Anda di halaman 1dari 5

Soalan no.

8 Menjelaskan konsep perlakuan normal dan perlakuan abnormal dan menerangkan secara terperinci perspektif gangguan mental.

Perlakuan manusia boleh dibahagikan dengan menggunakan beberapa jenis klasifikasi ataupun bentuk. Ada kelakuan yang boleh dianggap normal ataupun biasa untuk sesuatu suku kaum atau kelompok masyarakat dan kelakuan yang sama di anggap sebagai abnormal atau sesuatu yang tidak dapat diterima oleh mereka dan kemungkinan sesuatu yang luarbiasa. Perlakuan abnormal ini sering dikaitkan dengan gangguan mental. Gangguan mental, disebut juga sebagai penyakit mental. Penyakit mental adalah gangguan otak yang ditandai oleh terganggunya emosi, proses berfikir, perilaku, dan persepsi (penangkapan panca indera). Penyakit mental ini menimbulkan stress dan penderitaan bagi pesakit dan keluarganya.

Perlakuan abnormal kita dapat lihat dari beberapa jenis kelakuan dari istilah psikologi di anataranya adalah KELAKUAN NEGATIF. Kelakuan ini adalah keras bertentangan dan tidak logik. Secara zahirnya ia bertentangan dari perlakuan normal atau biasa oleh masyarakat umum. Perilaku ini adalah berdasarkan persepsi individu itu dan menunjukkan sesuatu kekurangan individu berkenaan.Kelakuan seterusnya adalah KELAKUAN AGRESIF. Kelakuan ini adalah kelakuan yang mengganas dan memusnahkan. Seseorang individu sering menggunakan perlakuan ini sebagai satu alat untuk mempertahankan diri samaada dari segi fizikal ataupun mental. Pada amnya kelakuan ini disebabkan oleh kekecewaan dalam seseorang. KELAKUAN MEMBINASAKAN DIRI ini digunakan untuk membalas dendam terhadap sesuatu yang lebih berkuasa daripada individu itu sendiri. Perasaan marah dialihkan kearah diri sendiri dan tindakan ini akan membinasakan diri sendiri. Kecederaan fizikal boleh berlaku dan kadangkala kematian berlaku akibat dari cara yang digunakan untuk mencederakan diri.

Kelakuan abnormal ini menunjukkan salah satu ciri-ciri gangguan mental. Gangguan mental ialah satu penyakit pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkahlaku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. masalah rumah tangga, ekonomi dan tekanan kerja. Mereka yang gagal membuang tabiat merokok, meminum minuman keras, menghidu gam, mengambil dadah dan berjudi juga tergolong dalam pesakit mental. Masalah mental merangkumi semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga peringkat tua. Bagi kanakkanak misalnya malu untuk makan dan ke tandas, takut ke sekolah dan hiperaktif juga termasuk dalam golongan mereka yang mengalami gangguan mental. Bagi golongan tua pula, antara penyakit mental yang dikesan ialah nyanyuk dan mengalami kemurungan.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang pertama penyakit psikosis. Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif. Kumpulan kedua ialah penyakit yang bukan psikosis atau neurosis. Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku secara tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian seseorang dan menjejaskan hubungan dengan orang lain, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis ini. Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah ketakutan yang tidak berasas (fobia), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsesif kompulsif. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya. Penyakit mental boleh berbeza dari segi jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan yang dijalani.

Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit mental bagi orang dewasa ialah kekeliruan dan pemikiran tidak realistic. Di mana pesakit tidak boleh membuat keputusan dengan berasaskan logik dan rasional. Selain daripada itu, pesakit juga akan berhalusinasi ataupun berimaginasi. Dimana pesakit akan bercakap sendiri, ketawa atau menangis tanpa sesuatu sebab yang munasabah. Emosi pesakit juga akan berubah-ubah tanpa keruan. Kadang-kadang pesakit akan meragam dan kesedihan berpanjangan, rasa gembira dan sedih yang keterlaluan, serta ketakutan, keresahan dan kebimbangan yang keterlaluan. Ekonomi dan sosial pesakit mental ini juga akan mengalami kemunduran disebabkan ketidakmampuan untuk melakukan aktiviti harian dengan normal. Bagi kanak-kanak dan remaja pula, satu perubahan yang paling ketara padamereka apabila menghidapi masalah gangguan mental ini ialah perubahan prestasi mereka didalam pelajaran mereka. Kanak-kanak dan remaja ini juga akan mengalami perubahan dalam tabiat makan dan tidur. Mereka juga akan sentiasa marah dan bersikap kasar serta tidak mahu menurut kata-kata orang disekelilingnya secara berterusan.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya masalah mental. Faktor pertama yang menyumbang kepada masalah mental ialah faktor genetik dan keturunan. Seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan. Terdapat kajian yang menunjukkan kebarangkalian 1:100 peluang untuk seseorang dalam keluarga mendapat penyakit skizofrenia jika ada dalam ahli keluarganya mengidap penyakit tersebut berbanding 1:10 dalam masyarakat umum. Faktor kedua ialah gangguan bahan kimia dalam otak sebagai contoh penghasilan dopmin secara berlebihan menyebabkan masalah Skizofrenia dan paras serotonim terlalu rendah menyebabkan masalah kemurungan. Apabila bahan kimia dalam otak yang dikenali neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan berlaku. Sebagai contoh penagih dadah dan penghisap gam. Faktor lain pula ialah jangkitan virus, sejarah hidup yang getir dan keadaan sosioekonomi yang rendah.

Selain itu, bagi tujuan rawatan pula terdapat beberapa jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan segera seperti neurosis, penyakit mental organik seperti nyanyuk, gangguan personaliti, autism, hiperaktif, ketagihan dadah dan cubaan membunuh diri. Antara rawatan yang sering digunakan bagi merawat penyakit-penyakit ini ialah psikoterapi dan kaunseling, rawatan psikotropik, rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif . Rawatan kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Rawatan psikotropik menggunakan berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik dan digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Rawatan tingkahlaku pula memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi merupakan satu contoh rawatan jenis ini. Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius.

Pada masa kini, masyarakat mengangap mereka yang mengalami masalah mental sebagai satu ancaman kepada keselamatan mereka kerana akhbar sering melaporkan pelbagai kes amuk, bunuh dan gangguan-gangguan yang dilakukan oleh mereka yang mengalami masalah mental. Keadaan ini menyebabkan masyarakat membuat tanggapan negatif kepada mereka yang mengalami masalah mental ini tanpa mengkaji sebab mereka berkelakuan sedemikian. Pesakit mental tidak seharusnya dipinggirkan oleh masyarakat kerana mereka yang mengalami masalah mental mempunyai peluang untuk pulih semula dan menjadi sebahagian daripada masyarakat. Mereka sepatutnya diberi

perhatian kerana ada dalam kalangan mereka mengalami tekanan dalam hidup yang berat sehingga mereka cenderung menghidap masalah mental. Tiada siapa yang mahu membantu untuk meringankan beban hidup mereka. Oleh itu, setiap individu perlu mengubah perspektif negatif mereka terhadap pesakit mental dan memberikan sokongansokongan yang diperlukan agar mereka tidak merasa terpinggir daripada kelompok masyarakat

Anda mungkin juga menyukai