Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak

yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah

laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian

dengan baik.

Penyakit mental adalah gangguan otak yang dilihat melalui terganggunya

emosi, proses berfikir, perilaku, dan persepsi (penangkapan panca indera). Penyakit

mental ini menimbulkan stress dan penderitaan bagi pesakit (dan keluarganya).

Penyakit mental boleh mengenai setiap orang, tanpa mengenal umur, bangsa,

agama mahupun status sosial-ekonomi. Penyakit mental bukanlah disebabkan oleh

kelemahan peribadi.

Dalam masyarakat kita, banyak tersebarnya kepercayaan atau mitos yang salah

mengenai penyakit mental, ada yang percaya bahawa penyakit mental disebabkan

oleh gangguan roh jahat, ada yang menuduh bahawa itu akibat guna-guna, kerana

kutukan atau hukuman atas dosanya. Kepercayaan yang salah ini hanya akan

merugikan pesakit dan keluarganya kerana penghidap penyakit jiwa tidak mendapat

rawatan secara cepat dan tepat.

2.0 OBJEKTIF

Objektif kajian ini adalah:

i. Mengenal pasti ciri-ciri pesakit mental


ii. Menghuraikan jenis-jenis penyakit mental
iii. Mengenal pasti pengelasan penyakit mental

3.0 MATLAMAT
Matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk memahami dengan lebih

mendalam mengenai penyakit mental. Pemahaman mengenai penyakit mental ini

diketahui melalui kajian mengenai ciri-ciri yang dialami oleh pesakit mental, jenis-

jenis penyakit mental serta pengelasan penyakit mental di dalam Diagnostic and

Statistical Manual of Mental Disorders (DSM IV). Selain itu, kajian juga melihat

sama ada penyakit ini dapat diubati atau pun tidak.

4.0 PENULISAN TENTANG TOPIK YANG DIPILIH

4.1 Ciri Individu yang mengalami kecelaruan mental

Ciri yang pertama ialah, individu berpersonaliti bertentangan dengan

kebiasaan. Individu akan memberitahu melihat dan mendengar perkara

yang tidak wujud iaitu halusinasi dan delusi. Kedua, tingkah laku mereka

bertentangan dengan nilai masyarakat. Hal ini kerana, setiap masyarakat

atau budaya memiliki tatacara dan adab yang biasa diikuti.

Ketiga, persepsi dan interpretasi realiti. Individu yang berhadapan

dengan tekanan dan kesedihan cenderung untuk menafikan dan tidak

menerima kenyataan. Keempat, salah adaptasi iaitu tingkah laku yang

membatalkan kefungsian, peranan dan tingkahlaku yang menyebabkan

kesedihan dan ketakutan serta takut berada di tempat yang ramai orang

seperti pasaraya dan majlis keramaian.

Ciri yang kelima ialah kesusahan peribadi iaitu masalah emosi seperti

mengalami kebimbangan, takut dan kemurungan. Emosi berpanjangan

hingga mengganggu individu untuk berfungsi secara normal. Keenam

merupakan tingkah laku berbahaya. Individu yang ingin membunuh diri


dan melakukan perkara mengancam nyawa orang lain akibat tekanan

emosi.

4.2 Jenis Penyakit Mental

Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagiakan kepada tiga

kategori iaitu Neurosis, Psikosis dan Kecelaruan Personaliti.

Neurosis terjadi apabila pesakit mengalami perubahan dan gangguan

terhadap aspek pemikiran, perasaan dan kelakuan namun tidak menjejaskan

kewarasan. Individu yang mengalami penyakit neurosis selalunya sedar

keadaan kesihatan namun aktiviti harian sedikit terganggu.

Contoh Neurosis ialah kemurungan dan kebimbangan. Kemurungan

merupakan perasaan sedih yang melampau dan berpanjangan melebihi

tempoh 2 minggu serta mengganggu fungsi kehidupan seharian.

Kebimbangan pula merupakan penyakit yang digejalai oleh perasaan

bimbang, resah dan gelisah. Seseorang itu akan berasa tertekan, tegang,

berpeluh, berdebar-debar dan berasa takut yang melampau akan memberi

bahaya yang mereka tidak ketahui puncanya.

Jenis yang kedua ialah psikosis. Psikosis ialah perubahan yang amat

ketara di dalam aspek pemikiran, perasaan dan tingkah laku selain

kewarasan yang juga terjejas. Individu yang menghidapi psikosis ini

mengalami halusinasi dan delusi. Halusinasi terjadi apabila pesakit berasa

keliru dan mendengar suara-suara ghaib yang berkomunikasi dengan

mereka. Delusi pula ialah mempunyai kepercayaan pelik yang tidak

dikongsi dengan orang lain dan mempunyai kepercayaan yang melampau.


Contoh bagi Psikosis ialah skizofrenia dan kecelaruan bipolar.

Skizofrenia terjadi apabila pesakit mengalami halusinasi, delusi, kecelaruan

pemikiran, kecelaruan pertuturan dan tingkah laku. Selain itu, prestasi kerja

juga merosot dengan ketara. Kecelaruan Bipolar pula ialah mengalami

perubahan ketara dari segi mood dan emosi. Hilang kawalan dan menjadi

terlalu gembira (fasa mania) atau terlalu sedih (fasa kemurungan).

Akhir sekali ialah kecelaruan personaliti. Kecelaruan ini membuat

seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau karakter. Masalah yang

dialami ini boleh memberi kesan kepada perhubungan interpersonal dengan

orang di sekelilingnya.

4.3 Pengkategorian mengikut DSM-IV

Kategori utama gangguan klinikal (Axis I) mengikut DSM-IV adalah

seperti berikut:

1. Kecelaruan yang biasanya dikesan semasa kanak-kanak atau remaja.

2. Kecelaruan akibat Kenyanyukan, dan Kecelaruan Kognitif, Amnestic

dan Lain-lain

3. Gangguan mental disebabkan masalah Perubatan yang tidak

dikelaskan di mana-mana

4. Kecelaruan mental disebabkan penyalahgunaan dadah.

5. Kecelaruan Skizofrenia dan Psychotic yang lain

6. Kecelaruan Afektif (mood)

7. Kecelaruan Kebimbangan

8. Kecelaruan Somatoform (Kecelaruan dengan gejala-gejala somatik)


9. Kecelaruan Facticious (Kecelaruan yang melibatkan berpura-pura)

10. Kecelaruan Dissociative (sebagai contoh berbilang-personaliti:

multiple personalities )

11. Pengenalan kepada Kecelaruan seks dan jantina

12. Kecelaruan Permakanan

13. Gangguan Tidur

14. Kecelaruan Kawalan Impulse

15. Kecelaruan Penyesuaian (Adjustment Disorder)

16. Kecelaruan lain yang memerlukan fokus pemerhatian klinikal.

4.4 Faktor Penyakit Mental

Faktor pertama ialah genetik atau keturunan. Ahli di dalam

keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi

berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan. Kedua,

gangguan bahan kimia dalam otak. Apabila bahan kimia dalam otak

yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik,

gejala penyakit mental akan muncul. Sebagai contohnya, pesakit

skizofrenia mengalami penghasilan dopamin secara berlebihan. pesakit

kemurungan pula mempunyai paras serotonin terlalu rendah. Pesakit

mania mempunyai paras serotonin yang meningkat secara melampau.

Pesakit kebimbangan pula terdapat gangguan di dalam pengeluaran

fungsi noradrenalin.

Faktor yang berikutnya ialah jangkitan virus. Hal ini kerana,

mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan


dengan kemunculan penyakit mental. Faktor seterusnya ialah, sejarah

hidup yang getir: Mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan

ibu bapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang

sukar. Faktor kemudiannya ialah keadaan sosio-ekonomi yang rendah.

Hal ini kerana, faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau

keganasan di dalam masyarakat boleh meningkatkan maslah penyakit

mental.

4.5 Bolehkah Penyakit Mental Diubati

Persoalan yang sentiasa berlegar di dalam fikiran setiap individu adalah

dapatkah penyakit mental ini diubati. Ya, penyakit mental boleh

diubati. Hal ini kerana, kemajuan dalam bidang perubatan moden

membolehkan penemuan ubat-ubatan yang lebih berkesan di dalam

merawat penyakit mental. Hampir semua ubat yang digunakan untuk

merawat penyakit mental mengambil masa sebelum kesan positifnya

boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat secara

konsisten amat digalakkan. Selain ubat psikotropik pendekatan

sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi

berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan

cara kerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.

5.0 LIMITASI TOPIK YANG DIPILIH

Dalam menjalankan kajian ini, terdapat beberapa limitasi. Antaranya ialah,

tiada pengalaman mengendalikan atau berhadapan dengan pesakit mental.

Oleh yang demikian, pengkaji tidak dapat mengupas isu ini dengan lebih

mendalam. Pengkaji hanya membaca penulisan dan sorotan kajian bagi topik
ini tanpa dapat mengalami dan berjumpa sendiri dengan penghidap sakit

mental. Sekiranya dapat berkomunikasi dengan penghidap sakit mental ini,

pengkaji akan dapat mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai topik ini.

6.0 PANDANGAN KRITIK TENTANG TOPIK YANG DIPILIH

Dalam menjalankan kajian terhadap topik ini, terdapat pelbagai mitos

mengenai gangguan mental ini. Sesetengahnya mempercayai bahawa

gangguan mental disebabkan oleh hantu syaitan atau sebagai pembalasan atas

dosa-dosa yang mereka lakukan atau yang dilakukan oleh nenek moyang

mereka. Pesakit mental diberi pelbagai gelaran yang stereotaip seperti malas,

bodoh, ganas, di luar dugaan, agresif, kurang sopan dan pengotor. Label

seperti inilah yang sering membawa kesan-kesan yang tidak baik kepada

pesakit seperti kelewatan mendapat rawatan atau tidak mendapatkan rawatan

langsung, dipinggirkan dan didera. Pesakit selalunya menderita dalam

kesepian.

Selain itu, di tempat kerja pesakit diskriminasikan, menyebabkan

mereka sukar mendapat pekerjaan atau tidak diberi peluang kenaikan pangkat

dan kadangkalanya diturunkan pangkat, dipaksa bersara awal atau kehilangan

pekerjaan.

Kehidupan sosial pesakit mental amat menyeksakan. Mereka

dipersendakan, disisihkan oleh rakan dan taulan. Dalam keadaan yang

demikian rupa pesakit lebih rela menyendiri atas sebab-sebab tertentu. Melihat

dari sudut perkahwinan pula, bekas pesakit mental sekali lagi dipinggirkan.

Kadangkala kaum keluarga dan anak-anak mereka turut disisihkan. Bidang-


bidang lain yang sering mengamalkan diskriminasi, termasuklah dalam

perlidungan insuran, rawatan perubatan biasa, dan dalam hal-ehwal

perundangan tertentu.

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, mengadakan rawatan yang berkesan tidak memberi

apa-apa makna melainkan pesakit sendiri sanggup tampil ke hadapan untuk

mendapatkannya. Contoh-contoh serta pengalaman peribadi yang ada, begitu

jelas mempamerkan keadaan stigma dan diskriminasi yang wujud hari ini.

Perubahan sikap dan pendekatan adalah perlu bukan sahaja untuk orang awam

tetapi juga semua anggota kesihatan yang terlibat di semua peringkat.

Individu yang berada di sekeliling pesakit mental seharusnya memberi

dorongan dan galakan kepada pesakit mental dalam meneruskan kehidupan

harian mereka dan mengembalikan kesihatan mereka semula. Pengambilan

ubat bagi pesakit mental sangat lah penting dan perlu di beri perhatian.

Individu yang berada disekeliling mereka seharusnya mengingatkan mengenai

ubat yang peru diambil oleh pesakit ini.

Namun begitu, selain individu di sekeliling mereka, pesakit mental itu

sendiri perlu mempunyai azam yang kuat untuk sembuh dan juga pulih seperti

sedia kala. Jika orang disekeliling mereka sedaya upaya berusaha untuk

memastikan kesembuhan mereka tetapi di dalam diri pesakit itu sendiri tidak

ada rasa ingin sembuh, usaha itu hanyalah sia-sia. Pokok pangkalnya, penyakit

ini boleh diubati dengan pelbagai cara, namun mengambil tempoh masa yang

sedikit panjang.
8.0 CADANGAN (PEMBAIKAN DALAM PENGAJARAN TINGKAH

LAKU DEVIAN SSYP 3413)

Kelas Tingkah Laku Devian ini berjalan dengan lancar dan proaktif.

Input-input yang kami peroleh dalam kursus ini amat berguna untuk masa ini

dan juga di masa hadapan kelak. Tenaga pengajar memberikan tunjuk ajar

serta panduan yang banyak untuk kami bakal pendidik. Cara penyampaiannya

juga mudah difahami. Segala input disampaikan dengan ringkas, tepat dan

padat.

Penambahbaikan yang perlu ada semasa menjalani kursus ini ialah

sistem komputer yang perlu ditambah baik bersesuaian dengan teknologi kini.

Hal ini kerana, komputer yang digunakan semasa proses pengajaran tidak

dapat berfungsi dengan baik dan menyukarkan sesi pengajaran dan

pembelajaran kami.

Anda mungkin juga menyukai