Anda di halaman 1dari 14

JABATAN SAINS SOSIAL & PENDIDIKAN

PSIKOLOGI BILAZIM NEUROSIS: KECELARUAN KEBIMBANGAN (PSY 2093)

MASYITOH BINTI MOHAMED (1201 2500) DIPLOMA PSIKOLOGI

NAMA PENSYARAH : PN. NORAZIZAH BT ABDUL AZIZ

SEMESTER III (2012/2013)

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.... Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan yang diamanahkan ini dengan penuh jayanya pada tempoh masa yang ditetapkan. Setinggi tinggi pengahargaan kepada pensyarah yang mengajar subjek Psikologi Bilazim iaitu Pn. Norazizah Binti A.Aziz kerana memberi tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu dan bapa saya kerana memberi sokongan serta dorongan bagi menyiapkan tugasan ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu saya secara langsung atau tidak langsung. Pelbagai ilmu baru saya dapat menyiapkan tugasan ini. Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan saya meminta keampunan Allah SWT atas yang sedemikian itu kerana tiadalah daya dan upaya saya melainkan dengan pimpinan dan pertolonganNYA. Teguran yang membina adalah amat dialu-alukan. sepanjang saya

ISI KANDUGAN

Bil.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pendahuluan

Tajuk

Muka Surat
4 5 6-7 8 9-12 13 14

Definisi kecelaruan kebimbangan Kecelaruan kepanikan Kecelaruan kebimbangan am Kecelaruan fobia Rujukan Lampiran

Pendahuluan

Kesukaran untuk membezakan antara tingkah laku normal dan abnormal (bilazim) telah menyebabkan lahir berbagai-bagai pendekatan untuk memperolehi suatu definisi saintifik yang tepat mengenai tingkah laku abnormal (bilazim). Kecelaruan kebimbangan merupakan kecelaruan psikologi yang biasa berlaku. kebimbangan adalah perasaan yang kabur, ketidakselesaan umum bahawa sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku. Begitu juga kebimbangan bertindak balas terhadap ketakutan untuk dicederakan atau kehilangan sesuatu bernilai. Sesetengah ahli professional membezakan di antara ketakutan dengan kebimbangan. Ketakutan merupakan satu perasaan iaitu emosi yang wujud daripada bahaya yang konkrit iaitu nyata dan sebenar, sementara kebimbangan merupakan perasaan iaitu emosi yang wujud daripada sebab yang kabur dan tidak khusus. Kebanyakan manusia menghadapi serangan kebimbangan apabila berada dalam situasi tertentu, contohnya merasa bimbang mungkin tetamu akan datang ke rumah kerana di rumah sudah kehabisan kopi atau gula. Kadang kala kebimbangan adalah adalah normal dan sesuai, kerana ia boleh mendorong kita untuk menyelesaikan masalah yang menyebabkan kita bimbang. Namun kebimbangan juga boleh menjadi satu kecelaruan apabila ianya terjadi dalam bentuk ekstrim dan bilazim atau abnormal (tidak normal) dan sekiranya kebimbangan itu berpanjangan walaupun tanpa kehadiran bahaya tersebut. Di antara kecelaruan kebimbangan ialah kecelaruan kebimbangan am, kecelaruan panik, kecelaruan fobia, dan kecelaruan obsesif-kompulsif.

Definisi Kecelaruan Kebimbangan.

Kebimbangan merupakan kecelaruan psikologi yang biasa dialami semua manusia. Ia merupakan suatu perasaan tekanan yang merupakan reaksi terhadap situasi-situasi yang menekan. Kebimbangan merupakan perasaan yang kabur, ketidakselesaan umum bahawa sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku. Begitu juga kebimbangan merupakan perasaan tidak menyelesakan yang dirasai akibat daripada bertindak balas terhadap ketakutan untuk dicederakan atau kehilangan sesuatu yang bernilai. Sesetengah ahli profesional membezakan di antara ketakutan dengan kebimbangan. Ketakutan adalah satu perasaan atau emosi yang wujud daripada bahaya yang konkrit iaitu nyata atau sebenar, sementara kebimbangan merupakan satu perasaan atau emosi yang wujud daripada sebab yang kabur dan tidak khusus. Kebanyakan manusia menghadapi kebimbangan apabila berada dalam situasi tertentu, contohnya merasa bimbangan mungkin tetamu akan datang ke rumah kerana di rumah sudah kehabisan

Kecelaruan Kepanikan

Panik merupakan serangan tahap tertinggi kebimbangan, yang dicirikan oleh pemikiran yang tidak tersusun, perasaan takut dan ketidakupayaan dan tingkah laku tanpa tujuan. Kecelaruan panik katakan sebagai serangan yang mendadak atau mengejut oleh kebimbangan yang melampau. Kebiasaannya panik berlaku dalam beberapa minit sahaja. Serangan panik ini biasanya dikaitkan dengan pengucapan awam seperti bercakap di hadapan orang ramai, konflik antara perseorangan peperiksaan atau situasi-situasi tekanan yang tinggi. Tambahan pula, serangan panik juga mengiringi pelbagai jenis mood dan kebimbangan yang lain. Bagi mereka yang mengalami kecelaruan panik merasai kombinasi simptom-simptom fisiologi seperti degupan jantung yang kencang, nafas tersekat, berpeluh, pening dan simptom psikologi seperti kerisauan yang melampau, rasa takut dan perasaan tentang sesuatu yang buruk akan berlaku. Mereka juga merasa bahawa mereka terasing daripada tubuh badan sendiri atau mereka merasai manusia lain tidak benar. Kebanyakan yang mengalami kecelaruan panik adalah golongan wanita, di mana di barat mereka ini lebih berisiko dan cenderung untuk mengambil alkohol dan penyalahgunaan dadah, bermasalah untuk berfungsi sosial secara cekap, membunuh diri, bermasalah dalam hubungan suami-isteri dan mengalami kemurungan. Kecelaruan panik kadang kala merupakan penyakit progresif, yang berkembang mengikuti enam peringkat iaitu peringkat pertama hingga keenam. Pada peringkat awal atau peringkat pertama, individu hanya mengalami sedikit simptom kebimbangan seperti tidak seimbang dan sesak nafas. Serangan panik yang hebat berlaku di peringkat kedua, ia ditandai dengan simptom-simptom panik dan juga perasaan takut yang hebat. Pada peringkat ketiga, individu akan dipenuhi dengan masalah kesihatan dan penyakit fizikal yang lain. Seterusnya pada peringkat keempat, individu merasa takut akan diserang panik dan sentiasa cuba menghindari situasi yang boleh membawa kepada serangan panik berlaku. Pada peringkat kelima pula, ketakutan serangan panik mejadi begitu hebat sehingga menyebabkan pergelakan fobia atau agrofobia iaitu ketakutan untuk meninggalkan rumah dan bersendirian di kawasan awam. Gaya hidup dan kehidupan keluarga individu berada dalam
6

keadaan huru-hara akibat daripada kecelaruan ini. Dan pada peringkat terakhir, keadaan yang terjadi pada peringkat kelima membawa kepada kemurungan major pada diri individu tersebut. Pendekatan biopsikologikal menyatakan bahawa kecelaruan panik adalahh diwarisi melalui genetik daripada generasi yan lalu. Perkara ini dibuktikan melalui kajian kembar seiras. Menurut pendekatan kognitif pula, kecelaruan panik disebabkan oleh pemikiran yang tidak sempurna seperti pemikiran yang merosakkan iaitu pemikiran salah-atribusi , simptom fizikal bangkitan sederhana yang disebabkan oleh faktor-faktor seperti kafein, senaman, tekanan sederhana atau ingatan emosi kepada kecelaruan mental dan fizikal yang serius. Sebagai contoh, perkara yang sebenarnya tidak serius dari segi fizikal tetapi di tafsirkan sebagai serius.

Kecelaruan Kebimbangan Am

Kecelaruan kebimbangan am dicirikan oleh perasaan kebimbangan yang kekal dan kronik dalam menyebabkan situasi hidup. Ia merupakan perasaan kebimbangan yang menyeluruh, cemas atau susah hati terhadap kemusnahan yang akan berlaku dan terlalu sensitif terhadap kritikan. Biasanya mereka ini mengalami kebimbangan yang berlebih-lebihan, yang sukar untuk dikawal. Sebagai contoh, mereka secara berlebih-lebihan bimbang terhadap kedudukan kewangan, kesihatan, keadaan keluarga, prestasi kerja, hubungan dengan orang lain dan seumpamanya. Dari segi psikologinya, mereka yang mengalami biasanya berasa letih, tegang, resah, sukar untuk tidur, dan tiada tumpuan. Di antara simptom fizikal pula ialah berpeluh, degupan jantung yang kuat, sakit kepala, ceret-beret, ketegangan otot dan kerap buang air kecil. Dari segi penerangan teoritikal pula, pendekatan biopsikologi menekankan faktor warisan genetik, biokimia dan bangkitan otak sebagai penyebab. Kebimbangan juga dikaitkan dengan pengurangan aktiviti neuron. Ahli psikoanalisis pula menekankan bahawa ianya disebabkan oleh kelemahan ego yang tidak mampu memenuhi atau mengawal kehendak id. Seterusnya, ahli-ahli kognitif-tingkah laku pula memberi pandangan bahawa manusia melebih-lebihkan bilangan ancaman dan tahap ancaman, yang menyebabkan mereka sentiasa berada dalam keadaan bangkitan lawan atau lari. Pada pandangan humanistik pula menekankan bahawa ianya disebabkan oleh perbezaan antara kendiri sebenar dengan kendiri ideal, di mana kebimbangan wujud akibat daripada manusia tidak dapat mencapai kendiri yang ideal.

Kecelaruan Fobia

Kecelaruan fobia lebih kurang seperti kecelaruan obsesif-kompulsif, kecelaruan fobia merupakan pola tingkah laku yang terbentuk sebagai satu pertahanan daripada kebimbangan. Istilah fobia berasal daripada perkataan phobos (nama tuhan-takut Greek), yang merujuk kepada pengalaman takut yang keterlaluan dan tidak wajar. Khususnya, fobia juga disebut sebagai gerun merujuk kepada ketakutan atau kegerunan yang keterlaluan, yang berpanjangan dan tidak rasional terhadap objek, aktiviti atau situasi yang seseorang itu cuba untuk mengelakkannya. Mereka yang berperasaan sebegini menyedari bahawa ketakutan itu adalah tidak rasional, tetapi berusaha untuk mengelakkan situasi atau objek berkenaan. Misalnya, terdapat manusia gerun apabila berada di tempat tinggi, melihat ular dan darah, takut hilang kawalan, takut kelihatan sebagai tidak cekap, mempertahankan diri daripada ancaman yang mengancam harga kendiri dan yang mengancam piawaian tingkah laku yang bersifat kesempurnaan. Terdapat banyak jenis kecelaruan fobia, tetapi kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang sama seperti tindak balas tingkah laku yang tidak rasional, ketakutan berpanjangan, tingkah laku penghindaran dan ketidakupayaan. Jenis kecelaruan fobia yang pertama adalah tindak balas tingkah laku yang tidak rasional iaitu fobia bersifat tindak balas tingkah laku yang tidak rasional kepada pesakit dan juga kepada orang lain yang memerhatikan tingkah laku tersebut. Seterusnya yang kedua, berpanjangan iaitu ketakutan tersebut adalah berterusan atau berpanjangan. Yang ketiga adalah tingkah laku penghindaran iaitu pesakit memperlihatkan tingkah laku penghindaran seperti cuba menghindarkan diri daripada objek atau situasi yang mengerunkan. Seterusnya yang keempat, ketidakupayaan iaitu tingkah laku tersebut boleh menyebabkan pesakit mengalami masalah ketidakupayaan yang berkaitan dengan sumbersumber kegerunan dalam kehidupan seharian. Terdapat tiga jenis fobia, iaitu agorafobia, fobia sosial dan fobia khusus. Agorafobia adalah merujuk kepada rasa takut terhadap tempat atau ruang orang ramai yang bersifat terbuka seperti lorong jalan kaki dan pusat membeli-belah. Biasanya mereka ini berasa gerun kerana akan berasa malu apabila mengalami serangan panik yang mendadak, di mana

menjagakakan pertolongan yang segera tidak akan diperolehi. Mereka ini biasanya cuba mengelakkan diri daripada berada di lorong yang sibuk, pusat beli belah yang sibuk, restoran, dan kenderaan awam. Mereka tidak akan meninggalkan rumah selagi tidak berteman. Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita. Sesetengah ahli psikologi berpendapat bahawa agoraphobia adalah salah satu bentuk kecelaruan panik yang keterlaluan. Seterusnya, fobia sosial iaitu rasa takut yang bersifat tidak rasional dan penghindaran situasi sosial di mana seseorang mungkin merasa boleh memalukan atau menghinakan diri sendiri dengan cara kekok, janggal, bodoh atau tidak cekap di hadapan orang ramai. Sebagai contoh, mereka ini takut untuk melakukan kerja-kerja dihadapan orang ramai seperti bercakap, makan dan menulis dan menggunakan kemudahan awam. Selain itu, ia juga boleh mengambil bentuk kebimbangan persembahan, contohnya bimbang untuk berlakon atau memainkan alat muzik di hadapan orang ramai. Golongan remaja merupakan golongan yang teramai mengalami fobia sosial, di mana ia dikatakan berasal daripada perasaan malu semasa kanak-kanak atau pengalaman peristiwa traumatik seperti sebelum pernah dimalukan dikhayalak orang ramai. Fobia sosial boleh memberi impak serius ke atas prestasi di tempat kerja, menghalang kemajuan kerjaya dan pelajaran. Kadang kala mereka ini mengalihkan masalah dengan mengambil alcohol atau dadah. Fobia khusus adalah merujuk kepada rasa gerun terhadap objek atau situasi seperti haiwan, tempat tinggi atau serangga. Mereka yang mempunyai fobia khusus ini biasanya takut terhadap benda-benda sama yang ditakuti oleh orang lain, akan tetapi ketakutan mereka ini berlebih-lebihan. Ianya dianggap sebagai fobia sekiranya rasa takut tersebut mampu menyebabkan tekanan atau mencampuri kehidupan seseorang dalam banyak cara. Di antara kategori fobia khusus adalah seperti fobia situasi iaitu rasa takut terhadap lif, menaiki kapal terbang, terowong, tempat tertentu, pengakutan awam atau jambatan. Takut terhadap persekitaran semulajadi iaitu rasa takut terhadap petir, ribut, air, lautan, angin yang kuat, hujan dan ketinggian. Fobia haiwan merupakan rasa takut terhadap haiwan seperti anjing, ular, kucing, serangga atau tikus. Fobia darah, suntikan, kecederaan iaitu rasa takut melihat darah, menerima suntikan atau kemalangan, kemungkinan disebabkan pengalaman lalu.

10

Dari segi tingkah laku pula, penghindaran merupakan ciri utama fobia. Khuatir atau risau sekiranya hilang kawalan menyebabkan seseorang itu cuba menghindar objek dan situasi yang boleh meningkatkan kebimbangan. Sekiranya objek atau situasi tidak dapat dihindari secara mudah, tingkah laku kebimbangan itu boleh mengganggu keseluruhan kefungsian dan gaya hidup pesakit. Manusia yang menderitai agorafobia terlalu bergantung kepada orang lain kerana tingkah laku penghindaran itu mendominasi kesemua aktiviti mereka. Mereka mungkin menjadi lebih mudah panik apabila berada di luar rumah dan ini menyebabkan kebanyakan masa dan kehidupannya dihabiskan di dalam rumah. Dari segi perasaan pula, manusia yang menderitai kecelaruan fobia, ketakutanlah yang akan mendominasi hidup mereka. Kebanyaknya, mereka takut kepada objek dan situasi. Mereka juga takut pendedahan, yang mungkin boleh menyebabkan mereka ditertawakan dan dimalukan serta merasa takut ditinggalkan atau diketepikan semasa mengalami fobia. Apabila berhadapan dengan objek atau situasi yang menakutkan manusia yang berkecelaruan fobia ini boleh merasa panik. Panik itu sendiri biasanya disertai oleh perasaan takut, sebagai contoh takut sekiranya hilang kawalan, rebah, diserang sakit jantung, hilang ingatan dan menjadi tidak siuman. Apabila pesakit pernah mengalami panik, pesakit akan mula rasa takut bahawa serangan itu akan berulang lagi. Oleh disebabkan serangan itu begitu menakutkan, maka ketakutan bahawa serangan yang lain akan berlaku menjadi kemurungan major dalam kehidupan mereka. Situasi takut kepada takut, yang mana jangkaan yang melampau terhadap kebimbangan boleh menjadi pengalaman perasaan yang dominan, khususnya kepada mereka yang mengalami agorafobia. Dari segi kognitif pula, walaupun pesakit menyedari bahawa tindak balas mereka adalah tidak wajar dan tidak rasional, namun mereka tidak berupaya untuk menerangkannya dan menghapuskannya. Kehidupan mereka dipenuhi dengan pemikiran tentang kebimbangan yang mungkin terjadi dan mempunyai jangkaan negatif tentang masa hadapan. Manusia yang mengalami kecelaruan fobia telah membentuk harga kendriri yang rendah dan menerangkan diri mereka sebagai tidak lengkap dan sebagai manusia yang gagal. Mereka percaya bahawa mereka memerlukan sokongan dan galakan daripada orang lain. Mereka mula melihat diri mereka sebagai tidak berupaya, bergantung hidup dan sering merasa
11

kecewa kerana berterusan mengalami masalah tersebut. Malahan terdapat di kalangan mereka yang mudah terasa bahawa mereka mempunyai sakit mental. Selain itu, dari segi faktor-faktor penyumbang kepada fobia, pendekatan biologi menekankan bahawa fobia diperolehi melalui proses evolusi di mana manusia secara biologikalnya takut kepada haiwan dan situasi tertentu untuk tujuan kelangsungan spesis manusia. Mengikut pendekatan psikodinamik, fobia disebabkan oleh kebimbangan yang dipindahkan kepada objek atau situasi lain. Pendekatan pelajaran pula menekankan bahawa fobia terbentuk melalui pembelajaran, sama ada melalui pengalaman sebenar atau melalui pemerhatian terhadap tingkah laku manusia lain yang berfobia. Pendekatan humanistik mencadangkan fobia ada kaitan dengan kecekapan kendiri, di mana ia disebabkan oleh kepercayaan tentang kurang keupayaan untuk berdaya tindak ke atas objek atau situasi yang menekan.

12

Rujukan

1. Marof Redzuan & Haslinda Abdullah. 2008. Psikologi. Edisi Ketiga. Universiti Putra Malaysia : McGraw-Hill. 2. Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli. 2007. Psikologi Abnormal. Universiti Teknologi Malaysia.

3. Asmawati Desa. 2004. Psikologi Untuk Golongan Profesional. Edisi Kedua.


Universiti Kebangsaan Malaysia : McGraw-Hill.

13

LAMPIRAN

14

Anda mungkin juga menyukai