Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

GPP1063
PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL
Nama : TENG EN CI
No. K/P : 020929 - 13 - 0364
Angka Giliran : 2020112310060
Program : PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN
Ambilan : JUN 2020
Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1
( BNK 1 )
Nama Pensyarah : ENCIK YUSRI BIN YUSOFF
Tarikh Hantar : 9 APRIL 2021

PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: __________________________ Tarikh: 9 APRIL 2021

PENGESAHAN PELAJAR

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar: __________________________ Tarikh: ____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

JKA/Jun2019
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
TUGASAN KERJA KURSUS
TAHUN AKADEMIK: 2021

Program: PPISMP Nama Pelajar:

Kod: GPP1063 Semester / Tahun: 2Tahun 1


Ambilan: Jun 2020
Nama Kursus: PENGANTAR
PENGAJIAN PROFESIONAL Kumpulan:
PPISMP PPISMP BNK 1, BNK 2, BMMB 1,
BMMB 2, PAKK, TESL SK, TESL SJKC,
PIMK 1, PIMK 2, PIMK 3 DAN PIMK 4

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Pengurusan Grafik 1 24/2/2021 1/3/2021

2. Penulisan Akademik 4/3/2021 9/4/2021

3. Pengurusan Grafik 2 28/3/2021 2/4/2021

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menjelaskan pengertian, konsep, aspirasi dan kepentingan pendidikan. (C2, A3,
A4, LO1, LO5, TS4)
2. Menghuraikan ciri-ciri personaliti, etika dan perwatakan guru sebagai pembina
negara bangsa dalam kumpulan. (C2, A1, LO3, LO5, CTPS2, TS4)
3. Membincangkan elemen profesionalisme keguruan dan pembelajaran
sepanjang hayat. (C4, A2, LO3, LO6, CTPS2, LL1)
4. Menilai kepentingan pemuafakatan komuniti dalam pendidikan. (C5, LO3, LO6,
CTPS3, LL2)
5. Menganalisis cabaran-cabaran profesionalisme keguruan dengan isu-isu
pendidikan terkini. ( C4, LO3, LO6, CTPS3, LL2)

Kerja kursus ini akan menilai kesemua hasil pembelajaran di atas.

Objektif Kerja Kursus:


1. Menghasilkan pengurusan grafik berkaitan dengan pengertian,
konsep,aspirasi dan kepentingan pendidikan (C2, A3, A4, LO1, LO5, TS4).
2. Menghuraikan ciri-ciri personaliti, etika dan perwatakan guru sebagai pembina
negara bangsa dalam kumpulan. (C2, A1, LO3, LO5, CTPS2, TS4)
3. Membincangkan elemen profesionalisme keguruan serta menganalisis
cabaran-cabaran yang mendepani para guru dalam pelaksanaan tugas
mereka. (C4, A2, LO3, LO6, CTPS2, LL1)
4. Menilai kepentingan pemuafakatan sekolah dengan komuniti dalam
pendidikan. (C5, O6, CTPS3, LL2)
5. Menghasilkan pengurusan grafik berkaitan dengan ciri-ciri personaliti, etika
dan perwatakan guru cemerlang. (C2, A1, LO4, LO5, CTPS2, TS4)

Tugasan 1 : Pengurusan Grafik (10%) – Tugasan Kumpulan


Dalam kumpulan bertiga, anda dikehendaki :

1. Menghasilkan pengurusan grafik berkaitan dengan definisi, konsep, aspirasi dan


kepentingan pendidikan dengan merujuk kepada beberapa artikel yang berkaitan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


1. Anda dikehendaki membuat rujukan dari pelbagai sumber artikel yang berkaitan
dengan definisi, konsep, aspirasi dan kepentingan pendidikan.
2. Buat analisis terhadap pandangan dan hujah yang dikemukakan oleh penulis artikel
berkenaan.
3. Hasilkan pengurusan grafik berdasarkan analisis kendiri anda terhadap hujah dan
pandangan penulis berkenaan.
4. Rujukan perlu dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.

Tugasan 2 : Penulisan Akademik ( 50% ) – Tugasan Individu

Profesionalisme keguruan dikaitkan dengan ciri profesional seperti kelayakan menjadi


PPP, etika profesional dan diiktiraf oleh badan profesional. Oleh itu, dalam memastikan
kejayaan perancangan dasar pendidikan, profesionalisme PPP pada setiap peringkat
perlu sentiasa ditingkatkan. KPM melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan
profesionalisme keguruan seperti memperkemas laluan kerjaya PPP, membangunkan
konsep Guru Malaysia dan Penilaian Bersepadu PPP (PBPPP), serta menggalakkan PPB.

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan, KPM.

Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan elemen- elemen profesionalisme keguruan


dan menganalisis pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru dengan pelbagai isu
pendidikan yang terkini. Selain itu, anda dikehendaki membuat penilaian terhadap
kepentingan pemuafakatan sekolah dan komuniti dengan merujuk khusus kepada
peranan guru dalam menjayakannya.

Arahan Pelaksanaan Tugasan


1. Penulisan akademik ini perlu dihasilkan dalam 2000 patah perkataan.
2. Perbincangan perlulah mengandungi profesionalisme keguruan serta
cabaran-
cabaran yang dihadapi para guru.
3. Selain itu, fokus juga perlu diberikan kepada penilaian terhadap kepentingan
pemuafakatan sekolah dengan komuniti dalam pendidikan serta peranan
yang boleh
dimainkan oleh para guru.
4. Penghuraian setiap fakta yang diberikan perlulah berdasarkan hujah yang
tepat
serta mempunyai rujukan yang relevan.
5. Aplikasikan penulisan rujukan gaya APA.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

TUGASAN 3 : Pengurusan Grafik 2 ( 10%)

Dalam kumpulan bertiga, anda dikehendaki :

1. Menghasilkan pengurusan grafik berkaitan dengan personaliti, etika dan perwatakan


guru cemerlang berdasarkan kandungan ceramah, soal jawab dan temu bual bersama
Guru Cemerlang .
Arahan Pelaksanaan Tugasan

Berdasarkan sesi temubuat dengan Guru Cemerlang, anda dikehendaki untuk :

1. Mencatatkan secara terperinci butiran isi temubual beliau berkaitan dengan


ciri-ciri
personaliti, etika dan perwatakan beliau sebagai seorang guru cemerlang.
2. Mengemukakan pelbagai soalan khusus untuk mendapatkan pelbagai fakta
berkaitan
dengan personaliti serta hasil kerja seorang guru cemerlang.
3. Berbicang bersama-sama ahli kumpulan untuk menghasilkan pengurusan
grafik
berkaitan dengan ciri personaliti, etika dan perwatakan guru cemerlang.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong penulisan anda
hendaklah
dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan
ilmiah.
4. Format dan organisasi kertas cadangan perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah
dalam
menterjemah maklumat secara kritikal dan inovatif.
6. Menunjukkan kolaborasi dan komitmen yang amat tinggi.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 2 adalah tugasan individu. Manakala tugasan 1 dan 3 dijalankan secara


kumpulan yang terdiri 2 atau 3 orang pelajar.
2. Bahagian kulit luar fail hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
1.1 Nama Pelajar
1.2 Angka Giliran
1.3 Nombor Kad Pengenalan
1.4 Kumpulan/Unit
1.5 Nama Pensyarah
1.6 Tarikh Serahan
1.7 Mengikut warna semester yang ditentukan.
3. Borang maklumbalas dan salinan soalan tugasan projek disertakan selepas kulit
fail.
4. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
3.2. Fon Arial
3.3. Saiz huruf - 11
3.4. Langkau 1.5 baris
3.5. Rujukan mengikut format A.P.A. ( American Psychological Association)
3.6 Lampiran
3.7. Disediakan dalam Bahasa Melayu sahaja
5. CD produksi akhir dan penulisan akademik hendaklah diserahkan bersama.
6. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan
7. Amalan plagiat TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
8. Tugasan ini perlu disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan.
9. Susunkan semua bahan-bahan yang dikumpul mengikut turutan dalam sebuah
folio.
a. Kulit Muka Hadapan (Individu) berwarna kuning.
b. Borang Maklum Balas (terkini) yang telah lengkap – maklumat pelajar,
tandatangan di bahagian Pengakuan Pelajar dan tarikh. Jangan
tandatangan di bahagian Pengesahan Pelajar.
c. Rubrik Pemarkahan Tugasan 1 dan Tugasan 2
d. Pembahagi bagi setiap urutan tugasan.
e. Rujukan
f. Lampiran
Prakata

Salam sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja kursus ini.
Saya Teng En Ci berasa amat bersyukur dengan mendapat tugasan ini kerana banyak
perkara yang boleh saya pelajari seperti elemen- elemen profesionalisme keguruan.

Saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pensyarah yang


banyak membantu saya iaitu Encik Yusri Bin Yusoff. Beliau banyak membantu saya
menyiapkan tugasan ini dengan memberikan beberapa idea dan memberi taklimat kerja
kursus. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak
memberikan dorongan dan prihatin kepada saya semasa menyiapkan kerja kursus
pendek ini.

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya saya berjaya menyiapkan
tugasan yang diberikan ini.
Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan
sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh
seorang profesional. “Profesionalisme” itu sendiri berasal daripada perkataan “profesi”
yang bermaksud suatu bidang pekerjaan. Menurut Philips (1991:43) memberikan definisi
profesionalisme sebagai individu yang bekerja sesuai dengan standard moral dan etika
yang ditentukan oleh pekerjaan tersebut. Profesionalisme guru adalah bertujuan untuk
mengekal dan mempertingkat kualiti guru dan peranan kepemimpinan mereka.
Pembangunan profesionalisme juga usaha-usaha ke arah penimbaan pengalaman
melalui kursus-kursus yang relevan untuk menjadikan guru lebih berkeupayaan dari segi
kompetensi dan seterusnya dapat membangun dalam laluan kerjaya mereka.

Elemen yang mendasari keteguhan Profesionalisme Keguruan adalah


sejauhmana seseorang guru melalui proses latihan ikhtisas dan ilmu serta kemahiran
yang diperoleh dari institusi latihan guru. Mempraktikkan ilmu secara berterusan, telah
mengikuti program pengajian tinggi formal, dilatih mendapatkan kemahiran tertentu,
mengamalkan etika profesien, dan mengamalkan pengajaran berasaskan beberapa teori.

Elemen pertama yang dibincangkan ialah pembelajaran dan pengajaran guru.


Guru-guru wajib mengikuti kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan bagi mengasah
bakat sebagai guru yang profesional. HaI ini boleh dilakukan melalui program-program
perkembangan profesionalisme yang berterusan (Continuing Professional Development
Programmes). Guru seharusnya dapat memantapkan dan memperteguhkan profesion
keguruan dari aspek kemahiran, teknik, keilmuan dan kepakaran. Guru seharusnya dapat
mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dan dipraktikkan semasa di institut perguruan,
iaitu menyediakan kandungan pengajaran yang dapat menarik dan merangsang
pemikiran murid. Kesemua kemahiran dan keilmuan yang diperolehi oleh seorang guru
yang profesionalisme perlu selalu dikemaskini supaya adalah selaras dengan
pembelajaran abad ke-21. Bagi tujuan ini, keadaan semasa memerlukan guru menguasai
kemahiran dalam penggunaan peralatan bantuan mengajar yang terkini seperti komputer
dan sebagainya selain daripada berkebolehan mengamalkan kaedah-kaedah dalam
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kejayaan penggunaan
teknologi pendidikan dan penggunaan pelbagai media dalam peningkatan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah bergantung kepada usaha gigih guru. Oleh
itu, aplikasi bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai amat penting. Contoh bahan bantu mengajar ialah menggunakan peralatan
elektronik seperti komputer, power point, internet, dan video. Bukan itu sahaja,
persembahan pengajaran guru dapat memberangsangkan dan menarik minat pelajar jika
guru itu bijak menggunakan gaya tingkah laku, menukar intonasi suara, dan dapat
bercerita.

Elemen yang kedua ialah etika profesion perguruan. Etika Perguruan bermaksud
tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, murid, rakan
sejawat, dan ibu bapa murid. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas mengenai
tanggungjawab guru terhadap pemegang amanahnya dalam bidang pendidikan. Kod
Etika Perguruan juga membantu guru melihat perbezaan dan melihatkan keunikan etika
yang diamalkan di negara ini ataupun negara lain. Guru akan mempertahankan kod etika
untuk meningkatkan imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Seterusnya
dapat membolehkan masyarakat untuk memahami dan menghayati tanggungjawab guru
yang luas dan berat serta menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan
negara. Jadi guru yang berpegang teguh pada kod etika perlu mengamalkan tujuh nilai
utama yang menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu amanah,
benar, bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas, dan penyayang.

Elemen yang ketiga ialah peningkatan akademik guru. Semua guru perlu memiliki
ijazah pertama (sebagai guru siswazah terlatih), wajib meneruskan pengajian sampai ke
peringkat Sarjana. Menjelang 2021, semua guru perlu memiliki Ijazah Sarjana. Mereka
yang sudah memiliki Sarjana bolehlah meneruskan pengajian sehingga ke peringkat
Ijazah Kedoktoran. Seorang guru dituntut untuk selalu menambah pengetahuan dan
keterampilan agar supaya pengetahuan dan keterampilan yang dimilikinya tidak
ketinggalan zaman. Pengetahuan dan keterampilan yang dikuasai tidak hanya terbatas
pada pengetahuan yang berkaitan dengan pengembangan tugas profesional, tetapi juga
tugas kemasyarakatan mahupun tugas kemanusiaan. Guru sebagai tenaga pendidik yang
berhubungan langsung dengan pelajar harus memiliki keahlian khusus atau kualifikasi
khusus di bidang akademik. Dengan kompetensi yang dimilikinya guru dapat menjalankan
tugas dengan baik untuk mencerdaskan pelajar.

Menurut Watkins dan Marsick (1993), antara salah satu elemen yang digariskan
oleh mereka dalam guru yang profesional ialah menggalakkan penyelidikan. Budaya
penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk di kalangan guru untuk
meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta bertindak secara professional.
Guru-guru yang mempunyai budaya menyelidik adalah guru-guru bersikap positif
terhadap penyelidikan, celik penyelidikan iaitu mempunyai pengetahuan dan kemahiran
penyelidikan. Mereka sentiasa melaksanakan kajian tindakan sama ada secara individu
atau kolaboratif, bersifat kritis, reflektif, bertanggungjawab serta berkongsi pengalaman
dan dapatan kajian, melakukan penilaian kendiri serta melibatkan diri dalam penyelesaian
masalah dan peningkatan profesionalisme (Jamil, 2002). Menurut Elliott dan Adelman
(1976), kajian tindakan adalah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha
mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap
situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru. Kajian tindakan
adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui
perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka
sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah
amalan-amalan tersebut (Mc Niff, 1988).

Elemen yang seterusnya ialah pentadbiran dan pengurusan guru. Selain dari
bidang pembelajaran dan pengajaran, semua guru perlu dilatih untuk menjadi pengurus
yang berwibawa. Noriah (1994) menyatakan bahawa profesion keguruan merupakan
profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas. Bebanan kerja guru
bukan sahaja mengajar tetapi juga melaksanakan kerja perkeranian dan pentadbiran,
menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga kerja-kerja Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
(Faridah dan Zubaidah, 1999). Dalam proses pentadbiran sekolah, guru itu perlu pandai
merancang, membuat keputusan, komunikasi, mengawal dan menilai. Dari aspek
pengurusan, guru mempunyai peranan yang besar dalam mendidik murid sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja
didapati di dalam kelas tetapi dari penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu melalui
pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Kemahiran yang diperolehi oleh guru harus meliputi
kemahiran yang meningkatkan potensi murid, dapat menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan. Guru juga harus mahir mengajar iaitu dapat
menggabungkan aspek-aepek teori-teori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk
diintegrasikan dalam pengajaran.

Selain daripada pengurusan dalam kelas, guru perlu mengurus masa dari segi
kerja-kerja sekolah, mengguna masa dalam penguasaan kurikulum, setiap mata pelajaran
dan teknik evaluasi. Seseorang guru bukan setakat untuk mengajar malah perlu
memegang jawatan dalam organisasi sekolah. Contohnya, sebagai guru kaunseling,
sebagai guru panitia, penolong kanan pengetua, sebagai guru penasihat kepada
persatuan, kelab dan sukan. Kadangkala, apabila sekolah mengadakan aktiviti seperti
persaraan guru, sambutan hari tahunan sekolah, merentas desa, hari sukan, hari kantin,
hari ibu bapa, ceramah dan upacara lain, guru perlu melibatkan diri dalam pengurusan
aktiviti tersebut. Bagi mengelakkan prestasi akademik pelajar terjejas, guru juga perlu
meluangkan masa rehatnya bagi memberi kelas tambahan kepada pelajar.

Dalam keadaan masyarakat sedang mengalami proses pembangunan yang kian


pesat kini, golongan guru juga tidak dapat dikecualikan daripada menghadapi pelbagai
cabaran. Salah satu daripada cabaran yang dihadapi oleh para guru ialah guru
menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dalam perkembangan era globalisasi
terutamanya dalam penggunaan alatan yang semakin canggih dalam sesi pengajaran.
Bertitik tolak daripada itu, guru-guru pada masa kini perlu memantapkan diri dengan ilmu
pengetahuan yang setaraf dengan perkembangan era globalisasi yang dihadapi. Dahulu,
teknologi dalam bidang pendidikan tidak berkembang pesat seperti hari ini. Oleh itu,
kebanyakkan guru-guru tidak berpeluang untuk mendedahkan diri kepada teknologi
dalam bidang pendidikan. Hal ini menyebabkan sebahagian guru tidak mahir dalam
menggunakan teknologi pada hari ini untuk pengajaran. Mereka juga menganggap
penggunaan ICT yang semakin canggih pada hari ini merupakan sesuatu yang komplex
dan tidak mudah untuk dipelajari. Hal ini haruslah dibendung kerana guru seharusnya
mengikut perkembangan semasa dan mengajar teknologi ini kepada pelajar. Sebagai
contohnya, guru perlu memahirkan diri dengan pengetahuan ICT agar dapat
mendapatkan maklumat terkini untuk mengajar pelajar dan memudahkan proses
pengajaran. Dalam bidang pendidikan masa kini, interactive board telah diperkenalkan di
Intitusi Pendidikan Guru dan juga telah diperkenalkan kepada sekolah-sekolah rendah.
Oleh itu, guru haruslah mempelajari teknologi ini agar dapat mengajar dengan lebih
berkesan dalam kelas pada masa hadapan. Tuntasnya, guru perlu menghadapi cabaran
dalam usaha memajukan diri agar dapat mengikut perkembangan semasa.

Seterusnya, cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang guru ialah cabaran
program-program kokurikulum wajib di sekolah yang mesti didedahkan kepada semua
murid. Kokurikulum yang terdiri daripada persatuan dan unit uniform perlu diikuti oleh guru
dan murid. Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan program yang berkaitan dengan
sukan iaitu ‘Dasar 1 Murid 1 Sukan’. Dengan program tersebut ini bermakna
tanggungjawab guru makin bertambah. Guru bukan sahaja perlu melaksanakan aktiviti
kokurikulum namun pengisian aktiviti tersebut perlu ada perancangan yang lebih kemas
kini. Bilangan hari yang perlu berkokurikulum pula telah bertambah dengan penyusunan
oleh pihak pentadbiran kokurikulum iaitu Hari rumah sukan pada hari Isnin, 1 Murid 1
Sukan pada hari Selasa, Kegiatan kokurikulum pada hari Rabu dan latihan pasukan
sekolah kokurikulum dan sukan pada hari Khamis. Hal ini menyebabkan seorang guru
berada dari pagi hingga petang di sekolah selama 4 hari berturut-turut. Bagi menghadapi
cabaran ini seorang guru perlu melaksanakan jadual yang berkala sifatnya iaitu
pengagihan kerja mengikut giliran bertugas iaitu seorang guru hanya perlu melibatkan diri
dalam aktiviti kokurikulum sebanyak dua kali berselang minggu.

Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh para guru ialah guru diberikan pelbagai
jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru atau mengajar subjek
yang tidak berkaitan dengan opsyen yang dibelajar. Hal ini mungkin menyebabkan kualiti
pengajaran menurun jika guru tidak mahir dalam subjek tersebut. Selain itu,
tanggungjawab seseorang guru pada masa kini bukan sahaja mengajar beberapa subjek
yang tertentu tetapi seseorang guru juga terpaksa memegang beberapa portfolio dalam
sesuatu jawatankuasa atau memegang sesuatu jawatan yang tidak berkaitan aktiviti
pengajaran dalam kelas. Para guru juga terpaksa membuat kerja-kerja perkeranian
seperti mengisi borang, menaip surat dan menyediakan minit mesyuarat. Guru juga
memegang jawatan seperti penyelaras papan notis, penasihat persatuan, kelab dan
sukan. Kerja-kerja ini telah menyebabkan para guru menghadapi tekanan yang amat
besar dan ini akan menjejaskan kualiti pengajaran seseorang guru. Jelaslah bahawa guru
pada era ini menghadapi pelbagai cabaran dalam memikul tanggungjawab yang tidak
berkaitan dengan pengajaran dalam kelas.

Cabaran yang dihadapi oleh guru pada zaman kini juga termasuk isu disiplin dan
salah laku pelajar. Masalah disiplin di sekolah pada hari ini semakin hari semakin merosot
dalam kalangan murid. Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan
untuk membentuk para pelajar selari kehendak agama, norma-norma masyarakat dan
undang-undang sesebuah negara. Namun peraturan ini tidak mudah diterima oleh
sebahagian pelajar dan pelajar ini dikenali sebagai pelajar yang bermasalah disiplin.
Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru, bersikap antisosial, bergaduh, membuli,
merokok dan sebagainya wujud di dalam kalangan pelajar. Masalah disiplin pelajar
sekolah bukanlah masalah baru dalam era yang sereba moden ini. Namun, isu
kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sering diperkatakan. Oleh itu, pelbagai langkah
perlu dilaksanakan untuk membendung masalah ini. Tanggungjawab untuk membanteras
masalah disiplin pelajar sekolah ini terletak di atas bahu guru-guru. Terbuktilah bahawa
guru menghadapi cabaran dalam menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

Sememangnya tidak dinafikan bahawa permuafakatan antara pihak sekolah dan


pihak komuniti adalah sangat penting dalam pendidikan. Terdapat pelbagai kepentingan
permuafakatan antara pihak sekolah dan komuniti perlu diwujudkan. Antaranya ialah,
dengan harapan hubungan ibu bapa pelajar akan lebih rapat dengan pihak sekolah.
Sekiranya hubungan ibu bapa pelajar adalah rapat dengan pihak sekolah, maka secara
tidak langsung ianya mampu membantu pihak sekolah untuk menyelesaikan pelbagai
masalah yang timbul di sekolah.

Selain itu, dengan adanya kerjasama antara komuniti dan pihak sekolah,
perkongsian ilmu dan pengetahuan tentang cara membentuk sahsiah diri murid oleh pihak
sekolah kepada ibu bapa pelajar akan menjadi lebih efektif. Bukan sekadar itu sahaja,
kecemerlangan pendidikan bukanlah hanya tertumpu pada kecemerlangan akademik
semata-mata, tetapi bidang kokurikulum juga perlu dititikberatkan. Oleh itu, bagi
sesetengah sekolah yang kekurangan dana, ibu bapa pelajar dan pihak komuniti yang lain
semestinya akan menghulurkan bantuan kepada pihak sekolah atas permuafakatan yang
terjalin supaya sesebuah sekolah tersebut mampu dilengkapi dengan kemudahan-
kemudahan sukan dan seterusnya mampu melonjakkan kecemerlangan pendidikan
sesebuah sekolah.

Peranan yang boleh dimainkan oleh para guru dalam menjayakan permuafakatan
sekolah dengan komuniti ialah mewujudkan suatu persatuan seperti Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG). Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diperkenalkan di setiap sekolah,
dengan harapan mampu mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru yang
serta dapat membina kesefahamanan tentang tanggungjawab dan peranan masing-
masing dalam pengurusan sesebuah sekolah. Ahli jawatankuasa PIBG dipilih melalui
Mesyuarat Agung Tahunan dan menjalankan tugas serta amanah secara sukarela dan
menitikberatkan keikhlasan, keterbukaan mahupun pengorbanan. PIBG dapat membantu
dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid, menambah
sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah,
meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara
sekolah dengan masyarakat setempat serta meningkatkan keceriaan premis sekolah
supaya dapat mewujudkan suasana yang konduksif bagi menjayakan aktiviti dan program
pendidikan.
Selain itu, para guru disarankan untuk mengadakan Program Hari Permuafakatan
bersama ibu bapa. Objektif hari permuafakatan ini diadakan, adalah untuk mewujudkan
interaksi secara langsung antara guru dengan ibu bapa mengenai pencapaian murid-
murid dalam peperiksaan. Selain itu, guru kelas juga boleh memberi cadangan secara
terus kepada ibu bapa tentang cara untuk memperbaiki pencapaian akademik anak-anak
mereka pada masa akan datang dan peranan sebenar ibu bapa di rumah untuk
meningkatkan pencapaian akademik anak-anak mereka.

Di samping itu, para guru juga boleh merancang dan melaksanakan aktiviti seperti
Program Perkongsian Ilmu dan Amalan Profesional. Program seperti ini adalah
merupakan suatu bentuk ceramah yang diberikan oleh guru kepada ibu bapa. Guru boleh
memberi ceramah tentang keputusan dan prestasi semasa sekolah serta tanggungjawab
ibu bapa bagi meningkatkan prestasi anak-anak mereka. Selain itu, melalui program
tersebut juga, guru-guru boleh berkongsi kepada ibu bapa tentang masalah murid yang
sering berlaku di sekolah. Rasionalnya ialah supaya ibu bapa mampu mendisiplinkan lagi
anak-anak mereka ketika di rumah dengan harapan mampu mewujudkan suasana yang
aman dan kondusif di sekolah serta mampu meningkatkan pencapaian akademik sekolah
dengan adanya kerjasama daripada ibu bapa.

Akhir sekali, para guru juga boleh mengambil inisiatif untuk melaksanakan aktiviti
seperti Hari Rumah Terbuka semasa sambutan perayaan-perayaan yang disambut oleh
masyarakat Malaysia di sekolah. Antaranya ialah Hari Rumah Terbuka Hari Raya Aildilfitri,
Hari Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dan Hari Rumah Terbuka Deepavali. Hari rumah
terbuka perlu dibuat untuk bukan sahaja untuk murid-murid dan warga sekolah, namun
ianya juga perlu melibatkan pihak komuniti. Kita sedia maklum bahawa masyarakat
negara kita terdiri daripada rakyat berbilang kaum, maka setiap kaum yang ada di sekolah
mampu mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam dengan adanya usaha
seperti ini. Sebagai contoh, murid-murid dan komuniti yang berbangsa India, Cina serta
Iban merayakan sambutan Aidilfitri bersama-sama rakan berbangsa Melayu mampu
membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain serta budaya yang sihat juga
dapat diwujudkan dalam kalangan komuniti dan pihak sekolah. Secara tidak langsung,
semangat toleransi dan hormat-menghormati akan tersemai dalam kalangan komuniti dan
pihak sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Maka, hubungan
permuafakatan yang baik dapat dijalin antara komuniti dengan pihak sekoah.
Kesimpulannya, sememangnya pihak sekolah dan komuniti perlu mewujudkan
permuafakatan dan kerjasama yang baik. Usaha-usaha mewujudkan jalinan hubungan
yang erat dan berkesan bukanlah mudah bahkan ianya juga memerlukan komitmen yang
bersungguh-sungguh daripada semua pihak supaya apa yang dihajatkan dapat dicapai.
Kerjasama pihak sekolah dan komuniti adalah untuk merealisasikan pembangunan modal
insan yang cemerlang serta merealisasikan kecemerlangan pendidikan di sesebuah
sekolah. Benih permuafakatan perlulah ditanam dari awal lagi, supaya suasana yang
berbentuk kolaboratif dan saling hormat-menghormati akan wujud. Banyak lagi usaha
yang diperlukan untuk meningkatkan lagi jalinan hubungan antara sekolah dan pihak luar.
Hubungan permuafakatan yang terhasil akan menjadi wadah kepada pihak sekolah untuk
mencapai sasaran, misi dan visi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Bibliografi

Internet

https://kheru2006.webs.com/pengantar_pendidikan/pengantar_topik_7.htm

https://gurumalaysiakini.wordpress.com/

Anda mungkin juga menyukai