Anda di halaman 1dari 60

(PBKK3183)

TAJUK 9-
ISU DAN TRENDA
BERKAITAN PERSONALITI
AHLI KUMPULAN:
ELAINE YIN JIA YEE
TEE HUI YIN
RUQAYYAH BINTI AZIZI
NURIN ANATI BINTI BANSAN
HUAN JIA XIN

UNIT: BNK 2

NAMA PENSYARAH: EN. SHAFIE BIN MAJID


ISI
KANDUNGAN

01 02 03 04 05
IDENTITI KEBIMBANGAN KEMURUNGAN KELANGSANGAN KECELARUAN
GENDER DAN PERSONALITI
KEGANASAN
IDENTITI
GENDER
Pengenalan

● Identiti gender/jantina merujuk kepada perasaan peribadi kita dan


cara kita rasa, lihat, dan mengenalpasti diri kita, sama ada sebagai
lelaki atau perempuan, kedua-duanya, tidak kedua-duanya atau
kombinasi mana-mana kategori.
● Tunjukan melalui pemakaian, tingkah laku dan penampilan
peribadi kita.
● Apabila kanak-kanak dilahirkan, mereka diberikan gender
berdasarkan alat kelamin mereka. Sebagai contoh, seorang
kanak-kanak yang mempunyai faraj ketika lahir diberikan
jantina/gender sebagai perempuan, dan kemudiannya dijangka
untuk melaksanakan peranan gender khusus untuk identiti
tersebut seperti memasak, mengemas, dan akur, dan
sebagainya. Manakala mereka yang ditentukan sebagai anak
lelaki ketika lahir dijangka menjadi kuat, agresif, bersifat
sebagai pelindung bagi yang lain dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, penentuan dan andaian sebegini tidak selalunya
tepat, kerana alat kelamin tidak menentukan gender seseorang.

● Seks dan gender adalah dua kategori yang berbeza, dan juga
ditentukan oleh komponen yang berbeza dalam badan kita.
Isu identiti gender
● Gender Dysphoria atau juga dikenali sebagai
kecelaruan gender merupakan salah satu
penyakit mental yang merujuk kepada konflik dan
pertembungan di antara manifestasi gender
seseorang dengan jantina biologi semasa lahir
seperti meniru tingkah laku, pemakaian dan sifat
jantina yang berlainan serta menyembunyikan
tanda-tanda biologi jantina asal.
● Kecelaruan gender ini secara umumnya merangkumi
perasaan tidak selesa pada anatomi seksual sendiri dan
keinginan mendesak untuk hidup sebagai orang yang
bertentangan dengan jantina termasuklah mereka yang
menolak jantina tetapi masih mengekalkan alat kelamin
mereka.

● Biasanya kecelaruan gender seseorang individu akan


mengambil masa selama enam bulan untuk mempunyai
dua simptom antaranya ketidak selarian yang ketara di
antara manifestasi gender (sifat feminin/maskulin)
dengan sifat jantina asal.
Faktor kecelaruan gender
● Faktor individu dimana peringkat kanak-kanak hingga
dewasa iaitu di antara umur 10 hingga 19 tahun akan
mengalami satu fasa krisis identiti iaitu mereka akan
mula mencari identiti seperti perasaan ingin tahu dan
mencuba, emosi tidak stabil, kurang kemahiran daya
tindak serta bermain dengan kanak-kanak perempuan
atau lelaki semasa kecil turut akan menyebabkan
kecelaruan gender.
● Apabila ibu bapa menginginkan anak lelaki apabila
dilahirkan, sebaliknya yang keluar adalah anak
perempuan. Maka, ianya juga menjadi salah satu faktor
apabila anak perempuan dididik seolah-olah itulah anak
lelakinya.

● Faktor persekitaran juga memainkan peranan iaitu sikap


masyarakat yang memandang rendah, pergaulan bebas,
sumber mudah akses seperti penggunaan gajet,
dibesarkan dalam komuniti atau keluarga yang
bermasalah, kawalan yang kurang dari pihak berkuasa dan
pergerakan proLGBT atau normalisasi serta penggunaan
internet dan pengaruh sosial media.
CARA MENGATASI
● Untuk mendekati mereka yang mempunyai kecelaruan ini perlulah
dilakukan pencegahan awal seperti melarang memakai pakaian silang.
Perbuatan memakaikan anak lelaki dengan perempuan dan sebaliknya,
atau terus membiarkan anak-anak kecil didedahkan dengan
perlakuan-perlakuan yang berlawanan dengan tabiat jantinanya adalah
perbuatan terlarang.

● Pendekatan kaunseling, psikospritual dan perubatan boleh digunakan


dalam membantu untuk memulihkan perkara ini serta jangan
menghukum mereka sekiranya mereka ingin kembali ke fitrah sebenar.

KENALI DAN TANGANI KECELARUAN GENDER - Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (usm.my)
KEBIMBANGAN
PENGENALAN
● Kebimbangan adalah keadaan perasaan yang bercirikan perasaan bimbang yang
melampau disertai dengan simptom somatik seperti ketegangan fizikal.

● Pada masa yang sama seseorang itu juga mengalami kecemasan atau kekhuatiran akibat
daripada jangkaan bahawa kemungkinan suatu malapetaka atau kecelakaan akan
berlaku.

● Kebimbangan boleh digambarkan melalui 3 aspek iaitu:


❏ perasaan yang kurang menyenangkan
❏ tingkah laku yang menunjukkan keadaan cemas,bimbang,gelisah dan gugup
❏ tindak balas fisiologi seperti peningkatan kadar denyutan jantung dan ketegangan
otot.
FAKTOR PENYEBAB KEBIMBANGAN

Pengaruh
Genetik

Pengaruh Pengaruh
Sosial Neurobiologi

Pengaruh
Psikologi
FAKTOR PENYEBAB KEBIMBANGAN

GENETIK NEUROBIOLOGI PSIKOLOGI SOSIAL

Bahagian otak yang


Jika dalam masa banyak dikaitkan Reaksi psikik Kejadian harian
yang sama wujud dengan terhadap keadaan yang
tekanan psikologi kebimbangan sekeliling yang mengakibatkan
dan sosial. adalah sistem berbahaya. tekanan.
limbik.

Sistem penghalang Pengaktifan semula


Gangguan pada
tingkah laku akan ketakutan yang Kebanyakan
sistem saraf
diaktifkan apabila kejadian harian
semenjak lahir pernah dialami
menerima isyarat berbentuk masalah
ataupun sewaktu zaman
tentang perubahan interpersonal
kemalangan. kanak-kanak.
fisiologi badan
JENIS KEBIMBANGAN
Agorafobia
Kecelaruan panik tanpa agorafobia

Kecelaruan panik dengan agorafobia

Kecelaruan kebimbangan umum

Fobia khusus

Kecelaruan obsesif-kompulsif
Fobia sosial
Agorafobia Kecelaruan Panik

Ketakutan pada Melibatkan


suasana atau reaksi yang Serangan panik
Sebagai contoh
tempat yang individu yang disertai oleh biasanya disertai
mungkin menghidap simptom fizikal dengan perasaan
memalukannya kecelaruan ini seperti jantung mahu
bagi melepaskan berdebar-debar, melepaskan diri
selalunya
diri apabila pernafasan
memerlukan berasa takut menjadi cepat, daripada
pertolongan berada berada kesukaran suasana yang
semasa di tempat bernafas, tubuh dianggap
berlakunya awam… badan lemah bahaya.
serangan panik. atau pening.
Kecelaruan
Kebimbangan
Umum

Kebimbangan umum ini melibatkan Kebimbangan umum merupakan


perasaan resah, bimbang dan kebimbangan normal yang dihadapi
gangguan fizikal yang kemudiannya oleh orang awam dalam kehidupan
menyebabkan gangguan emosi seharian mereka.

Mudah letih, sukar menumpukan Rapee (1991) menyatakan kecelaruan


perhatian, fikiran menjadi buntu, jenis ini dikaitkan dengan ciri-ciri seperti
otot-otot menjadi tegang dan bimbang pada suasana kehidupan
mengalami gangguan tidur. kewangan dan hubungan sosial.
Fobia
Binatang- Takut pada serangga atau binatang.
Binatang

Fobia Takut pada ketinggian, kilat ataupun laut.


Persekitaran

Kebimbangan
Fobia Khusus
Fobia
Takut pada suntikan dan kecederaan.
Darah

Fobia Ketakutan yang disebabkan pendedahan pada


Suasana suasana yang khusus.
Kebimbangan Fobia Sosial

Individu yang
Dia juga berasa ada
mengalami fobia
beriburibu mata
sosial selalunya Menurut Woody memberikan
mempunyai (1996), individu itu tumpuan kepadanya
ketakutan yang akan memiliki dan selalu sensitif
tinggi pada perasaan sentiasa pada perawakan diri
suasana sosial takut melakukan melalui cara
yang menyebabkan sesuatu perdebatan berinteraksinya
dia menjauhi orang yang mungkin dengan orang lain
ramai ataupun memalukannya. serta bimbang orang
bersama dengan lain memberi
mereka dalam penilaian negatif
terhadap dirinya.
keadaan tertekan.
Menurut Nevid (2011) obsesif ialah Ini bermakna bahawa ia adalah
pemikiran atau idea yang kelihatan perasaan takut yang berkait rapat
melampaui kemampuan individu dengan kepercayaan, bayangan dan
bagi mengawalnya. fikiran yang tidak logik dan rasional.

Kompulsif terbahagi kepada dua Kebimbangan


kategori iaitu ritual memeriksa dan Kecelaruan
ritual membersih. Kompulsif Obsesif boleh menyebabkan
Obsesif-Kompulsif
sentiasa diiringi oleh obsesif apabila gangguan hidup dalam keraguan
ia muncul sebagai melepaskan dan imej mental yang kurang
kebimbangan yang ditimbulkan oleh menyenangkan.
pemikiran obsesif.

Individu yang obsesif menurutnya lagi boleh mendatangkan


bahaya kepada orang lain atau pasangannya.Kompulsif pula
adalah tingkah laku yang berulang seperti berulang kali
membasuh tangan atausentiasa memeriksa pintu berkunci.
KEMURUNGAN
PENGENALAN
● Kemurungan merupakan satu keadaan emosi yang sangat mendalam dan perasaan
sedih yang tidak realistik.

● Mereka yang mengalami kemurungan mungkin mempunyai ciri-ciri seperti berasa


kekurangan tenaga untuk melakukan sesuatu, hilang minat dengan aktiviti harian seperti
makan dan minum, berasa diri tidak berdaya, berasa sunyi sepi,suka bersendirian dan
cuba mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang lain.

● Berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh
sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung
sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
CIRI-CIRI KEMURUNGAN
KELANGSANGAN DAN
KEGANASAN
Pengenalan

01 Ahli psikologi ( Baron dan Byrne,


02 Olweus (1978) : Kelangsangan ialah tingkah
laku yang dirangsang oleh kemarahan,
2000 ) : Kelangsangan sebagai
keganasan atau sifat bersaing, yang diarahkan
sebarang corak tingkah laku yang
terhadap orang atau objek lain mahupun
bertujuan membinasakan dan
terhadap diri sendiri dan boleh dianggap
mencederakan orang lain, objek-
bertujuan untuk membahayakan,
objek tertentu atau diri sendiri
mengganggu atau memusnahkan

03 04 Baron dan Byrne: Apa sahaja tingkah


Di tv, radio, majalah, surat khabar setiap laku yang diarahkan ke matlamat untuk
hari menceritakan tentang tingkah laku merosak, mencelaka, menyakit dan
lagsung- peperangan, pembunuhan, mencederakan manusia lain, yang
penderaan, penyeksaan mana manusia lain itu cuba mengelak
daripada tindakan dan perlakuan
tersebut
Jenis-jenis Langsangan

Langsangan emosi & Langsangan sah & tidak sah


instrumental

Langsangan Emosi : Tingkah laku Langsangan sah : Langsangan yang


langsang yang didorong oleh emosi dilakukan secara sah seperti seorang
(marah) dan bertujuan untuk polis membunuh perompak( tindakan
mencederakan orang lain disahkan atau legal oleh masyarakat ).

Langsangan Instrumental : Langsangan Langsangan tidak sah : Kesemua tingkah


sebagai alat (instrumen) untuk mengawal laku langsang yang tidak diterima oleh
atau mempengaruhi tingkah laku orang masyarakat, kemungkinan status pelaku
lain : memukul anak, menembak pencuri tidak disahkan diterima oleh masyarakat
Bentuk kelangsangan yang berkaitan dengan keganasan
(Forsyth):

Keganasan jenayah Keganasan domestik Keganasan kolektif

Serangan seksual Keganasan belia

Apakah punca tingkah laku langsang?


Pendekatan Psikoanalisis
Mengapa tingkah laku langsang terjadi?
Pendekatan
Psikoanalisis (Freud)

Berasal daripada gerakuasa yang


tersimpan dalam bahagian Ia merupakan dorongan asas-
01 prasedar – yang boleh dibawa 02 primitif
kepada sedar

Dua dorongan asas:

03 ● Eros : (naluri hidup, berseronok, nikmat)


● Thanatos : (naluri untuk membinasakan
diri)
Faktor otak
Faktor diri
manusia itu Faktor hormon / kromosom
sendiri
Faktor jantina

Kekecewaan Ancaman dan persaingan


Faktor-faktor
Faktor situasi,
Kelangsangan emosi,dan motif
Reaksi terhadap kesakitan
Model sosial
- serangan

Provokasi lisan dan fizikal Persekitaran fizikal

Marah Tanda saran situasi


Faktor pencetus
langsangan Salah atribusi Motivasi untuk langsang
Faktor Diri Individu
(Faktor Otak)

01
Bahagian dalam otak: sistem
limbik (amigdala) berperanan
sama ada seseorang itu
menyerang atau cabut lari 02
Sekiranya amigdala dirangsang
atau dirosakkan seseorang
bertingkah laku langsang atau
sebaliknya.
Faktor Diri Individu
(Faktor hormon / kromosom)
01
Hormon testosteron (lelaki):
kelebihan hormon ini merangsang
untuk bertingkah laku langsang.

Peranan sistem endokrin (hormon)


dan kromosom dalam merangsang
tingkah laku langsang.
02
Sindrom XYY: kromosom pasangan
ke 23 (penentuan jantina – XY
untuk lelaki) terlebih kromosom Y,
i.e lebih kelelakiannya, lebih
langsang
Faktor Diri Individu
(Faktor jantina)

Hasil kajian: Sama sahaja, sekiranya


01 tiada halangan sosial (situasi) bagi
wanita?

Tetapi stereotaip perempuan


02 adalah lembut, penyayang
Faktor situasi, emosi dan motif
(Kekecewaan)
Teori klasik :Frustration and 1. Kekecewaan sentiasa membawa kepada langsangan
aggression
2. Langsangan sentiasa berasal daripada kekecewaan

Kritikan teori 1. Kekecewaan tidak sentiasa membawa kepada langsangan


kerana ada halangannya

2. Manusia yang kecewa mungkin berusaha untuk mengatasi


kekecewaan dengan cara tertentu

3. Kekecewaan hanya salah satu faktor sahaja daripada


banyak faktor

Kekecewaan boleh membawa kepada 1. Kekecewaan adalah hebat


langsangan sekiranya:
2. Sekiranya tingkah laku dipersepsi sebagai sembarangan,
bukan salahnya (layanan yang tidak adil)
Faktor situasi, emosi dan motif
(Reaksi terhadap kesakitan)

01 Manusia marah apabila dirinya disakiti


atau merasa disakiti.

Emosi marah ini boleh mendorong


02 manusia/haiwan untuk
menyerang/bertingkah laku.

Bergantung kepada atribusi tentang


03 penyebab kepada sakit itu
Faktor situasi, emosi dan motif
(Provokasi lisan dan fizikal)
01 02
Mengapa manusia marah? Apa faktor/situasi yang memulakan
Mungkin diprovok secara lisan atau sesuatu pergaduhan, peperangan –
fizikal tingkah laku langsang?

03
Contoh dalam perlawanan bola sepak

Provokasi menyumbang kepada tindakan langsang bergantung


kepada proses atribusi sosial, sama ada provokais itu secara sengaja
(faktor dalaman), atau tidak sengaja (faktor luaran)
Faktor situasi, emosi dan motif
(Ancaman dan persaingan)
01
Ancaman sama ada dalam bentuk
fizikal atau sudah cukup
menimbulkan sesuatu reaksi dan
mendorong tindakan langsang.
02
Kadang kala ancaman itu bukan
sebenarnya; ia hanya hanya dalam
bentuk persepsi (rasa dirinya
diancam).
03
Persaingan antara manusia boleh
membawa langsangan;
persaingan politik, kuasa, harta dll
Faktor situasi, emosi dan motif
(Model sosial)

1. Yang mudah terpengaruh oleh adegan


ganas di TV
Kajian Eron : Siapakah kanak-kanak yang
mudah dipengaruhi oleh model langsang 2. Yang tidak popular di sekolah

3. Yang ibu bapa mereka menggunakan


hukuman fizikal
Faktor situasi, emosi dan motif
(Persekitaran fizikal)
Rangsangan fizikal berperanan dalam
mendorong tingkah laku langsang

Persekitaran fizikal 1. Kesesakan (jalan raya)

2. Suhu (panas / sejuk)

3. Kebisingan

4. Bau-bauan

5. Rangsangan erotik

Kesaratan kognitif Terlalu banyak rangsangan yang akan diproses menyebabkan


seseorang tidak mampu -marah

Kajian kes 1. Sekolah yang sesak

2. Penjara yang sesak


Faktor pencetus langsangan
(Marah)
01 02
Rangsangan daripada persekitaran Marah bertindak sebagai penghubung
mendorong tingkah laku langsang sekiranya rangsangan dengan TL. Dengan demikian,
ia dapat merangsang wujudnya perasaan orang yang cepat marah lebih cenderung
marah. bertindak langsang.

Siapa dia orang tersebut?


Teori Personaliti Jenis A dan Personaliti Jenis B.

Ciri Personaliti Jenis A : bersaing, sensitif, mementingkan masa,


tergesa-gesa, ingin mendahului orang lain, kurang sabar (dikaitkan
dengan faktor penyakit kardiovaskular). Mereka cenderung terlibat dalam
tingkah laku langsang (permusuhan, penentang, pergelutan/persaingan,
kurang mempercayai orang lain etc).mudah marah apabila diprovokasi.

Ciri Personaliti Jenis B: lawan kepada personaliti jenis A.


Faktor pencetus langsangan
(Salah atribusi)

Teori pemindahan gantian (Zilman)

1. Rasa ketidakselesaan yang tidak hebat tidak cukup untuk mendorong


tingkah laku langsang ; namun apabila memang telah berbangkit
fisiologinya, dengan faktor ketidakselesaan yang sedikit sudah cukup
mendorong.

2. Dengan pengambilan dadah / tonton bahan lucah dapat merangsang


tingkah laku langsang yang sudah sedia ada
Faktor pencetus langsangan
(Tanda saran situasi)

● Rangsangan persekitaran boleh mendorong tingkah laku langsang

● Objek- objek yang boleh mengingatkan seseorang kepada peristiwa lalu


yang menyakitkan boleh membangkitkan langsangan
Faktor pencetus langsangan
(Model motivasi langsangan)

01
Model ini lanjutan daripada model
kekecewaan langsangan

02
Langsangan adalah dibangkitkan
oleh beberapa faktor ; kemarahan,
persekitaran, salah atribusi, tanda
saran situasi
KECELARUAN
PERSONALITI
PENGENALAN
● Kecelaruan personaliti merupakan sejenis kecelaruan mental di
mana seorang individu mempunyai corak pemikiran, imej diri,
kefungsian dan tingkah laku yang tidak fleksibel.
● Seorang individu yang mempunyai kecelaruan personaliti akan
menghadapi kesukaran untuk menampung tekanan biasa dan
aktiviti-aktiviti dalam kehidupan seharian.
● Kecelaruan personaliti tidak terjadi dalam masa sehari dua
tetapi tanda-tanda penyakit ini selalunya dapat dikesan semasa
seorang individu itu ialah remaja atau awal dewasa.
JENIS-JENIS KECELARUAN PERSONALITI
● Kecelaruan personaliti boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan:

KUMPULAN A:
ANEH
DAN EKSENTRIK KUMPULAN B:
DRAMATIK DAN KUMPULAN C:
● Paranoid EMOSIONAL KERISAUAN DAN
● Skizoid KETAKUTAN
● Antisosial
● Skizotipal ● Pengelakan
● Histrionik
● Obsesif-
● Narsistik
kompulsif
● Sempadan
● Kebergantungan
KUMPULAN A: ANEH DAN EKSENTRIK
Mereka dalam kluster A cenderung menghadapi kesukaran memahami orang lain
dan menunjukkan tingkah laku yang dianggap pelik dalam kalangan masyarakat.

A. PARANOID
● Menyebabkan kemunculan perasaan kecurigaan dan
ketakutan yang berlebihan.
● Mereka sentiasa menganggap orang lain mempunyai niat
yang jahat.
● Enggan mempercayai orang lain dan mereka amat sensitif
terhadap kritikan orang lain.
● Faktor-faktor yang menyebabkan seorang individu menjadi
paranoid:
- Trauma psikologi
- Tekanan
- Gangguan pada otak
- Insomnia yang berat
B. SKIZOID
● Merupakan sesuatu keadaan luar biasa di mana seorang individu
akan mengelak aktiviti sosial.
● Mereka juga sering menjauhkan diri daripada interaksi dengan
orang lain.
● Mereka memiliki ekspresi dan reaksi emosi yang terhad.
● Individu yang mengalami kecelaruan personaliti skizoid
kelihatan tidak mengambil berat tentang orang lain serta
apa-apa yang berlaku di sekelilingnya.
● Faktor yang menyebabkan skizoid:
- Keibubapaan
- Pengalaman zaman kanak-kanak
- Persekitaran
● Mereka yang mengalami kecelaruan personaliti skizoid juga
berkemungkinan/berisiko tinggi mengalami gangguan
personaliti yang lain.
C. SKIZOTIPAL
● Adalah lebih kompleks jika berbanding dengan
paranoid dan skizoid.
● Individu yang mengalami skizotipal kemungkinan
besar mengalami skizofrenia + skizoid + paranoid.
● Mereka sering berasa bimbang dan tidak selesa
untuk berinteraksi dengan orang lain.
● Mereka mempunyai reaksi emosi yang terhad.
● Sentiasa berfantasi.
● Mempunyai penampilan yang tidak biasa dan sering
menunjukkan emosi yang tidak wajar.
● Faktor-faktor yang menyebabkan skizotipal:
- Faktor keturunan
- Trauma psikologi
- Mengalami kecederaan atau penyakit sebelum atau
semasa kelahiran
KUMPULAN B: DRAMATIK DAN EMOSIONAL
Mereka dalam kluster B menunjukkan pola perlakuan yang dianggap kebanyakan
sebagai dramatik, tak menentu dan mengancam atau mengganggu.

A. ANTI-SOSIAL
● Mereka tidak mengikut norma atau
peraturan yang diterima secara sosial.
● Kurang rasa empati serta perhatian terhadap
orang lain.
● Agresif dan ganas.
● Sentiasa berbohong demi menjaga
kepentingan diri.
● Gagal mempertimbangkan akibat tindakan
mereka.
● Suka memanipulasi orang lain.
● Tidak dapat menjalinkan hubungan yang
baik dengan orang lain.
● Biasanya disebabkan oleh warisan dan
pengaruh persekitaran.
B. HISTRIONIK
● Suka mendapatkan perhatian orang lain.
● Amat dramatik dan emosi adalah tidak stabil.
● Sering terkeliru di antara perasaan dan fakta diri
sendiri.
● Mudah dipengaruhi oleh orang lain atau keadaan.
● Sering menyalahkan orang lain.
● Kurang memberikan perhatian kepada orang lain.
● Mengancam orang di sekelilingnya untuk
mendapatkan simpati dan perhatian.
● Bertindak tanpa berfikir dahulu.
● Mempunyai gaya ucapan yang berlebihan
impresionistik dan kurang terperinci.
● Menggunakan penampilan fizikal untuk menarik
perhatian.
● Kekurangan perhatian merupakan salah satu faktor
yang menyebabkan seorang individu mengalami isu ini.
C. NARSISTIK
● Memerlukan perhatian dan pujian yang berlebihan.
● Hanya mementingkan diri sendiri.
● Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan merasakan
diri perlu disanjung.
● Kekurangan empati terhadap orang lain.
● Suka mengambil kesempatan atas orang lain.
● Memandang rendah orang lain.
● Mudah rasa cemburu dan percaya orang lain cemburu
dengan dirinya.
● Mudah rasa terhina apabila pandangannya dibantah.
● Kritikan yang banyak sejak kecil lagi akan
menyebabkan seseorang individu mengalami isu ini
kerana mereka berasa takut terhadap kegagalan.
D. SEMPADAN
● Mempunyai isu imej diri.
● Kesukaran dalam mengawal emosi dan tingkah laku
diri.
● Hubungannya dengan orang lain adalah tidak stabil.
● Takut diri akan diabaikan.
● Impulsif dan mood sentiasa berubah.
● Ancaman atau tingkah laku bunuh diri atau kecederaan
diri, sebagai satu tindak balas kepada ketakutan
terhadap perpisahan atau penolakan.
● Perasaan kekosongan yang berterusan.
● Kemarahan yang berlaku tanpa sebab.
● Keabnormalan otak, faktor genetik dan persekitaran
menyumbang kepada gangguan personaliti BPD.
KUMPULAN C: KERISAUAN DAN KETAKUTAN
Mereka dalam kluster C takut berhadapan dengan hubungan bersifat peribadi dan
menunjukkan corak kelakuan risau dan takut. Mereka juga mungkin menyendiri dan
mengelak dari bersosial.

A. PENGELAKAN
● Berasa takut terhadap penolakan dan sensitif terhadap kritikan orang
lain.
● Mengalami kebimbangan dan ketakutan yang melampau apabila
berinteraksi dengan orang lain.
● Malu dan mempunyai kebimbingan melakukan sesuatu yang salah.
● Jarang mencuba sesuatu yang baru atau mengambil peluang.
● Mempunyai imej diri yang negatif dan mempunyai keyakinan diri yang
rendah.
● Teragak-agak untuk mencari sahabat.
● Takut berkongsi maklumat peribadi dan perasaan diri kepada orang lain.
● Penderaan emosi, kritikan, ejekan, atau kurang kasih sayang atau
asuhan oleh ibu bapa atau penjaga boleh mengakibatkan perkembangan
gangguan personaliti ini.
B. OBSESIF-KOMPULSIF
● Menyebabkan pemikiran dan tindakan untuk berulang.
● Mereka tidak melakukannya kerana mereka menikmatinya, tetapi
kerana mereka tidak boleh berhenti. Jika mereka berhenti, mereka
berasa sangat teruk sehingga mereka mula semula.
● Mempunyai fikiran yang agresif tentang kehilangan kawalan.
● Mementingkan kesempurnaan sehingga memaksa orang lain untuk
menerima standard diri yang tinggi.
● Contoh:
- Takut diri akan tercemar jika menyentuh barang orang lain.
- Setiap perkara haruslah teratur.
- Memeriksa pintu berulang kali untuk memastikan pintu telah
dikunci.
- Bertegas untuk mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan
tekun tanpa mengubah apa-apa.
● Mengelak terhadap perhubungan intim kerana terlalu terikat
dengan peraturan diri.
● Faktor:
- Trauma atau stres
- Mengalami gangguan mental yang lain seperti bipolar
- Terdapat ahli keluarga yang mengalami gangguan personaliti OCD.
C. KEBERGANTUNGAN
● Mempunyai keperluan untuk meminta orang lain menjaga
mereka.
● Takut diri akan ditinggalkan dan berpisah.
● Menghadapi masalah membuat keputusan dalam kehidupan
seharian tanpa persetujuan/ kebenaran orang lain, seperti
apa yang perlu dipakai.
● Amat sensitif terhadap kritikan orang lain.
● Menghadapi kesukaran dan tidak selesa apabila bersendirian.
● Sanggup menerima penganiayaan dan penderaan daripada
orang lain.
● Mementingkan keperluan penjaga mereka daripada keperluan
diri.
● Naif dan menganggap diri tidak berguna.
● Faktor:
- Mempunyai ahli keluarga yang agresif
- Ditinggalkan oleh ibu bapa/penjaga
- Ibu bapa terlalu melindungi anak-anak
SEKIAN,
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai