Anda di halaman 1dari 11

KPP6024

Kecelaruan Emosi Dan Tingkah Laku

NAMA: Sangeetha a/p Balasubramaniam


M20162002040

PENSYARAH: Prof. Dr. Kamarulzaman bin Kamarudin


Soalan 1
Kecelaruan Disosiatif adalah istilah yang digunakan oleh ahli-ahli psikologi untuk
menggambarkan masalah tingkah laku yang keseluruhannya berbeza dpd tingkah
laku mereka yang normal berlaku dalam kalangan remaja. Berdasarkan diagnosis,
bincangkan jenis-jenis kecelaruan disosiatif yang telah dikenalpasti. Selanjutnya
bincang rawatan untuk membantu menyelesaikan masalah.

Kecelaruan disosiatif (dissociative disorder) merujuk kepada gangguan di mana


kesedaran normal seseorang berubah dan menyebabkan seseorang itu tidak mengenali
atau mengetahui siapa dirinya yang sebenar. Apabila seseorang itu mengalami
kecelaruan disosiatif, individu tersebut akan menunjukkan tingkahlaku yang berlainan
dengan tingkahlaku mereka yang normal. Kecelaruan disosiatif ini biasa berlaku
disebabkan oleh trauma akan peristiwa lepas dalam kehidupan dan digunakan untuk
mempertahankan dirinya.

Kecelaruan disosiatif dapat dibahagikan kepada empat kecelaruan yang utama


iaitu Amnesia Psikogenik, Fugue Psikogenik, Gangguan Depersonalisasi dan Gangguan
Identiti Disosiatif. Anmesia Psikogenik merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang
ingatan yang signifikan tentang sesuatu perkara penting berkaitan peribadinya
disebabkan oleh factor psikologi. Amnesia Psikogenik dapat dibahagikan kepada 4 jenis
iaitu :

1) Amnesia Setempat
Hilang ingatan hanya pada masa-masa tertentu yang menyebabkan trauma.
2) Amnesia Selektif

Kegagalam untuk mengingat kembali pada jangka masa yang khusus tetapi tidak hilang
ingatan secara menyeluruh.

3) Amnesia Menyeluruh

Hilangnya ingatan secara keseluruhan.


4) Amnesia Berterusan

Hilang ingatan pada sesuatu peristiwa bermula pada suatu masa tertentu sehingga
masa kini.

Fugue Psikogenik pula ialah keadaan di mana seseorang individu secara tiba-tiba
melarikan diri atau meninggalkan tempat tinggalnya dan disertai dengan ketidakupayaan
individu itu untuk mengingati sebahagian atau keseluruhan peristiwa dalam
kehidupannya. Keadaan ini berlaku disebabkan tekanan atau trauma dalam
kehidupannya. Tempoh melarikan diri ini boleh berlangsung untuk beberapa jam,
beberapa bulan atau beberapa tahun.

Seterusnya ialah Gangguan Depersonalisasi yang bermaksud kehilangan atau


perubahan sementara dalam pengalaman biasa dalam reality kehidupannya. Pada
suatu tahap depersonalisasi, individu akan berasa terpisah dari diri sendiri dan
lingkungan persekitarannya. Individu tersebut akan berasa seolah-olah sedang
bermimpi.

Kecelaruan disosiatif yang terakhir ialah Gangguan Identiti Disosiatif. Seseorang


yang mengalami kecelaruan ini akan menunjukkan identiti yang berbeza atau
personaliti yang berbeza. Kecelaruan personaliti dalam maksud mudah ialah apabila
seseorang mempunyai dua atau lebih personaliti dalam masa yang berbeza.
Kadangkala mereka akan muncul baik, dan tanpa sebarang amaran mereka akan
berubah menjadi seorang yang negatif.

Bagi mengatasi kecelaruan ini, beberapa rawatan atau terapi boleh dilaksanakan
seperti yang disenaraikan di bawah ini :

a) Psikoterapi - Jenis terapi untuk gangguan mental dan emosional menggunakan


teknik psikologis yang dirancang untuk mendorong
komunikasi tentang masalah.

b) Terapi kognitif: Jenis terapi berfokus pada perubahan pola pemikiran, perasaan,
dan perilaku disfungsional.
c) Terapi Keluarga: Jenis terapi ini membantu untuk memberi pengetahuan kepada
keluarga tentang gangguan dan penyebabnya, serta untuk
membantu anggota keluarga yang sakit mengenali
gangguan tersebut.

d) Terapi Kreatif (terapi seni, terapi musik): Terapi ini memberi peluang kepada
individu untuk mengeksplorasi dan mengekspresikan fikiran
dan perasaannya melalui cara yang aman dan kreatif.

e) Hipnosis : Kaedah hipnosis merupakan satu cara untuk menyelami minda dalam
keadaan mental separa sedar. Kaedah ini biasanya digunakan untuk
mendapatkan kembali kenangan lama atau membenarkan
pengubahsuaian tingkah laku dengan cadangan. Namun,
penggunaan kaedah ini menjadi kontroversial kerana menciptakan
kenangan palsu.

f) Pengubatan :Tidak ada ubat untuk menugbati gangguan disosiati. Namun,


individu dengan gangguan disosiatif yang juga menderita depresi
atau kecemasan mungkin dapat dibantu melalui pengubatan seperti
antidepresan.
Soalan 2

Kecelaruan Somatoform adalah istilah yang digunakan oleh ahli-ahli psikologi


untuk menggambarkan masalah tingkah laku yang keseluruhannya berbeza dpd
tingkah laku mereka yang normal berlaku dalam kalangan remaja. Berdasarkan
diagnosis, bincangkan jenis-jenis kecelaruan Somatoform yang telah dikenalpasti.
Selanjutnya bincang rawatan untuk membantu menyelesaikan masalah.

Kecelaruan Somatoform merupakan salah satu kecelaruan mental yang dicirikan oleh
gejala-gejala somatik atau penyakit fizikal yang tidak boleh dijelaskan oleh perubatan.
Mereka yang menghadapi masalah ini sering berasa bimbang mengenai kesihatan
mereka kerana doktor tidak dapat mencari punca bagi masalah kesihatan mereka.
Kecelaruan Somatoform dapat dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:

1) Kecelaruan somatisasi

Individu yang mengalami gangguan somatisasi mempunyai pelbagai simptom fizikal


(sekurang-kurang 12 hingga ke 14) yang tidak ada penvebab-penyebab fizikal tetapi
dicetuskan oleh masalah-masalah psikologi dan tekanan. Antara tanda yang dapat
dilihat pada pesakit ini ialah mengadu sakit berlebih-lebihan dan agak beremosi.
Tujuannya adalah untuk menarik perhatian orang lain kepada dirinya. Mereka akan
berjumpa dengan doktor dengan kerap.

2) Hipokondrias

Kecelaruan hipokondrias berlaku apabila seseorang mengalami kebimbangan tentang


sesuatu penyakit yang mana kebimbangan itu tidak berasas. Gangguan ini biasanya
bermula pada awal masa remaja dan cenderung untuk berterusan. Penderita
hipokondrias akan selalu menganggap sesuatu siptom pada tubuh badan sebagai
sesuatu yang sangat serius, dan menyimpulkan bahawa dia menderita penyakit
tertentu. Penderita hipokondrias selalu meragukan atau bahkan tidak percaya dengan
hasil pemeriksaan doktor dan akan mengunjungi doktor lain.
3) Kecelaruan Konversi

Kecelaruan konversi merupakan gejala sensorik dan motorik, seperti hilangnya


penglihatan atau kelumpuhan secara tiba-tiba teapi hakikatnya organ tubuh dan
sistem saraf individu tersebut berada dalam keadaan yang baik sahaja. Ianya berlaku
apabila seseorang individu hilang kesedaran mengenai keadaan yang sebenar
berlaku ke atas dirinya yang bukan disebabkan masalah perubatan dan otak. Ia
selalunya dikaitkan dengan faktor psikologi. Kecelaruan konversi biasanya
berkembang pada masa remaja atau awal dewasa, di mana biasanya muncul setelah
adanya kejadian yang tidak menyenangkan dalam hidup.

4) Kecelaruan badan Dysmorphic

Kecelaruan badan Dysmorphic merupakan suatu keadaan di mana seseorang akan


merasakan dirinya hodoh dan ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh badannya yang
melibatkan anggota fizikal seperti hidung, mulut, tubuh badan, telingan, mata dan sebagainya.
Untuk menghilangkan rasa ketidakselesaan terhadap tubuhnya, dia akan menjalani
pembedahan plastik bagi mengubah struktur dan bentuk anggota badannya, namun
malangnya, setelah pembedahan selesai dia masih merasakan sesuatu yang tidak kena
dengan tubuhnya dan tidak berpuas hati dengan keadaan dirinya.

Bagi mengatasi kecelaruan ini, beberapa rawatan atau terapi boleh dilaksanakan seperti
yang disenaraikan di bawah ini :

a) Pendekatan Psikoterapi

- Terapi Kognitif Tingkah Laku : Terapi ini membantu mencari alternatif fikiran yang lebih
rasional bagi membantu mengurangkan perasaan dan tingkah laku yang negative

- Terapi keluarga – Terapi ini berfokus kepada keluarga berbanding kepada pesakit yang
dikenal pasti.

- Terapi Psikodinamik – Terapi ini membantu pesakit membina secara sedar, pola interaksi
dan tingkah laku yang lebih jelas.
b) Hipnosis

Seseorang yang melalui hypnosis akan didorong untuk mengingat kembali peristiwa yang
menjadi trauma untuk memberi kesedaran kepada pesakit.

c) Pengubatan

Pesakit boleh diberikan ubat-ubatan seperti antidepresen untuk mengelakkan kemurungan.

Soalan 3

Pelajar bermasalah disiplin di sekolah sering dihadapkan ke guru disiplin. Mereka


menggunakan pelbagai jenis mekanisme bela diri untuk menjaga diri mereka.
Bincangkan jenis-jenis mekanisme bela diri yang sering digunakan oleh pelajar-
pelajar ini dan situasi yang bagaimana mereka mengaplikasikannya.

Helah bela diri merupakan satu mekanisme bagi seseorang untuk melindungi
harga diri semasa berkomunikasi dengan orang lain. Helah bela diri merupakan salah
satu cara untuk mengekalkan konsep kendiri dan harga diri yang baik. Di sekolah,
seringkali kita berhadapan dengan para pelajar yang melakukan kesalahan disiplin dan
seterusnya menggunakan helah bela diri untuk melepaskan diri mereka. Mekanisme bela
diri dapat dibahagikan kepada dua iaitu helah bela diri aktif yang terdiri daripada
sublimasi, rasionalisasi, pemindahan, projeksi, introjeksi, pembentukan reaksi,
kompensasi serta fantasi dan helah bela diri pasif iaitu represi, penafian, agresi dan
regresi.

Salah satu mekanisme tersebut ialah rasionalisasi. Rasionalisasi berlaku apabila


penjelasan diberikan oleh seseorang terhadap tingkah lakunya dengan tujuan
menyembunyikan tujuan yang sebenar demi menjaga ego atau harga dirinya. Keadaan
ini berlaku apabila seorang individu akan cuba menipu atau berbohong dengan orang lain
bagi menutupi kesalahannya. Individu ini mereka alasan yang salah walaupun boleh
diterimapakai. Contohnya di sekolah, pelajar berjalan-jalan di perkarangan sekolah
kerana ingin memonteng kelas tetapi apabila ditanya, pelajar itu memberi alasan guru
meminta untuk mengambil barang di bilik guru.
Mekanisme seterusnya ialah pemindahan. Pemindahan merupakan salah satu
cara di mana individu menyalurkan perasaan kecewa daripada sesuatu sasaran kepada
sasaran lain yang boleh menerimanya kerana dia tidak dapat meluahkan kemarahan
sebenarnya kepada sasaran asal. Contohnya di sekolah, seorang pelajar dirotan kerana
tidak menyiapkan latihan dan pelajar itu meluahkan perasaan marahnya kepada rakan-
rakan yang lain.

Selain itu, mekanisme sublimasi juga turut digunakan oleh pelajar di sekolah.
Sublimasi merujuk kepada keadaan di mana seseorang yang menyalurkan kekecewaan
yang dialami kepada aktivit yang sihat. Ini merupakan helah bela diri yang paling sihat.
Misalnya, pelajar yang sering bersikap agresif terhadap rakan-rakan di sekolah
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti taek kwan do, karate dan sebagainya
untuk melepaskan perasaan.

Mekanisme helah bela diri yang lain ialah projeksi iaitu tindakan di bawah sedar
yang membalikkan konflik dalam dirinya seperti perasaan, pemikiran dan tujuan kepada
orang lain agar orang tersebut dipersalahkan. Individu ini cuba menuduh orang lain
melakukan kesilapan kerana ingin menyembunyikan kesalahannya. Contohnya pelajar
yang meniru dalam peperiksaan mengaku tidak bersalah dan menyalahkan kawannya
yang lain.

Introjeksi merupakan menyerapkan ciri-ciri yang orang lain disukai atau disanjungi
ke dalam dirinya. Contohnya pelajar yang memotong dan mempamerkan gaya rambut
yang kurang sesuai hanya kerana mengikut gaya rambut pemain bola sepak yang
disukai. Pembentukan reaksi pula ialah satu perkembangan sikap yang bertentangan
dengan perkara yang telah dipendam. Individu akan melepaskan dirinya dari situasi yang
tidak menyenangkan dengan tindakan yang melampau bagi menghapuskan
kekecewaannya. Contohnya, pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah hanya
tersenyum apabila dirotan oleh guru namun sebaliknya dia senyum kerana ingin
menyembunyikan kesakitan yang dirasai.
Di samping itu, regresi juga merupakan salah satu mekanisme bela diri yang
digunakan oleh pelajar. Keadaan ini berlaku apabila seseorang kembali kepada tingkah
laku kebiasaan di peringkat awal perkembangan (langkah ke belakang). Ini kerana
tindakan menyorot kembali ke peringkat perkembangan awal yang dirasai lebih selamat.
Contohnya pelajar yang dimarahi oleh guru mula melakukan tindakan yang pernah
dilakukan semasa kecil iaitu menangis, menjerit, menggigit kuku dan sebagainya.

Cara lain yang kebiasaannya digunakan oleh pelajar ialah fantasi. Fantasi berlaku
apabila seseorang individu mengurangkan ketegangangnya dengan cara berkhayal dan
membentuk satu situasi lain di dalam imaginasinya yang lebih selesa dari keadaan
sebenar. Contohnya pelajar yang suka membuli berkhayal yang dia merupakan murid
yang paling ditakuti di sekolah.

Tambahan pula, kompensasi ialah salah satu cara bela diri yang biasa digunakan
oleh pelajar. Individu yang menggunakan kompensasi akan elakukan sesuatu aktiviti
yang hampir sama dengan tujuan menggantikan sesuatu aktiviti yang tidak berupaya
melakukannya. Contohnya di sekolah murid yang sering tidak menyiapkan kerja sekolah
dan ponteng kelas akan menunjukkan prestasi yang baik dalam pencapaian aktiviti
kokurikulum dengan tujuan untuk mendapatkan pengiktirafan daripada guru dan rakan
sebaya.

Soalan 4

Beberapa kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai punca yang


menyebabkan berlakunya stres dalam kalangan guru di sekolah. Analisis punca-
punca stres dalam kalangan guru sekolah di Malaysia. Cadangkan langkah-langkah
yang sesuai yang harus diambil oleh pihak pentadbir sekolah dalam mengatasi
masalah stres dalam kalangan guru.

Kamus Oxford mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha,
tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental. Ini bermaksud stres adalah suatu
keadaan di mana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampaui
keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi.
Stres dalam kalangan guru bukanlah suatu perkara yang baru dan banyak kajian yang
telah dijalankan untuk mengenal pasti punca stress dalam kalangan guru.
Berdasarkan suatu kajian yang telah dilaksanakan oleh Azizi Yahya dan Norliza
Othman (2010) mengenai punca sebenar berlakunya masalah stress dalam kalangan
guru Matematik di negeri Johor, hasil kajian mendapati bahawa faktor yang paling
mempengaruhi stress adalah faktor masalah disiplin pelajar yang mencatatkan nilai min
keseluruhan tertinggi iaitu 3.83. Masalah disiplin pelajar yang terpaksa diuruskan oleh
pelajar sememangnya memberi tekanan kepada guru kerana ada situasi di mana untuk
kes-kes yang berat, guru perlu berdepan dengan ibu bapa dan pegawai-pegawai
pendidikan.

Menurut Esah Sulaiman (2003), guru merupakan pengurus pembelajaran yang


bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak
diajar kepada pelajar setiap hari. Ini menunjukkan tanggungjawab guru untuk
menyediakan maklumat-maklumat untuk diajar tidak semudah yang disangkakan. Beban
guru yang terlampau banyak juga merupakan punca stres dalam kalangan guru. Guru
juga dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti tugas pentadbiran sekolah contohnya
merancang dan menjalankan aktiviti sekolah, menjadi penasihat persatuan dan kelab,
menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan
Negeri dan sebagainya sehingga mereka tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Fazura (2011) turut menunjukkan bahawa
hubungan dengan ibu bapa pelajar dan penghargaan dan sokongan juga merupakan
salah satu penyebab stress dalam kalangan guru. Hubungan dengan ibu bapa
merupakan salah satu elemen yang semua guru perlu hadapi. Kadang-kadang terdapat
ibu bapa yang hanya membela anak mereka sehingga tidak menghiraukan nasihat atau
penjelasan guru. Malah ada juga yang menyalahkan guru semata-mata apabila anak
mereka menunjukkan tingkah laku atau prestasi yang tidak diingini. Situasi seperti ini
sememangnya akan menyebabkan seseorang guru itu berasa tertekan.

Kurangnya sokongan dan penghargaan terhadap guru juga boleh menyebabkan


stress dalam guru. Pihak organisasi sekolah yang tidak menghargai pengorbanan dan
jasa seseorang guru akan menyebabkan guru tersebut berasa dirinya tidak dihargai atau
tidak berguna kepada sekolah itu. Apabila perasaan ini disimpan terlalu lama, ini akan
meningkatkan tahap stress guru tersebut apabila terpaksa bekerja dalam lingkungan
persekitaran yang tidak disukainya. Hubungan dengan guru-guru lain juga merupakan
salah satu punca stres. Apabila guru tersebut tidak boleh menjalinkan hubungan yang
baik dengan rakan sekerja, mereka akan berasa seolah-olah diri mereka dipulaukan dan
tidak diberi kepentingan dalam sekolah.

Berdasarkan faktor-faktor stres yang telah ditentukan, langkah-langkah yang


sesuai perlu diambil oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalah stres dalam kalangan
guru. Pihak sekolah sememangnya memainkan peranan yang besar dalam hal ini. Salah
satu tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah ialah memberikan penghargaan
kepada para guru untuk menghargai jasa dan sumbangan mereka terhadap sekolah.
PIhak sekolah boleh memberikan anugerah-anugerah yang bersesuaian kepada guru
untuk mengiktiraf mereka misalnya semasa hari guru atau sebagainya.

Seterusnya pihak sekolah juga perlu bertanggungjawab dalam menyediakan


kemudahan insfrastruktur yang lengkap di sekolah agar guru tidak berasa tertekan
disebabkan kekurangan kemudahan di sekolah. Contohnya pada masa kini, guru
dikehendaki membuat pelbagai tugasan secara atas talian. Oleh hal yang demikian, pihak
sekolah perlu membekalkan talian internet yang baik dan pantas bagi memudahkan
tugasan guru. Capaian internet yang perlahan akan meningkatkan stres dalam guru
kerana membazirkan masa sahaja.

Aspek pengurusan di sekolah juga meruperakan salah satu penyumbang utama


dalam menangani masalah stress dalam kalangan guru. Pihak pengurusan perlulah
mengamalkan gaya pengurusan berbentuk demokratik untuk menjaga kepentingan
semua guru. Segala keputusan yang diambil haruslah mendapat persetujuan semua guru
untuk mewujudkan kepuasan kerja dalam kalangan guru. Hubungan baik antara
pentadbir dan guru perlu dikekalkan supaya mudah untuk guru menyuarakan pendapat
mereka. Pengurusan sekolah juga bertanggungjawab dalam membahagikan tugasan
yang sama rata kepada semua guru supaya tiada guru yang terbeban akibat tugasan
yang berat dan menyebabkan guru tertekan.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang menjadi penyumbang kepada


masalah stres dalam kalangan guru. Pihak pentadbir sekolah memainkan peranan yang
penting untuk mengatasi masalah stres dalam kalangan guru supaya masalah ini tidak
berterusan.

Anda mungkin juga menyukai