Anda di halaman 1dari 28

KULIYYAH KAUNSELING DAN SAINS SOSIAL

KPB 6413 PSIKOLOGI BILAZIM

TAKE-HOME MID TERM EXAMINATION

NAMA : MIRA WAHIDAH BINTI MUHAR


NO MATRIK : M214014746
NAMA PENSYARAH : DR. ABU BAKAR BIN ABDULLAH
TARIKH SERAHAN : 6 NOVEMBER 2023
1. Menurut Buku Psikologi Abnormal, Terangkan maksud normal dan abnormal
psikologi serta maksud dari perspektif Islam.

Psikologi abnormal adalah cabang psikologi yang berkaitan dengan psikopatologi dan
kelakuan abnormal, selalunya dalam konteks klinikal. Istilah ini meliputi pelbagai gangguan,
dari kemurungan hingga gangguan obsesif-kompulsif (OCD) kepada gangguan personaliti.
Normal adalah dimana keadaan biasa yang menjadi amalan atau menurut aturan kebiasaan
berkaitan fungsi, sikap atau keupayaan. Dalam konteks psikologi pula, normal adalah
individu yang tidak mengalami sebarang gangguan dari segi kognitif, tingkah laku dan
aktiviti harian.

Menurut perspektif Islam, abnormal pada dasar psikopatologi (gangguan keperibadian) dalam
Islam banyak sekali tokoh yang mencuba mengklasifikasikannya. Menurut Al-Qur’an dan
Al-Sunnah, jenis psikopatologi dibahagi menjadi tiga bahagian utama. Pertama, gangguan
keperibadian yang berhubungan dengan akidah atau dengan Tuhan, seperti menyekutukan
Allah (syirik), mengingkari, berbuat dosa, bermuka dua, menunjuk-nunjuk, dan menuruti
bisikan syaitan.

Kedua, gangguan keperibadian yang berhubungan dengan kemanusiaan seperti iri hati,
dengki, buruk sangka, marah, benci, penakut, kedekut, menipu, mengolok-olok, menyakiti,
memfitnah, menceritakan keburukan orang lain, rakus, putus asa, menganiaya, boros dan
materialism. Ketiga, gangguan keperibadian yang berkaitan dengan pemanfaatan alam

semesta sebagai realisasi tugas-tugas kekhilafan seperti membuat kerosakan. Menurut Imam
Shafii psikopatologi istilah yang mengacu tentang penyakit mental atau tekanan mental atau
manifestasi tingkahlaku dan pengalaman yang mungkin menunjukkan penyakit mental atau
gangguan psikologi.(Malik B. Badri, 1989).
Budaya hidup manusia berkait rapat dengan disiplin psikologi. Hal ini kerana kejadian
manusia itu sendiri terdiri dari lima elemen utama iaitu jasad, roh, akal, nafsu dan hati
(psikik).

Normal dari perspektif islam pula adalah individu itu dapat menyeimbangkan kelima-lima
elemen utama dan tidak sampai ke tahap yang membimbangkan yang mampu membawa
kepada kecacatan ke atas salah satu elemen tersebut. Dari situlah Islam mengukur kewarasan
dan kenormalan individu itu dalam menjalani kehidupan.

2. Berpandukan buku Psikologi Abnormal, pilih 20 konsep atau psikopatologikal serta


huraikan secara ringkas konsep dan psikopatologi tersebut serta jelaskan rawatan
perubatan dan psikologi.

i) Kecelaruan Cemas Berlebihan (Anxiety Disorder)


Perasaan cemas yang muncul apabila berhadapan bahaya itu normal. Namun, di dalam dunia
psikiatri, individu dikatakan mempunyai penyakit cemas berlebihan atau lebih dikenali
sebagai ‘Anxiety Disorder‘ bilamana mereka mempunyai reaksi cemas dan risau yang
berlebihan atau melampaui batas terhadap satu stimulus berbanding orang lain. Penyakit ini
biasanya mudah dikesan dalam kalangan mereka yang sensitif, mempunyai keyakinan diri
yang rendah dan pengurusan stress yang lemah. Terdapat banyak simptom – simptom anxiety
yang lain, ianya boleh datang dalam bentuk psikologi ataupun fizikal.

Psikologi :

 Perasaan risau, cemas dan tak tenteram


 Mudah hilang focus
 Masalah tidur (susah untuk memulakan tidur, kerap terjaga atau bangun awal dari
biasa)
 Mudah rasa marah

Fizikal :

 Tegang otot
 Sakit kepala
 Sakit dada atau tak selesa pada dada
 Sakit atau lemah badan
 Berdebar – debar
 Sesak nafas
 Berpeluh – peluh
 Menggeletar seluruh badan
 Rasa loya tekak dan sakit perut
Terdapat beberapa teori yang menyumbang kepada penyebab terjadinya penyakit ini:

 Teori Biologi : Genetik, personaliti individu, ketidakseimbangan neurotransmitter


dalam otak, sejenis bahan kimia yang diperlukan dalam koordinasi sistem saraf
 Teori Psikologi : Cara didikan ibubapa yang tegas atau terlampau melindungi
(overprotective) hingga menjejaskan kemandirian anak, trauma di masa silam (fizikal,
emosi dan seksual), sejarah Separation Anxiety.
 Teori Psikoanalitik : Kegagalan mekanisme pertahanan diri (psychological defense
mechanism)
 Teori Pembelajaran : Konsep conditional and operant learning theory. Konsep
mudahnya, seseorang pernah terlibat dengan kemalangan di selekoh jalan A. Setelah
itu, setiap kali melalui dia melalui selekoh jalan yang menyerupai jalan A, dia akan
mendapat serangan panik.

Terdapat pelbagai cara atau tips yang boleh dilakukan ketika sedang menghadapi sebarang
stres. Teknik- teknik ini tidak hanya terpakai untuk pesakit kesihatan mental bahkan dapat
dipraktikkan oleh masyarakat umum.

i. Teknik-teknik ini akan diajar oleh psikologis dalam sesi rawatan

 Penerangan dan pemahaman mengenai penyakit


 Mekanisme menghadapi stress (coping skills)
 Latihan untuk meningkatkan keyakinan diri (assertive skills)
 Latihan skill social (social skill training)
 Terapi tingkahlaku :

a. Breathing relaxation exercise : teknik bernafas dengan tenang dan teratur dapat
mewujudkan keadaan yang lebih relaks bagi mengurangkan rembesan hormon adrenalina.
Buat latihan dengan kerap dan jadikannya sebagai rutin supaya sudah terbiasa apabila
serangan berlaku.
ii) Kecelaruan Panik (Panic Disorder dan Agoraphobia)

Apabila individu tersebut sering mendapat serangan panik dan serangan tersebut tidak boleh
dijangka masa dan tempat ia akan berlaku. Individu tersebut juga akan mengalami ketakutan
yang berterusan akan kemungkinan berlakunya serangan panik yang seterusnya atau individu
tersebut terpaksa mengubah suai rutin kehidupan atau perangai bagi mengelakkan serangan
panik dari berlaku seperti melakukan atau meninggalkan sesuatu. Manakala, Agoraphobia
adalah merupakan satu penyakit yang mana seseorang individu itu mempunyai ketakutan dan
cemas yang berlebihan sekurang-kurangnya 6 bulan. Perasaan cemas ini akan datang apabila
berada dalam beberapa situasi seperti di bawah :

 Berada di dalam kenderaan awam seperti bas


 Beratur dalam barisan atau pun berada di tempat orang ramai
 Berada di kawasan yang terbuka seperti pasar malam
 Berada di kawasan yang tertutup seperti di dalam panggung wayang
 Keseorangan apabila dia berada di luar rumah

Simptom serangan panik :

 Berdebar- debar
 Berpeluh- peluh
 Menggeletar
 Rasa sesak nafas
 Rasa seperti tercekik
 Sakit atau tidak selesa pada bahagian dada
 Loya tekak, sakit perut atau tidak selesa perut
 Pening atau hampir pitam

Terdapat beberapa teori yang menyumbang kepada penyebab terjadinya penyakit ini seperti
genetik, cara didikan ibubapa yang terlalu mengongkong sehingga mengganggu kemandirian
anak, Kemahiran daya tindak (Coping Skills) yang lemah atau terdapat trauma di masa silam.
Terdapat pelbagai cara atau tips yang boleh dilakukan ketika sedang menghadapi sebarang
stres. Teknik- teknik ini tidak hanya terpakai untuk pesakit kesihatan mental bahkan dapat
dipraktikkan oleh masyarakat umum.

Tips Psikologi:

a. Breathing relaxation exercise

b. Progressive muscle relaxation

c. Mindfulness

iii) Fobia Sosial (Social Phobia)

Kecelaruan Fobia Sosial ialah satu kondisi apabila munculnya ketakutan terhadap situasi
tertentu yang melibatkan komunikasi dengan orang yang tidak dikenali ataupun situasi yang
membuka peluang untuk individu tersebut dinilai atau dihakimi. Perkataan ‘fobia sosial’ ini
membezakan kecelaruan ini dengan jenis fobia yang lain yang mana ketakutan itu lebih
menjurus kepada objek ataupun situasi yang melibatkan selain daripada tema suasana sosial.
Mereka yang mempunyai kondisi ini sebenarnya takut akan memalukan diri sendiri dalam
situasi sosial contohnya perjumpaan beramai-ramai, pembentangan atau berjumpa dengan
orang yang baru. Seperti kondisi penyakit mental yang lain, kriterianya perlu dirujuk kembali
seperti apa yang tertera di dalam buku.

Kriteria yang diperlukan :

 Ketakutan yang teramat di dalam satu atau lebih situasi sosial yang menyebabkan
individu tersebut terdedah kepada kebarangkalian akan dinilai atau dihakimi secara
negatif. Contohnya, ketika berinteraksi dengan orang lain atau membuat persembahan
di hadapan orang ramai. (Untuk kanak-kanak, perasaan cemas ini mesti berlaku dalam
situasi bersama kawan-kawan seusia dan tidak hanya terhad ketika bersama orang
dewasa).
 Individu tersebut mempunyai ketakutan bahawa kelakuannya nanti atau perasaaan
cemas ini akan memalukan dirinya sendiri atau tidak diterima oleh orang lain .
 Situasi sosial ini hampir setiap masa mencetuskan perasaan takut dan cemas (kanak-
kanak mungkin akan memanifestasikan perasaan tersebut dengan cara menangis,
mengamuk, diam kaku atau tidak boleh bercakap semasa dalam situasi itu).

Terapi Tingkah Laku Kognitif didapati boleh membantu individu untuk menangani dan
membantu mereka membentuk pola-pola pemikiran yang sihat berkaitan dengan situasi hidup
mereka. Kaunselor boleh mengenal pasti pemikiran negative yang menghalang mereka
daripada perasaan cemas yang dialami ketika berhadapan dengan orang ramai serta
membantu mengubah pemikirannya seperti pemikiran automatic, sangkaan dan kepercayaan.
Terapi ini memfokus kepada pemikiran, dan bagaimana ia mempengaruhi perasaan dan
tingkahlaku klien.

iv) Kecelaruan Obsesif Kompulsif (Obsessive-Compulsive Disorder)

Kecelaruan Obsesif Kompulsif atau Obsessive Compulsive Disorder (OCD) ialah satu
kecelaruan mental yang agak popular dalam kalangan masyarakat umum. Lazimnya, mereka
katakan ini merupakan satu kondisi yang dikaitkan dengan “rigidity” atau “perfectionist” atau
dengan kata lain, seseorang yang tidak boleh menerima satu perubahan di mana apa yang
berlaku itu bertentangan dengan norma dirinya atau dikatakan bahawa dia sudah terbiasa
dengan ‘kesempurnaan’.

OCD merupakan satu kondisi yang mempunyai ciri-ciri obsesif atau/dan kompulsif yang
menjejaskan kehidupan individu kerana perbuatan itu dilakukan tanpa rela hati walhal dia
sedar kelakuannya tidak rasional. Kesemua keadaan ini boleh menyebabkan seseorang
sentiasa dalam keadaan yang cemas dan tertekan.

Dalam dunia psikiatri, terdapat lagi satu kondisi dipanggil sebagai Obsessive Compulsive
Personality Disorder (OCPD) atau personaliti Obsesif Kompulsif yang mempunyai cirinya
yang tersendiri. Antaranya, terlalu mementingkan perincian sesuatu perkara (details) seperti
urutan dan peraturan sehingga menyebabkan fokus perbincangan lari atau objektif tidak dapat
dicapai, tidak mudah untuk bekerjasama dengan orang lain kerana risau hasilnya tidak seperti
yang diharapkan, seseorang yang sangat berkira dengan duitnya, seseorang yang sangat
mementingkan kerjayanya melebihi kawan-kawan dan beberapa ciri yang lain.

Individu yang mempunyai personaliti ini tidak mengalami stres atau tekanan kerana dia
beranggapan perkara itu adalah keperluan, penting dan dilaksanakan atas kerelaannya sendiri.
Kondisi ini sebaliknya telah menyebabkan kesukaran, kesusahan dan memberi tekanan
kepada orang lain.

Terapi psikologi yang diberikan berfokus untuk mengubah bentuk pemikiran, dan juga untuk
mendedahkan individu kepada perkara yang ditakutinya itu dan membantu mereka
menghadapinya dengan baik.Terapi Tingkah Laku Kognitif dapat membantu dapat mengubah
pemikiran dan persepsi klien tentang kecelaruannya.

v) Posttraumatic Disorder (PTSD)

Trauma adalah peristiwa yang dirasakan seperti ancaman yang sangat memberi tekanan.
Anda mungkin terlibat dalam peristiwa traumatik atau menyaksikannya. Trauma boleh
disebabkan oleh satu kejadian seperti kemalangan jalan raya, dirogol, didera, atau
pengalaman sukar semasa bersalin. Trauma juga boleh terjadi apabila anda terdedah kepada
peristiwa traumatik berulang kali. Kesan trauma juga boleh diwarisi dari satu generasi ke
generasi seterusnya, sehingga kanak-kanak atau remaja dipengaruhi oleh trauma yang berlaku
kepada pengasuh atau ahli keluarga pada masa lalu. Ia merupakan satu gangguan mental di
mana sesetengah orang mengalaminya selepas berhadapan dengan peristiwa yang traumatik,
menakutkan atau berbahaya.

Apakah Penyebab PTSD?

 Ancaman kecederaan atau kematian


 Kemalangan serius
 Pertempuran
 Serangan pengganas
 Serangan seksual
 Serangan fizikal
 Bencana alam
 Penderaan seksual atau fizikal zaman kanak-kanak

Kebanyakan orang mula pulih daripada peristiwa traumatik dalam beberapa minggu
berikutnya tanpa simptom yang berpanjangan. Tetapi, sesetengah orang mengalami simptom
yang lebih teruk berpanjangan, otak dan badan mereka tidak dapat mengatasi tekanan
peristiwa traumatik yang telah berlaku. Ini boleh meningkatkan risiko mengalami masalah
kesihatan mental seperti gangguan tekanan selepas trauma (PTSD). Orang yang mengalami
PTSD boleh berasa cemas selama bertahun-tahun selepas trauma, sama ada mereka cedera
secara fizikal atau tidak.
Tekanan yang datang dengan peristiwa traumatik boleh melumpuhkan dan menghuru-
harakan kehidupan seseorang. Kesedihan, ketakutan, dan kemurungan boleh berpanjangan.

Terdapat beberapa solusi kecil yang dapat membantu ‘meringankan’ situasi dan emosinya
sekarang:

1. Keluar berjalan-jalan atau berjumpa dengan kawan


2. Amalkan rutin hidup yang berkualiti dengan penjagaan tidur, makan dan kerapkan
bersenam
3. Elakkan pengambilan alkohol atau dadah
4. Sering mengajak mereka untuk lakukan aktiviti yang mengeluarkan tenaga yang
positif bersama seperti bersenam bersama, membeli belah bersama dan sebagainya
5. Mengingatkan mereka untuk mencari bantuan sekiranya berada dalam kondisi yang
kritikal seperti cubaan mencederakan diri
6. Memberi informasi yang sahih tentang kondisi mereka dan bimbing mereka untuk
dapatkan rawatan yang sebaiknya
7. Menggalakkan mereka untuk berjumpa dengan yang pakar untuk rundingan nasihat

vi) Gangguan Dismorfik Tubuh (Body Dysmorphic Disorder)

Body Dismorphic Disorder (BDD) ialah satu keadaan di mana seseorang mempunyai
anggapan yang kuat bahawa terdapat kecacatan atau kekurangan pada tubuh badan, tetapi
tidak dianggap begitu oleh orang lain. Gangguan dismorfik badan adalah gangguan mental
yang menyebabkan anda sentiasa berfikir tentang satu atau lebih kekurangan yang dirasakan
atau kecacatan dalam penampilan anda, sama ada sangat tidak penting atau tidak boleh
diperhatikan. Walau bagaimanapun, keadaan ini membuatkan anda mungkin berasa malu dan
cemas sehingga anda mengelakkan banyak situasi sosial dan mengelakkan muncul di tempat
awam.
Gangguan dismorfik tubuh berlaku paling kerap terhadap seeorang pada tahun-tahun remaja
mereka dan mangsa termasuk kedua-dua jantina. Rawatan gangguan dismorfik tubuh
mungkin melibatkan ubat atau terapi perilaku kognitif.

Simptom BDD adalah seperti berikut :

 Menjadi sangat cemas tentang kecacatan yang dilihat yang mana orang lain tidak dapat
melihatnya atau kelihatan sangat kecil.
 Mempunyai kepercayaan kuat bahawa kecacatan yang membuat anda hodoh atau berbeza
dengan orang biasa.
 Mempunyai kepercayaan kuat bahawa orang mengambil perhatian tambahan dalam
penampilan anda atau mereka melihat anda dengan cara yang negatif atau mengejek anda.
 Mengambil bahagian dalam tingkah laku dan tindakan yang bertujuan untuk membetulkan
atau menyembunyikan kekurangan yang dirasakan yang sukar dikawal atau ditentang, seperti
sentiasa memeriksa cermin, memetik kulit atau dandanan.

BDD boleh dirawat dengan terapi (cognitive behavioral therapy) atau/dan ubat psikotropik.
Ubat-ubatan yang boleh dipreskripsikan kepada pesakit adalah citalopram (Celexa),
escitalopram (Lexapro), fluoxetine (Prozac), sertraline (Zoloft), fluvoxamine (Luvox),
paroxetine (Paxil), and clomipramine (Anafranil).

vii) Kecelaruan Mengumpul Barang (Hoarding Disorder)

Hoarding Disorder atau kecelaruan mengumpul objek ini merupakan salah satu kecelaruan
yang berkait dengan kecelaruan obsesif-kompulsif (OCD). Kecelaruan mengumpul objek ini
adalah kondisi di mana individu tersebut susah untuk membuang atau berpisah dengan objek
yang dimiliki walaupun sebenarnya barang tersebut tiada nilai sentimental atau apa-apa
maksud khusus dan istimewa dalam hidupnya. Kebiasannya, barang-barang yang dikumpul
adalah tidak bernilai atau tidak berguna seperti surat khabar lama, buku-buku lama, nota,
majalah, pakaian, kelengkapan dapur yang lama, bekas makanan pakai buang dan banyak
lagi.

Hoarding mempunyai beberapa tahap, tahap sederhana ke tahap yang parah. Untuk kes
hoarding di tahap yang sederhana, mungkin tidak akan terlalu memberi kesan secara
langsung, namun sekiranya pada tahap yang parah, ia akan mengganggu kefungsian hidup
seseorang itu.

Kecelaruan ini dilihat boleh menggangu kehidupan seharian kerana objek atau barangan yang
dikumpul yang terlalu banyak akan berselerak dan mengambil ruang yang banyak dalam
rumah hingga menyebabkan sukar untuk individu bergerak dan membuat kerja di rumah.
Malah, barang yang begitu banyak terkumpul juga akan membawa kepada masalah
kebersihan dan keselamatan.

SIMPTOM DAN TINGKAH LAKU HOARDING DISORDER

 Sukar untuk membuang barang walaupun tiada nilai penting


 Berasa bimbang dan tertekan apabila cuba untuk membuang barang kerana persepsi
individu tersebut (dia perlu untuk menyimpannya, takut-takut akan diperlukan nanti)
 Tidak reti menyusun dan menyimpan barang dengan teratur
 Tidak boleh membuat keputusan apa yang perlu disimpan dan dimana perlu disimpan
barang-barang tersebut
 Pemikiran dan tingkah laku obsesif (melihat semula sampah yang dibuang, risau
terbuang barang yang ingin disimpan)

Individu dengan kecelaruan mengumpul barang ini tidak merasakan perkara ini sebagai satu
masalah, dan membuatkan rawatan agak sukar untuk diberikan. Namun begitu, rawatan
intensif dapat membantu individu dengan kecelaruan ini memahami bagaimana kepercayaan
dan tingkah laku mereka ini perlu diubah bagi memastikan mereka mendapatkan kehidupan
yang lebih selamat serta bahagia dengan kehidupan mereka. Rawatan bagi keadaan ini
kebiasaannya melibatkan ubat-ubatan dan terapi tingkah laku kognitif (CBT). Ubat-ubatan
hanya akan diberikan untuk menenangkan individu yang mengalami gejala kebimbangan
(anxious) yang melampau sehingga mengganggu fungsi hidup mereka.

Kaedah CBT pula digunakan untuk mengajar individu tersebut untuk membuang barangan
mereka secara beransur-ansur serta membantu mengurangkan tekanan disamping
mengurangkan keinginan untuk menyimpan lebih banyak barang. Kaedah ini juga akan
membantu mereka menjadi lebih kemas dan teratur serta membantu individu membuat
keputusan dengan lebih tenang dan relaks. Rawatan ubatan adalah seperti selective serotonin
reuptake inhibitors (SSRIs).
viii) Gangguan Somatoform (Somatic Symptom Disorder)

Somatic symptom disorder (SSD) atau gangguan somatoform adalah kondisi psikologi yang
membuat seseorang merasakan masalah secara fizikal seperti sakit perut, nyeri, atau
gangguan pernapasan. Namun, saat dilakukan pemeriksaan secara medikal, tidak ditemukan
sumber masalah dari keluhan fizikal tersebut. Doktor sebenarnya tidak akan mendiagnosis
seseorang dengan SSD semata-mata kerana keluhan fizikal yang tidak diketahui
penyebabnya. Pengidap somatic symptom disorder terkadang tidak menyedari bahawa
keluhan fizikal yang mereka rasakan didasari oleh gangguan mental. Gangguan somatoform
lebih banyak ditemukan pada wanita dibandingkan lelaki Selain itu, SSD juga lebih banyak
dialami oleh orang-oarng berusia di bawah 30 tahun.

Sejauh mana pesakit berpikir, merasakan, dan mengalami perubahan tingkah laku terhadap
gangguan fizikal itulah yang menjadi gejala utama dari gangguan somatoform. Berikut
merupakan perubahan emosi dan perilaku yang kerap dirasakan pengidap somatic symptom
disorder.

 Kegelisahan berlebihan bahawa gangguan fizikal ringan yang mereka alami


merupakan masalah kesihatan serius.
 Memeriksakan diri ke beberapa hospital kerana tidak mempercayai hasil yang
menyatakan bahawa kondisi fizikalnya tidak bermasalah.
 Tidak merasakan kesan perawatan medikal atau terlalu sensitif dengan kesan samping
perubatan.
 Takut melakukan banyak aktiviti fizikal kerana bimbang dengan kondisi tubuh.

Berikut merupakan kondisi yang boleh menjadi penyebabnya :

 Faktor genetik dan biologikal, seperti kepekaan yang lebih tinggi terhadap rasa sakit.
 Riwayat keluarga yang sering sakit.
 Pernah mengalami trauma atau gangguan stres pascatrauma, misalnya akibat
gangguan seksual saat masih kecil.

Berikut merupakan beberapa perubatan yang dapat diberikan psikiatri untuk


mengatasinya.
1. Pemberian ubat-ubatan

Jika kondisi pesakit didasari oleh gangguan gangguan kecemasan atau depresi, doctor
psikiatri mungkin akan memberikan ubat antidepresan.

Pastikan untuk mengkonsumsi ubat antidepresan sesuai dengan aturan yang diberikan.
Hasil perubatan akan lebih maksima jika dikombinasikan dengan terapi.

2. Terapi

Jenis terapi yang banyak digunakan untuk menangani gangguan somatoform yakni terapi
tingkah laku kognitif. Dengan terapi ini, pesakit akan dibantu untuk mengurangi fokus
terhadap gejala fizikal dirasakan.

Selain itu, hipnosis juga boleh digunakan sebagai alternatif terapi lainnya. Terapi ini akan
dilakukan dengan membuat kondisi tubuh menjadi fokus dan tenang sehingga pesakit
dapat menerima pendapat positif yang diberikan.

Perubatan dengan terapi juga akan membantu pesakit untuk menyalurkan rasa stress
dengan melakukan hal-hal positif, seperti bersenam atau menjalani hobi.

ix) Kecelaruan Identiti Disosiatif (Dissociative Identity Disorder)

Dissociative Identity Disorder (DID) bermaksud kecelaruan identiti juga dikenali sebagai
Multiple Personality Disorder bukanlah suatu penyakit yang lazim. DID adalah proses mental
yang menyebabkan kecelaruan personaliti dalam diri seseorang iaitu seseorang itu
mempunyai lebih daripada satu personaliti dalam diri mereka yang mana setiap personaliti itu
adalah berbeza antara satu sama lain. Personaliti berbeza yang terdapat dalam diri penghidap
DID ini dipanggil ‘Alters’. Tiap keperibadian alternatif punya perbezaan pada ciri individu
dan cara berfikirnya. Keperibadian alternatif mungkin juga memiliki nama, perilaku, dan
bahkan jenis jantina yang berbeza.

Saat keperibadian alternatif muncul, pengidap DID akan mengalami amnesia. Akibatnya,
mereka umumnya tidak menyedari adanya keperibadian alternatif mahupun ingatan mengenai
apa yang dilakukan saat keperibadian tersebut mengambil alih.
Selain itu, orang dengan dissociative identity disorder dapat mengalami gejala psikologi yang
juga terjadi pada penyakit mental lain, contohnya seperti berikut :

 Sakit kepala parah dan mengalami nyeri pada tubuh.


 Derealisasi, yakni perasaan bahawa lingkungan di sekitarnya asing atau tidak nyata.
 Suasana hati mudah berubah dan depresi.
 Depersonalisasi, yakni merasa jiwanya terlepas dari raganya.
 Mudah merasa gelisah hingga mengalami gangguan kecemasan.
 Disosiasi, yakni perasaan seakan terlepas dari tubuh dan dunia di sekitarnya.
 Amnesia atau merasakan distorsi waktu.
 Gangguan tidur, seperti sering mengalami mimpi buruk atau sleepwalking.

Perawatan yang tepat juga membantu “menghubungkan kembali” keperibadian yang berbeza
menjadi satu identiti yang berfungsi dengan baik.

Berikut ini merupakan berbagai perubatan dan rawatan untuk mengatasi gangguan identiti
disosiatif.

1. Terapi perilaku kognitif (CBT)

Terapi perilaku kognitif atau cognitive behaviour therapy (CBT) dilakukan untuk mengubah
pola pikir, perasaan, dan perilaku menjadi lebih baik serta kembali berfungsi seperti sedia
kala.

2. Penggunaan ubat-ubatan

Tidak ada ubat yang secara khusus dapat mengubati gangguan disosiatif. Namun, pengidap
DID yang terkait dengan depresi atau gangguan kecemasan boleh dipreskripsikan dengan
ubat antidepresan atau anticemas.

x) Gangguan Keperibadian Narsistik (Narcissistic Personality Disorder)

Gangguan keperibadian narsistik atau narcissistic personality disorder (NPD) adalah


gangguan mental yang membuat seseorang merasa lebih penting dibandingkan orang lain.
Untuk mewujudkan keinginannya dipandang lebih tinggi, mereka yang memiliki gangguan
mental ini jarang melakukan tindakan negatif atau bahkan berbahaya. Selain haus pujian,
keperibadian narsistik pada orang-orang dengan NPD membuatnya memiliki empati rendah
terhadap orang lain. Meski terlihat kuat dan angkuh, mereka sebenarnya merupakan sosok
yang rapuh dan tidak percaya pada kemampuan diri sendiri. Mereka pun menggunakan
keinginannya untuk selalu dinilai sebagai yang terbaik untuk menutupi ketidakyakinannya
pada diri sendiri. Penting untuk diingat bahawa kepribadian narsistik berbeda dengan rasa
percaya diri.Rasa percaya diri diperoleh dari prestasi atau pencapaian, sedangkan sikap
narsistik muncul dari rasa ketakutan atas kekalahan bersaing dengan orang lain.

Berikut mempunyai kaitannya dengan gangguan keperibadian narsistik.

 Rasa mementingkan diri sendiri yang berlebihan.


 Sering berfantasi tentang kesuksesan, kekuatan, kecantikan, dan lain sebagainya.
 Yakin bahwa diri mereka lebih unggul dari orang lain dan hanya mau berteman
dengan orang-orang yang dinilai sepadan.

Setiap orang bisa menerima pengubatan yang berbeza. Akan tetapi, ahli terapi mungkin akan
melakukan metode berikut untuk mengatasi gangguan keperibadian narsistik.

1. Terapi psikologi (psikoterapi)

Berikut adalah berbagai jenis psikoterapi yang boleh diberikan kepada pesakit NPD.

 Terapi perilaku dialektika (DBT): jenis terapi bicara untuk pasien dengan masalah
emosi yang intens.
 Terapi perilaku kognitif (CBT): terapi untuk mengubah pola fikir dan respons pesakit
terhadap penyebab stres.
 Terapi metakognitif: terapi untuk membantu seseorang menilai sesuatu dari berbagai
sudut pandang.

xi) (Austism Spectrum Disorder)

Autism Spektrum Disorder (ASD) bermaksud gangguan komunikasi dan tingkahlaku yang
teruk, yang bermula sejak lahir tetapi menjadi ketara semasa seseorang berumur 3 tahun yang
menyebabkan pemencilan diri dan keinginan yang mendalam terhadap sesuatu benda atau
suasana yang sama (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2008-2010).

Kebanyakan kanak-kanak autisma mempunyai sedikit atau tidak ada kemahiran berbahasa
yang bermakna. ini akan memberikan masalah yang membebankan kepada sesetengah
penjaga walaupun mereka telah menerima keadaan anak mereka kerana kemungkinan untuk
mereka tersalah tafsir adalah tinggi (David E. Gray, 1994).

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Milgram and Atzil (1988), ibu kepada kanak-
kanak autisma akan mengalami kekurangan kualiti dalam hidup yang mempunyai kaitan
dengan ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak autisma.

Tanda-tanda autism adalah :

1) Kekurangan interaksi social dan emosi


2) Kesukaran Komunikasi Bukan Lisan (Non-verbal Communication)
3) Corak tingkah laku, Pertuturan, minat atau aktiviti yang berulang dan terhad,
serta masalah deria sensori dan perlakuan sterotaip

ASD adalah dipercayai bahawa kedua-dua faktor genetik dan alam sekitar mungkin
memainkan peranan dalam ASD. Terdapat kebimbangan bahawa kadar autisme telah
meningkat dalam beberapa dekad kebelakangan ini tetapi tiada penjelasan penuh tentang
mengapa peningkatan tersebut berlaku. Para penyelidik juga telah mengenalpasti beberapa
gen yang berkaitan dengan gangguan tersebut. Kajian pengimejan otak dengan individu ASD
telah menemui perbezaan dalam perkembangan beberapa kawasan otak. Kajian menunjukkan
bahawa ASD boleh menjadi akibat daripada gangguan pertumbuhan otak normal pada
peringkat perkembangan awal. Gangguan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan gen yang
mengawal perkembangan otak dan mengawal selia bagaimana sel-sel otak berkomunikasi
antara satu sama lain. Autisme lebih kerap berlaku pada kanak-kanak yang lahir lebih awal
atau tidak cukup bulan. Faktor alam sekitar juga boleh memainkan peranan dalam fungsi dan
pembangunan gen, tetapi tiada sebab alam sekitar yang spesifik yang telah dikenalpasti.

Menurut kajian, sehingga sekarang masih tiada lagi ubatan khusus dan kaedah rawatan yang
menyembuhkan sepenuhnya ASD.
xii) Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

Ia adalah gabungan tingkah laku hiperaktif, impulsif, dan kurang tumpuan pada kanak-kanak.
Tingkah laku bermasalah ini mesti diperhatikan di sekurang-kurangnya dua ketetapan yang
berbeza seperti di rumah, sekolah, ketika bermain, atau dalam kejiranan. ADHD boleh hadir
ketika kanak-kanak berusia kurang daripada 12 tahun dan mesti menyebabkan
ketidakfungsian yang ketara dalam kehidupan seharian kanak-kanak tersebut. Impulsif
merujuk kepada kecenderungan untuk melakukan sesuatu secara tiba-tiba tanpa berfikir
dengan teliti atau tanpa perancangan. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:

 Menjawab sebelum soalan selesai ditanya.


 Sering mengalami kesukaran menunggu giliran.
 Selalunya mengganggu orang lain.
 Mencelah ke dalam perbualan atau permainan.

Ciri-ciri ADHD boleh disebabkan oleh beberapa etiologi perubatan seperti anemia, defisit
deria, metabolik atau gangguan genetik, toksik, dan tekanan dalam keluarga. Justeru, kanak-
kanak ini perlu dibantu oleh pakar. Pakar akan mengenal pasti punca yang boleh dirawat dan
memberikan nasihat rawatan yang bersesuaian. Terapi pada dasarnya terdiri daripada terapi
tingkah laku dan/atau ubat-ubatan, jika perlu.

Terapi tingkah laku adalah perkara pertama dan terpenting yang dapat membantu membuat
perubahan dalam kehidupan kanak-kanak ADHD. Ubat-ubatan pula akan bekerja seiring
dengan tingkah laku terapi untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Gabungan rawatan ini merupakan pelan rawatan terbaik bagi sesetengah kanak-kanak
ADHD. Penyelidikan yang teliti telah membuktikan secara konklusif bahawa gabungan terapi
tingkah laku dan ubat-ubatan mengikut pemantauan pakar adalah terbaik dalam menangani
ADHD.

xiii) Kecelaruan Bipolar (Bipolar Disorder)


Kecelaruan bipolar adalah satu istilah baru yang mendefinisikan satu keadaan di mana
seseorang mengalami gangguan mood yang berubah-ubah antara fasa gembira yang
terlampau dan kemurungan.

Fasa gembira yang lebih dikenali sebagai “mania” ini terbahagi kepada 2 jenis. Sekiranya
cukup simptom-simptom yang digariskan, ianya dipanggil sebagai fasa mania. Sekiranya fasa
gembira ini tidak begitu ketara, tiada simptom psikosis dan lebih pendek jangka masanya, ia
dipanggil sebagai “hypomania”.

Perubahan emosi yang ketara ini menyebabkan masalah dan menyukarkan pesakit untuk
menjalani kehidupannya seperti biasa. Kecelaruan Bipolar berbeza dengan “mood swing”
yang biasa kerana bipolar melibatkan 2 ekstrem perasaan sama ada terlalu bahagia atau
terlalu murung dan sedih.

Simptom Bipolar terbahagi kepada 2 jenis iaitu Mania dan Depresi :

Mania Depresi
Keyakinan diri yang berlebihan Berasa sedih, kosong dan tidak puas hati
Kurang keperluan untuk tidur Tidak berminat melakukan segala aktiviti
Berbual melebihi kebiasaan Insomnia atau hypersomnia hamper setiap hari

Punca sebenar bagi Bipolar masih belum dapat dikenalpasti. Namun secara teorinya, terdapat
beberapa faktor seperti faktor genetik, faktor ketidakseimbangan hormon, dan faktor tekanan
yang berlaku dalam hidup. Secara teorinya, kecelaruan emosi ini adalah disebabkan oleh
ketidakseimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak iaitu Serotonin dan
Dopamin.Kedua-dua bahan kimia ini menjadi lebih tinggi daripada biasa ketika fasa mania
dan menjadi lebih rendah semasa fasa kemurungan. Serotonin memainkan peranan yang
penting dalam emosi manakala Dopamin pula penting dalam pengawalan pergerakan, fokus
dan motivasi.

Kondisi ini memerlukan ubatan seperti ubatan penstabil emosi (mood stabilizer) serta
antipsikotik. Dalam fasa kemurungan pula, ubatan anti-kemurungan turut diberikan bersama
ubat penstabil emosi. Di samping itu, rawatan psikoterapi juga dijalankan bagi membantu
penyembuhan
xiv) Delirium

‘Delirium’ adalah satu gejala kekeliruan dan kebingungan orientasi yang berlaku secara tiba-
tiba atau akut (dalam jangka masa beberapa jam atau hari). ‘Delirium’ atau kekeliruan yang
akut, bukanlah sejenis penyakit. Malah ia adalah satu sindrom klinikal (berciri oleh beberapa
jenis gejala-gejala) yang berlaku akibat proses penyakit.

‘Delirium’ ini kerap berlaku di kalangan pesakit dalam hospital, melingkungi 10-20% pesakit
di wad perubatan dan pembedahan. Kadar kekerapan berlakunya ‘delirium’ di kalangan
pesakit warga emas meningkat lebih tinggi, menjangkau 30-40%. Kadar di kalangan kanak-
kanak juga tinggi. Ada banyak sebab-sebab ‘delirium’ berlaku, termasuk penyakit fizikal
yang teruk, penyakit yang berlaku secara langsung atau tidak langsung ( contohnya;
jangkitan, kecederaan, keracunan, dan sebagainya); atau boleh di sebabkan dadah dan
alkohol. Di kalangan warga emas, penyebab yang paling kerap adalah jangkitan saluran
kencing.

‘Delirium’, mungkin di kelirukan dengan penyakit mental yang lain seperti dimensia,
penyakit kemurungan dan penyakit psikosis.

Tanda-tanda yang utama ‘delirium’ adalah:

 Rasa mengantuk/ ingatan melayang di mana paras kesedaran yang berubah-ubah.


 Keliru terhadap masa, tempat dan orang.
 Hilang tumpuan
 Sukar mengingati peristiwa yang baru berlaku

Tanda-tanda lain termasuk perubahan tingkah laku seperti menjadi resah dan ganas; tanda-
tanda psikotik termasuk halusinasi dan delusi (kepercayaan yang pelik dan tidak munasabah);
perubahan emosi dan juga gangguan tidur. ‘Delirium’di kalangan warga emas, mungkin akan
mengambil masa yang agak lama untuk pulih.

Oleh kerana ‘delirium’ adalah satu masalah yang serius, adalah baik sekiranya pesakit
dimasukkan ke hospital. Perawat perlulah lebih peka kepada tanda-tanda delirium
terutamanya di kalangan warga emas. Kenal pasti dan rawat punca ‘delirium’ secepat
mungkin.
Rawatan sokongan termasuk membantu pesakit mengorientasikan diri mereka kepada
persekitaran, memberi arahan seringkas yang mungkin, dan sebagainya. Strategi-strategi lain
termasuk memberi pembelajaran kepada ahli keluarga tentang keadaan pesakit serta
menggalakkan mereka supaya menemani pesakit semasa dalam wad. Kadang-kadang rawatan
ubatan (haloperidol dan risperidone) perlu digunakan untuk mengawal masalah psikotik dan
tingkah laku.

xv) Gangguan Pemakanan (Eating Disorder)

Kecelaruan makan (eating disorder) merujuk kepada suatu keadaan yang sebenarnya
berpunca daripada gangguan psikologi dan dicirikan dengan tabiat makan yang abnormal.
Keadaan kecelaruan makan ini biasanya melibatkan pengambilan makanan yang tidak
mencukupi dengan keperluan badan disusuli dengan perlakuan-perlakuan negatif seperti
memuntahkan makanan (vomiting), senaman keterlaluan (excessive exercise) serta
pengambilan julap, laksatif dan sebagainya.
Masyarakat umumnya mengenali kecelaruan makan melalui keadaan anoreksia nervosa,
namun tahukah anda sebenarnya kecelaruan makan ini boleh dibahagikan kepada beberapa
kumpulan utama, antaranya ialah anoreksia nervosa, bulimia nervosa, kecelaruan makan
tidak spesifik (eating disorder not otherwise specified-EDNOS), binge eating disorder, other
specified feeding or eating disorder (OSFED) dan orthorexia nervosa. Meskipun pengkelasan
untuk jenis dan kumpulan kecelaruan makan ini adalah pelbagai, namun, kumpulan
kecelaruan makan yang sering diberi perhatian ialah anoreksia nervosa, bulimia nervosa dan
binge eating disorder.

Terdapat beberapa teori yang menerangkan kenapa dan bagaimana masalah kecelaruan
makan ini boleh berlaku kepada seseorang individu.

1. Teori bioperubatan
Salah satu teori utama yang menerangkan tentang kecelaruan makan ini ialah bioperubatan di
mana teori ini menegaskan bahawa peningkatan kes kecelaruan makan adalah disebabkan
oleh faktor biologi. Seorang penyelidik telah menerangkan bahawa keabnormalan sistem
hormon pada individu yang mengalami kecelaruan makan menyebabkan ketidakseimbangan
sekaligus menjejaskan selera makan serta sistem hipotalamus. Teori ini turut menjelaskan
bagaimana masalah serotonin dalam otak serta endogenous opioids iaitu hormon yang
mengawal rasa gembira dan kepuasan turut memberi pengaruh terhadap emosi dan agen
olfaktori yang seterusnya menyumbang kepada masalah gangguan imej badan individu.

Faktor genetik turut memberi pengaruh terhadap masalah kecelaruan makan. Berdasarkan
satu analisis genetik molekular yang dijalankan telah menunjukkan bahawa keadaan pesakit
bulimia nervosa yang dicirikan melalui perlakuan memuntahkan makanan secara paksa
mempunyai kaitan dengan kromosom 10 yang diwarisi secara genetik.

2. Teori psikologikal

Kecelaruan makan merupakan suatu gangguan psikologi yang dianggap sebagai satu krisis
identiti di mana iini memberi petunjuk kepada gangguan emosi yang serius. Teori
psikologikal ini menerangkan bahawa keadaan gangguan emosi serius yang berlaku di bawah
sedar ini ditunjukkan melalui perlakuan abnormal individu terbabit terhadap makanan.

Selain itu, terdapat juga faktor psikologi lain yang turut dipengaruhi oleh masalah yang
dihadapi dalam keluarga seseorang individu yang mengalami masalah kecelaruan makan.
Dalam satu kajian yang dijalankan terhadap sekumpulan pelajar sekolah tinggi di Amerika
Syarikat, didapati bahawa majoriti pelajar yang mengalami penderaan dan keganasan dalam
keluarga menghadapi gangguan emosi yang serius. Keadaan ini menyebabkan para pelajar
berkenaan cuba melepaskan tekanan yang dialami melalui perlakuan yang abnormal seperti
memuntahkan makanan, menggunakan pil diet serta mengamalkan senaman melampau.

 Lazimnya rawatan ubat tidak diberikan disebabkan ianya kurang efektif


o Ubat antikemurungan biasanya diberikan kepada pesakit anoreksia nervosa
yang mengalami tekanan.
 Rawatan pemulihan biasanya mengambil masa yang lama dan rumit.
 Sokongan keluarga dan persekitaran yang baik adalah perlu dalam proses pemulihan.
 Rawatan di hospital adalah diperlukan bagi kes-kes yang serius.
xvi) Gangguan Tidur (Sleep Disorder)

Gangguan tidur adalah masalah yang berlaku semasa tidur, yang mungkin mengganggu dan
mempengaruhi kualiti dan kuantiti tidur anda. Ini seterusnya akan mempengaruhi aktiviti,
pekerjaan dan kesihatan umum anda pada waktu siang. Terdapat banyak jenis gangguan tidur,
termasuk gangguan pernafasan semasa tidur.Contoh gangguan pernafasan semasa tidur
termasuk apnea tidur obstruktif dan apnea tidur pusat, di mana pernafasan tiba-tiba dapat
berhenti semasa tidur. Kesukaran untuk tidur (insomnia), mengantuk yang berlebihan,
gangguan jet lag dan shift kerja juga merupakan sebahagian daripada gangguan tidur.
Gangguan tidur ini perlu diselidiki dan dirawat untuk memastikan kualiti kesihatan anda
secara keseluruhan.

 Apnea Tidur Obstruktif

Apnea Tidur Obstruktif adalah gangguan tidur yang berpotensi serius. Ia menyebabkan
pernafasan berulang kali berhenti dan bermula semasa tidur.

Tanda dan gejala apnea tidur obstruktif termasuk:

- Mengantuk pada waktu siang yang berlebihan

- Berdengkur keras

- Memerhatikan episod berhenti bernafas semasa tidur

- Bangun tiba-tiba disertai dengan terengah-engah atau tersedak

Untuk kes apnea tidur obstruktif yang lebih ringan, doktor mungkin mengesyorkan perubahan
gaya hidup. Sekiranya langkah-langkah ini tidak meningkatkan tidur anda atau jika apnea
anda sederhana hingga teruk, maka doktor anda mungkin mengesyorkan rawatan lain. Peranti
tertentu dapat membantu membuka saluran udara yang tersekat. Dalam kes lain, pembedahan
mungkin diperlukan.
 Insomia

Insomnia adalah gangguan tidur di mana anda menghadapi masalah untuk jatuh tidur dan /
atau terus tidur. Keadaannya boleh menjadi jangka pendek (akut) atau boleh bertahan lama
(kronik). Mungkin juga datang dan pergi. Insomnia akut berlangsung dari 1 malam hingga
beberapa minggu. Insomnia adalah kronik apabila berlaku sekurang-kurangnya 3 malam
seminggu selama 3 bulan atau lebih.

Gejala insomnia termasuk:

- Mengantuk pada waktu siang

- Keletihan

- Rasa geram

- Masalah dengan daya tumpuan atau ingatan

Sekiranya sukar untuk melakukan aktiviti seharian kerana letih, doktor mungkin akan
menetapkan pil tidur untuk waktu yang singkat. Ubat-ubatan yang berfungsi dengan cepat
tetapi sebentar dapat membantu anda mengelakkan masalah seperti mengantuk pada
keesokan harinya. Untuk insomnia kronik, pesakit memerlukan rawatan untuk keadaan atau
masalah kesihatan yang membuat ia terjaga. Doktor mungkin juga mencadangkan terapi
tingkah laku. Ini dapat membantu mengubah perkara yang dilakukan yang menjadikan
insomnia bertambah buruk dan mengetahui apa yang boleh pesakit lakukan untuk mendorong
tidur.

xvii) Parafilia (Paraphilic Disorder)

Paraphilic disorder atau paraphilia merupakan salah satu gangguan seksual yang harus
diwaspadai. Menurut American Psychiatric Association, paraphilia adalah suatu kondisi di
mana gairah dan kepuasan seksual seseorang bergantung pada fantasi atau perilaku seksual
yang tidak biasa dan cenderung ekstrem. Paraphilic disorder atau gangguan paraphilia ini
terjadi ketika paraphilia yang dimiliki menyebabkan gangguan dalam kehidupan sehari-hari,
penderitaan, dan bahaya pada pasangan atau orang lain. Salah satunya adalah gangguan
seksual ini berhubungan dengan fetish atau gairah seseorang. Gangguan fetish ini merupakan
gairah atau ketertarikan seksual terhadap benda mati. Objeknya pun tidak terbatas, bisa
berupa pakaian dan benda mati lainnya. Tidak hanya itu, gairah seksual pada bagian tubuh
selain alat kelamin seperti tangan dan kaki pun juga termasuk bagian dari gangguan fetish.

Fetish dapat berkembang seiring bertumbuhnya seseorang dan mengalami masa akhil baligh.
Beberapa ahli percaya bahwa minat fetish tersebut muncul akibat objek atau bagian tubuh
yang diasosiasikan dengan pengalaman awal seseorang tentang gairah seksual atau
masturbasi. Belum ada bukti konklusif mengenai apa yang menjadi penyebab atau pemicu
gangguan fetisisme. Orang dengan fetish memiliki dorongan seksual yang terkait dengan
benda mati. Misalnya dengan pakaian, kain, sepatu, dan sebagainya. Fetish juga dapat
menjadi alternatif dari aktivitas seksual dengan pasangan atau dapat diintegrasikan ke dalam
aktivitas seksual dengan pasangan yang bersedia. Menurut sumber web, jika fetish menjadi
satu-satunya objek hasrat seksual, orang dengan gangguan ini umumnya menghindari
hubungan seksual yang sebenarnya. Gangguan ini disebut parsialisme, melibatkan menjadi
terangsang secara seksual oleh bahagian tubuh, seperti kaki, payudara, atau punggung.

Pengobatan gangguan fetisisme cenderung terbatas efektifnya. Penanganannya dapat


termasuk psikoterapi, ubat-ubatan seperti jenis antidepresan yang disebut inhibitor reuptake
serotonin selektif (SSRI), atau keduanya.

xviii) Kecelaruan Personaliti Pinggiran (Borderline Personality Disorder)

Masalah Personaliti Pinggiran dapat dirumuskan sebagai ketidakstabilan yang wujud dalam
diri seseorang. Ketidakstabilan ini boleh wujud dalam bentuk emosi, hubungan dengan orang
lain ataupun identiti diri. Malang sekali, pesakit yang mempunyai kondisi ini terkadang
dipaparkan dalam media ataupun digosipkan dalam bualan masyarakat sebagai remaja yang
suka memberontak, baran dan sukar untuk dibuat kawan. Walau bagaimanapun, haruslah
difahami bahawa kondisi ini ialah salah satu penyakit kesihatan mental yang tidak dapat
dikawal oleh individu yang mengalaminya dan ianya memerlukan rawatan yang rapi daripada
pihak professional.

CIRI-CIRI KECELARUAN PERSONALITI PINGGIRAN

 Emosi yang tidak stabil (mood swings)


 Susah untuk kawal kemarahan
 Rasa jiwa ‘kosong’ berpanjangan
 Perhubungan yang tidak stabil (susah percaya atau terlalu percaya kepada orang lain)
o Pesakit sangat bergantung kepada orang lain. Namun, ketika tertekan, mereka
mungkin melepaskan kemarahan kepada orang yang rapat dan kadang-kadang
membawa kepada permusuhan
 Berusaha untuk mengelak ditinggalkan oleh orang yang rapat
o Pesakit tidak suka hidup bersendirian dan akan berusaha untuk mencari orang
yang boleh dirapati. Mereka sentiasa risau akan ditinggalkan oleh orang yang
tersayang dan melakukan pelbagai cara untuk mengelakkan perkara itu
berlaku sehinggakan mereka mungkin meninggalkan orang lain terlebih
dahulu sebelum ditinggalkan.
 Melakukan perbuatan mencederakan diri yang berulang.
o Tujuannya adalah bagi melepaskan kemarahan, meminta pertolongan ataupun
sebagai cara mengatasi emosi yang kuat
 Impulsif, terburu-buru, melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang
 Paranoid, tidak mempercayakan orang lain atau menunjukkan simptom disosiatif
terutamanya ketika stres
 Konflik identiti diri

Sepertimana kecelaruan personaliti yang lain, terdapat 2 aspek yang menyumbang kepada
terjadinya kondisi ini:

 Faktor dalaman: Genetik, hampir 40% pesakit mempunyai sejarah keluarga yang
mempunyai penyakit yang sama
 Faktor luaran/ persekitaran: Peristiwa hidup yang traumatik seperti didera secara
fizikal, mental atau seksual, diabaikan atau terpisah daripada ibu bapa ketika kecil,
suasana keluarga yang huru-hara, sejarah perhubungan yang tidak stabil dan penuh
konflik

Tidak seperti penyakit kesihatan mental lain yang menggunakan ubatan sebagai komponen
utama dalam mengawal simptom yang dialami, kondisi yang melibatkan kecelaruan
personaliti agak rumit untuk dirawat. Rawatan yang paling penting ialah terapi psikologi.
Bagi Kecelaruan Personaliti Pinggiran (BPD), antara terapi yang ditawarkan ialah Dialectical
Behavioural Therapy (DBT). Dalam terapi ini, pesakit akan belajar cara kawal emosi,
mengendalikan stress dan mengendalikan perhubungan. Pesakit juga akan belajar cara untuk
menggantikan perbuatan mencederakan diri dengan coping mechanism yang lebih selamat.
Dalam sesetengah kes, terapi lain seperti Cognitive Behavioural Therapy (CBT) dan terapi
psikodinamik juga mungkin digunakan. Preskripsi ubatan dalam masalah personaliti adalah
tidak diwajibkan dan tertakluk kepada pakar psikiatri yang merawat pesakit. Kebiasaannya,
ubat yang mungkin diberikan dalam kes Kecelaruan Personaliti Pinggiran ialah ubat anti-
kemurungan, anti-psikotik atau ubat penenang. Ubatan-ubatan ini bertujuan untuk mengatasi
masalah psikiatri yang pesakit alami di samping kecelaruan personaliti.

xix) Skizofrenia (Schizophrenia)

Skizofrenia adalah satu kondisi yang mana terdapat gangguan dari sudut perasaan, pemikiran,
emosi, persepsi dan tingkahlaku. Gangguan ini secara tidak langsung memberi kesan kepada
perubahan personaliti, penyusutan fungsi dan juga pemikiran.

Kebanyakan kes ini dijumpai dalam kalangan mereka yang muda belia sekitar umur 18 tahun
ke atas bagi lelaki dan 26 tahun ke atas bagi wanita. Oleh kerana itu, kita dapat lihat corak
kehidupan mereka sangat terkesan dengan kondisi ini kerana ianya sangat menjejaskan
kefungsian harian mereka daripada sudut akademik, sosial dan juga peribadi.

Secara mudah, simptom- simptom untuk skizofrenia boleh dibahagikan kepada simptom
positif dan simptom negatif.

1. Simptom positif (kebiasaannya berlaku dalam tempoh akut)

– Halusinasi : Merujuk kepada individu yang mendengar bisikan suara, melihat, merasai atau
terbau sesuatu yang sebenarnya tidak wujud secara realiti.

– Delusi : Merujuk kepada kepercayaan seseorang yang tetap, susah untuk digoyahkan dan
ianya sesuatu yang tidak benar dan berlawanan dengan adat dan latar belakang seseorang

– Kecelaruan tingkahlaku

– Kecelaruan tutur kata

2. Simptom negatif (kebiasannya berlaku dalam tempoh kronik atau sebelum akut)

– Kurang motivasi: Tiada minat untuk melakukan aktiviti harian walapun perkara yang
diminati
– Kurang reaksi terhadap sebarang emosi: Reaksi mereka terhadap sesuatu emosi mungkin
kurang atau tidak betul.

Rawatan skizofrenia memerlukan kepada bukan sahaja ubat bahkan terapi psikologi yang
berterusan. Ubatan yang diberikan bukanlah untuk menyembuhkan tetapi untuk membantu
mengurangkan simptom-simptom yang ada. Di samping itu, mereka juga memerlukan
bantuan daripada sudut terapi cara kerja dan kemahiran lain yang diperlukan dalam
kehidupan seharian seperti kemahiran menyelesaikan masalah.

xx) Kecelaruan Personality Paranoid (Paranoid Personality Disorder)

Paranoid Personality Disorder (PPD) atau Kecelaruan Personaliti Paranoid ialah salah satu
diagnosis dalam kumpulan Kecelaruan Personaliti khususnya Kluster A. Untuk didiagnosis
dengan masalah ini, individu perlu mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) daripada tujuh
kriteria khusus ini :

 Syak wasangka yang tidak berasas bahawa orang lain ingin mengeksploitasi,
mencederakan atau memperdaya mereka.
 Risau tentang kesetiaan dan sama ada mereka boleh mempercayai orang lain.
 Keengganan untuk bercerita tentang diri mereka kerana takut digunakan atau diambil
kesempatan oleh orang lain.
 Mentafsir setiap perbuatan atau kejadian mempunyai mesej ugutan yang tersembunyi
tanpa bukti.
 Menyimpan dendam yang berterusan.
 Menyerang atau bersikap agresif terhadap orang lain sekiranya karakter atau reputasi
mereka dipersoalkan.
 Mengesyaki pasangan mereka tidak setia/curang tanpa bukti.

Setiap individu mempunyai pengalaman paranoia yang berbeza. Tetapi berikut adalah
beberapa contoh jenis pemikiran paranoid biasa yang mungkin difikirkan :

 Orang lain bercakap belakang tentang mereka atau mereka diperhatikan oleh
seseorang atau sesuatu organisasi (sama ada di dalam atau di luar talian).
 Orang lain cuba membuat mereka kelihatan buruk atau meminggirkan mereka.
 Mereka berisiko dicederakan secara fizikal atau dibunuh.
 Rawatan agak mencabar bagi penghidap PPD kerana mereka mungkin sangat
mencurigai doktor atau ahli profesional yang akan merawat mereka. Tetapi jika
rawatan itu diterima oleh individu, maka terapi psikologi (psikoterapi) atau ubat-
ubatan boleh membantu.
 Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT) selalunya berkesan dalam membantu individu
mengubah corak pemikiran dan tingkah laku maladaptif yang dialami.
 CBT boleh membantu penghidap PPD menjadi lebih berkebolehan untuk
mempercayai orang lain dan memperbaiki hubungan mereka dengan rakan dan
keluarga. Selain itu, ia boleh membantu dalam menguruskan tindak balas mereka
kepada orang lain.
 Ubat-ubatan pula boleh digunakan sekiranya gejala yang dihadapi sangat teruk atau
jika keadaan yang berkaitan seperti kemurungan atau kebimbangan turut hadir.
 Jika anda mendapati terdapat kriteria PPD pada seseorang yang anda sayangi, anda
boleh menggalakkan mereka mendapatkan bantuan dan menempah janji temu dengan
ahli profesional kesihatan mental.

Anda mungkin juga menyukai