Anda di halaman 1dari 7

Kajian Literatur

1. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Khairunnezam (2018) dalam kajiannya


yang bertajuk kemurungan dan panduan Islam dalam menghadapinya menjeleaskan
bahawa kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan
seseorang itu merasa sedih dan sebagainya. Punca kemurungan juga dijeelaskan
oleh penkaji antaranya, mewarisi generasi keluarganya terdahulu atau persekitaran
dan peristiwa hidup atau bencana yang melanda mangsa.

Selain itu, tanda-tanda bila seseorang itu sedang dirundung kemurungan,


misalnya seseorang itu kelihatan bersedih atau berada dalam status kekosongan
perasaan. Kemudian, hilang minat atau keseronokan,cepat letih atau tidak
bertenaga. Ada juga tanda-tanda kamurungan yang disebut oleh pengkaji antaranya
gangguan semasa tidur, hilang selera makan dan paling teruk apabila mangsa lebih
berfikir untuk membunuh diri bagi menyelesaikan masalah.

Seterusnya, pengkaji menjelaskan cara perubatan dari aspek psikologi dan


Islam. Bidang psikologi dan perubatan mencadangkan banyak langkah pencegahan
dan pembetulan yang perlu diambil secara proaktif antaranya perlu ketahui penyakit
dengan cara berjumpa dengan doktor atau pakar psikatari untuk mendapatkan
konsultan daripada mereka. Cara yang kedua patuh kepada ubat-ubatan dan
rawatan susulan andai dinasihatkan sebegitu oleh pakar perubatan. Kemudian, perlu
mengamalkan cara berfikir yang positif dan menguruskan konflik-konflik yang boleh
meemkar tekabab dan kemurungan. Manakala dari aspek Islam menjelaskan
bahawa manusia secara fitrahnya dipengaruhi oleh unsur dalaman seperti jiwa,
nafsu dan perasaan. Bijak pandai agama menjelaskan bahawa proses penyembuhan
kemurungan dan masalah mental dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran,
berzikir, mendirikan solat, doa-doa lazim dan khusus, bermunajat dan melakukan
amal maa’ruf nahi munkar sebagaimana digariskan oleh syariat. Selain itu, panduan
yang boleh digunakan dalam proses penyembuhan dengan mengamalkan bacaan
Al-Quran, berwudhuk dan berselawat ke atas Rasulullah S.A.W sebagai satu usaha
untuk dekatkan diri dengan Allah.

Kesimpulannya, walau sebesarmanapun masalah atau kesukaran yang


menyumbang kepada tekanan dan kemurungan, kita perlu sedar ia dapat diatasi
dengan jayanya jika tindak tantuk kita menepati apa yang diajarkan di dalam agama
Islam.
2. Merujuk kepada kajian Norhayati (2013) dalam kajiannya yang bertajuk faktor
kemurungan di kalangan pelajar, Pengkaji menyatakan kemurungan adalah sejenis
penyakit mental yang mana hampir kesemua pesakit yang murung menglami episod
mood yang rendah, dan hilang minat sepenuhnya ke atas sesuatu aktiviti. Pengkaji
juga menyatakan kemurungan (depression) juga dikenali sebagai satu penyakit
psikologimyang melibatkan tekanan perasaan yang serius terhadap individu.

Kebanyakan mereka yang mengalami kemurungan ini juga berdepan dengan


masalah kurang keyakinan diri, merasakan sukar untuk mengekalkan penampilan diri
dan berkomunikasi dengan orang ramai. Kehidupan mereka akan menjadi pasif dan
kemungkinan ada yang memikirkan untuk membunuh diri. Tetapi masalah
kemurungan dalam kalangan palajar menyebabkan pelajar kurang berkemahiran
untuk berkomunikasi, membuat tindakan yang tidak wajar dan menghadapi massalah
yang menyebabkan pencapaian rendah.

Statistik kemurungan global memperlihatkan satu keadaan yang kian


membimbangkan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kemurungan adalah
penyakit keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia,

3. Menurut Nurul Hudani (2016) dalam kajiannya yang bertajuk campuran


kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan ibu bapa. Kita dapat memahami
bahawasanya kemurungan tidak hanya berlaku kepada golongan remaja atau bujang
sahaja tetapi kemurungan juga terjadi kepada golongan ibu bapa disebabkan oleh
anak-anak terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya. Pengkaji
juga menyatakan tanda-tanda yang dihadapi oleh ibu bapa antaranya gangguan tidur
yang mana ibu bapa sukar untuk tidur atau untuk mendapatkan tidur yang lena.
Hampir semua ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya membuat laporan
bahawa mereka sukar untuk kekalkan tidur yang lama dan puas.

Selain itu, ibu bapa juga akan merasakan sifat cepat marah terhadap anak
mereka yang disebabkan tekanan yang mereka alami. Ibu bapa ini akan merasakan
sepat rasa bimbang terhadap anak mereka dan mereka juga akan mudah menitiskan
air mata terutamanya apabila ibu bapa sentiasa memikirkan keadaan anak mereka
yang mempunyai ketidakupayaan.
4. Ferlis Bullare, Rosmah, Lailawati dan Surianti (2015) telah membuat kajian
mereka yang bertajuk Strategi Daya Tindak Remaja Sekolah dan Hubungan dengan
Kemurungan dalam menentukan perbezaan kemurungan berdasarkan jantina. Hasil
kajian penkaji kemurungan yang dialami dari pelajar perempuan lebih tinggi
berbanding pelajar lelaki. Begitu juga, kemurungan lebih tinggi bagi pelajar sekolah
menengah tinggi berbanding pelajar sekolah menengah rendah. Namun begitu
kemurungan yang dialami oleh mereka berada di tahap sederhana dan tidak
menimbulkan kesengsaraan psikologi yang tinggi.

5. Othman dan Emely (1998) mendefinisikan kemurungan sebagai : Depression


can refer to either to a mood or clinical syndrome a combination of emotional,
cognitive and behavioral syamptoms. Kemurungan bukan sahaja berlaku dalam
kalangan kanak-kanak, malah ia boleh dialami dalam pelbagai peringkat usia dan
gender. Menurut Kauffman (2001) kemurungan di kalangan kanak-kanak merupakan
satu isu yang kontroversial sejak beberapa dekad yang lalu. Kemurungan juga
dianggap sebagai penyakit zaman ini. Ianya tidak hanya berbahaya secara kejiwaan
tetapi boleh juga merosakkan aspek fizikal. Gangguan kemurungan adalah
berberapa bentuk penyakit kejiwaan,kecanduan dadah, gangguan tidur, gangguan
pada kulit , perut dan tekanan darah dan akhirnya boleh bertindak agresif seperti
membunuh orang atau membunuh diri.

6. Menurut Mohd. Sufian (2004), kemurungan adalah suatu masalah yang tidak
seimbang emosi yang mana biasanya dialami manusia yang berdepan dengan
kekecewaan atau tekanan dalam kehidupan harian mereka. Menurut kajian yang
dijalankan oleh Turkington dan Kaplan (1997) dalam See Ching Mey, (2005)
mendapati bahawa apabila seseoang yang mencapai umur 15 tahun satu daripada
lima remaja akan mengalami kemurungan. Menurut Bachanas dan Kaslow (2001)
kemurungan dalam kalangan remaja memerlukan perhatian dan intervensi yang
baik. Kemurungan merupakan satu sindrom klinikal yang menggabungkan kombinasi
emosi, kognitif dan juga simptom-simptom tingkah laku ( Oltmanns&Emery, 1995) .
Ia juga merupakan gangguan dan kecelaruan perasaan dan termasuk penyakit
minda yang memberi kesan psikologi yang mana penghidapnya akan bertingkah laku
suka menyalahkan diri sendiri , keliru dan merasakan tiada peluang hidup
Menurut Dr. Randy Byrd (dalam Stephen:2009) melaporkan mengenai eksperimen
yang menarik dalam ”The Medical Tribune” berhubung dengan pesakit hospital yang
sama usia dan keadaan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama
dibacakan doa oleh beberapa anggota kumpulan yang berdoa, sementara golongan
kedua tidak. Hasil kajian menunjukkan kumpulan pertama kurang menderita sakit;
hanya 3 daripada 16 orang memerlukan antibiotik; 6 orang menderita pulmonari
edema, berbanding orang dengan 18 orang; dan tidak ada yang perlukan rawatan
perubatan;berbanding 12 orang dalam kumpulan kedua. Seandainya lebih
bersungguh-sungguh dan kerap berdoa dengan penuh keyakinan dapat dapat
merubah manusia dan manusia boleh membuat perubahan dalam dirinya. Herbert
Hoover, bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke-31 berkata:” Kuasa doa lebih kuat
daripada kombinasi yang dikawal oleh manusia; kerana doa ialah terbaik manusia
dapat mengumpulkan sumber-sumber ketuhanan.” (Septhen, 2009)

7. Menurut E. Gilman Stephen , Kawachi Ichiro, M Fitzmaurice Garrett, dan L Buka


Stephen (2002) sosioekonomi yang rendah semasa zaman kanak-kanak mempunyai
kaitan berlakunya kemurungan semasa remaja kelak Hasil kajian yang dijalankan
oleh Mohamed Alfian Haris (2006) mendapati masalah kebimbangan dan punca
utama ketidakstabilan emosi pelajar disebabkan oleh pendapatan keluarga.

8. Manakala menurut Paragament dan Park (1995) telah membuktikan bahawa


amalan agama dapat mengawal tekanan yang dirasai. Agama dapat digunakan
dengan 14 pelbagai cara sama ada untuk individu menjadi asertif atau defensif, aktif
atau pasif. Agama berkait rapat dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan.
Menurutnya lagi , agama memberikan panduan amalan kehidupan dan tindakan
individu pada setiap ketika sama ada secara perseorangan atau kolektif.

9. Menurut Imam a-Ghazali dalam Ihya ’ Ulumuddin dalam Mardzelah (2003),


pendekatan Islam (Hisbat) adalah arahan mengerjakan kebaikan dan menengah
kemungkaran bagi mencapai keredaan Allah S.W.T yang berteraskan kepada
konsep tolong menolong ke arah kebaikan dan menjauhi kemngkaran atau dikenali
sebagai ’alamr bi al-ma’ruf wa al-nahy an al-munkar.’ Definisi- definisi yang
diutarakan di atas merangkumi aspek perhubungan, pendekatan psikologi,
perubahan tingkah laku, serta dimensi-dimensi lain yang menjadi pengenalan asas
kepada prinsip kaunseling. Sifat-sifat yang wajib kepada seorang guru agama ialah
sidiq, amanah, tabligh dan fatanah . Rasulullah S.A.W merupakan seorang kaunselor
contoh yang harus diteladani oleh semua kaunselor (Mohamed Sharif, 1998). Sifat-
sifat dan konsep utama yang harus menjadi landasan kepada tugas-tugas seorang
guru agama ialah beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T, jujur dan Ikhlas, benar
(Sidiq), berani, adil, pemurah dan ramah-tamah, sabar dan tenang, adab dan akhlak,
percakapan yang baik, tidak munafik dan menepati janji

Sistematika Kajian

Pengkaji membahagikan kajian ini kepada beberapa bab tertentu bagi


memudahkan proses penulisan berjalan dengan lancar dan teratur. Secara
keseluruhannya, kajian ini mengandungi lima bab yang dibincangkan secara
terperinci sebagaimana berikut:-

Bab 1: Bahagian ini menjelaskan tentang pendahuluan iaitu latar belakang kajian,
objektif kajian, kepentingan kajian, skop batasan kajian, kajian lepas, metodologi
kajian serta sistematika penulisan.

Bab 2: Pada bahagian ini perkaji menerangkan tentang konsep dan takrifan
kaunseling serta statistik-statistik kemurungan yang berlaku di dalam negara kita
pada masa kini. Selain itu, pengkaji menghuraikan tentang sejarah atau bagaimana
wujudnya kemurungan ini. Di samping itu, pengkaji cuba mengaitkannya dengan Al-
Quran dan Hadis agar perkara ini lebih jelas.

Bab 3: Seterusnya, dalam bab 3, kajian lebih memberi fokus kepada teori-teori barat
tentang kemurungan serta fakta yang dikeluarkan tentang kes kajian ini. Di dalam
bab ini juga pengkaji menjelaskan punca, kesan serta cara mengatasi kemurungan
yang telah ditetapkan oleh pengkaji-pengkaji barat yang pakar dalam bidang
kaunseling dan psikologi.

Bab 4: Kesinambungan daripada itu, dalam bab 4 pula, pengkaji merujuk


kemurungan dari perspektif Islam secara menyeluruh serta mencari solusinya dari
pendapat-pendapat ustaz dan alim ulama. Pengkaji juga cuba mengaitkan kes
kemurungan ini dari kedua-dua perspektif agar perkara ini dapat difahami
bahawasanya kemurungan tidak dipandang remeh oleh agama Islam.

Bab 5: Pengkaji seterusnya membuat rumusan hasil keseluruhan dapatan kajian


yang dijalankan daripada awal sehingga akhir pengkajian dan seterusnya diikuti
beberapa cadangan dan pencegahan awal untuk masyarakat lebih faham dan tidak
memandang remeh akan isu kemurungan ini. Pengkaji juga merumuskan beberapa
tips atau cara yang telah dibincangkan bersama para pakar dari perspektif
kaunseling dan para agamawan. Pengkaji juga membuat kesimpulan dari kajian
yang telah dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai