Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

SCZ1064
KEFAHAMAN SAINS DAN KEMAHIRAN SAINTIFIK
Nama : TENG EN CI
No. K/P : 020929 - 13 - 0364
Angka Giliran : 2020112310060
Program : PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN
Ambilan : JUN 2020
Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1
( BNK 1 )
Nama Pensyarah : PUAN RAFIDAH BINTI WAHAB
Tarikh Hantar : 23 MAC 2021

PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: __________________________ Tarikh: 23 MAC 2021

PENGESAHAN PELAJAR

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar: __________________________ Tarikh: ____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK 2021

Program: PPISMP Nama Pelajar:


Kod: SCZ1064 Semester / Tahun: SEMESTER 2 TAHUN 1
Ambilan: JUN 2020
Nama Kursus: Kumpulan: BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KEFAHAMAN SAINS DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KEMAHIRAN SAINTIFIK

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Pembentangan 01 Februari 2021 05 Februari 2021


Perancangan Aktiviti

2. Laporan Amali 08 Februari 2021 09 April 2021

3. Kuiz 19 April 2021 23 April 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:

Diakhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menerangkan konsep-konsep dalam alam kehidupan, alam fizikal, alam

bahan dan sains dan teknologi dalam kehidupan. (C2, P2, A2, PLO1)

2. Mengaplikasi kemahiran saintifik dalam aktiviti sains asas. (C3, PLO1, PLO2)

3. Menyelesaikan masalah berkaitan konsep-konsep alam fizikal dan alam

bahan semasa tutorial dan amali. (C4, PLO1, PLO2, PLO3, CTPS2)

4. Menghubung kait konsep-konsep dalam alam kehidupan, alam fizikal dan

alam bahan serta kemahiran saintifik dan sikap saintifik yang relevan dalam

amali. (C4, P1, A4, PLO2, PLO3, CTPS2,)

5. Merancang aktiviti kemahiran proses sains yang sesuai dengan

menggunakan pelbagai sumber rujukan secara pembentangan berkumpulan.

(C6, PLO4, PLO5, PLO6, CS3, TS1, LL1)


Objektif Kerja Kursus:
1. Menguasai kefahaman tentang konsep-konsep dalam alam kehidupan, alam

fizikal, alam bahan, sains teknologi dan kemahiran saintifik melalui soalan

kuiz. (CLO1- C2, A2) C2-Memahami, A2 Memberi maklum balas

2. Mengaplikasi kemahiran saintifik yang sesuai dalam melaksanakan amali

sains yang akan dibuat. (CLO2 dan CLO3 - C3, C4 dan CTPS2)

Mengaplikasi, Menganalisis, Critical Thingking & Problem Solving

3. Menghasilkan laporan amali yang tepat dan sesuai berdasarkan analisis

dapatan amali yang dijalankan. (CLO3 dan CLO4- C4, A4 dan CTPS2)

Menganalisis, Mengorganisasi, Critical Thingking & Problem Solving

4. Menunjukkan kebolehan dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan

orang lain sebagai satu pasukan semasa melakukan sesi perbincangan dan

sesi amali (CLO3 dan CLO4 –TS1) Team Skill

5. Menunjukkan kebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan

daripada pelbagai sumber semasa menyediakan pembentangan perancangan

aktiviti yang kreatif dan inovatif. (CLO5 – C6, LL1) Mencipta, Long Life Learing

6. Mempamerkan kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan

penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar semasa

pembentangan perancangan aktiviti. (CLO5-C6, CS3) Comunication Skill

TUGASAN PROJEK

Kurikulum sains sekolah rendah memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran


saintifik (kemahiran proses dan manipulatif) dan kemahiran berfikir di samping
pemahaman kepada prinsip asas sains serta pemupukan sikap saintifik dan nilai murni
supaya melahirkan rakyat Malaysia yang progresif dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberikan
kesedaran kepada murid tentang kepentingan pengetahuan sains dan teknologi dalam
proses pembangunan dan perindustrian.
TUGASAN 1: PEMBENTANGAN PERANCANGAN AKTIVITI (10%)

Huraian: Secara individu, sediakan satu pembentangan perancangan aktiviti yang


melibatkan Kemahiran Proses Sains. Aktiviti yang dipilih mestilah jelas menggambarkan
Kemahiran Proses Sains yang telah ditetapkan. Anda perlu merujuk Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains supaya aktiviti yang dipilih relevan dengan
tahap penguasaan sains sekolah rendah.

Arahan Pelaksanaan: Rakaman pembentangan yang dibuat mesti mengandungi


maklumat tentang definisi Kemahiran Proses Sains tersebut serta peralatan yang
diperlukan dan langkah-langkah aktiviti bagi menggambarkan perancangan aktiviti
berkaitan dengan jelas

Tempoh: 01 Februari 2021 hingga 05 Februari 2021


Tarikh serah hand-out pembentangan: 05 Februari 2021

TUGASAN 2: LAPORAN AMALI (30%)


Huraian: Anda perlu melaksanakan amali secara berpasangan tetapi laporan amali
dihantar secara individu. Laporan yang dihantar mestilah dalam bentuk bertaip
komputer.

Arahan Pelaksanaan: Anda perlu membuat rujukan bagi mengenal pasti prosedur
amali dan peralatan yang diperlukan bagi melaksanakan amali-amali berikut:
(i) Mengkaji keperluan asas hidupan
Tarikh amali dijalankan – 08 Februari 2021
Tarikh serahan laporan – 15 Februari 2021

(ii) Ujian Makanan


Tarikh amali dijalankan – 22 Februari 2021
Tarikh serah laporan -01 Mac 2021

(iii) Litar Bersiri dan Selari


Tarikh amali dijalankan – 15 Mac 2021
Tarikh serahan laporan – 22 Mac 2021

(iv) Penggunaan litar lengkap dalam menentukan bahan konduktor dan


penebat/ Mengkaji kekonduksian bahan
Tarikh amali dijalankan– 15 Mac 2021
Tarikh serah laporan – 22 Mac 2021

(v) Mengkaji sifat cahaya


Tarikh amali dijalankan – 22 Mac 2021
Tarikh serah laporan – 29 Mac 2021
(vi) Perubahan keadaan Jirim
Tarikh amali dijalankan – 05 April 2021
Tarikh serah laporan – 12 April 2021

TUGASAN 3: KUIZ (10%).

Huraian: Secara individu anda dikehendaki menjawab soalan kuiz dalam bentuk
subjektif selama 30 minit yang merangkumi konsep-konsep sains dan kemahiran
saintifik.

Tarikh kuiz: 19-23 April 2021

Panduan Pelaksanaan Projek


1. Tugasan ini adalah tugasan secara individu.
2. Muka surat hadapan ditaip dengan butiran berikut:
(a) Logo IPG
(b) Nama program
(c) Tajuk tugasan
(d) Nama pelajar
(e) Kumpulan/Unit
(f) Angka giliran
(g) Nombor kad pengenalan
(h) Nama kursus dan kod
(i) Nama pensyarah kursus
(j) Tarikh serahan
3. Laporan bertaip menggunakan format berikut:
(a) Font Arial
(b) Saiz huruf - 11
4. Amalan plagiat tidak dibenarkan dan boleh menyebabkan anda digagalkan dalam
peperiksaan.
5. Tugasan ini membawa markah 50%.
6. Tarikh muktamad mesti dipatuhi. Penghantaran tugasan yang lewat tidak akan
diterima.

Kriteria Pentaksiran
Tugasan ini akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh Disemak oleh: Disahkan oleh

__________________
______________________ ________________________
(Rafidah binti Wahab)
(Mohd Nazri b Hassan) (Mohd Nazri b Hassan)
Pensyarah SCZ1064
Pakar Bidang (SME) Ketua Jabatan Sains & Matematik
Jabatan Sains & Matematik
Jabatan Sains & Matematik IPGK Tengku Ampuan Afzan
Tajuk: Laporan Amali Mengkaji Kekonduksian Bahan.
Teori: Setiap bahan bersifat sama ada konduktor atau penebat elektrik. Konduktor
elektrik ialah bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik. Penebat elektrik ialah bahan
yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik.

Tujuan: Untuk mengenal pasti kekonduksian elektrik bagi sifat bahan yang berlainan.

Pernyataan masalah: Apakah perbezaan kekonduksian elektrik bagi sifat bahan yang
berlainan?

Hipotesis: Bahan logam mempunyai kebolehan untuk mengkonduksikan elektrik.


Bahan bukan logam tidak mempunyai kebolehan untuk mengkonduksikan elektrik.

Menentukan pemboleh ubah:

I. Pemboleh ubah dimanipulasi: Jenis bahan yang disambungkan pada litar


II. Pemboleh ubah bergerak balas: Nyalaan mentol
III. Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis litar yang digunakan

Alat dan bahan: Pemegang bateri, bateri, beberapa wayar yang berpenebat, mentol,
duit syiling, paku, dakwat pencil, kunci, pemadam, pembaris plastik, pembaris kayu dan
pencil kayu

Langkah-langkah:

1. Litar seperti gambar rajah di bawah dipasangkan.

2. Duit syiling disambungkan pada litar.


3. Nyalaan mentol diperhatikan dan dicatatkan ke dalam sebuah jadual.
4. Langkah 1 hingga 3 diulang dengan menggunakan paku, dakwat pencil, kunci,
pemadam, pembaris plastik, pembaris kayu dan pencil kayu.
Pemerhatian:

Jenis Bahan Nyalaan mentol


Duit syiling Mentol bernyala

Paku Mentol bernyala

Dakwat pencil Mentol bernyala


Kunci Mentol bernyala

Pemadam Mentol tidak bernyala

Pembaris plastik Mentol tidak bernyala


Pembaris kayu Mentol tidak bernyala

Pencil kayu Mentol tidak bernyala

Perbincangan:

Menurut keputusan eksperimen yang telah dijalankan, apabila duit syiling, paku, dakwat
pencil dan kunci disambungkan pada litar, mentol bernyala. Manakala apabila
pemadam, pembaris plastik, pembaris kayu dan pencil kayu disambungkan pada litar,
mentol tidak bernyala. Duit syiling, paku, dakwat pencil dan kunci merupakan bahan
logam. Semua logam ialah konduktor elektrik. Oleh itu, duit syiling, paku, dakwat pencil
dan kunci membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Pemadam, pembaris plastik,
pembaris kayu dan pencil kayu merupakan bahan bukan logam. Pemadam dibuat
daripada getah, pembaris kayu dan pencil kayu dibuat daripada kayu manakala
pembaris plastik dibuat daripada plastik. Oleh itu, bahan-bahan bukan logam ini tidak
boleh membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.

Kesimpulan: Bahan logam mempunyai kebolehan untuk mengkonduksikan elektrik.


Bahan bukan logam tidak mempunyai kebolehan untuk mengkonduksikan elektrik.
Hipotesis diterima.

Anda mungkin juga menyukai