proses penyembuhan dengan mengamalkan bacaan Al-Quran,
berwudhuk dan berselawat ke atas Rasulullah S.A.W sebagai satu usaha untuk
dekatkan diri dengan Allah.

Kesimpulannya, walau sebesarmanapun masalah atau kesukaran yang


menyumbang kepada tekanan dan kemurungan, kita perlu sedar ia dapat diatasi
dengan jayanya jika tindak tantuk kita menepati apa yang diajarkan di dalam agama
Islam.

Merujuk kepada kajian Norhayati (2013) dalam kajiannya yang bertajuk faktor
kemurungan di kalangan pelajar, Pengkaji menyatakan kemurungan adalah sejenis
penyakit mental yang mana hampir kesemua pesakit yang murung menglami episod
mood yang rendah, dan hilang minat sepenuhnya ke atas sesuatu aktiviti. Pengkaji
juga menyatakan kemurungan (depression) juga dikenali sebagai satu penyakit
psikologimyang melibatkan tekanan perasaan yang serius terhadap individu.

Kebanyakan mereka yang mengalami kemurungan ini juga berdepan dengan


masalah kurang keyakinan diri, merasakan sukar untuk mengekalkan penampilan diri
dan berkomunikasi dengan orang ramai. Kehidupan mereka akan menjadi pasif dan
kemungkinan ada yang memikirkan untuk membunuh diri. Tetapi masalah kemurungan
dalam kalangan palajar menyebabkan pelajar kurang berkemahiran untuk
berkomunikasi, membuat tindakan yang tidak wajar dan menghadapi massalah yang
menyebabkan pencapaian rendah.

Statistik kemurungan global memperlihatkan satu keadaan yang kian


membimbangkan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kemurungan adalah
penyakit keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia,

Menurut Nurul Hudani (2016) dalam kajiannya yang bertajuk campuran


kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan ibu bapa. Kita dapat memahami
bahawasanya kemurungan tidak hanya berlaku kepada golongan remaja atau bujang
sahaja tetapi kemurungan juga terjadi kepada golongan ibu bapa disebabkan oleh
anak-anak terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya. Pengkaji juga
menyatakan tanda-tanda yang dihadapi oleh ibu bapa antaranya gangguan tidur yang
mana ibu bapa sukar untuk tidur atau untuk mendapatkan tidur yang lena. Hampir
semua ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya membuat laporan bahawa
mereka sukar untuk kekalkan tidur yang lama dan puas.

Selain itu, ibu bapa juga akan merasakan sifat cepat marah terhadap anak mereka
yang disebabkan tekanan yang mereka alami. Ibu bapa ini akan merasakan sepat rasa
bimbang terhadap anak mereka dan mereka juga akan mudah menitiskan air mata
terutamanya apabila ibu bapa sentiasa memikirkan keadaan anak mereka yang
mempunyai ketidakupayaan.

Ferlis Bullare, Rosmah, Lailawati dan Surianti (2015) telah membuat kajian mereka
yang bertajuk Strategi Daya Tindak Remaja Sekolah dan Hubungan dengan
Kemurungan dalam menentukan perbezaan kemurungan berdasarkan jantina. Hasil
kajian penkaji kemurungan yang dialami dari pelajar perempuan lebih tinggi
berbanding pelajar lelaki. Begitu juga, kemurungan lebih tinggi bagi pelajar sekolah
menengah tinggi berbanding pelajar sekolah menengah rendah. Namun begitu
kemurungan yang dialami oleh mereka berada di tahap sederhana dan tidak
menimbulkan kesengsaraan psikologi yang tinggi.

Othman dan Emely (1998) mendefinisikan kemurungan sebagai : Depression can


refer to either to a mood or clinical syndrome a combination of emotional, cognitive and
behavioral syamptoms. Kemurungan bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-
kanak, malah ia boleh dialami dalam pelbagai peringkat usia dan gender. Menurut
Kauffman (2001) kemurungan di kalangan kanak-kanak merupakan satu isu yang
kontroversial sejak beberapa dekad yang lalu. Kemurungan juga dianggap sebagai
penyakit zaman ini. Ianya tidak hanya berbahaya secara kejiwaan tetapi boleh juga
merosakkan aspek fizikal. Gangguan kemurungan adalah berberapa bentuk penyakit
kejiwaan,kecanduan dadah, gangguan tidur, gangguan pada kulit , perut dan tekanan
darah dan akhirnya boleh bertindak agresif seperti membunuh orang atau membunuh
diri.

Menurut Mohd. Sufian (2004), kemurungan adalah suatu masalah yang tidak
seimbang emosi yang mana biasanya dialami manusia yang berdepan dengan
kekecewaan atau tekanan dalam kehidupan harian mereka. Menurut kajian yang
dijalankan oleh Turkington dan Kaplan (1997) dalam See Ching Mey, (2005) mendapati
bahawa apabila seseoang yang mencapai umur 15 tahun satu daripada lima remaja
akan mengalami kemurungan. Menurut Bachanas dan Kaslow (2001) kemurungan
dalam kalangan remaja memerlukan perhatian dan intervensi yang baik. Kemurungan
merupakan satu sindrom klinikal yang menggabungkan kombinasi emosi, kognitif dan
juga simptom-simptom tingkah laku ( Oltmanns&Emery, 1995) . Ia juga merupakan
gangguan dan kecelaruan perasaan dan termasuk penyakit minda yang memberi
kesan psikologi yang mana penghidapnya akan bertingkah laku suka menyalahkan diri
sendiri , keliru dan merasakan tiada peluang hidup
Menurut Dr. Randy Byrd (dalam Stephen:2009) melaporkan mengenai eksperimen
yang menarik dalam ”The Medical Tribune” berhubung dengan pesakit hospital yang
sama usia dan keadaan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama
dibacakan doa oleh beberapa anggota kumpulan yang berdoa, sementara golongan
kedua tidak. Hasil kajian menunjukkan kumpulan pertama kurang menderita sakit;
hanya 3 daripada 16 orang memerlukan antibiotik; 6 orang menderita pulmonari
edema, berbanding orang dengan 18 orang; dan tidak ada yang perlukan rawatan
perubatan;berbanding 12 orang dalam kumpulan kedua. Seandainya lebih
bersungguh-sungguh dan kerap berdoa dengan penuh keyakinan dapat dapat
merubah manusia dan manusia boleh membuat perubahan dalam dirinya. Herbert
Hoover, bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke-31 berkata:” Kuasa doa lebih kuat
daripada kombinasi yang dikawal oleh manusia; kerana doa ialah terbaik manusia
dapat mengumpulkan sumber-sumber ketuhanan.” (Septhen, 2009)
Menurut E. Gilman Stephen , Kawachi Ichiro, M Fitzmaurice Garrett, dan L Buka
Stephen (2002) sosioekonomi yang rendah semasa zaman kanak-kanak mempunyai
kaitan berlakunya kemurungan semasa remaja kelak Hasil kajian yang dijalankan oleh
Mohamed Alfian Haris (2006) mendapati masalah kebimbangan dan punca utama
ketidakstabilan emosi pelajar disebabkan oleh pendapatan keluarga.

Manakala menurut Paragament dan Park (1995) telah membuktikan bahawa


amalan agama dapat mengawal tekanan yang dirasai. Agama dapat digunakan
dengan 14 pelbagai cara sama ada untuk individu menjadi asertif atau defensif, aktif
atau pasif. Agama berkait rapat dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan.
Menurutnya lagi , agama memberikan panduan amalan kehidupan dan tindakan
individu pada setiap ketika sama ada secara perseorangan atau kolektif.

Menurut Imam a-Ghazali dalam Ihya ’ Ulumuddin dalam Mardzelah (2003),


pendekatan Islam (Hisbat) adalah arahan mengerjakan kebaikan dan menengah
kemungkaran bagi mencapai keredaan Allah S.W.T yang berteraskan kepada konsep
tolong menolong ke arah kebaikan dan menjauhi kemngkaran atau dikenali sebagai
’alamr bi al-ma’ruf wa al-nahy an al-munkar.’ Definisi- definisi yang diutarakan di atas
merangkumi aspek perhubungan, pendekatan psikologi, perubahan tingkah laku, serta
dimensi-dimensi lain yang menjadi pengenalan asas kepada prinsip kaunseling. Sifat-
sifat yang wajib kepada seorang guru agama ialah sidiq, amanah, tabligh dan fatanah
. Rasulullah S.A.W merupakan seorang kaunselor contoh yang harus diteladani oleh
semua kaunselor (Mohamed Sharif, 1998). Sifat-sifat dan konsep utama yang harus
menjadi landasan kepada tugas-tugas seorang guru agama ialah beriman dan
bertakwa kepada Allah S.W.T, jujur dan Ikhlas, benar (Sidiq), berani, adil, pemurah dan
ramah-tamah, sabar dan tenang, adab dan akhlak, percakapan yang baik, tidak
munafik dan menepati janji

1.8 DEFINISI OPERASI KAJIAN / DEFINISI ISTILAH

i. Definisi kemurungan

Agak sukar untuk mendefinisikan istilah kemurungan dengan tepat. Walau


bagaimanapun secara umum, kemurungan ialah suatu sidrom tingkah laku yang
merangkumi keadaan-keadaan gangguan pertuturan, terlalu merasai rendah diri,
sentiasa mengalami perasaan bersalah, memencilkan diri dan tidak aktif dalam gerak
laku sehariharian. Kemurungan adalah satu bentuk gangguan emosi paling umum.
Gangguan kemurungan sebenarnya merupakan satu penyakit biasa dan lebih umum
daripada hipertensi atau diabetes.

Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang


individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan harian individu
tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya dan
sekiranya tidak ditangani secara efektif, ia boleh mendorong kepada tindakan
membunuh diri.

Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Masalah Mental IV (DSM-IV), diagnosis


kemurungan hanya boleh dilakukan jika terdapat sekurang-kurangnya lima simptom
kemurungan yang hadir untuk tempoh sependek dua minggu. Antara ciri-ciri atau
simptom-simptom kemurungan adalah seperti berikut:

a. Hilang minat atau kehendak pada perkara-perkara yang selama ini dibuat atau suka
untuk melakukannya.
b. Merasa sedih atau kesunyian yang amat sangat.
c. Mudah menangis atau menangis tanpa sebarang sebab.
d. Hilang daya atau tenaga serta merasa lemah yang amat sangat.
e. Rasa bersalah yang amat sangat atau hilang keyakinan diri.
f. Hilang selera makan dan kehilangan berat badan yang ketara.
g. Merasa mati itu lebih baik atau lebih kronik lagi sentiasa berfikir untuk membunuh
diri.
h. Bermasalah untuk membuat keputusan.
j. Sukar untuk tidur atau apabila terjaga sukar untuk tidur kembali.

Oleh itu daripada definisi kemurungan yang telah dinyatakan , dapat di simpulkan
bahawa kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan badan,
perasaan dan fikiran seseorang.

ii. Definisi kemurungan bagi perspektif barat

Kebimbangan atau anxiety dalam pespektif psikologi moden boleh ditarifkan sebagai
perasaan takut yang kronik dan kompleks yang wujud dalam pelbagai jenis kecelaruan
mental dan saraf (Drever, 1952). Manakala Feldman (1997) menyatakan bahawa
kebimbangan adalah keadaan perasaan yang bercirikan kebimbangan melampau
yang disertai oleh simptom-simptom somatik. Menurut Noyes R Jr & HoehnSaric R
(1998), terdapat enam tanda-tanda somatik kebimbangan iaitu keresahan,
peningkatan keletihan, sukar memberikan tumpuan, mudah marah, ketegangan otot
dan gangguan tidur. Namun, bukan semua tanda-tanda ini berlaku pada seseorang
masa yang sama. Ia boleh berlaku dengan satu atau dua atau lebih pada satu-satu
masa.

Barlow, Pincus, Heinrichs, & Choate (2003) berpandangan bahawa terdapat dua
emosi utama yang dialami oleh pesakit ini iaitu bimbang dan takut (anxiety and fear).
Kebimbangan adalah keadaan emosi yang berorientasikan masa hadapan yang
dipengaruhi oleh emosi negatif, mempamerkan tanda-tanda ketegangan pada badan
dan perasaan bimbang yang kronik. Manakala takut adalah tindak balas segera apabila
berhadapan dengan bahaya. Cirinya adalah kecenderungan yang kuat untuk bertindak
melarikan diri (strong escape-action tendencies) dari keadaan yang dihadapi.

Beck & Emery (1985) pula membezakan antara takut dan anxiety. Takut adalah
satu penilaian kognitif seseorang terhadap rangsangan ancaman yang diterima.
Manakala anxiety pula adalah satu emosi yang muncul hasil dari reaksi kepada
penilaian yang dibuat. Walaupun tokoh-tokoh psikologi memberikan definisi yang
berbeza-beza, namun definisi penyakit anxiety adalah berkaitan dengan perasaan
bimbang tentang sesuatu perkara yang belum berlaku, yang terhasil dari ancaman
yang dihadapi.

Menurut Ramli Hassan (1990), antara simptom-simtom psikologi utama yang


dialami oleh penghidap anxiety ialah perasaan bimbang seolah-olah sesuatu yang
buruk akan berlaku, berasa takut walaupun tidak diketahui apa yang ditakuti, perasaan
risau atau susah hati tanpa sebarang sebab yang jelas, gangguan tumpuan perhatian,
menjadi rimas, cepat marah, mudah terkejut dan berasa gelisah.

Bagi sindrom kecelaruan, pada asasnya dapat dilihat daripada empat sudut iaitu
afektif, kognitif, tingkah laku dan fisiologi. Tanda yang paling ketara bagi pesakit yang
mengalami kemurungan ialah penurunan perasaan yang disertai oleh pengurangan
melakukan aktiviti. Dalam keadaan-keadaan tertentu, pesakit kelihatan tidak bermaya,
berasa gelisah, berjalan mundar mandir dan kurang selera makan. Pesakit cenderung
untuk merasa sedih yang keterlaluan, merasakan dirinya tidak berguna, hidup tidak
bererti dan sangat mengecewakan (Azizi Yahaya & Tan Soon Yin, 2007). iii. Definisi
kemurungan menurut perpektif islam.

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut)

Berdasarkan ayat 19 Surah Al-Maarij, Allah SWT menggambarkan keadaan orang


yang tidak tenang atau keluh kesah. Menurut Ibn Manzur (1997), . Manakala beberapa
ahli tafsir menyatakan bahawa Allah SWT menjadikan manusia dengan resah gelisah
lagi bakhil kedekut (Abdullah Basmeih, 2000 & Ibn Kathir, 2011). Menurut Al-Qurtubi
(2009) pula, maksud al-halla’ adalah sangat kikir (kedekut) dan sangat keji
kegelisahannya. Selain itu, ia juga bermaksud orang yang tidak pernah kenyang atau
orang yang tidak bersyukur apabila mendapat kebaikan dan tidak bersabar apabila
mendapat kemudaratan. Allah SWT menjelaskan lagi sifat orang yang keluh-kesah itu
dalam ayat 20 dan 21. Menurut Ibn Kathir (2011), manusia dijadikan oleh Allah SWT
dengan sifat resah dan gelisah. Terutamanya jika mereka ditimpa oleh suatu keadaan
yang menyusahkan seperti kemiskinan, kekurangan harta, kehilangan harta benda,
kematian dan ditimpa penyakit, mereka akan gusar dan mengeluh. Hatinya pula hancur
kerana rasa takut yang amat menyeramkan dan merasa putus asa daripada mendapat
kebaikan. Tetapi apabila manusia mendapat kenikmatan daripada Allah SWT, mereka
akan menjadi kedekut untuk berkongsi dengan orang lain dan menolak untuk
memberikan hak Allah SWT daripada nikmat yang diperolehinya itu. Manusia akan
berkeluh kesah apabila hartanya menjadi sedikit, miskin dan tidak mempunyai harta.
Selain dari berkeluh kesah, kebanyakan manusia tidak dapat bersabar dengan
keadaan kekurangan harta dan miskin. Sebaliknya, manusia berubah menjadi kedekut
apabila mempunyai harta dan enggan membuat amal kebajikan untuk menginfakkan
harta mereka di jalan Allah SWT
(At-Thobari, 2009).

Jika diperhatikan kepada sifat-sifat yang ada pada individu yang disebutkan dalam
Surah Al-Maarij ayat 9 hingga 11 adalah mereka yang keluh kesah, gopoh, kurang
sabar, kedekut, putus asa dan tidak menunaikan hak-hak Allah SWT. Manakala
keadaan-keadaan dan tanda-tanda yang berlaku kepada individu yang mengalami
masalah jiwa dari perspektif psikologi moden adalah mereka yang mengalami
kesedihan yang keterlaluan, resah, gelisah, insomnia, kurang selera makan, kurang
beraktiviti dan putus asa. Secara umumnya, kedua-dua perspektif ini berkongsi
beberapa tanda dan ciri yang hampir sama di antara satu sama lain. Maka tidak
keterlaluan jika dikatakan halu’a adalah salah satu dari penyakit jiwa.

1.9 SIGNIFIKAN KAJIAN

Penyelidik berharap agar kajian yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan oleh semua
golongan khususnya kepada para remaja yang mempunyai banyak cabaran
kehidupan. Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa sumbangan iaitu:-

i. Boleh menerima kenyataan iaitu kemurungan adalah penyakit serius dan ubat anti
kemurungan adalah komponen penting dalam rawatan.

ii. Dapat mendedahkan kepada masyarakat bahawa islam tidak terasing dalam ilmu
psikologi dan kemurungan

iii. Dapat memahami simptom kemurungan melalui rawatan iaitu berfikiran positif dan
meminta bantuan bila perlu adalah konsep penting dalam proses mengatasi
kemurungan.

iv. Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh gerakan-gerakan islam atau NGO untuk
banyak mendedahkan kepada masyarakat tentang cara penyelesaian atau
pencegahan kemurungan menurut perpektif islam.

v. Dapat menggabungkan dan mencari perkaitan tentang kemurungan menurut


perpektif barat dan perspektif islam.

1.10 SISTEMATIKA KAJIAN

Pengkaji membahagikan kajian ini kepada beberapa bab tertentu bagi


memudahkan proses penulisan berjalan dengan lancar dan teratur. Secara
keseluruhannya, kajian ini mengandungi lima bab yang dibincangkan secara terperinci
sebagaimana berikut:-
Bab I: Bahagian ini menjelaskan tentang pendahuluan iaitu latar belakang kajian,
objektif kajian, kepentingan kajian, skop batasan kajian, kajian lepas, metodologi kajian
serta sistematika penulisan.

Bab 1: Pada bahagian ini perkaji menerangkan tentang konsep dan takrifan kaunseling
serta statistik-statistik kemurungan yang berlaku di dalam negara kita pada masa kini.
Selain itu, pengkaji menghuraikan tentang sejarah atau bagaimana wujudnya
kemurungan ini. Di samping itu, pengkaji cuba mengaitkannya dengan Al-Quran dan
Hadis agar perkara ini lebih jelas.

Bab 2: Seterusnya, dalam bab 2, kajian lebih memberi fokus kepada teori-teori barat
tentang kemurungan serta fakta yang dikeluarkan tentang kes kajian ini. Di dalam bab
ini juga pengkaji menjelaskan punca, kesan serta cara mengatasi kemurungan yang
telah ditetapkan oleh pengkaji-pengkaji barat yang pakar dalam bidang kaunseling dan
psikologi.

Bab 3: Kesinambungan daripada itu, dalam bab 3 pula, pengkaji merujuk kemurungan
dari perspektif Islam secara menyeluruh serta mencari solusinya dari pendapat-
pendapat ustaz dan alim ulama. Pengkaji juga cuba mengaitkan kes kemurungan ini
dari kedua-dua perspektif agar perkara ini dapat difahami bahawasanya kemurungan
tidak dipandang remeh oleh agama Islam.

Bab 4: Pengkaji seterusnya membuat rumusan hasil keseluruhan dapatan kajian yang
dijalankan daripada awal sehingga akhir pengkajian dan seterusnya diikuti beberapa
cadangan dan pencegahan awal untuk masyarakat lebih faham dan tidak memandang
remeh akan isu kemurungan ini. Pengkaji juga merumuskan beberapa tips atau cara
yang telah dibincangkang bersama para pakar dari perspektif kaunseling dan para
agamawan.

1.11 KESIMPULAN

Kemurungan adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Kemurungan boleh


berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Individu murung
didapati mengalami perubahan dalam kimia otak. Perubahan ini boleh dicetuskan oleh
penyakit fizikal, tekanan, kekecewaan atau kesedihan. Selain persekitaran, faktor
keturunan juga memainkan peranan didalam menyebabkan penyakit ini. Sindrom
kemurungan adalah penyakit seluruh jasad, melibatkan kesihatan badan, perasaan
dan fikiran. Ia juga menjejaskan tabiat makan dan tidur, fungsi seharian dan proses
berfikir anda. Justeru, sekiranya situasi ini dialami seorang pelajar yang baru
meningkat dalam usia remaja maka sudah tentu kelangsungan hidup mereka akan
terjejas.
Rakan-rakan, guru dan keluarga boleh membantu dengan mempastikan individu
yang mengalami kemurungan mendapat pertolongan dan rawatan yang sesuai. Pelajar
yang mengalami kemurungan perlulah diberi sokongan emosi, kasih sayang,
kesabaran, galakan dan kefahaman. Mereka tidak boleh dianggap sebagai mengada-
adakan sakit atau pemalas dan mereka tidak boleh diharapkan untuk sembuh dengan
segera. Dengan adanya sokongan dan dorongan seperti ini, pelajar yang mengalami
kemurungan pasti dapat dipulihkan seperti biasa dan menjalani kehidupan yang
sejahtera seperti orang lain.
Oleh itu sebagai umat Islam, kita kembali kepada asal kejadian kita, daripada
mana datangnya kita dan kepada DIA lah (Allah s.w.t) juga kita kembali dan berserah.
SesungguhNya Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYa.
Kemungkinan kita tidak menyukai sesuatu namun rupa-rupanya itulah yang terbaik
bagi kita. Ingatlah, Allah s.w.t tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang
tidak mampu hambaNya tanggung. Kembalilah kita pada Rukun Iman yang 6, Percaya
kepada QADA' dan QADAR .

RUJUKAN

Asmah Bee Mohd. Noor, 1979. Kemurungan : Satu pendekatan teori. Majalah
Psikologi. 10: 87-103.

Beck,1996 Depression Inventor II . Available at:


http://Marketplacepsychorp.com/Psycopsy chorp.com/PsychoCprp.com/Cultures/en-
US/dotcom

Ferlis Bullare, Rosmah, Lailawati & Surianti. 2015. Strategi daya tindak remaja sekolah
dan hubungannya dengan kemurungan. Journal Psikologi Malaysia, 29
(1): 21-38.

Hassan, Langgulung.1997. Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. Dewan


Bahasa dan Pustaka.
Hassan, Langgulung ,1983. Teori-teori Kesihatan Mental:Perbandingan Psikologi
Modendan Pendekatan-pendekatan Pakar-Pakar Pendidikan Islam. Kajang :
Pustaka Huda.

Kamal Abdul Manad. 1995. Kaunseling Islam:Perbandaingan antara amalan danteori


kaunseling barat. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd.

Khairunneezam Mohd Noor. 2018. Kemurungan dan panduan Islam dalam


menghadapinya.https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/ kemurun
gan-dan-panduan-islam-dalam-menghadapinya/

Lineker Ak Takom, Ferlis Bahari & Nurul Hudani Mohd. Nawi. 2016. Campuran
kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak kurang
upaya fizikal di luar bandar Sabah. Jurnal Psikologi Malaysia 30 (2): 61-73.

Mansor, Abdullah,1996. Kaunseling: Teori, Proses dan Kaedah . Shah Alam: Fajar
Bakti.

Mohd Nasir Masroom, Siti Norlina Muhamad & Siti Aisyah Abd Rahman. 2015.
Kebimbangan dari perspektif psikologi Islam dan cara mengatasinya berdasarkan
surah Al-Ma’arij. Sains Humanika 5(1): 61-67.

Norhayati Ya’acob. 2013. Kajian terhadap faktor kemurungan bagi pelajar darjah
empat, darjah lima dan darjah enam di tiga buah Sekolah Agama Daerah Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim, Malaysia. Fakulti Sains Sosial Gunaan, Open
University Malaysia.

Rizal, Abu Bakar.2009. Kaunseling daripada perspektif Islam: Apa, mengapa dan
bagaimana. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Rose Fazilah Ismail, Rusdi Abd. Rashid, Zahari Ishak & Haris Abd. Wahab. 2018.
Wanita dan kemurungan dari perspektif jurang gender: simptom dan faktor.
Malaysian Journal of Social Administration 13(1): 78-100.

Anda mungkin juga menyukai