Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN KEPADA BIPOLAR

Gangguan bipolar, juga dikenali sebagai penyakit manik-depresi, adalah


gangguan bahan kimia dalam otak yang menyebabkan perubahan yang luar biasa
dari segi mood, tenaga, tahap aktiviti, dan keupayaan untuk menjalankan tugasan
harian. Terdapat 3 jenis gangguan bipolar; semuanya melibatkan perubahan dari
segi mood, tenaga, dan tahap aktiviti iaitu Bipolar I, ia ditakrifkan melalui
penampilan sekurang-kurangnya satu episod manik. Anda mungkin mengalami
episod-episod hipomanik atau depresi sebelum dan selepas episod manik.
Gangguan bipolar jenis ini kebiasaannya terjadi kepada kedua-dua lelaki dan wanita.

Bipolar II , orang yang mempunyai gangguan bipolar jenis ini akan


mengalami satu episod kemurungan yang berlanjutan sekurang-kurangnya dua
minggu. Mereka juga mempunyai sekurang- kurangnya satu episod hipomanik yang
berlanjutan selama empat hari. Jenis gangguan bipolar ini dianggap lebih biasa
terjadi kepada wanita. Yang terakhir iaitu Cyclothymia - Pesakit
cyclothymia mengalami kedua-dua episod hipomania dan kemurungan. Gejala-
gejala ini berlalu dalam jangka masa yang pendek dan kurang serius daripada
gangguan bipolar I atau bipolar II. Kebanyakan pesakit dengan keadaan ini hanya
mengalami simptom yang berkekalan selama satu atau dua bulan dalam satu masa.

Berdasarkan kajian yang dijalankan penyakit bipolar mungkin disebabkan


oleh beberapa faktor antaranya faktor genetik iaitu apabila ibu bapa atau adik-
beradik anda mempunyai gangguan bipolar, anda lebih cenderung untuk mengalami
penyakit ini berbanding dengan orang lain. Walaubagaimanapun, adalah penting
untuk diingatkan bahawa kebanyakan orang yang mempunyai sejarah ahli keluarga
dengan gangguan bipolar tidak semestinya akan mengidap penyakit bipolar.

Faktor kedua adalah struktur otak anda mungkin memberi kesan kepada
risiko untuk menghidap penyakit ini, terutamanya struktur atau fungsi otak yang tidak
normal. Seterusnya, faktor persekitaran, keadaan ini bukan sahaja mengambil kira
apa yang ada di dalam tubuh untuk risiko mendapat gangguan bipolar malahan
faktor persekitaran luaran juga turut menyumbang. Faktor-faktor ini termasuklah
tekanan melampau , pengalaman traumatik dan penyakit lain. (Penyakit Bipolar
(Bipolar Disorder) - Simptom, Ubat - DoctorOnCall, n.d.)

1
KAJIAN TERHADAP ISU BIPOLAR - SUAMI SCHIZOPHRENIA MENJAGA
ISTERI BIPOLAR MOOD DISORDER

Terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan isu bipolar di barat. Di


Malaysia, kajian yang dijalankan adalah terhad dan tidak banyak rujukan yang dapat
dicari berkaitan penyakit ini. Terdapat satu kajian yang dijalankan melalui geran
penyelidikan dengan menggunakan geran penyelidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia. GG-2019-078 dan GG-2020-009. Tajuk kajian ini adalah Suami
Schizophrenia Menjaga Isteri Bipolar Mood Disorder.(Hanieza Fadzlina Yahya et al.,
2021).Kajian ini memfokuskan kepada kepentingan penggunaan instrumen klinikal
dalam intervensi kaunseling di seting hospital. Selain itu ianya juga bertujuan untuk
memberi kesedaran dan kefahaman kepada kaunselor tentang kepentingan
sokongan keluarga serta penjaga klien walaupun mereka juga merupakan klien
psikiatri.

Dalam kajian yang dijalankan oleh penulis. Klien pada awalnya merupakan
penjaga kepada suaminya yang menghidapi penyakit Schizophrenia. Namun setelah
gagal dalam perkahwinan, bercerai dan trauma dalam perkahwinan klien didiagnos
menghidap Major Depression Disorder. Berdasarkan kepekaan kaunselor terhadap
klien dan penampakkan simptom yang berbeza kaunselor telah merujuk semula kes
kepada pakar Psikiatri dan hasilnya terdapat perubahan diagnosa pada klien iaitu
klien disahkan menghidap Bipolar Mood Disorder. Suami klien yang mengidap
penyakit Schizophrenia dan telah mendapatkan rawatan secara berkala secara
perubatan menjadi penjaga kepada klien dan anak-anak.

Dalam kajian kes ini saya amat tertarik dengan kepekaan kaunselor terhadap
simptom yang ditunjukkan klien dan tindakan segera kaunselor membantu klien
untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. Dalam kes ini, klien dan keluarga
diberikan sokongan secara berterusan iaitu 6 sesi kaunseling individu, 4 sesi
kaunseling pra-perkahwinan, 4 sesi kaunseling keluarga dan 5 sesi psikopendidikan.
Kesan daripada rawatan yang betul dan berkesan klien dan suami kembali bersama
dan saling mendukung antara satu sama lain. Saya mendapati peranan dan
kepekaan kaunselor terhadap simptom yang ditunjukkan oleh klien sangat
membantu klien untuk kembali sembuh. Rawatan yang bersesuaian terutama
melibatkan rawatan perubatan, psikologi dan persekitaran sangat membantu

2
kesembuhan klien. Sokongan keluarga dan penjaga klien dalam menghadapi stigma
masyarakat terhadap penyakit yang dialami juga penting bagi memastikan
kelangsungan hidup klien serta mengawal risiko penyakit menjadi tidak terkawal.

KAJIAN TERHADAP ISU BIPOLAR - STIGMA IN PEOPLE LIVING


WITH BIPOLAR DISORDER AND THEIR FAMILIES: A SYSTEMATIC REVIEW

Dalam kajian yang diterbitkan oleh International Journal of Bipolar Disorders


pada February 2023. Penulis telah membuat kajian berkaitan stigma, kesan dan
kesedaran masyarakat dalam memahami penyakit ini. Dalam artikel ini, pesakit
bipolar dan keluarga cenderung untuk mengasingkan diri mereka daripada
masyarakat. Mereka juga tidak berminat untuk menghadiri majlis sosial kerana
tanggapan masyarakat atas kegagalan keluarga menjaga pesakit sehingga
menyebabkan ahli keluarga menghidap penyakit tersebut atau kegagalan pesakit
sembuh dari penyakit tersebut. Keluarga akan menyembunyikan pesakit dan tidak
mendapatkan rawatan sewajarnya. Ini kerana mereka rasa tidak dihormati,
disingkirkan dan juga tidak diterima dalam masyarakat.

Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang menghidap penyakit ini akan
menghindarkan diri dari masyarakat, kurang bersosial, berisiko menghidap penyakit
mental yang lain. Selain itu, mereka juga tidak dapat menyesuaikan diri dengan
keadaan sekeliling, bermasalah di tempat kerja, tidak mempunyai daya tahan dalam
menghadapi masalah, bermasalah di tempat kerja dan berpotensi untuk mengakhiri
kehidupan mereka. Ini kerana mereka merasakan kehidupan yang dilalui tidak
menyeronokkan dan merasa disisihkan dari rakan mahupun masyarakat.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Penyakit bipolar antara tiga penyakit mental serius dan prevalens seumur
hidup di dunia dianggarkan antara 2.6 peratus hingga 6.5 peratus.(Berita Harian,

3
n.d.) Sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat, kita berperanan secara
langsung untuk membantu memberikan kesedaran kepada masyarakat berkaitan
penyakit ini. Pengetahuan awam dan kempen kesedaran berkaitan penyakit ini perlu
dilakukan dengan agresif dan berkesan bagi memberikan sokongan secara
langsung kepada pesakit. Dalam menjalani kehidupan seharian, kita perlu peka
terhadap orang disekeliling kita dan simptom-simptom yang dialami oleh mereka
bagi memastikan mereka yang menghidap penyakit ini mendapat rawatan
sewajarnya.

Sebagai contoh, pengalaman saya semasa bertugas di sebuah agensi


kerajaan di Semenanjung Malaysia mengingatkan saya kepada seorang kakitangan
yang menjalani rawatan psikiatri di sebuah hospital. Kisah kakitangan di jabatan ini
menyerupai kajian kes pertama yang dibincangkan iaitu kedua pasangan merupakan
pesakit mental dan mendapatkan rawatan berkala. Peranan saya dan rakan setugas
pada masa itu adalah memastikan rakan kami mendapatkan rawatan sebagaimana
yang ditetapkan dan memberikan sokongan yang padu ke arah kepulihan penyakit
yang dialami. Kami juga tidak menyisihkan kakitangan tersebut serta sering
memantau keadaan beliau. Dalam hal ini, perhatian dan tidak mengasingkan pesakit
sangat penting semasa pesakit menjalani rawatan dan menjalani kehidupan sosial.
Dokongan dan sokongan rakan sekerja dilihat sangat membantu pesakit menjalani
kehidupan normal dan lebih sihat.

Profesor Dr. Ramli Musa iaitu Pakar Psikiatri dan Ketua Jabatan Psikiatri
ulliyyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkongsi pendapat
beliau di dalam sebuah penulisan berkaitan perubatan penyakit mental di dalam
Islam. Di dalam penulisan beliau, model yang dianjurkan dalam rawatan Islam iaitu
“Bio-psycho-social and spiritual model”. Bagi menjamin seseorang mendapatkan
rawatan yang komprehensif dan menyeluruh, setiap aspek harus diberi perhatian
iaitu aspek biologi termasuklah menerima dan memakan ubat yang dicadangkan
oleh doktor secara berterusan agar risiko penyakit berulang dapat dicegah. Aspek
“psycho-social” adalah kaedah kaunseling, penerangan tentang penyakit dan
kepentingan ubat-ubatan serta menggalakkan sokongan keluarga sangat penting.

Disamping itu elemen agama (spiritual) seperti mendekatkan diri dengan


Allah, kembali melakukan amalan yang disuruh serta meninggalkan cara hidup yang

4
menyesatkan dan melalaikan mampu membina keyakinan sahsiah seseorang dalam
menghadapi setiap cabaran yang mendatang dalam dunia ini. Konsep berdoa dan
bersolat dapat mendekatkan diri kita dan mententeramkan jiwa yang kosong.
Terdapat beberapa kaedah Islam yang disarankan yang membantu dalam proses
pemulihan. Ini termasuklah rawatan melalui doa berpandukan ayat Al Quran, terapi
bacaan Al Quran untuk penyakit panik, terapi sujud dalam solat serta kaunseling
menggunakan nas-nas ajaran Hadith , Sunnah dan tasawuf dapat membantu
menyucikan hati.(Islam dan penyakit mental, 2015)

Justeru, semua pendekatan boleh dilaksanakan dengan menggabungkan


semua elemen bagi membantu pesakit pulih dan dapat berfungsi seadanya di dalam
masyarakat. Kajian mendapati gabungan semua unsur rawatan membantu pesakit
untuk berada pada tahap sihat dan mengurangkan simptom yang ada kerana
penyakit ini tidak boleh disembuhkan sepenuhnya.

RUJUKAN

Berita Harian. (n.d.). Berita Harian. https://www.bharian.com.my

Hanieza Fadzlina Yahya, Mohd, I., & Mohd Izwan Mahmud. (2021). Suami
schizophrenia Menjaga Isteri Bipolar Mood Disorder?: Satu Kajian
Kes. Usim.edu.my. eisbn:9789672614708

ISLAM DAN PENYAKIT MENTAL. (2015, July 22). Prof Dr Ramli Musa.
https://www.ramlimusa.com/islam-dan-penyakit-mental/

Latifian, M., Abdi, K., Raheb, G., Islam, S. M. S., & Alikhani, R. (2023). Stigma in
people living with bipolar disorder and their families: a systematic
review. International Journal of Bipolar Disorders, 11(1).
https://doi.org/10.1186/s40345-023-00290-y

Penyakit Bipolar (Bipolar Disorder) - Simptom, Ubat - DoctorOnCall. (n.d.).


www.doctoroncall.com.my. https://www.doctoroncall.com.my/soalan/bipolar-
disorder-penyakit-bipolar‌

Anda mungkin juga menyukai